Pages

Thursday, December 20, 2012

PJJ Labuan, PJJ Jepun

Sekembalinya Ayah ke tanah air, bermulalah era kedua Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ). Ayah dah biasa dah dulu, masa baru kahwin, Ayah di Penang, Ummi di Labuan. Sempat jugak la, dekat 2 tahun kot. Adi pun sempat ke sana 3 – 4 bulan haha.

Tapi, kali ni, lain sikit. Anas pun sudah ada. Adi pun sudah besar. Arrangement yang dibuat ialah, Anas duduk di Klang dengan Atuk dan Opah. Adi duduk la dengan Ayah di rumah Pinggiran. Siang pegi taska, balik kerja, Ayah ambik. Malam, makan la apa yang ada. Kadang- kadang keluar makan, kadang- kadang panaskan lauk Opah bagi, kalau rajin Ayah masak apa-apa yang ringkas. Adi pun dah besar, makin independent, Ayah memang takde masalah setakat ni.


Sabtu pagi, balik Klang, jumpa Anas. November Disember ni cuti sekolah, Atuk dengan Opah memang jadual penuh la, Ayah la tolong tengokkan Adi dan Anas kat rumah kalau tak ikut pegi kenduri. Anas pun dah pandai berjalan sekarang. Selalu menyakat Adi. Geram kot abang dia tak kasi mainan. Ahad malam, balik Pinggiran balik.

Malam- malam Skype-ing dengan Ummi. Webcam zaman Labuan dulu pun dah rosak, Ayah beli baru. Canggih webcam sekarang ye, siap boleh ikut muka kita ke mana kita gerak. Motion detector pun ada kalau nak pakai sebagai CCTV. Sambung kat TV, tu dia muka Ummi sebesar TV.


Ummi pun nama duduk jauh, tapi Alhamdulillah boleh balik at least sekali sebulan. Elaun simpan seminggu, dah bole beli tiket.  Airasia la selalunya, senang, dekat dan murah sebab landing di Haneda, 30 minit je dari Yokohama. MAS landing Narita, 1.5 jam dari Yokohama, pastu train dengan bas pun lagi mahal.

Siang hari pun Ummi dengan Ayah selalu keep in contact guna Skype / email / gTalk. Rasa macam tak duduk jauh sangat la. Bak kata Mok, Tok Ayah pegi Jepun masa Ayah kecik- kecik dulu, nak call pun susah nak buat, sekarang senang Internet ada, phone pun boleh.

Phone pun takde la mahal sangat. Digi IDD baru 50sen seminit kot. SMS pun 50 sen satu. Patut lah di Malaysia tak ramai pakai phonecard, IDD telco murah sangat. Kalau kat US / Jepun, memang kena pakai phonecard sebab landline mahal.

Ummi, asalnya sampai hujung tahun je, pastu extend sampai Februari. Latest, extend sampai Mac. Lama jugak la PJJ ni nampaknya. Nak buat camna, kerja kan., bukan boleh resign. Boleh jugak Ummi kumpul duit. Ada rezeki lebih, satu family boleh pergi tengok bunga sakura before Ummi balik. Ada lebih lagi, boleh pergi umrah tahun depan. 


Ok la, nak sambung kerja.

Thursday, November 1, 2012

Sky Tree dan cabaran naik Keikyu line

**Backdated entry

Lepas Maghrib di surau opis Ummi, bergeraklah kami ke SkyTree. Nampak direction macam mudah je, naik Keikyu line ke arah Aoto, 20 stations, turun Oshiage, tu je. Wah senang ni, that's what we thought. 

Sekali kat Yokohama station, Keikyu line yang pergi ke arah Aoto tak datang2. Yang ada train ke destinasi lain. Masuk dua tiga train, dah risau, tanya shopkeeper, shopkeeper kata betul dah train tu. Tunggu punya tunggu, train lain asyik sampai. 

Last2 tanya train officer kat platform tu, dia kata tunggu kejap. Then bila next train sampai, dia suruh naik. Pelik gak sebab train arah lain. Bila dah naik dan baca map dalam train, baru paham. Kena amik train ni sampai hujung, then turun untuk naik train yang lain pulak, atas platfotm yang sama. Same lines cuma shuttle between points to points. Patut la tak keluar2 nama train yg ditunggu.

Keikyu line. Boleh je naik asalkan arah sama, tapi kena turun then naik train lain.

Sampai di SkyTree dekat pukul 8 kot. Pun ramai orang jugak. Haih ingat malam2 weekdays, kurang la orang. Ramai jugak, warga emas, budak2 sekolah, Malaysian lain pun ada haha.

