Pages

Sunday, June 27, 2010

Adi's teeth...coming soon

Alhamdulillah, Adi is 10 months now.

Yesterday we went to Selangor Specialist Hospital for Adi's injection. Haven't been there since Adi had his 7 months jap. Since then, we do not know how much Adi weighs and how tall he is until yesterday. So, now Adi weighs 7.64kg and 70cm tall. Tiggi la anak ummi. Tak berat sgt tak pe, asal sihat. Lagipun senang ummi ngan ayah nak dukung.

Adi's gum has harden  ever since he was 4 - 5 months. People have been saying his first teeth will come out soon. Tapi tak keluar2 pun. But that's all right. Maybe Adi has his own plan on when he wants his first teeth to show. Even though Adi tak dek gigi, Adi suka gurau2 dengan ummi by biting her. Kalo ummi bagi reaction sakit, Adi will laugh and gigit2 lagi. 2 days ago, ummi nampak kat gusi adi mcm ada kesan2 gigi nak tumbuh. So, beware ummi!! hihi...

Adi is very good at getting people's attention. He wants people to be around him when he play. The was one night on weekdays, where ummi had to do some chores before going to bed and ayah helped to look after Adi. Adi was crying so ayah and ummi thought Adi was sleepy. Ummi quickly finish her chores to join ayah in front of the TV while nursing Adi. When Adi saw both ayah and ummi are already with him in front of the TV, he stopped crying and continue playing happily. (Pandai tak anak ummi?)

Adi only wants to drink plain water from a glass. Dulu, bila bg Adi makan, ummi selalu bg Adi minum air masak dlm botol. Sbb kalo Ummi bg minum pakai sudu, nanti Adi main sembur2 air. Habis semua baju basah. Tapi skrg tak bole dah, adi tak nak air masak dlm botol. Kene bagi minum dlm gelas. Also, if he sees anyone drinking from glass, he would shout asking for a  drink too. Ada2 je la adi ni.

Agaknye lepas ni apa pulak trick yg adi pandai buat ye?

Wednesday, June 23, 2010

Adi tak nak minum apa- apa?

Tengahari tadi, masa Ummi di opis, Opah call. Katanya, Adi tak nak minum apa- apa. Susu tak nak, air kosong tak nak. Lepas tu, asyik nangis, dan tak boleh diletak. Ummi forward SMS tu kat Ayah. Tak keruan Ayah dan Ummi. Ummi tak dapat konsentret dalam meeting. Ayah pulak tak boleh konsentret nak surfing (takde keje sangat pun sejak dah tender notis resign :P).

Terus decide nak balik awal hari tu. Lepas meeting, Ummi terus balik. Ayah suggest Ummi solat Asar tepi jalan. [Solat tengah jalan karang, bahaya sebab kereta banyak :P] Turun kat LRT Setiawangsa, instead of Wangsa Maju. Dekat sikit dengan opis Ayah. Erm, lepas ni boleh buat macam ni le, lagi dekat dari LRT Wangsa Maju. [Tapi dah nak pindah Cyberjaya pun. BTW, Ayah dapat tau yang ada lagi 6 orang nak resign Jun Julai ni dari S*pura. Harap- harap sedar la sikit lepas ni.]

Berhenti solat kat plaza tol Duke. Pastu, sambung driving. Alhamdulillah, jalan pun tak jem sangat. Sampai rumah pukul 7 gitu. Opah ada kat luar, kat depan rumah jiran, bersembang. Huh, mana Adi? Masuk dalam rumah, Adi ada dengan Ucu. Dok main- main riang ria Ribena macam biasa. Hoh, dok ingat demam ke, apa ke. Takde apa- apa pun, alhamdulillah. Agaknya Adi saja- saja tak nak minum sebab dia kenyang makan bubur kot. Opah selalu bagi memang semangkuk rabun. Adi pulak macam eating machine yang pakai Energizer tuh, asyik masuk, masuk, masuk dan terus masuk! Tu yang agaknya tak nak minum tu.

Haihh, lega Ayah dengan Ummi.

