Pages

Sunday, August 7, 2011

adi dan spageti 2 tahun

2 hari lepas 6 ramadhan. Genap la Adi 2 tahun ikut bulan Islam. Kalau bulan omputeh, 27 Ogos ni.

So, bercadang la ummi ayah nak menghantar makanan ke surau, bersedekah sempena Adi genap 2 tahun ni. Plan asal, nak masak, tapi x bole nak kecap lak, karang termasin ke termasam, susah jugak. So, plan B, beli je.

Tapi, nak beli apa? Asalnya nak beli Nasi Ayam Kota Dam*nsara restoran yang baru bukak tu kat simpang. Tapi bila ayah gi usha bilangan orang bukak puasa, waiceh macam ramai sangat la pulak, takut tak cukup. Ayah assume je bilangan peserta acara solat Maghrib tu, semua bukak puasa di surau, so ada la 20 – 30 orang. Pehh…

Tukar plan, tak jadi la nasi ayam. Beli something yang banyak and boleh kongsi pakat- pakat rasa. Beli kuih la, kuih talam ke. Dah ambik pun nombor akak yang jual agar- agar kat pasar Ramadan tu, tapi bila hello, tak angkat pulak.

Tak bole jadi ni. Esok dah Sabtu.

Last- last balik ke plan asal, iaitu memasak. Memikirkan tak boleh nak mengecap sebab ayah dan ummi dua- dua puasa, ayah decided nak masak benda yang paling kurang kebarangkalian tak jadi. Memperkenalkan Chef Rizal (eh ke apa nama anak Chef Wan tu?). Masak spageti je sonang, macam dalam iklan tu, rebus spageti, panaskan kuah, setel.

Sabtu tu, lepas Zuhur ayah gi T*sco beli, lepas Asar dah bole masak. Ingat nak masak 3 bungkus spageti, tapi bila tengok dah rebus 1 bungkus, ni pun dah penuh satu tupperware, erm cukup la.

Ummi tolong potong- potong semua, pastu ayah goreng ground beef dengan bawang sikit, pastu masuk sos spageti 2 botol, pastu masuk tomato biji. Setel.

Dekat- dekat maghrib, letak dalam tupperware (apsal la auto typing ni sibuk nak capital kan T tupperware ni, ish..), bawak gi surau.

Di surau, tengok macam tak ramai orang je hari ni. Sorang abang ni dengan anak dia 2 orang. Katanya, weekend ni ramai balik kampung kot. Abang tak balik kampung? Mak ayah dua- dua dah takde dah. Ooo… Kampung orang rumah? Kg. Melayu Subang. Oh, dekat sangat pulak ye.

Then, sorang- sorang datang hantar makanan. Ah sudah, makanan punya banyak ni, orangnya tak sampai 10 pun. Tapi, elok- elok je nak azan, datang lagi ramai. Total, ada la 10+ orang bukak puasa di surau.

Laku ke tak spageti ayah? Laku jugak, ada la 2 3 orang makan bukak puasa. Siap ada yang komen, wah siapa bawak spageti ni, cita rasa itali ni. Ayah senyap je tak ngaku. Hehe.

Ingatkan yang mana tak laku, bawak balik rumah la kan. Rupa- rupanya masa terawih, masa ayah nak pegi amik bekas, tengok- tengok budak- budak tengah melantak spageti ramai- ramai. Menu- menu lain macam mee goreng, meehun, tak habis lagi, Tupperware spageti dah licin dah.

Alhamdulillah, lega ramai orang bole makan. Jadi la, buat niat nak raikan hari lahir Adi kan. Insya Allah 27hb ni, besar- besaran sikit la, opah atuk nye nak buat kat rumah sana. Ayah ummi ok je hehe.