Pages

Sunday, January 15, 2012

Adi dan muntah

Isnin lepas, hari yang macam biasa. Pergi kerja, balik kerja, ambik Adi kat taska, then Ummi ambik Anas.

Ingatkan hari yang biasa. Sehinggalah dalam lepas Isyak macam tu, Adi mula- mula uwekk uwekk muntah. Ok, maybe one time je kot. Bagi minum, takut dehydrate.

Lepas tu, muntah lagi. Tidurkan la, harap- harap dah tak muntah lagi. Tengah- tengah tido tu boleh muntah.

Begitulah beberapa kali, sampai Ayah dan Ummi pun tak berani nak bagi air lagi. Tiap kali muntah nak kena berkejar ke tandas. Baju pun dah berapa kali tukar.

Malam tu, tidur, tak muntah dah. Ok lah ni. Angin je tu. Ingat macam tu la.

Esok pagi, bangun, bagi susu. Tak lama lepas tu, uwekk muntah lagi. Terus la pergi KPJ Seksyen 20 (hospital rasmi keluarga kami hehe sebab beranak, sakit, selalu gi situ). Ummi cuti, Ayah pulak half-day. Doktor bagi ubat, siap letak ubat tahan muntah ikut bontot, kalau by petang, tak recover lagi, kena datang balik.

Anas dah hantar taska siap- siap, so that Ummi boleh tengok Adi betul2. Petang tu, tak recover lagi. Adi pun tak berapa nak makan. Puas Ummi masak macam- macam. Siap bagi coklat, gula- gula, semua tak laku. Ayah balik awal petang tu, terus la ke hospital.

Admitted la 4 malam. Selasa malam masuk. Pagi Sabtu baru keluar. Pehh ni paling lama ni. Dulu, masa kuning pun 3 malam je. Ayah tukang tidur kat hospital, Ummi kena jaga Anas kat rumah. Ucu pun ada tolong datang tido temankan kat rumah.

Kata doktor, food poisoning le. Berak cirit berair, pastu takde selera makan sangat. Tapi alhamdulillah, cepat jugak Adi recover. By siang Rabu, dah start ada selera makan. Tapi, tu lah, Adi ni, sedangkan masa sihat pun, picky eater hehe. Ada hari, nak makan lauk je. Ada hari, nak makan nasi je.

Tapi yang stay sampai 4 malam tu, sebab jarang- jarang berak. Jadi, doktor nak make sure betul- betul dah tak cirit dah. Private lagi pun, kata orang, caj lebih. Doktor sentuh pun dah RM60 minimum. Duduk wad semalam dah berapa ratus. Tapi dah cover under insurance, bior je lah hehe. Bukannya kita bayor, ye dak? Syukur, alhamdulillah.

Tu pun untung duduk dapat bilik single. Senang Ayah nak berlari ke tandas masa cuci berak Adi yang berair, fuhhh... Senang nak tukar pakaian, tak perlu risau Adi menangis kacau orang sebelah.

Akhirnya, pagi Sabtu dah boleh keluar. Ayah pun dah muak dah duduk hospital. Tu sedangkan TV ada tu, buku ada, boleh jalan2 kat luar pun, bosan jugak. Imagine, orang yang kena jail 20- 30 tahun kan. Dengan boleh nampak dinding je. Tekanan emosi tu. Nak lagi jauh, imagine dalam kubur nanti, gelap gelemat, apa pun tak nampak. Bukan 20 30 tahun dah, beratus tahun.

Sempat tu, pergi celebrate (kunun la, padahal Ayah nak test makan satu restoran ni), lunch kat Restoran Layali Hadramaut, betul- betul belakang Summit USJ, kat Ground Floor, bangunan Impian Meridian USJ. Terbaca dalam internet, katanya nasi mandy sini sedap.

Overall, memang OK la makanannya. Nasi pun sedap, kambing pun lembut, lemak kambing tu just nice je ada rasa. Service pun cepat. Kedai nya biasa je, ada meja, ada kerusi, ada TV. Baru bukak ke, sebab ada banner je takde proper signboard kedai. Crowd pun takde, agaknya cater penghuni2 Impian Meridian tu je kot.

Cuma satu je kureng, parking. Parking dah le limited (sebab dalam condo kan), kedai2 makan ni (kedai makan lain) pergi block pulak untuk customer diorang. (Kedai Layali ni tak block pulak). Pastu jalan parkingnya one way pulak. Udah kalau terlajak, nak reverse macam mana? Autopay station pulak kat parking basement, uii kalau malam- malam risau jugak. Next time datang, parking tepi jalan kat luar kondo je lah.