Lagi 3 hari lagi, Adi insya Allah genap 10 bulan. Cepat masa berlalu. Sekarang dah pandai hi-5. Kita angkat tunjuk telapak tangan kat dia, dia pun hi-5 kat kita pelan- pelan. Lepas tu, dah pandai main jelir- jelir lidah. Ni agaknya kesan selalu tengok Ayah gulung- gulung lidah depan dia. Vocab pun macam makin banyak. Ateh- ateh- ateh, Ayah, Ada, Tak Ada, Adi. Clingy pun bertambah kot, Ayah rasa la.

Ok deh, takat ni dulu. Wassalam.

Sunday, June 20, 2010

thanks

2o June, yesterday, is the Father's Day.
21 June, today, is exactly 27 months since Ayah & Ummi tied our knots.

Thanks for the Father's Day card. I'm trying my best to be the best one, so in the meanwhile, do forgive me for all my shortcomings as a husband and a father.

Love you two.




Wednesday, June 16, 2010

The fat lady sings...

Selepas almost setahun kat S*pura, Ayah decided to move on to another company. Memang agak cepat, baru je join July tahun lepas. July tahun ni, dah nak cabut dah.

To recap, masa dapat tau Adi dah ada dalam perut Ummi, Ayah dah berkira- kira nak pindah ke KL. Satu, dan the most important factor, I want to be there when Adi comes out to the world.

Ayah ada kawan sorang, yang macam situasi sama la. Dia keje Penang, tapi wife di KL, nak beranak. Bila dekat dengan due date, dia pun amik cuti la, tunggu wife dia di KL. Tapi ditakdirkan, tak datang- datang pun bukaan tu. Cuti pun last- last habis. Maka, balik la kawan ni ke Penang, sambung kerja. Tapi, alhamdulillah la beberapa hari lepas tu, wife dia tu admitted pagi, ayah mertua dia call, so terus la kawan ni drive balik KL dari Penang. Sempat la bersama wifenya.

Ayah tak sure Ayah can drive that long. Sejak balik dari US ni, tak pernah langsung drive jauh2. Paling jauh pun, Penang - Alor Setar. Lain pada tu, semua naik bas atau flight. Pun Ayah tak berani amik risiko, buatnya Ayah lambat sampai, Ummi deliver tak lama lepas labour pain? So, Ayah decides, the best is to relocate to KL, at least the possibility is bigger to be at Ummi's side when she's delivering.

Dan banyak lagi faktor lain, macam nak pendekkan trip ke Labuan, instead of Penang - KL - Labuan, jadi KL - Labuan je. Dan jugak July tu ada ijtimak di Nilai, so just nice la Ayah resign and keluar jemaah before Ijtimak. Lepas ijtimak, terus report for duty.

Kat S*pura, Ayah had a shock, how to say, 'culture shock' lah kot.

**Disclaimer**
[Nak tulis banyak- banyak karang, buatnya ada yang terbaca, tak pasal- pasal susah pulak nak dapat recommendation untuk future jobs nanti. Ye lah, bukan nak kata blog ni ramai orang baca, tapi the Net is really a small world. Google crawler tu bila- bila je bole retrieve anything that is written in the websphere. So, kalau ada S*pura staff yang terbaca ni, take with a pinch of salt la, deh. I hope the company improves as the year goes.]
**End of disclaimer**

Moving from a MNC with decades years of maturity, to a local company that is still green in its area. (S*pura memang dah lama kat Malaysia, tapi subsidiary yang Ayah join tu, tak). Baru je ditubuhkan dalam couple of years. Proses banyak tak clearly defined. Bila proses banyak tak clearly define, execution lambat. Banyak la beza yang Ayah tengok. Dari sebesar- besar benda macam company's direction dengan KPI staff, sehinggalah ke sekecik- kecik benda macam staff claims dengan nak booking meeting room. Unnecessary layers of red tapes.

Bukan Ayah je pikir macam tu. Bila tanya kawan- kawan yang join dari MNC lain, pun sama, ramai yang terasa bezanya. Ada yang try nak ubah, tapi ye la, setakat mana small fries macam kita boleh buat, against the big system. Ada yang dah give-up and just adapt and play along the flow. Antara excuses yang Ayah biasa dengar, the company is still young, lots of things need to be done. Betul la tu, I was not hoping that Rome is built in a day, but there are plenty of rooms to build the Rome faster, not at this pace.