SkyTree ni latest landmark la di Tokyo, baru bukak Mei lepas kot. Tinggi 634m, tallest tower in the world, untuk gantikan Tokyo Tower yang makin sukar nak broadcast sebab makin banyak bangunan high rise naik sekeliling. 



Boleh nampak dari jauh actually kalau naik Narita Express nye train. Harga untuk naik main deck 350m je 2000yen. Nak naik lagi ke level 450m, kena tambah tiket asing, macam Tokyo Tower jugak. Tokyo Tower baru 820yen, takpe la, sekali ni je kot haha.

Dalam tu more or less bihkurang je macam Tokyo Tower. Ada kedai cenderamata, cafe, lookdown window. Cuma lookdown window lagi besar dari Tokyo Tower. Oh satu lagi, lif dia antara paling laju kot kat dunia, boleh cecah 600m per minit! Jadi lif dia tak nampak luar la macam Tokyo Tower, kalau nampak mau muntah kot haha.
Ihsan Google.

Pastu sebab Halloween, habis kena decor dengan labu dengan kelawar. By 9 lebih, turun, tangkap gambar kat ground, pastu balik rumah. Sampai la rumah dalam 1130 malam.

Disneyland on weekend

**Backdated entry

Hehe sedangkan hari weekdays pun penuh, inikan pulak masa weekend. Tapi dah takde choice dah sebab ada 2 weekend je Ayah kat sini lagi. So, kena la pergi jugak.

Kawan Ummi suggest naik bas dari YCAT. 1200yen kot one way. Kitorang decide untuk naik train, 690yen one way. Jimat la dekat 1000yen pergi balik. Naik JR all the way, Yokohama ke Tokyo, kat Tokyo tukar ke Maihama. Kat Tokyo punya le sendat train, ngalahkan peak hours. Banyak famili dengan kanak-kanak. Haruslah nak pergi Disneyland tuh.

Betul- betul depan Disneyland.

Keluar je train station, Disneyland belah kanan, Disneysea belah kiri. Monorail khas untuk ke Disney resort hotel pun ada. Zaman Tok Ayah KB datang 80an dulu, maybe tak ada.

Tokyo Disney Resort Hotel dan Disney Monorail

Nih gamble jugak ni tak reserve tiket ke apa ke. Walk in je. Sampai around 10.30 kot. Tiket 1-day passport, 6200yen. Haha rm248. Mahal pun mahal lah, sebab ni dah sampai ke Jepun, at least wajib pegi. Ada berapa je kat dunia ni pun, lagi pulak Ayah tak pernah pergi yang kat Los Angeles tu pun. Cakap dengan Ummi, nih kena stay sampai malam nih, bagi berbaloi haha.

Harga tiket nak masuk Disneyland.


Sekarang dah Oktober, so Disneyland dah tambah2 sikit dekorasi sempena Halloween. Audience yang datang bersungguh pakai costums Disney macam Mickey, Minnie, Princess. Bukan setakat budak-budak, mak bapak pun sama. Sporting jugak la.

Bergambar sikit kat depan gate dengan castle yang terkenal tu, then masuk. Pehh punya ramai orang. Queue untuk setiap rides punya la panjang (ada papan tanda bagitau estimation waiting time), 30min, 45min, paling panjang 150min! Gila ah derang ni sanggup beratur lama2. Hari kami pegi tu, majoriti locals. Ada la tourist sikit2 mat saleh dgn Chinese. Dah nak tengahari sikit baru nampak ada pak arab dengan Indian families. Petang jumpa melayu haha.


Memandangkan takkan dapat cover semua attractions, Ayah dengan Ummi decide pegi each ride for each town. Toontown satu ride, Adventureland satu ride, Westernland satu ride, seterusnya. Tu pun tak dapat jugak, sebab bila malam, kaki dah jem dah.

Tengahari bukak bekal, makan megi sambil tengok parade. Pastu dah nak dekat2 asar, cari port solat zuhur dengan asar. Tak jamak pun, cuma lewatkan zuhur supaya boleh sekali stop dan sekali wudhuk. Belajar masa khuruj di Chicago hehe (sebab Indo-pak yang mazhab hanafi tak boleh jamak macam syafie). Baca dari blog2 budak2 Jepun, memang takde proper surau di Disneyland (ada orang kata kat Universal Studio Singapore ada proper space, baguslah tu), so cari spot belakang2 sikit, yang bukan laluan orang, dan tersorok, gilir2 solat, in case ada polis/security datang ke apa ke.



Parade - watak- watak Disney berarak.

Nak dekat2 maghrib, dah ngantuk dah. Dalam Western River Railroad tu, laki bini terlelap haha. Outdoor train, nyaman pulak tuh.