Other than that, harga pun murah for an Arab restaurant. Mandi kambing, mandi ayam, air mineral, jus oren, kopi, total RM35. Tak tau la harga promo ka apa ka. Nasi pun banyak (eh tapi standard kedai Arab memang macam tu), makan 2 orang pun lepas. Boleh la datang lagi next time, tapi parking luar la hehe.

Eh jadi macam foodies nye blog pulak. Ok deh, wassalam.

Wednesday, January 4, 2012

Ummi dan birthday

Hari ni birthday Ummi. Dah masuk 30 tahun dah. Ayah belum lagi, hehe sebab bulan 9.

Everytime birthday Ummi datang je, Ayah tak tau nak beli apa. Nak makan kat mana. Hadiah apa nak bagi.

So, malam tadi gamble je lah. Cari makan kat mana eh. Apa tempat paling mahal nak makan? Kunun kununnya hotel la. Hotel paling dekat dengan rumah, dan paling confirm halal, mana lagi, De Palma le. Seksyen 19 dekat je. Tak sampai 10 min dah bole sampai haha.

Tahukah anda, De Palma Hotel adalah antara satu- satunya (ke memang satu- satunya?) hotel yang ada solat Jumaat? Dan setiap waktu Zuhur, ada kuliah dari ustaz jemputan?

Hehe sempat iklan kejap. So, kitorang pun pergi le, restoran di hotel tu. Noob jugak nih, sebab tak pernah makan di restoran hotel unless memang menginap di situ. Bangkok Restaurant, Thai Cuisine. Hahah pegi hotel pun, makan tomyam jugak last2. Itu la perkara pertama terfikir.

Mula- mula sampai tadi, eh macam takde orang je restoran ni. Tapi bagus jugak, boleh lepas je Adi lari merata. Kena pulak restoran tu bertutup, bukan open area (actually ada open area untuk smokers, tapi kat luar le), lagi la boleh biar je Adi lari- lari haha.

Bila tanya, manager tu cakap, weekdays memang lapang macam ni. Jumaat dengan weekend je yang selalu ramai. Ye lah, hotel dalam bandar kan, kedai makan merata keliling. Yang check-in hotel pun makan luar agaknya.

Emph lepas tu bila nak order, amekaw banyaknya menu sampai overwhelmed. Satu lagi, sebab dia tulis dengan bahasa Siam sekali. Banyak eh nak baca. Last- last order something yang nama grand tapi actually kari kambing (tapi sedap!), lepas tu Ayah pulak layan udang tempura. Untuk Adi, belikan appetizer apa tah yang combo semua, ada wantan, ada udang, ada ayam. Air order banana blended, dengan Nescafe panas.

Birthday mom. (dah 30, nak panggil birthday girl lagi ke hehe)

Sebab udang sampai dulu, kari tak sampai lagi, kering lah pulak nasi Ayah. Adi dok makan appetizer and he’s really enjoying it sampai terbaring- baring makan. Ayah pun order la tomyam. Haha makan restoran Thai, tapi tak order tomyam. Order paling kecik je, nak bagi ada kuah.

Abu Adi dan Adi

Anas pulak tido. Lepas tu, Adi pun tido kekenyangan. Tangan dok pegang wantan lagi tu haha. Senang Ayah dengan Ummi makan. Pastu tangkap- tangkap gambar sikit jadi alibi kat facebook (kalau kena tuduh pape ke pada malam 4 Januari, di mana kamu berada, haha!).

Tidoq kekenyangan, alhamdulillah.

So, in overall, lepas dah melantak- lantak, eh memang sedap la makanan sini. Boleh la masuk checklist tempat2 yang boleh bawak atuk nenek makan. Kari kambing sedap, udang pun breaded nicely, appetizer pun sedap dan approved by Adi. Tomyam, dah order paling kecik pun dapat banyak jugak, sedap. Banana blended pun manis, takde lah rasa gula sangat.

Berbaloilah makan walaupun mahal, tapi takde la mahal mana, sebab kat hotel kan. Semua- semua 120+, M*ybank kad dapat 20% off, tinggal tak sampai 100 je.

Balik lah kami sekeluarga. Hehe tapi dalam keta, ada surprise lagi. Erm taklah surprise mana kot. Ayah beli rak keringkan botol susu kat Modern Mum, Alamanda. Boleh la tolong Ummi keringkan botol susu untuk Anas cepat sikit hehe. Tu pun hadiah tak wrap. Tak sempat, sebab nak rush balik office.

Ok lah, panjang dah ni. Wassalam.