Ayah jugak merasa perbezaan MNC where's Malays are minority (team Ayah dulu 1/4 je kot Malay), to a company where Malays are overwhelmingly majority (irony is, manager Ayah is a Chinese, hehe). Entah la, maybe its just me kot. Masa kat Penang, Malay tak ramai, hubungan sesama Melayu ni rapat, tapi bila syarikat banyak Melayu ni, macam longgar sikit. Again, maybe Ayah je kot, yang tak open up, and still dalam bayang- bayang syarikat lama.

Dan banyak lagi faktor lain yang tak dapat diceritakan di sini, sebab private & confidential. Internal factors, external factors, etcetc. Compile all of them, Ayah decides to start job hunting again.

However, I have to admit, the company that I joined last July, dah banyak different at this July. There is a ray of hope. Ada cahaya di hujung terowong. And as fated by joining it, I was able to hold Ummi's hands in the labour room. To hear Adi crying at the first time. To see Adi staring at me while I gave out azan.

So, why not stay?

1. Going back to MNC. Looking at experience, maybe Ayah survives better in MNC kot. Doa la, Ameen.

2. Closer to home (Cyberjaya, yeay!). Our early hunch that software/IT people like Ayah, usually will find his next bowl of rice at Cyberjaya turns out to be true. That's one of the reason we bought a house at middle areas of Klang Valley, instead of northern (macam Gombak), or southern (macam Puchong). Tiada lagi daily trip sejauh Wangsa Maju, merentas KL.

3. 9 am to 5.30 am. Hopefully, can see Adi more in the morning, and can see Adi early in the evening. At least, Ummi and Ayah can look forward to have either of us at home earlier to assist Opah in taking care of Adi.

4. Permanent position. S*pura punye, kontrak 3 tahun. Lepas tu, upon renewal. Tapi, bila dah permanent, notis nak resign jadi 3 bulan la. But then again, dalam IT world, memang tu standard pun.

5. Ummi got to drive herself. Kesian Ummi sekarang ni, kena naik public transport. Selalu delay and unreliable. Memang la lepas ni we'll miss going to office together macam sekarang, and having evening tea dalam keta masa traffic jam petang- petang. Tapi Ayah rasa, lebih selesa bagi Ummi dapat drive sendiri, walaupun kena bayar parking and tol, tapi at least Ummi got more control. Ayah still rasa stucked in jam dalam aircond keta, is better than waiting for Komuter yang tak kunjung tiba, in a station packed like sardin. Kalau reliable, takpe jugak. Ni asyik problem je. NKRA konon.

Harap- harap jodoh Ayah dengan syarikat baru ni tahan lama la. Harap- harapnya biar lagi lama dari M*torola. Harap- harap Ayah happy kerja baru nanti. Harap- harap biar sampai Ayah habis sambung belajar part- time. Ameen.

Tuesday, June 8, 2010

Sentuh dan Pergi

Sebelum pindah KL, Ayah memang tak ambik pot pasal kad Touch 'n' Go (TnG) ni. Lagipun, masa di Penang, Ayah duk dalam pulau, bukannya commute dari seberang, so tak payah lalu jambatan pun nak datang kerja. Balik KL atau KB pun, selalu naik bas je.

Tapi, bila dah pindah KL ni, antara perkara pertama ialah dapatkan kad TnG. Ada beberapa kelebihan termasuklah yang Ayah baru dapat sedar semalam, masa tunggu Ummi di LRT Asia Jaya:

1. Jimat masa, berbanding lorong tunai - Masa tu la nak cari syiling, nak bukak tingkap, kalau tak cukup syiling, kena keluarkan dompet. Tambah- tambah pulak kalau drive sengsorang, takde sapa nak tolong.

