Pages

Saturday, December 26, 2009

Adi is 4 month old today

Our dear Syed Adi Hatmi is 4 month old today!!

Alhamdulillah...thanks to Allah for such wonderful gift. May he grow up to be a great muslim.

We love you so much dear!!

Tuesday, December 22, 2009

Transportation

Soalan Mingguan Didik kali ini: Apakah pilihan pengangkutan Adi?

A) Dengan tangan (masa lahir 3 kg, sekarang nak dekat 6 kg dah...lenguh tangan Ayah dan Ummi...natural dumb bell xD..)

















B) Dengan sling (yang mana menarik perhatian ramai semasa di Jusco...macam artis pulak keh keh..Gugu gaga Adi..)
* Sedapnya tidur...















C) Dengan car seat (yang agak berat, tapi nama pun car seat)













D) Dengan stroller
*excited nya muka...












E) Dengan carrier (Kurang lenguh- lenguh tangan hehe...)


















F) Semua di atas.


















Adi - "Ummi, bila besar nanti nak jadi menteri, boleh?"
Ummi - "Boleh, tapi jadi la menteri yang hafal Quran...menteri yang hafiz..."
















Adi - "Ayah, bila besar nanti nak jadi hacker, boleh?"
Ayah - "Boleh, tapi jadi la hacker yang hafal Quran.. hacker yang hafiz..."
Ummi - "Hoh? Boleh pulak cenggitu?"

BM on BM (Breast Milk on Black Market)?

Do you know that in Australia, aside for blood bank, they also have bank for breast milk?
And the cost is about $50 a liter?
The awareness of breastfeeding has caused so much demand that breast milk costs $1000 a litre in the Internet?

(or maybe the mothers don't have enough milk or too lazy to pump, no?)

Ummi just can't stop smiling...

****Excerpt from The Daily Chilli****

A black market in breast milk is booming Down Under as parents Down Under are desperate to feed their babies the natural elixir.

They are being charged up to $1000 (RM3,433) a litre in sales done through the Internet.

One of the mothers contacted the Gold Coast-based Mother's Milk Bank to ask what the real "going rate" was for breast milk after online sellers sought an exorbitant amount when she placed a web advert seeking human milk.

Mother's Milk Bank director Marea Ryan told her that the not-for-profit bank sold milk for $50 (RM171.675) for 1.2 litres.



"I think that it is increasing more and more as people become a lot more aware of the benefits of breastfeeding," the Courier Mail quoted Ryan as saying.

Lactation expert Dr Jennifer James from the Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) said she was aware of the growing unregulated black market.

"It is very dangerous because in an unregulated fashion there are no checks and balances, the milk would not have been tested for viruses and bacteria," said Dr James.

Black marketing of breast milk has increased with the advent of the Internet where women advertise.

James said there should be breast milk banks in all major hospitals but blamed inconsistent legislation for making them difficult to set up.

****End of the excerpt****

Sunday, December 13, 2009

Say thanks to Allah...Alhamdulillah.

"Ya Allah, bagaimanakah dapat aku bersyukur kepadaMu, selayaknya yang Kau layak disyukuri? Perbuatan bersyukur itu sendiri memerlukan syukur terhadapMu." - Nabi Musa A.S.

1. Rumah sewa di Labuan, insya Allah dah dapat. Lega bila Ummi dapat sewa lagi murah dan tak duduk sorang- sorang pulak tu. Adi nanti boleh jumpa nenek baru dan abang- abang baru di rumah sewa tu nanti. Extra hands, I hope. Sementara tunggu Ummi dapat tukar ke Semenanjung.

2. Kereta Ummi di Labuan dah repair, which costs quite some grands, yet Ummi doesn't have to pay a single cent, and the insurance premium will decrease instead of increasing, yeay! In fact, boleh claim lagi duit travel for every day the car is sent to workshop. Memang semua insurans kereta nowadays macam ni ke? Ayah tak tau, hehe... Yang penting, when we be arriving in Labuan this January insya Allah the Altis is great like usual.

3. Future tenants untuk rumah baru kami, offer nak bayar lagi mahal dari current rate kat surrounding area, lebih 50% extra! Tapi, kesian gak tenant tu ada family, anak- anak nak ke sekolah semua, nak bayar lori pindah ke rumah baru dia lagi. So, win-win situation, ambik 25% je la extra. Dia happy, kami pun happy! Jimat banyak, monthly payment loan rumah ni nanti for awal- awal ni, considering Ayah seorang je yang nak masuk rumah masa ni.

4. So far, Ayah plan dapat jumpa Adi dengan Ummi once every 2 weeks, insya Allah. New Year, middle Jan (yang ni bukan public holiday, so, kena la amik cuti), Cuti Wilayah, Chinese New Year, Maulud, are conveniently placed 2 weeks apart. Yang harga tiket je, tak pasti conveniently priced ke tak, ahahaha! But that's another story. Now, either Ayah ke sana, atau Ummi balik sini dengan Adi. Tinggal Mac ke atas untuk plan.

Alhamdulillah, terima kasih Allah, sebab mudahkan banyak perkara untuk kami.

Tuesday, December 1, 2009

Adi's first trip to KB

Alhamdulillah, raya haji hari tu dapat balik KB.