Lepas Maghrib, shopping souvenir. Dok pikir2 apa nak beli untuk Adi dengan Anas, pastu untuk sepupu2 Arissa, Arif, dengan Aidil. Belila bantal Mickey dengan Donald Duck untuk hero2 Ayah.

Agak tersorok. Sebelah kedai- kedai. Tandas pun sebelah je.
Macam smoking area tapi takde tong sampah, so tak bole jadi tempat hisap rokok. Setel.
Niat di hati nak main lagi, tapi kaki pun dah mintak ampun, pastu queue pun masih panjang seperti biasa (lepas 6pm, tiket 3300yen je), erm balik la. Jadi la, 1030 masuk, 7 lebih keluar. Tangkap gambar kat luar, dinner dengan onigiri, then balik lah kepenatan.

Maybe one day boleh datang lagi dengan Adi dan Anas insya Allah, cukup 3 generasi haha.

Mega Web dan Odaiba

**Lagi satu backdated entry

Bila Ummi pergi kerja, Ayah akan plan untuk explore sorang2. Biasa kalau nak pergi tokyo, kena target pergi sejam dan balik sejam. Kena keluar seawal mungkin (haha paling awal pun 10 lebih, selalu terlajak tido balik lepas Ummi pergi kerja), then kena balik by maghrib/isyak kalau ada plan nak gi mana2 lepas kerja.

Kali ni, plan ialah ke Mega Web. Tak plan pun masa kat Msia, dapat tau masa baca forum LowYat. Check distance, macam sejam lebih je, boleh la.

Amik Keihin Tohoku line je Oimachi, tukar je Rinkai line, 3 station dah sampai kat Tokyo Teleport. Mega Web is just walk away. Ni kira area Odaiba la ni.


Mega Web ni kira macam galeri untuk Toyota la, dia kata touch and feel nya showcase. Lagi besar dan lagi banyak games dari Nissan gallery hari tu. Admission is free, tapi kena bayar untuk games tertentu.

Other than car models yang bersusun2, ada electric  car, pastu game simulators, test ride pun ada. Test ride kereta kena ada Japanese license, kalau international, kena ada translation. Pastu ada test ride iReal, mesin mobility yang futuristik tu, duduk je, jalan ke mana2. Tapi untuk English speaking, kena tunggu pukul 5 ptg, by then dah malam dah pun. Tu pun dia tulih cabut undi 3org je bertuah. Ayah tangkap gambar je lah orang lain naik.

Ni baru first floor.
Takdo kojo den nak nunggu sampai pukul 5. Dah nak malam dah pun masa tu.
Ini antara pengunjung bertuah. Bawak ngalahkan dewasa, haii budak zaman sekarang :P

Untuk kids pulak ada aktiviti mcm bawak go kart, test ride a hybrid, gran turismo. Hm kna tunggu Adi besar sikit ni, baru bole kot haha. Tapi ada sorang budak ni bawak iReal konpiden je, ngalahkan dewasa. Kita yang tengok ni seriau takut terbabas. Bagi dia, macam main game je kot.

Before balik tu, try naik free shuttle bus. Mana la tau ada can bole nampak Rainbow Bridge tu. Rainbow Bridge ni kira Japan's version of Golden Gate bridge la macam kat San Francisco. Memang nampak, tapi x clear sbb di sebalik pokok2 tepi tasik. Kalau nak clear, kena turun bas pastu macam ada taman tepi satu shopping complex ni, nama Aqua City. Hm takpelah, next time.

Sayup di kejauhan. Dari dalam bas ni. Zoom max abis dah.
Futuristic sceneries of Odaiba

Aomi station. Line lain ni (Waterfront line). Macam lagi mahal je dari Rinkai line.
Anyway, dapatlah view area Odaiba ni. Macam bandar futuristik, bangunan pelik2, macam Fuji TV Headquarters, dan bangunan2 lain lagi. Tiba2 nampak Statue of Liberty, tapi version kecik je la, ada la tinggi bangunan 2 3 tingkat kot.

Cukup satu round bas tu, turun balik kat tempat naik tadi, balik ke Yokohama balik. Gerak dari pejabat Ummi cepat sikit, saves time balik rumah, maghrib di surau opis Ummi, dan terus ke Sky Tree.

Burnout, rumah sewa, dan teksi

**Backdated entry nih haha

Ahad lepas Disneyland, burn out. Kaki pun sudah jem. Tak ke mana2. Lagipun, pagi tu Ummi ada appointment dengan owner apartmen rental.