2. Kurang beratur kat tol - Asal peak hours je, lane TnG pun panjang, tapi lane tunai apatah lagi la. Selalu panjang- panjang je. Terpikir gak, siapa- siapa yang memang selalu drive di KL ni, ngape la insist nak guna lorong tunai? Ummi kata, maybe orang tu business trip, so dia nak claim, kena la ada resit, jadi kena la lalu lane tunai. Betul jugak. Tapi, fear not, Ayah terpikir, kan sekarang ni kat Touch N Go pun dah ada website (http://e-services.touchngo.com.my) yang rekod semua transaction kita? Boleh jugak jadi proof nak buat claim, kan?


Yang ni boleh buat claim ke, bos?

3. Boleh guna kat banyak tempat, kadang- kadang berdiskaun pulak tu - Nak guna naik LRT, boleh. Nak bayar kat Burger King, boleh. Nak bayar kat Chicken Rice Shop, siap dapat 5% diskaun lagi. Jambatan Penang dulu ada diskaun tol, RM5.60 je instead of RM7, sekarang tak tau la still ada ke tak diskaun tu.

4. Cash boleh guna untuk benda lain - Kurang la sikit Ayah nak prepare duit cash dalam dompet. Bank Ayah tak banyak ATM, asyik kena caj je RM1 bila cucuk kat bank lain. Nak withdraw sekali banyak, Ayah jenis tak suka pegang duit banyak- banyak. Bila guna TnG, boleh la kurangkan guna duit tunai.

5. Boleh keluar masuk stesen LRT / Komuter suka ati - Ni yang Ayah baru sedar masa tunggu Ummi di LRT Asia Jaya semalam (orang lain dah lama perasan kot, hehe 'tertinggal bas'...). Nak gi surau ke tandas ke, surau dan tandas dua- dua kat dalam, lepas gate. Takkan nak beli tiket semata- mata nak masuk, then burn gitu je. So, guna la TnG. Keluar balik deduct RM0 jugak, sebab sama stesen. Lepas tu, dengan Komuter asyik- asyik kensel / delay lately, yang dah beli tiket, mesti kena burn kalau berubah fikiran macam nak naik teksi ke LRT ke. So, kalau guna TnG, ada la the luxury of changing decisions untuk kensel naik Komuter, ye dok?

6. Gomen bagi rebate kalau 80 kali lalu tol - Ni sebab utama dan yang paling best kot. Kata la, 1 bulan ada 20 hari kerja. Kalau Ayah make sure Ayah go thru 4 tol sehari je, dah free- free dah dapat rebate 20%. Federal pun kalau pergi balik, Sg. Rasau satu, Batu Tiga satu, dah 4 kali sehari. Tak banyak pun, tapi siapa nak bagi duit free kan?

Tapi, tak dinafikan la, ada gak kena consider some stuff bila nak guna TnG:

1. Kena rajin top-up - Selalu top-up kat stesen minyak je, alang- alang tengah isi minyak, tapi kena caj la 50 sen. Kalau nak free, top-up la kat kaunter tepi tol atau lane "Tambah Nilai".

2. TnG reader ada problem - Maka, terpaksa la reverse keta, menyebabkan keta- keta di belakang marah. Tetapi kadang- kadang bukan salah kad pun, memang reader tu tak betul. Ayah kalau dah kena sekali, memang cop la lane tu, tak lalu dah lepas ni. DUKE, tak silap, macam ada satu lane, Kesas Subang Jaya pun ada satu (even jurutol tu sendiri bagitau). Kad TnG kan ada macam- macam jenis, dengan PLUS Miles la, Zing la, etcetc.

3. Lane TnG dengan SmartTag selalunya kat kanan sekali - Padahal, lepas tol tu, kita nak rapat ke kiri. Nak pegi tandas ke, nak isi minyak ke. Toll operators dah admit dah ni memang issue, contoh macam kat Jalan Duta la, SmartTag nye lane kat kanan, habis block orang- orang yang nak pergi lane tunai dengan TnG belah kiri. Macam kat Duke, diorang dah tambah dah satu lane SmartTag kat tengah- tengah.

Baru- baru ni Ayah baca kat sokkaba pasal koc KTM Komuter ni, menyelamatkan pompuan dari kena raba. Tu pun, penulis tu istilahkan "Sentuh dan Pergi" jugak! :P

Friday, June 4, 2010

It ain't over till the fat lady sings...

