Pages

Sunday, September 27, 2009

Adi dah sebulan!

Semalam 27 Sept. Adi dah genap 1 bulan! Alhamdulillah. Yeay!
At the same time, Tok Wah menyambut besday nya yang ke- 58 tahun.



Tok Wah berpelikat je, tengah main Solitaire lepas balik surau.

Banyak orang datang tengok Adi, musim raya ni. Dari Raya 1 sampailah Raya 7. Dari Nde- nde dengan Ami-ami sebelah Tok Ayah, hinggalah ke saudara- mara Tok Wah dari Kuala Selangor. Tok Ayah dengan Tok Ma pulak nak datang dari KB, 2nd weekend of Raya ni, insya Allah.

Duit raya Adi pun dapat banyak. Berat tabung Adi, dengan duit kertas! Ayah ingat, 2 perkara kena buat untuk Adi, lepas Adi dapat MyKid 16 Oktober nih:
1 - Bukak Tabung Haji akaun Adi (untuk masukkan duit raya Adi)
2 - Bukak akaun SSPN untuk Adi (Ayah dengan Ummi boleh escape income tax sampai RM3000 tu, yeahh!!)

Cukur jambul + akikah dijadualkan 18 Oktober. 2 ekor kambing, insya Allah. Buat sebelah Klang, cucu sulung la katakan, heheh.

Adi, lately, selalu tidur siang, dan berjaga malam- malam. Bila terjaga malam- malam, nak puting Ummi dalam mulut. Tak minum sangat pun, just nak bagi tertidur. Kesian Ummi tak cukup tidur. Masa cuti raya seminggu, Ayah tolong la lepas Subuh, tidur dengan Adi. Bagi Ummi can qadha tidur pagi- pagi.


Gaya tidur yang sama. Like father, like son.

Sekarang Ayah dah kat opis dah, tak boleh nak tolong tidur dengan Adi. Tapi takpe, Ummi dah figure out a trick nak tidur malam. Bagi Adi minum sambil Ummi dalam posisi baring. So, boleh la tidur lebih- lebih sikit. Hahah, memang new parents yang kena selalu learn new tricks to adapt with Adi.

Lagi 2 minggu lagi, Ummi abis pantang. Dah schedule appointment dengan hospital untuk Adi dengan Ummi. Insya Allah, lepas tu kita pergi makan- makan, kasi Ummi lepas geram berpantang makan 44 hari, hahaha!

Monday, September 14, 2009

Sepupu sepapat...

Entry kali ni pasal sepupu- sepupu Adi:

2007 - Ni Abang Ariff. Wan Ariff. Anak Nde Aida dengan Pakcik Helmi. Cucu sulung kedua- dua belah pihak hehe. Called himself Ayih (A-yeh). Ni gambar lama nih. Sekarang Abang Ayih dah besar panjang dah.








2008 - Ni Kak Isya. Sharifah Arissa Adrianna. Anak Ami Khairul dengan Makcik Mastura.









2009 - Adi nye turn pulak datang ke dunia. Tiap- tiap tahun, Mok & Tok Ayah KB dapat cucu hehe.
2010 - Insya Allah more coming soon, adik beradik dan sepupu- sepapat Adi.

Wednesday, September 9, 2009

Parenting 101...learning tricks day by day

Ayah, bila jumpa member- member yang dah ada anak, antara soalan yang keluar ialah, "Macam mana pengalaman dapat anak? Ada apa- apa tips ke?" The usual answer will be, "Tak payah. Ko tau sendiri je bila masa datang."

Oh well, bila Adi datang, memang terserlah la ke'noob'an Ummi dan Ayah sebagai parents. First time, maa. Walaupun pergi parental class, baca buku parenting, tapi bila praktikal? Tak semua bayi diciptakan sama, ehehe... Nevertheless, as the days increase, Ayah dan Ummi mula belajar sendiri macam mana nak handle Adi.

Siap ada SOP tu. Standard Operating Procedure. Hahah, kata parents dua- dua engineer. Semua nak konkrit dan defined siap- siap. Ni pun, dengan adanya orang- orang lama (read: Opah and jiran- jiran ehe) yang bagitau. It goes, bila Adi menangis:

1) Letak satu jari kita kat mulut Adi. If Adi sucks up the finger, it means dia haus, nak minum susu.
     i. Ummi bagi susu badan. Atau,
     ii. Ayah bancuh susu botol.

Mention pasal susu botol, Ayah masa mula- mula bancuh susu botol, kelam- kabut gak. Macam nak masak guna resipi baru. Berapa air panas? Berapa sudu? Lepas dah biasa, kejap je, alhamdulillah! Takde la yang sesusah disangka. Air panas untuk larutkan tepung, tak nak bagi berketul. Air kosong, untuk kurangkan panas. Susu botol 2 oz, siappp!
 