Yokohama Weekly Rentals, company ni ada quite a few buildings disewakan kepada short term atau long term visitors. Kebanyakan apartmen atau rumah sewa di Jepun perlukan kontrak 1 tahun atau lebih, kadang- kadang nak Alien card, owner tak cakap English, etc. Nak duduk hotel, mahal, amenities x cukup, macam nak masak dan basuh baju.

Jadi company ni provide apartments, fully furnished, untuk disewakan daily boleh, monthly pun boleh. Locations pun banyak dekat dengan subway stations. Macam Ummi dapat dekat dengan Maita station.

Tengahari tu tunggu Ummi setelkan paperwork, Ayah jalan2 kat pasar. Alhamdulillah hari tu terus dapat kunci. Yang handle foreigners di company tu, fluent English, pernah belajar di US. Dia biasa cuti weekdays dan kerja weekend, sebab foreignerd selalu free weekends.

Balik hotel, ngemas, by Isyak dah keluar hotel. Sebab luggage banyak dan berat, kitorang decide untuk ambik teksi. Teksi di Jepun ni starting 600-700 yen untuk first 2 km, pastu 100yen untuk setiap 500m. Kira2, compare dengan 2 orang naik train, 2 kali trip, baik amik teksi.

First time ni naik teksi sini. Pintu sini driver bukakkan pakai butang dari tempat duduk dia. Pastu, antara driver dengan tempat duduk belakang pun ada dinding plastik. Dan tak noleh assume driver tau semua jalan. Driver ni pun berapa kali tengok brochure apartmen tu untuk make sure jalan betul. Turns out lagi murah dari dijangka haha.

Malam dan esoknya tu tak ke mana sangat. Selasa baru mula pegi Mega Web dan Sky Tree.

Saturday, October 27, 2012

Big Red @ Nikko

Saturday morning (27/10), Ummi planned to meet her friend, Uncle Jalil at Maita station at 6am. Ummi woke up around 5 & is already ready by 5.30. We then met the rest of the group (6 of us - Uncle Jalil, Aunty Chui Yee, Uncle Zul, Uncle Vined & Uncle Tan) at Yokohama station. From Yokohama, we took the JR Tokkaido to Tokyo which took us around 30mins. We then took the Shinkanzen (bullet train) to Yamabiko at 7.36am and stop at Utsunomiya. We missed the 8.23am JR Nikko line & had to wait for the next train at 9.12. While waiting, we had coffee at Becks Coffee Shop (it's everywhere in Japan). It's refreshing to have hot coffee in cold weather. (It's colder here than Yokohama. Ummi is still getting use to it. The last time Ummi went through winter was when she went to school at Purdue - 7 yrs ago).

In front up Utsunomiya eki.

We reached Nikko station around 10am. The plan was to go to the observation deck first then to the big red bridge by bus. We have to take the cable car at Akechidaira stop to the observation deck. The scenery was incredibly beautiful even though it was a little foggy.

Scenery from the observation deck.
 
We then waited for the bus to go to the Kegon Waterfall. The traffic was so bad, so we decided to walk to the waterfall. The scenery was equally incredible. Can't describe how beautiful it is.

Nikko town

Kegon waterfall

 We the went to the lakeside for more photography session, lunch & prayer. Luckily ummi brought some food for lunch. Around 330pm, we started queing for bus to the red bridge. However, the line was too long & traffic was too bad, we had to wait for bus for almost 2 hrs (it was really cold until we had to take turn to go into the waiting area to warm ourselves). It was already dark then. Therefore we didn't stop at the red bridge since nothing can be seen. It was a 45mins journey down the hill, 45 mins train journey from Nikko to Utsunomiya & 45 mins on shinkanzen to Tokyo. Everyone was exhausted, so we decided to go directly to Yokohama & agreed to meet again on sunday at Yokohama station 7.20am for our next trip to Mount Fuji.

Autumn journey

It's ummi's 3rd week in japan. This weekend ayah has gone home to Malaysia. It feels lonely without Ayah & the kids. But thanks to technology, ummi can still call and see them via skype.

In japan, we are still working on raya haji. Alhamdulillah the boss allows us come to office late to go for prayer. We went for prayer at the Malaysian embassy in Shibuya. Ummi met her friend, Aunty Nadia, from high school here. Aunty Nadia's husband is working with the embassy.

After prayer, the embassy held a feast. This time, Ummi got to mingle with some Malaysian mothers living in Japan. Looking their kids, made Ummi miss Adi & Anas so much. Can't wait to see them next weekend.
Ummi then had to go home to get her laptop & returned to office around noon.

In the afternoon, Ummi's friends showed that they've bought the Kanton pass, 3 day unlimited pass to travel using the JR train service, including the shinkanzen. They are planning for a trip to Nikko on Saturday & Mount Fuji on Sunday.

