Pages

Thursday, September 30, 2010

Imam Muda Adi mengucapkan Selamat Hari Raya!

woh lama dah x update blog inih...dekat2 sebulan dah…nak buat camne, sibuk beraya hahaha!

Raya kali ni balik KB…rabu 7 haribulan dah naik flight balik KB…naik airasia…penuh dengan family2 yg ada anak2 bihkurang umur adi… awal jugak balik tu, sebab jumaat baru nak raya…tapi sebab raya ke-3 dah amik flight balik klang balik….

Flight balik KB dapat hot seat pulak tuh…tak payah bayar pun bole dapat hot seat hehe...ruang kaki pun luas sikit, adi boleh turun naik, pastu dok tengok je orang- orang beratur naik kapal…rezeki…

Tahun ni, di KB semua ada kecuali keluarga Ami Khairul…keluarga Ami Khairul beraya di Segamat…Ami Khairul sendiri beraya dalam kapal terbang…raya ke-2 baru touchdown di Malaysia…nasib la dah keje jauh- jauh, gaji tinggi- tinggi kan…redho je lah..

Di KB, tak banyak gi rumah saudara- mara…sebab rumah Mok dan Tok Ayah tu, raya pertama dengan raya ke-2 memang tak gi mana- mana…tunggu orang- orang datang… ye lah dah pangkat atuk nenek kan…raya ke-3 baru start nak berjalan, tapi by then, kitorang pun dah balik klang…

First experience untuk Ummi beraya aidilfitri di KB…kata orang, raya puasa di KB tak meriah macam raya Haji…maybe kot…dah culture agaknya…sebab Kelantan ni adatnya lain sikit…malam raya, ramai masjid surau buat qiamullail sampai ke pagi...kalau sebetulnya, memang ada hadis pun pasal hidupkan malam raya dengan ibadat…malam Lailatul Ijazah…malam penerimaan segala ibadat masa bulan puasa itu hari…

pastu, takbir rumah- ke rumah pun takde…tak tau la kalau ada tempat kat Kelantan yang ada…takbir biasanya kat masjid- masjid je…sampai ke lewat- lewat malam…Ayah pun ada ikut kecik- kecik dulu, sampai tertidur kat surau haha…so malam raya tu bole dengar la takbir raya berselang- seli dengan meriam buluh…

Ayah (baru balik dari surau, solat Isyak, malam raya): Rasa macam kat Palestin.
Ummi: Ngapa nye?
Ayah: Pong pang, pom sana, pom sini budak- budak main meriam buluh…macam berperang…
Ummi: Mana ayah tau macam kat Palestin?
Ayah: Hehe….

Petang raya tu, pergi rumah Opah Su di Langgar…Adi first encounter with kucing…kemain lagi suka…siap pegang- pegang, tarik ekor..kucing baik takpe le…buatnya kucing yang garang- garang haha…kita pulak yang risau…

Kat rumah KB, satu lagi skill acquired by Adi is, skill memanjat…tempat latihannya tangga dapur la…kat rumah Klang takde tangga, so rumah KB memang sedap la Adi manjat…turun naik turun naik…balik je rumah Klang, terus terer bab memanjat- manjat nih…

Masa di KB, Adi ada dapat kopiah dari Mekah…Pak saudara Ayah baru balik dari umrah…suka pulak Adi pakai kopiah tu…kadang- kadang ada la rimas, Adi campak..tapi selalu jugak Adi biar melekat elok… pernah sekali Ayah nak cabut pun Adi marah…takpe lah, biasa- biasakan Adi pakai…Lepas tu, sebut “Imam Muda Adi”…Adi pun angkat tangan…dan dah pandai tepuk- tepuk tangan pulak…


Nde Aida sekeluarga takde dalam gambar. Dah pergi beraya.


Adi dengan (Pakcik) Adam. Pangkat pakcik hehe... Tentera Mok Soh belakang rumah.



(Pakcik) Adam dan (Makcik) Aishah. Adi meronta nak lari.

Bila sambung beraya di Klang, memang ramai la orang datang rumah. Satu masa, kadang- kadang sampai 5- 6 keluarga datang sekaligus. Adi kalau orang tak ramai sangat, dia ok lagi. Tapi once dah terlalu ramai, mula la cranky. Tambah lagi kalau ramai budak- budak. Kalau sorang duorang takpe. Kena la Ayah bawak masuk bilik keluar bilik, tunjuk kartun biar tenang sikit.



Dengan dua pupu- dua pupu Adi, cucu- cucu Tok Uda Majid.




Open house Dato' Amzah. Tu Atuk Sarip.




Abang Arif dengan Luqman sebelah rumah.

Lepas raya, memang agak sibuk di tempat kerja masing- masing. Nak kena catch-up masa ambik cuti sebelum raya kan. Ayah pun dah selalu kena balik lewat. Datang awal, balik lewat, baik datang lewat je. Semenjak 2 menjak nih, Ayah tak keluar rumah 7.30 dah. Pukul 8, 8.30 baru nak keluar. Dulu takut gak nak datang lewat, takut parking takde, malas nak berjalan jauh (15 min woo..). Tapi tengok 2- 3 hari ni, ada je parking. Boleh la lepas Subuh, Ayah tidur balik, tengokkan Adi, kurang sikit beban Opah.

Selamat Hari Raya!

Sunday, September 5, 2010

kiub- kiub makanan Adi

*entri ni patutnya lama dah post kat sini..gambar pun dah lama dah snap, ogos dulu haa...cuma x terupdate...takpe, butter late then never.

salah satu kelebihan bila adanya freezer ialah ummi bole start masak utk adi...plannya ialah masa weekend masak, pastu blend, pastu bubuh dalam kiub, freezekan...so, kurang la sikit keje opah masa weekdays (tambah2 masa bulan posa nak masak utk berbukak and whatnot), cuma kena panaskan je kiub2 makanan ini, dan campur dengan bubur nasi...

so, masa weekend tu, masak:


ni ayam dan bayam...


yang ni, caulitatoes...kentang + cauliflower...

pastu blend, dan bubuh dalam kiub:



bila dah sejuk, keluarkan dan bubuh dalam bekas lain (nak buat space utk buat ais utk minum masa bukak posa sebenarnya...besar punya!):


nampak macam lagi sedap pulak, bila dalam kiub...

resepi ni sume dapat dari website ni haa... Sharing is Caring

sekian dulu, ayah melaporkan.