Ayah tengah dengar lagu Sabhi Saddi, Nadiku. Selalu dengar dalam radio, tapi tak teringat nak download. Sumber paling senang, cari kat 4shared le. Banyak je lagu Ayah ambik kat situ. Dapat free je, hehe.

Lantas, adakah ini dianggap sebagai cetak rompak? Teringat Ayah masa kat uni dulu, ada buat research pasal ni. Masa tu, tengah tip-top la file sharing ni. Napster, Kazaa, Limeskin (ke apa ntah..), dan banyak lagi. Tak lupa jugak, channel- channel download dalam IRC, sumber utama drama Jepun Ayah. Yang Ayah ingat, ada jumpa yang kata, selagi kita tak buat untung, macam burn dalam CD, lepas tu jual ke, tak dianggap cetak rompak, sebab kita guna untuk kegunaan peribadi.

Tapi kesian jugak kat artis- artis nanti tak dapat duit pulok, dok? Asyik download je kerjanyeh. Ok la, Ayah ingat lepas ni, Ayah nak beli CD Mirwana. Baru- baru ini layan balik lagu Permataku. Tak tau la ngape, dengar lagu tu, rasa macam teringat sangat nak balik ke zaman universiti dulu. Zaman- zaman takde serabut dengan opis (tapi serabut dengan lecturer dengan assignment), zaman elaun masuk tiap- tiap bulan, zaman boleh road trip, zaman kenal Ummi.

Heheh, kalau Adi nak tau, dari dulu lagi, Ummi dan Ayah simpan hajat, one day nak balik ke uni balik, tak kira la untuk saja melancong ke, sambung belajar ke. Erm, tengok la rezeki. Insya Allah, panjang umur sampai la sana balik. Banyak lagi benda nak setel sebelum tu. Niat nak pergi umrah lagi, haji lagi. Tu lagi penting. Ummi dah pernah tengok Kaabah dengan Atuk dan Opah, Ayah takat tengok dalam TV je. Nak ziarah kubur Nabi SAW lagi.

Teringat Habib Ali cakap, lebih kurang la maksudnya, siapa yang jauh- jauh datang Mekah, tak gi Madinah, ziarah kubur Nabi, rugi la sesangat. Walaupun dah tentu ziarah kubur Nabi tak termasuk dalam rukun umrah haji, orang bodoh je (bak kata Habib Ali) yang pertikai pasal ziarah kubur Nabi SAW, konon mengada- adakan benda dalam agama. Ayah pasang niat la, one day nak pergi sana.

Eh, ni dah panjang, pasal tajuk, tak masuk- masuk lagi. Adi, kalau nak tau, tu la pepatah mat Saleh, maknanya macam, jangan kira dulu anak ayam sebelum telur menetas. Insya Allah takde aral, suatu yang Ayah harap sangat, akan memudahkan family kita lepas ni. Tapi, tak boleh bagitau dulu, kena confirm, baru Ayah bagitau hehe.

By the way, weekend ni, sepupu Ayah, kira pangkat pakcik Adi la, kawin kat MBSA. Tok Ayah, Mok, Nde Aida, dengan Abang Arif insya Allah turun. Berkampung di rumah Ami Khairul. Weekend ni, boleh la bawak Adi gi jumpa, biar lagi biasa.

Ok la, Ayah nak sambung kerja. Ni tengah minum petang ni. Ingat nak balik awal ni sikit. Harap- harap tak jem teruk sangat la. Macam pagi tadi, 125 minit untuk Ayah sampai opis! Pecah rekod tu, selalu 90 - 105 minit je. Punya la banyak tempat jem. Kota Kemuning jem (macam LKSA tak membantu pun?), Subang Jaya Kesas jem, MRR2 la jem paling best - dari Jalan Cheras ke Keramat AU! Ye, diulang Keramat AU! Tobat la, lepas ni Ayah ambik Federal je la gi keje. Sama jem, tapi at least, tol lagi murah.

Macam ustaz kat surau pulak, cakap nak berenti, tak berenti- renti jugak. Ok deh. Later.