Thinking that rather than staying alone at home doing nothing, maybe it is better for Ummi to join them. Maybe next time, insya Allah, when Ayah come to visit Ummi in Japan, we'll go to these places since Ayah didn't get to go when he was here.

Ummi & Aunty Rozi in front of the Malaysian Embassy at Shibuya

Friday, October 12, 2012

She boo yah

Hari ini first time nak try pegi Tokyo. Dah cukup pusing dah kot kat Yokohama. Basic necessities yang ummi nak, macam ATM, coin laundry (which tak perlu dah sbb nak masuk apartmen dah), restoran halal, kedai runcit halal, mostly dah identified.

So, first stop is, nak cari bahagian Tokyo yang paling dekat dgn Yokohama. Dari bantuan google dgn wikitravel, baru notice yang Shibuya, world's busiest pedestrian crossing 30 min je dari Yokohama! Syaratnya kena naik dari Minatomirai line, dan kena naik yang ekspres. Tren kat Jepun ni ada 5 jenis, Local yang berenti semua tempat, Rapid yang skip beberapa station, Limited Express skip lagi banyak, dan Express yang skip paling banyak. Selain tu, ada la shinkansen (bullet train) yang lagi sikit stesen dan lagi laju, tapi yang tu on a league of his own la hehe.


Kalau tak ambik express pun, takpe jugak. Cuma lambat sampai sikit la.

So, tadi sampai Shibuya, terus cari Hachiko Exit. Wikitravel suggests view dari Hachiko Exit ni yang terbaik, sebab depan simpang lima yang ramai orang seberang jalan tu. Selain tu, Shibuya ni pun femes jugak sebagai tempat paling banyak big screens di dunia. Macam Times Square kat New York la more or less.


Tapi ramai2 orang pun, tak seramai yang Ayah expect la. Agaknya sebab 10 lebih, hari kerja pulak tu kot. Ramai la nampak tourist tangkap gambar kat sini. Ayah jalan ikut Center Gai street, jalan kecik dengan harapan nak tengok teenagers with weird clothings ke apa ke, tapi hampa. Again, maybe sbb hari kerja kot.

Plan lepas tu, cari port nak solat zuhur dan lunch. Baca blog2 ni, kata ada satu surau kat Shin Okubo station, 2 3 station je dari Shibuya. Turun Shin Okubo, belok kiri, belok kanan depan McD, belok kiri di kedai sayur, ada signboard tulis masjid di tingkat 4.

Dalam lorong kecik ni haa. Agak tersorok. Tapi convenient sebab sangat dekat dengan station dalam Yamanote Line.


Naik kedai runcit kat tingkat 2 beli air. Patut kat tingkat 3 ada restoran halal tapi dah tutup :( plan nak lunch situ. Tingkat 4 ada surau. Surau wanita pun ada. Surau pun tak besar mana, macam ruang kedai tapi cukup la ada tempat wuduk dan tandas. Waktu solat berjemaah pun ada.

Surau lelaki.

Surau perempuan.

Sambil tunggu waktu zuhur berjemaah, ada orang datang surau tegur dari mana, etc, bersembang la kejap. Dekat waktu jemaah, lagi ramai orang datang. Ada la dalam 7 8 orang solat.

Then gerak ke Roppongi dan Tokyo Tower.

Jumaat di Ebina

Hari ni plan nak solat Jumaat di Ebina Masjid. Boleh je dekat sikit macam Jamek Masjid Yokohama, nak lagi dekat seberang jalan je, opis Petronas di Sakuragicho. In fact, hari tu staff Petronas ada bagitau sebab makin ramai solat di opis Petronas, opis JGC pun dah buat solat Jumaat.


Tapi, ayah saja pilih nak pegi hari ni, sebab tak sure ke tak untuk pegi hari lain. Masa banyak lagipun, boleh la pegi jauh sikit.

Sekali silap amik train daa. Ayah dah kira elok dah dari Yokohama station, amik Sotetsu line 9 stops akan jumpa Ebina. Tak jumpa pulak platform yang naik ke Sotetsu line. Ayah pergi kat map, cari Ebina, nampak yang kena naik, Tokaido line, pastu tukar kat Chigasaki, naik ke arah Ebina. Hm amik yang tu je la.

Sekali dalam train, lama sangat nak sampai satu-satu station. Then it hits me, maybe map yang Ayah tengok tu, map company yang tak own Sotetsu line. Memang biasa map tak ada semua line esp kalau JR dengan Subways. Argh macam mana ni.

