Pages

Sunday, April 17, 2011

Adi nak dapat adik baru!

*Hmm nampaknya kadar kemas kini blog ini sudah bertukar menjadi hampir- hampir sebulan sekali khakha…

Anyway, it’s pretty much the same life for 3 of us…or is it? The great news is that we will have an addition to the house insya Allah!

Dalam takde plan pun, dapat lagi sorang. Ummi dah risau period tak datang agak beberapa hari. Bila check dengan pregnancy kit, negative. Bila pergi jumpa doktor, doktor kata mengandung 8 minggu daa… (Hmm, pregnancy kit tu bukan 99% betul ke? Nampaknya tidak lagi..)

Jantina belum diketahui lagi. Baru berapa minggu je pun. Tak kisah la laki ke, pompuan ke, janji sihat dan selamat. Kalau ikut calendar Cina purba tu, pompuan. Ok gak sepasang. Kalau laki pun takpe.

Alhamdulillah. So, Adi kena behave la ye, nak dapat adik ni. Tak boleh sukati landing2 atas perut Ummi lagi dah, guna je perut Ayah, bouncy jugak kihkih…

Other than that, our morning routine changed a bit now. Selepas trial period oleh Ayah menaiki komuter di pagi hari ke KL semasa kursus di KL, Ummi memilih untuk tidak lagi menempuh jem di pagi hari. Kini, Ummi start naik komuter balik pegi opis, macam masa kat Klang dulu. Tapi, ni lagi dekat. B*tu Tiga je. 50 min dah sampai opis. Lagi cepat dari naik keta, jimat tol, jimat minyak, ngantuk pun takpe.

Jadi, rutin di pagi hari, ialah, Ayah dengan Ummi bersiap pegi hantar Adi, then drop Ummi kat komuter, then Ayah balik rumah bersiap balik. Petang- petang pun sama, Ayah ambik Adi, then pergi amik Ummi kat komuter.

So far, so good. Naik lepas rush hour, jadi tak la seteruk masa naik di Klang dulu. Kalau ada occasions where Ayah balik lewat ke, Ummi boleh je amik teksi, ataupun kalau dah tau awal2, parking je kereta kat stesen tu. Kunci2, lepas tu tawakkal le, baca apa2 yang patut kan.

Dah le tahun depan, Ummi maybe transfer ke KLCC. By that time, harap- harapnya Komuter dah improve. Gomen kata, 2012 ada 30+ train nak sampai. Untung2 lagi, LRT ext*nsion yang sampai ke P*tra Heights dah siap, bole la ada pilihan nak naik yang tu kan.

Adi pulak, dah mula banyak minum botol dah. Jadi la, setahun setengah jugak susu badan. Sekarang pun susu badan lagi, cuma lagi banyak susu botol dah. Ayah beli D*gro yang perisa madu tu je, sebab Adi pernah minum kat rumah jiran yang tu. Sekali Ayah tukar flavor coklat, macam cirit pulak Adi. Wallahu a’lam.

Lepas tu, malam- malam susah nak tidur, asyik nak main je. Ayah dengan Ummi yang ended up tidur dulu. Adi tengok kartun Upin Ipin, then baru tidur. Which reminds me, Ayah kena download lagi Upin Ipin tu kat Y*utube. Takpe, tak sempat kat opis, download kat rumah je. D*GI broadband tu, tak abis- abis pun kuota, bayar sesaja je tiap- tiap bulan.

Ok lah, tu je dulu.