Raya Jumaat, Khamis tu amik flight siang. Walaupun Adi is getting used to keluar rumah malam- malam, thinking that this is the first time Adi naik plane, so Ayah pun booking la plane siang. Khamis tu, Ayah kena la cuti. (Oh well, petang Rabu pun office Ayah dah start kosong. Either ramai orang Kelantan kerja sini, or diorang ni ngalahkan orang Kelantan, hahah!)

Flight petang Khamis. Mak Su Miza dan Opah hantar gi airport. Ami Khairul plan nak amik di KB nanti. Ami Khairul siap sms lagi, bagitau suruh Ummi biar Adi sucks anything masa take off dengan landing, sebab masa tu pressure drop, so telinga berdesing.

Flight to KB, ramai betul babies! Siap ada seorang ayah dan baby-nya sebelah kitorang, kena pindah seat, sebab only 4 persons allowed to be in 1 row, so Ummi, Adi, dan Ayah dah 3 orang. Kalau include seorang lagi adult and baby, dah ada 5 orang 1 row. Reason being, ada 4 corong oksigen je in 1 row. Ayah, dalam hati, ni silap ground staff la ni x assigned betul- betul. Takpun, maybe ayah baby tu tak declare dalam tiket yang dia yang akan ribakan baby, not his wife. Ayah dah declare siap- siap yang Ummi yang akan ribakan Adi, so nama Adi diletak dalam bracket sebelah nama Ummi dalam boarding pass.

Flight tu take off je, banyak babies dok menangis. Yang ni senyap, yang tu menangis. Bimbang jugak kalau berjangkit kat Adi, sebab kadang- kadang crying ni contagious. Alhamdulillah, Adi senyap je the whole flight. Mulut dok kat puting Ummi, pastu tertido. The whole flight Adi tido, sampai la KB. Untung Ayah dengan Ummi hehe.

Di KB, Ami Khairul amik dengan Pok Loh. Derang baru balik dari KB, Ami Khairul beli barang- barang nak bawak balik KL. Pok Loh first time tengok Adi, Adi pun sama. Tak berkelip mata Adi tengok Pok Loh, hahaha.

Raya kali ni, for the first time, semua adik beradik Ayah balik, dan semua cucu Tok Ayah dan Mok balik. Ami Khairul, Auntie Mas, dengan Kak Isya dah balik Rabu malam. Abang Arif dengan Nde Aida memang di rumah KB. Nde Nina balik Khamis malam. Ditambah pulak 'anak- anak angkat' Mok dan Tok Ayah, Pok Loh dengan Pok Man (mak ayah diorang gi Mekah), memang bising la rumah KB masa tu. Banyak muka Adi kena scan, hehe.

Pagi raya tu, semua gi solat raya kat kampung Mok di seberang (Banggu). Memang lambat sikit pergi, sebab semua nak bersiap- siap takes time jugak, sampaikan Tok Ayah telipon orang sana supaya solat lambat sikit, bagi masa sikit sebab "cucu kawe semua balik tahun ni" heheh....

Elok- elok je kitorang sampai di surau kampung Mok, terus solat Raya. Ummi dan Adi tak join solat, stay kat rumah Tok Hassan. Arif dengan Isya naik ke surau, tapi dok diam- diam kat saf belakang.

Lepas solat raya, Ayah bergegas pergi kampung sebelah sebab bahagian korban Ayah tahun ni kat sana. Panjang ceritanya, tapi ringkas cerita, Ayah korban di kampung lain. Kampung Mok, Mok dengan Nde Aida korban. Kesudahannya, macam Ayah tak beraya di kampung sendiri, tapi di kampung lain. Tapi, takpe la. Esok lusanya tu, Ayah dengan Ummi bawak Adi round- round rumah saudara- mara. Ramai jugak dapat jumpa. Collection Adi pun bertambah kihkihkih.

Ramai orang puji Adi, sebab senyap je and very well-behaved. Tak menangis sangat, other than mintak susu atau mintak dukung. Senang sengih kat orang, dan senang orang lain amik. Harap- harap Adi maintain reputation ni ek sampai besar. Jadi macam Abang Arif yang senang orang jaga.

Masa balik kampung ni jugak, Adi pergi berubat dengan Tok Mat, abang Mok. Ada makcik di kampung yang cadangkan jumpa Tok Mat bila nampak pipi Adi ada ruam sikit- sikit. So, sambil beraya di rumah Tok Mat, Tok Mat jampi- jampi dan baca la sikit- sikit sambil raba muka dan leher Adi dan buat air penawar.

Ayah pulak, agaknya sibuk layan orang datang rumah, sampai makan lewat- lewat, dan banyak minum ais, sakit- sakit perut sampai muntah- muntah. Malam tu, Ayah muntah sampai takde bende nak muntahkan. Kesian Ummi sebab risaukan Ayah. Actually, it just angin je, sebab Ayah banyak kali dah muntah- muntah sebelum ni, tapi yang hari tu, agak banyak jugak la Ayah muntah. Sampai la sekarang ni, Ayah macam tak selera bila tengok daging. Anyway, alhamdulillah, Ayah dah ok, cuma sekarang ni tak boleh lewatkan makan sangat.

Speaking of which, sekarang dah masuk lunch hour pun, haha! Ok la, Ayah nak gi solat dan nak gi makan. Lepas tu, kena ke bandar jap pasal urusan rumah baru kita, heheh.

Maybe Ummi nak tambah lagi pasal raya ni, huhuhu. Pasal pengalaman Ummi beraya dengan Adi di kampung Mok. Wassalam.