2) Try burping Adi. Letak kat bahu, urut atau tepuk- tepuk belakang Adi. Bagi angin keluar.

Pasal burping Adi, ayah tak berapa pandai. Selalu Ummi yang burpkan, takpun Opah. Ummi letak kat riba, atau letak sandar kat bahu, dan urut- urut belakang Adi. Kalau tengok dalam video masa parenting class, lagi la! Baby tu perut atas bahu cenggitu je! Risau eh, Adi punya leher dah stabil ke, kalau nak buat macam tu.

3) Check bedungnya OK ke tak. Kalau tak, bedung balik.

Adi, kalau bedung ("kalau" pulak, memang selalu berbedung pun!), selalunya lepas beberapa ketika, sebelah tangan dah ada kat luar bedung. Tunggu tak lama lagi, dua- dua tangan ada kat luar, hahaha! Sihat dan kuat, tak payah tunggu Milo!

4) Last sekali, letakkan hidung di punggung Adi. Kalau ada bau, check poopie le.

Dulu- dulu, ni antara last resort. Sebab apa? Adi, once dah bukak barut dan lampin, siren bukan main lagi berbunyi! Tapi, tu dulu la, sekarang Ayah dan Ummi dah tau trick tak nak bagi siren berbunyi. Feed Adi banyak- banyak biar kenyang before bukak lampin. Hehehe...

So far, setakat rencana ini ditulis (ahaha!), prosedur di atas agak berkesan. Tapi, takde lah fixed 100%. As Adi grows up, Ayah dan Ummi pun makin banyak "sampling" untuk detect behavior and what happens to Adi actually. Ye lah, baby kan. Mana ada cara lain untuk bagitau kita, other than menangis.

Sleeping pattern pun kena belajar gak. Adi, lately, banyak tidur siang. Malam, tak berapa nak tidur. On off, on off. Nak sahur tu, baru la tidur. So, sekarang ni, apa procedures yang baru Ayah dan Ummi nak try? Ummi, lepas maghrib, tidur, curi masa tidur sebanyak mungkin, wake up either bila Adi dah bangun malam tu (kadang- kadang 9, kadang kadang 10. Take 1- 2 hour time untuk tidur balik.) atau dekat- dekat tengah malam (kena kejutkan Adi, nanti kosong pulak perut).

Kesian Ummi berjaga (tapi agaknya dah expected kot, sebab semua kawan- kawan yang dah jadi mak bapak, wishes yang paling popular ialah: Selamat Berjaga Malam!). Ayah bangun bancuh susu je. Nak tolong pun, Ayah esok paginya driving. Sejam lebih nak sampai opis. Hot FM AM crew la yang temankan tak bagi ngantuk.

Takpe, lepas ni insya Allah, things are getting better. Kan Adi kan?

Ummi: Sori la, tahun ni takde gift untuk birthday Ayah.
Ayah: Takpe, I got Adi for a birthday present. I can't wish for anything better than that.

p.s.: Malam ni, umur Adi masuk 2 minggu insya Allah. Lega, jaundice dah hilang.

Thursday, September 3, 2009

Ada apa dengan nama Adi?

Bila Ummi dan Ayah decide nama Adi, ramai orang tanya mana dapat atau apa maksud. Ada jugak yang dapat teka. Inilah riwayat hidup sahabat Nabi SAW, Adi bin Hatim RA. Harap- harap Adi dapat contohi sifat- sifat dan akhlak Adi RA:

-          Anak kepada Hatim Ta’i (pronounced To-e). Hatim Ta’i, ialah seorang pemimpin kaum Tai di Yaman, sebelum kedatangan Islam. Hatim Ta’i sangat terkenal kerana sifat pemurahnya sehinggakan wujud pepatah Arab, “Lebih pemurah dari Hatim”. Kaum Ta’i menganut Kristian sebelum kedatangan Islam.
-          Diangkat menjadi pemimpin kaumnya setelah ayahnya (Hatim) meninggal dunia, sebelum kedatangan Islam.
-          Melarikan diri dari kampungnya selepas Hijrah, apabila khabar tiba yang Nabi SAW bersabda bahawa satu hari nanti Adi RA akan masuk Islam di tangannya.
-          Membawa keluarganya bersama, tetapi terlupa dan tertinggal adik perempuannya, Safana RA (belum Islam ketika itu).
-          Safana RA dan baki kaum Ta’i ditangkap para sahabat RA dan dibawa ke Madinah bertemu Nabi SAW.
-          Nabi SAW membebaskan Safana RA selepas Safana RA memberitahunya tentang sifat- sifat mulia ayahnya Hatim Ta’i.
-          Nabi SAW membebaskan baki kaum Ta’i selepas dirayu oleh Safana RA.
-          Safana RA pergi bertemu Adi RA dan menceritakan layanan baik dari Nabi SAW dan para sahabat RA.
-          Adi RA pergi bertemu Nabi SAW, dan selepas beberapa ketika berbual dan tertarik dengan akklaq Nabi SAW, masuk Islam.
-          Terlibat dalam ekspedisi ketenteraan di Iraq dan Syria semasa pemerintahan Abu Bakar dan Umar RA.
-          Menjauhkan diri daripada politik semasa pemerintahan Usman RA.
-          Kembali untuk mempertahankan Ali RA semasa pemerintahannya.
-          Sebelah matanya buta dan tercedera dalam Perang Jamal.
-          Berpindah ke Kufa selepas Ali RA meninggal.
-          Meriwayatkan 66 hadis.
-          Turut bersikap pemurah seperti ayahnya, kepada manusia dan haiwan:
i.                     Satu hari, seorang datang untuk meminjam beberapa kawah memasak daripadanya. Adi RA telah menghantar semua kawah tersebut berisi dengan makanan. Adi RA berkata, “Aku tak biasa memberi kawah yang kosong kepada sesiapa.”
ii.                   Dikatakan pernah menabur serbuk gandum di lubang- lubang semut untuk memberi makan.
-          Meninggal pada tahun 67 Hijrah, pada umur 120 tahun.

Sumber: http://books.google.com.my/books?id=jV9SlVbz94wC&pg=PA93&lpg=PA93&dq=adi+bin+hatim&source=bl&ots=u7nBKQcuGY&sig=pXZjdtlAJlGXfA7qJLnvvZTBsQQ&hl=en&ei=_iafSqvBHsydkAX0m5XlDw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=5#v=onepage&q=adi%20bin%20hatim&f=false

Keluar wad, masuk wad, keluar balik...

Tengahari Jumaat, Adi dengan Ummi dah keluar wad.

Petang Sabtu, Adi mula menangis tak henti- henti. Menangis, bagi susu, check poopie, dodoi, tidur kejap. Pastu menangis balik. 2, 3 orang datang baca doa / jampi. Air zam-zam, air hajat, air yasin. Sampai malam pukul 2.30 pagi, Adi tidur lepas minum susu botol.

Esok pagi Ahad tu, Adi ok sikit. Orang datang tengok Adi pun ramai. Pakcik Helmi (suami Nde Aida), Auntie Mastura (isteri Ami Khairul), Nde Nina, dan sepupu Adi, Isya pun ada!

Lepas Asar tu, Adi mula menangis balik, macam semalam. Badan pun nampak kuning. Petang tu sebelum berbuka, Ummi dengan Adi, Ayah, dengan Ucu Miza pergi ke hospital. Hospital tak ramai orang, hari minggu dan sehari sebelum Merdeka. Doktor suruh masuk wad. Ayah dengan Ummi pun masuk wad, tunggu Adi. Malam tu, Adi dengan Ummi dan Ayah jerit "Merdeka!" kat wad, sambil tengok TV.

Pagi esok tu, amik darah Adi. Reading kekuningan 328. Tinggi dan kena letak bawah phototerapy. Adi pun mula berjemur. Ayah dengan Ummi duduk di wad. Ummi perah- perah susu nak bagi Adi minum. Ayah tolong Ummi apa- apa yang patut. Rasa macam duduk hotel pun ada hahaha!

Isnin, reading Adi jatuh ke 205. Alhamdulillah. Doktor tahan lagi 1 hari, bagi betul- betul turun. Range yang selamat, 17 hingga 180. Adi ada kawan dalam bilik berjemur. Chinese baby, masuk awal 1 malam dari Adi. Parents kawan Adi tak duduk di hospital macam parents Adi. Doktor bagitau kawan Adi dah turun reading ke 142, dah boleh balik esok (Selasa). Harap- harap Adi boleh balik Rabu.

Aktiviti Ummi dan Ayah di hospital, tidur, bangun, perah susu, tengok TV, bagi Adi minum, tenangkan Adi biar boleh tidur, hantar pergi tempat berjemur, pergi pasar Ramadan kat depan hospital, bukak puasa, tengok TV, tidur. Bunyi macam rileks, tapi hectic jugak. Selalu kena tenangkan Adi. Alhamdulillah, malam- malam nurse- nurse tolong tengok dan feed dengan susu botol dan susu perah. Tiap kali Ummi dan Ayah rehat di bilik, bila dengar ada baby menangis, Ayah pergi tengok Adi ke kawan Adi yang menangis.

Rabu, reading Adi dah turun 157. Alhamdulillah, doktor bagitau boleh balik.