Turun kat Chigasaki tu, susun ayat tanya. Kalau jauh lagi nak sampai Ebina, patah balik ke Yokohama, solat jumaat di Petronas je. "Sumimasen, Ebina de, ichi jikan?" Excuse me, nak ke Ebina, 1 jam? Dia kata, "San ju fun." 30 min. 1130 sekarang, pukul 12, kira ok la, sempat kot. Sambung je la naik train dari Chigasaki pergi Ebina.

Haha, jauh detour. Patutnya Yokohama - Ebina. Jadi Yokohama - Chigasaki - Ebina pulak.
Turun Ebina, jalan ke arah padang, jumpa simpang empat ada McD, terus lagi, belok kanan, jalan lagi, first simpang pusing kiri, lalu parit, belok kanan, jalan keliling kuil ke arah highway, masjid ada sebelah kiri, tepi highway.

Ayah sampai 1225. Orang lain pun baru sampai dengan basikal dengan kereta. Masjid 4 tingkat. Tingkat 1, main hall dah penuh, so naik tingkat 2, nampak muka familiar. Habib, kawan ayah, student prep Jepun di Batu Tiga dulu. Punya la tak rancang, hebat Allah. Ayah memang ada emel dia before datang Jepun sebab hari tu dia kata nak pesan barang. Tak reply reply pun, so ayah ingat maybe dia busy ke atau tak jadi pesan apa2. Dia kata masuk spam kot, tu dia tak perasan. Punya la hepi dia haha.

Lepas Jumaat, dia ajak gi lunch kat kedai roti, yang memang Ayah plan nal cari pun lepas solat Jumaat. Dekat je dengan McD tadi Safee bakery ni rupanya.

Bersembang la dengan dia. Masjid Ebina ni, ada 4 tingkat, kalau Jumaat, penuh 4 tingkat. Kalau malam perhimpunan mingguan (malam markaz), penuh 2 tingkat. Ada jugak Japanese Muslims kat situ, ada seorang ni, Abdul Haq, siap tolong terjemahkan Muntakhab Hadith ke dalam bahasa Jepun lagi.

Kedai roti ni pulak, owner Muslim, staff campur2, ada Muslim, ada yang tak. Ada roti halal, beriani pun ada. Lepas jumaat, agak penuh la orang berhenti makan atau tapau bawak balik.


Other than that, pasal hidup kat sini, etcetc. Dah ambik nombor dia dengan sorang kawan di Chiba (sebab dia kata kalau gi Disneyland, singgahlah Makki Masjid Ohanajaya). Insya Allah panjang umur, boleh jumpa lagi. Hai kecik dunia ni, pergi negara lain pun jumpa orang yang sama haha.

Cuci mulut di Mohan, cuci mata di Yodobashi

Lepas Ummi balik keja, bersiap solat Maghrib Isyak, pastu keluar cari makan. Kali ni restoran halal dituju ialah Mohan. Turun di Kannai subway station (Kannai ada JR station jugak), amik Exit 5, belok kiri, nampak KFC. Belakang KFC ada bakery. Kat bawah bakery tu lah kedai makannya.




Luas jugak kedai makan yang ni. Sebab kat basement kot, space tak lokek. Ambience memang Indian habis la. Colorful. Kat dinding ada poster filem Hindustan, especially yang pernah shoot di Jepun.Waiter Indian, bukan Japanese macam kat 36 Spices dengan Khazana.

Order beriani, waiter tu konpemkan dulu, dia bagitau beriani sini tak macam beriani sebenarnya. Just nasi macam beras pulut kuning, tabur kari sekeliling. Dia takut kita komplen kot sbb nampak bukan Japanese, so maybe kita tau beriani yang sebenar macam mana haha. Ayah ok kan je. Janji halal, perut pun dah lapar.

Macam jugak restoran2 sebelum ni, portion banyak, bole makan 2 orang. Siap tapau lagi. Perut sudah kenyang, mari cuci mata pulak.

Yodobashi ni kira macam Low Yat la kalau di KL. Ada 8 tingkat kot. Setiap tingkat lain section, camera, henpon, tv, audio, home appliances, pc dan elektronik lain. Compare harga bila convert, macam lebih kurang je dgn Msia? Maybe not the cheapest in Japan kot. Tapi bagus la sebab one stop, sini semua ada. Bukak 930 pagi, tutup pukul 10 malam. Dari Yokohama station tu, amik exit ke arah Yokohama Sheraton, jalan terus je passing Sheraton, akan nampak kedai elektronik banyak2.

