Pages

Monday, June 20, 2011

Adi tak suka dipaksa agaknya

Adi’s new habit is definitely soothing to our hearts (and make him look more adorable too), that is wearing kopiah. Kalau kita nak cabut ataupun terjatuh dari kepala, marah tu. Unless kalau dia sendiri yang cabut. Tapi, memang sejuk hati la (sejuk perut Ummi ke? Ntah la sebab ada adik Adi dalam perut, kesian pulak kalau sejuk) tengok anak suka pakai kopiah tanpa dipaksa. Macam dulu, kena paksa pakai, tak mahu pulak. Tapi bila tak dipaksa, sendiri nak pakai.

Which leads us to next conclusion: Adi tak suka dipaksa. Contoh kedua ialah, sekarang Adi dah pandai dah cium pipi Ummi dengan Ayah. Bila tunjuk jari kat pipi, pastu cakap, “Adi, kiss Adi, kiss?” Maka, Adi pun melekapkan la dahi, pipi, atau mulut dia ke pipi yang ditunjukkan tu. Tapi, bila Ummi nak demo kat Opah Atuk, tak menjadi pulak.

Sekarang pulak, sejak Ummi dah pulangkan laptop satu lagi, dah kurang dah tengok Upin Ipin sebelum tidur. Bagus jugak, sebab nak suruh Adi cepat tidur sikit. So, apa Ayah buat ialah main ‘game’ kat phone dengan Adi, sampai either one of us tertidur dulu. Idea ni, dapat masa pegi Penang hari tu, senang je Adi tertidur masa tengok Ayah main ‘game’. Tapi, tengok lah, kadang- kadang Ayah yang tidur dulu, sedar- sedar pukul berapa pagi, tergagau cari phone kat mana.

Adi pun dah pandai takbir dan berdiri qiam. Selalunya dia mula bentang sejadah, berpuluh- puluh kali sampai la dia puas hati sejadah tu terbentang perfect (anak aku ni perfectionist ke? Hmm…) Pastu dia pun angkat la takbir dan letak tangan kat pinggang. Tak tau la sama ada dia belajar dari tengok Ayah dengan Ummi semayang, ataupun tengok Upin Ipin semayang ‘tawareh’, yang penting dah berjinak- jinak dengan tikar sejadah.

Sekarang ni dah makin independent. Makan, nak suap sendiri, nak pegang sendiri lauk tu. Nak mintak air pun dah pandai pergi dapur kat tempat botol air tu, lepas tu jerit- jerit. Dah pandai makan cereal (tanpa susu) sendiri depan TV (taktik mudah untuk Ummi dengan Ayah masak kat dapur). V*tagen dah lama dah pegang sendiri. Gelas air pun nak pegang sendiri, tapi jangan harap la, sebab Ayah Ummi tak bagi takut tumpah hehe. Agaknya, penyesuaian untuk dapat adik November ni kot?

Sedar tak sedar, dah nak masuk 2 tahun anak Ayah ni. Lajunya masa berlalu.