Pages

Thursday, January 13, 2011

new year, new age, new house!

Fuhh…penat betul pindah rumah. Ayah rasa macam nak tulis buku, How to move to new house in 5 days. Tapi Ummi la yang paling penat sekali. Unpack sana, unpack sini, kemas sana, kemas sini. Jumaat kitorang dah dapat kunci, then Selasa dah nak buat doa selamat. Cadangnya tak nak buat pun awal- awal, sebab rumah pun baru masuk, tak semenggah sana- sini. Tapi Opah nak jugak buat, lagipun sebab birthday Ummi Rabu tu. So, buat la jugak ‘kecil- kecilan’.

Bayangkan, ada 4 hari je antara Jumaat ke Selasa, nak prepare rumah. Memang rushing betul la. Kena pulak Sabtu tu public holiday, new Year, banyak kedai tutup. Ahad pun, kedai tutup lagi.

- Jumaat malam, dapat kunci, unload barang sikit. Di waktu orang- orang tengah berkumpul untuk sambut New Year. Tapi sempat la Ayah balik before midnight. Lepas unload barang, baca- baca sikit apa patut kat rumah tu.

- Sabtu, pergi K*mdar dengan GM, usha langsir dengan tikar. Satu hari jugak la.

- Ahad, basuh rumah. Mula- mula nak upah Pakcik Nabil nye kontraktor, tapi kakak- kakak Indo masih cuti lagi hari Ahad. Ayah pun mengecall le khidmat cleaning services yang jumpa di Internet. Not bad, bersih la jugak. Rasa berbaloi jugak bayar RM250. 3 orang, akak cleaner tu dengan suami, dengan maid diorang. Mula pukul 11 lebih, habis dekat pukul 5. Memang disental la satu rumah, terutamanya dapur la yang sangat- sangat la tak sesuai. Baru best sikit masuk rumah, dan boleh start unpack barang- barang sebab dah bersih. Kalau tak, masuk pun, pakai selipar.

- Isnin, segala orang datang. Bedroom set, barang- barang letrik dengan langsir. Pagi tu, bedroom set datang dulu. C*venzi. Amik yang medium price je, lepas tu katil frame tak pasang pun, sebab Adi golek- golek tidur takut jatuh pulak. Simpan je frame dalam stor. Bedroom set dengan dresser untuk master bedroom. Bedroom set yang kat rumah Opah tu, nanti boleh upah lori, letak kat bilik lain, tapi tu lambat lagi. Letrik ambik dengan Onk*ng, sebab macam boleh tawar- tawar sikit, plus dapat Bonuslink points dan boleh buat 0% installment. Tapi, takde la murah sangat, kira market price lah. Pagi tu, pasang aircond. 2 HP terus. Bukan selalu pakai pun, tapi saja dah alang- alang kat living room.

Lepas tu, Pakistan seller dari GM tu datang pasang langsir. Sambil tu, wireman datang pasang lampu. Kelam kabut betul masa tu dengan bunyi drill nya, dengan caj mahal wiremannya (nak cepat pasang lampu, amik je nombor yang ada dalam mailbox. Silap la, kena ketuk.) Langsir asalnya nak pasang living room dengan master, tapi tak jadi pasang kat master. Pasang kat living room je. Ayah yang pilih langsir kat GM hari tu, Alhamdulillah Opah kata ok. Ayah tak reti sangat kaler- kaler ni. Wireman tu pulak, takde plan pun nak panggil, sebab ingatkan boleh upah orang aircond tu, tapi orang tu kata dia banyak client nak attend, so kesuntukan masa. Nak pasang lampu kalimantang sebab lampu sedia ada tak cukup terang, tergagau pulak pakcik- makcik baca Yasin malam esok.

- Selasa, Ummi bertungkus lumus meng’unpack’ barang dan menyiapkan pinggan mangkuk di dapur. Ayah pulak berkejar dari pagi ke tengahari pergi Syabas dengan TNB. Transfer nama. Buatnya kena potong, tak ke haru. Masa ni la, terasa nya duduk di sempadan daerah. Pinggiran ni, tersepit antara Shah Alam dengan Subang Jaya. Jurisdiction under MPSJ, padahal seberang jalan ada Sekolah Teknik Shah Alam. So, Ayah pun pergi la TNB Subang Jaya kat SS 15. “Eh, Encik salah daerah ni. TNB taman encik ni bawah Shah Alam.” Berkejar la pergi TNB Shah Alam. Setel TNB Shah Alam, pergi Syabas. Ayah telefon PUSP*L nak confirmkan betul ke Pinggiran ni bawah Syabas Klang/Shah Alam, operator tu kata ye. Ayah pun pergi la Syabas Klang kat depan MPK, yang cover Shah Alam sekali. “Encik call operator tu, kenapa Encik tak bagi nombor akaun bil air tu? Ni Syabas PJ.” Adui, Ayah dah malas dah nak berkejar. PJ tu, kat Jalan Templer. Sikit punya jauh dari Klang. Esok la Ayah pergi. Balik rumah dulu.

Tengah drive, Ummi call. Orang tilam dah datang. Tapi Ummi takde cash. Silap la Ayah pulak tak tinggal cash kat Ummi. Tilam beli cash kat Plaza Perabot Shah Alam. King K*il. King size, biar luas nak golek- golek dengan Adi. Alhamdulillah kedai tu tengah diskaun 30%. Dapat la murah dari harga biasa. Sempat la jugak orang tilam tu menunggu dalam 15 minit kot. Balik- balik tengok rumah dah kemas. Ummi memang rajin. Kesian kepenatan.

So, malam tu doa selamat. Solat Isyak berjemaah sekali. Pastu baca Yasin. Then, makan- makan dan potong kek. “Kecil- kecilan” sebab yang datang ada dekat 40-50 orang jugak rasanya. Ramainya jiran Atuk Opah kat Andalas, jiran sini ada la 4 rumah. Ayah memang tak ajak banyak pun, 6 rumah je, sebab dah tau yang Andalas ramai hahah. Orang- orang surau sini pun tak panggil. Takpe la, insya Allah dah renovate betul- betul boleh buat sekali lagi panggil orang- orang sini sekali.

Apapun, rutin kehidupan dah berubah sedikit. Dalam kerangka kacang (in a nutshell), we like it! Pagi- pagi Adi pergi nurseri, either Ummi hantar (kalau Adi dah bangun) atau Ayah (kalau Adi tak bangun lagi masa Ummi nak pergi opis). Ummi boleh la pergi keje lewat sikit dari di Andalas. Ayah, lagi la lewat. 8.30 ke atas, baru nak keluar rumah. Setengah jam je dah sampai opis.

Then, petang- petang Ummi amik Adi. Malam, makan dinner lepas Maghrib or lepas Isyak, then tidur. Weekend, pergi rumah Opah, nak bagi Opah Atuk qadha’ rindu kat cucu, sambil Ummi dengan Ayah pack barang- barang lagi dalam kereta.

Ok la, panjang ni. Sambung cerita kemudian la pulak insya Allah.

*Happy Birthday Ummi! I'm glad I'm married to you!*