Tokyo Tower dan Shibuya

Selesai zuhur di surau Shin Okubo, bergerak ke Tokyo Tower. Tukar- tukar train, turun di Akabanebashi. Keluar stesen dah nampak Tokyo Tower. Tapi kena jalan ke sana mau dalam 700m kot.
Tokyo Tower dari luar Akabanebashi station.

Perut dah lapar ni, tadi restoran halal kat bawah surau Shin Okubo tu dah tak beroperasi rupanya. Sedih T__T. (Update Jan 2013: Merah Cafe, Indonesian restaurant still operates!) Apa lagi, haruslah menyusun ayat dari kamus. "Bejitarian ryori wa arimas ka?" Kedai pertama, takde dia kata. Ah jalan lah sampai je Tokyo Tower dulu.

Courtesy of http://merahputihcafe.wordpress.com/
Sampai kat sana, tengok dalam direktori kedai2 yang di base tower tu ada Family Mart. Boleh la try. Nampak onigiri, pegang, lepas tu tanya, watashi bejitarian dess. "Kore, daijobu des ka?" Dia kata ok je. Pastu, tambah lagi, "Soshte, arukaru, sake, wa nomimasen." Dia kata takde dalam tu. Oh apa lagi melahap lah Ayah. [Lepas tu, kawan bagitau tak cukup tanya tu, kena check emulsifier (nyukazai) sekali. Tapi onigiri ikan tu kira safe dah patutnya.] 

Tiket nak naik tower 820yen. Hmm tengok operating hours pukul 10 tutup, datang balik dengan Ummi la lepas balik kerja. Minatomirai line ke Shibuya baru 30 min.

Malam tu, datang balik dengan Ummi. Dari Minatomirai 656pm, sampai Tokyo Tower dalam 8pm. Haha sempat la sejam lebih kat tower. Tiket 820yen tu ke main observatory sahaja, kira2 145m. Ada satu lagi deck lagi kat puncak, tu kena tambah 600yen. Hmph takpe lah, cukup la main deck je.

Boleh nampak view Tokyo, Moint Fuji, hotel Ummi duduk pun boleh haha tapi nampak se'coet' je satu line. Pastu ada Lookdown Window, yang lantai dia see thru ke bawah. Ada kedai souvenir, pastu ada cafe, siap ada penyanyi lagi.

Beli barang sikit, then balik. Lapik perut dengan onigiri lagi haha. Singgah Shibuya before balik, nak tangkap gambar waktu malam. Hoh bila malam, baru nampak orang ramai gila compared dengan masa Ayah datang siang tadi. Ada yang baru balik keje dan ada yang melepak dengan kawan. Big screens pun nampak lagi jelas sebab malam.

Shibuya crossing - siang hari
Shibuya crossing - malam hari. (Haha, Ayah pergi Shibuya 2x dalam 1 hari!)

Terlepas train express ke Minatomirai, amik jugak Local sebab malas nak tunggu the next Express lagi 16 min. Alhamdulillah dapat jugak setel satu benda di Tokyo.

Wednesday, October 10, 2012

Muzium Mi Cawan dan Chinatown

Lepas Maghrib semalam, keluar mencari satu lagi restoran. kali ni siap2 dah prepare cari landmark kat mana nak belok. Kira OK la this time landmarknya hotel yang distinctive, Breeze Bay Hotel, belok
kanan, all the way masuk lorong kecik, ada satu kedai, 36 Spices. Kedai kecik je, ada beberapa table. masuk dalam, menu ada arak lagi. Tanya waiter, semua halal meats. Maknanya tak beza sangat la dengan Khazana kat Minatomirai tu haha (erm tapi Khazana ada certificate halal kat pintu). Dan lagi murah dari Khazana. Erm agaknya makan kedai tak payah order air la, iced water complimentary. Lepas tu nasi pun portion banyak, dah bagi pinggan dua siap2. Jimat lah sikit.



Lepas itu, baliklah ke hotel. Singgah kejap berjalan kat Minatomirai 21 nye area tu, sampai la ke Cosmo World. Dah tutup pun masa tu. Ramai berjalan melawan arus, sebab dah tutup kedai kot. Snap gambar sikit kat luar dengan Ferris Wheel yang ada jam yang sangat femes itu. Berjalan pusing sampai ke World Porters, pastu patah balik ke hotel dan rehat. Lenguh kaki oo. Tidur pun kejap je, sebab Subuh masuk 4 lebih, 5.30 dah Syuruk dah. Takpa, lepas subuh sambung tidur balik.

