Pages

Tuesday, December 27, 2011

Anas dan kenduri akikah

Wah last update 10 november. Banyak benda berlaku sejak tu.

Paling major, ialah kenduri akikah Syed Anas Maliki le hehe. Alhamdulillah, all went well. Kambing 2 ekor sudah tumbang. Terbaik dari ladang Rantau Panjang. Seekor 750 siap dah sembelih lapah, tinggal nak masak je. Kerja masak telah dilakukan dengan jayanya oleh rakan baik Opah, sehingga mendapat pujian ramai yang mengatakan tidak terasa bau kambing dan rasa macam daging bila makan.


Mok dan Atuk KB pun ada turun. Adik- beradik Atuk KB pun ramai datang, almost semua la, termasuk yang dari Sabah, tak sangka. Saudara- mara belah Mok pun ada, yang mana duduk Shah Alam lah.


Adi pulak dah pakai lawa- lawa, elok- elok satu tema coklat dengan semua orang, tapi terbocor masa nak dekat- dekat marhaban pagi tu. Terpaksa la bertukar ke pakaian kurta. Hehe bole la, coklat jugak kan.


Marhaban siap panggil 2 team. Team surau, dengan team masjid. Mujur tak macam Showdown 2011 yang ada battle- battle hahaha!

Khemah bukak 2 je. Tapi ada addition lagi, tambah meja dkat rumah jiran sebelah dengan jiran depan. Dapatlah menampung orang- orang yang ramai. Pagi lagi dah ada makan- makan lepas marhaban. Lepas zuhur, panggil geng surau pulak. Jamu makan nasi, kuih- muih yang disumbangkan oleh jiran- jiran sampai tak cukup meja nak hidang, pastu ada pulak lori cendol stationed situ. Laris jangan tak laris haha. Motor aiskrim pun ada lalu tanpa dijemput, tapi takde orang layan haha.

Kawan- kawan Ayah Ummi ada la datang quite a few. Lewat pun takpe, buat kat rumah bukannya kat dewan. Tapi agaknya nak meredah hujan, dengan yang ada anak kecik2, KL pun dengar cerita jem teruk jugak hari tu. Tak apa lah, insya Allah next time ada akikah lagi untuk adik Anas pulak.

‘Ala kulli hal, sudah abis dan sudah lega. Ummi pun penat cari door gift. Jiran- jiran pun penat rewang. Lepas kenduri, ramai demam. Hujan pun ada turun jugak tengahari tu kejap.

Disember tak dapat dinafikan, bulan yang cuti banyak 3 hari. Dapat la merayap jauh- jauh sikit. Cheras, kenduri kawan Ummi. Ayah memang sangat tak reti area Cheras, dah la takde GPS dalam kereta. Tapi takpe, Google Maps membantu.

Hulu Langat, ada makan- makan sikit family belah Atuk KB. Pergi petang, balik lepas Isyak. Not bad jugak eh, duduk Hulu Langat. Suasana kampong, dusun- dusun pun ada, tapi tak jauh dari KL. Cuma jalan kecik lah sepanjang- panjang kampung. Tak boleh imagine jem macam mana kalau weekdays, unless jadi mat rempit naik moto.

Pastu ada pergi tengok Pakcik Johan dapat anak dah. Dekat je rumahnya kat Subang Jaya. Ni kira batch Anas la ni, sama tahun. Macam jugak si Syed Aidil Adrian, anak Ami Khairul. Hmm, kawan Ayah kat Ampang pun ada dapat anak jugak. Kawan Ummi pun ada. Rezeki- rezeki semuanya heh.

Adi pun dah macam kurang sikit jealousnya dengan Anas. Sekarang, kalau Anas nangis, Adi akan pergi tengok dekat- dekat sengih- sengih. Lepas tu, tak macam dulu, dah tak mintak Ayah/Ummi dukung bila tengok Anas didukung. Insya Allah, harap- harap Adi jadi abang yang baik.

Rutin harian sekarang, Ayah dan Ummi tengah membiasakan diri. Menggunakan prinsip Divide and Conquer haha, Ummi hantar/amik Anas gi taska, Ayah hantar/amik Adi. Pagi- pagi lagi, Ummi drop Anas, Ayah pulak drop Adi bila nak pergi opis. Ok kot. Baru 2 anak, training la ni untuk lagi ramai askar next time macam mana nak handle hehe.

Ok deh tu je, nak sambung kerja. Wassalam.