Haha tu yang sampai dekat pukul 11 lebih baru keluar. Siap sempat Zuhur dulu di bilik. Kali ni keluar dengan beberapa misi. Singgah dulu kat Tourist Information Center kat Sakuragicho station tu, ambik map English. Mula- mula cari kedai 100 yen (Hyaku-en) untuk beli can opener. Jalan kat the other side of Sakuragicho nye station, masuk kedai Lawson 100. Hmm first time ni masuk kombini (convenient stores) kat Jepun. Ada barang yang mahal, dan ada jugak barang yang rasa macam, errr takde la semahal yang selalu dijangka. Pisang sesikat 50yen = RM2, boleh ke dapat? (Boleh kot kat kedai runcit, tapi kat Tesco?) Dan ada lagi la contoh- contoh lain. Agaknya fresh produce murah kot kat Jepun?

Next mission, cari coin laundry. Hantar kat hotel laundry, mahal pulak. Google kata kat satu hotel ni ada self-service coin laundry berdekatan. Err hotel tu bagi ke guests dari hotel lain buat kat tempat dia? Hantam sajalah. Dok cari punya cari, dah perasan dah tersesat. Ummi suggest tengok nama jalan. Baru realize dah nak sampai Kannai station! Pehh 1 km lebih ada jugak ni sesat. Erm kensel la pegi hotel tu, kita mula berjalan lah. Pergi Chinatown. Nak biasakan kami naik train sebenarnya.

Naik kat Bashamichi station, ambik Minatomirai line, turun kat Motomachi-Chukagai station. Chinatown di Yokohama ni 2nd largest in the world katanya. Target tangkap gambar kat gate Chinatown terlaksana, jalan-jalan sikit, then balik ke Minatomirai balik guna train yang sama.Orang jepun memang helpful bila suruh tangkap gambar. Mula- mula segan jugak sebab semua orang bergerak laju. So idea baru ialah cari yang tengah idle, tengah check phone sambil menunggu seseorang. English memang sepatah dua je, tapi very helpful.


Lapar pulak kali ni, makan dulu lah. Bawak bekal siap- siap megi yang dah direbus, buang air, tinggal nak letak rencah je. Heheh jimat sikit. Makan kat taman depan Landmark Plaza. Tak tau la passerby tengok sebab tengok kami makan megi dengan garpu tak pakai chopstick ke, atau tak biasa tengok orang berkelah dengan megi haha. Pedulik kan, janji kenyang alhamdulillah.

Next stop, Cup Noodle Museum. Ni tarikan paling baru sekali kat Minatomirai ni, baru bukak tahun lepas. Interesting jugak sejarah Momofoku Ando, pencipta mi segera dengan mi dalam cawan. Maggi Malaysia dengan Indomie pun ada kat muzium ni haha. Tak sangka panjang jugak sejarahnya, macam mana masyarakat yang biasa makan mi disediakan basah dalam mangkuk, berpindah kepada mi segera, dan kemudian berpindah pulak ke mi dalam cawan. Dan macam mana boleh merebaknya idea makanan segera ni ke industri-industri lain. Time Magazine pun ada mention pasal Ando ni.


Tengok jam, eh dah nak pukul 4. Maghrib 5.30. Kena keluar dah ni. Singgah kejap dekat Cosmo World, masuk free je, nak naik rides baru free. Kagum jugak sebab rides dia memang sangat la dekat dengan jalan kat luar, contoh macam roller coaster, berapa meter je atas kepala dengan bahu jalan kat luar. Takde ke orang nak pedajal baling batu ke. Agaknya sebab masyarakat sini memang takkan buat macam tu, so memang takpe lah kot.

Balik solat, dapat berita gembira yang staff yang Ummi nak ganti tu, nak jumpa dan ajak sekali jumpa owner apartmen rental tu untuk transfer tenancy kepada Ummi. Haha dapat jugak guna handphone sewa ni untuk buat call staff tu. Dalam 5.20 staff tu sampai dan ajak naik train ke office owner tu dekat Bandobashi station. Wah boleh test ni naik municipal Subway tak pernah lagi. Memang senang ada Suica card, tenyeh je jalan.

Turns out memang owner tu Yokohama Weekly Rentals yang Ayah pernah contact dulu. Hehe dah agak dah masa staff tu kata apartmen dia kat Maita, tapi opis owner kat Bandobashi. Jumpa la dengan owner tu, yang English agak lancar, katanya pernah belajar di US. Lepas tu, singgah apartmen tu solat Maghrib. Good news is apartmen tu dekat je seminit jalan kaki ke Maita station. Kalau nak jalan kaki ke opis pun boleh, 45 min hehe.


Balik dari Maita tak larat dah. Nak rehat di hotel. Ummi pun kena gosok baju untuk kerja esok. Ayah plan nak buat apa esok masa Ummi pergi kerja. Ok wassalam.