Pages

Sunday, May 19, 2013

Hari kedua - Ueno, As-Salam, Ameyokocho, Saizeriya


Jadinya, lepas keluar dari Shinagawa Prince Hotel tu, tengok hari dah cerah. Alang2 dah cerah, Ummi ajak gi Ueno Park, yang pagi tadi kensel tak jadi pegi asalnya. Berkejar la ke Ueno hehe sebab dah petang. Kalau lewat sangat, kamera kitorang ni malam tak berapa nampak. Rabun ayam keh keh keh. Naik Yamanote line balik sampai Ueno-eki. Jalan sikit dah sampai kat Ueno Park.

Sampai sana, angin kuat bertiup, dah nak Maghrib pun. Tangkap gambar belasah saja, ada la yang clear, ada yang tidak. Tapi orang ramai ada lagi, macam baru nak mula piknik, attire macam baru balik kerja. Team outing kot, dengan booze arak segala. Ummi kata Ueno Park ni free dan boleh bawak arak. Kalau Shinjuku Park, kena bayar dan arak tak bole masuk.


Malam makin gelap, Adi dengan Anas, muka telinga semua dah sejuk. So, Ummi ajak gi minum kat Starbucks Ueno Park. Boleh check internet direction ke masjid Ueno sekali. Lapik perut dengan potato chips sebab kek Starbucks tak tau mana yang bole makan, bila tanya waiter vegetarian ke, dia kata tak. Minum, tengok jam, macam tak sempat nak gerak ke masjid, nak kena cari lagi. Sekali lagi, berteksi- teksian la kami dari Ueno station tu.

Haha memang senang naik teksi kalau ada address. Betul2 depan masjid, teksi berenti. Tak jauh pun dari Ameyokocho dengan Okachimachi station. Ayah dari dulu lagi nak cari Masjid As-Salam ni, tapi masa first trip dulu, tak berkesempatan, walaupun tak jauh dari Ameyokocho. Adi follow Ayah, Anas follow Ummi. Solat maghrib, pastu waktu Isyak sekali. Lepas tu, baru tau yang Anas menangis dan meragam, takut kena tinggal sorang2 masa Ummi solat. Haha lepas tu, kalau berenti solat mana2, Anas dengan Adi dua2 ikut Ummi, so that Anas berteman. Hai macam2 kerenah.

Masjid ni sebelahnya pusat komuniti masyarakat Sri Lanka. Nampak kat plaq perasmian masjid, duta Sri Lanka datang rasmikan. Nama Ustaz Hussain Yee pun ada, tetamu agaknya. Masa solat Isyak tu, nampak la jemaah quite diverse, Sri Lankan, Arab, Japanese asal pun ada sorang dua. Nak detail, ada website http://www.as-salaam.org/


Selesai solat, kitorang jalan kaki melalui Ameyokocho. Ingat nak cari kedai pakaian, nak belikan sarung tangan untuk Adi dengan Anas ni, tapi kedai2 dah banyak tutup. Pasar ni bukak siang, dalam 8 malam tu dah mula tutup. Takpelah, pergi naik tren balik je lah. Senang Ameyokocho ni, sandwiched antara Ueno station dengan Okachimachi station dalam Yamanote line yang sama.

Direction dari Okachimachi station ke Masjid Ueno
Balik tu kepenatan, Ummi suggests makan kat Saizeriya kat basement hotel, supaya balik hotel bole terus rehat tak payah masak. Ok jugak tuh. Saizeriya ni chain restaurants yang ala2 Pizza Hut gitu, serves Italian food, memang banyak la kat Jepun. Ayah dapat tau boleh makan pun, check dari Internet. Tapi tak semua menu la. Menu macam pizza keju, pizza ikan, etc. Kagum jugak, kat sini, eating joints kat basement hotel pun boleh laku dan ramai orang. Kalau kat Malaysia, even kedai kat ground floor tepi jalan pun tak tentu, tingkat dua tingkat tiga dalam bangunan apatah lagi la. Agaknya culture masyarakat sini kot, lepas kerja, eating out dengan colleagues before balik rumah. Takpun, sebab memang tak cukup tanah, sewa ground floor mahal, kedai banyak bukak tingkat 2 tingkat 3 pun boleh tarik pelanggan.

Balik hotel, rehat betul- betul. Kena bersedia untuk esok. Esok adalah hari yang dijangkakan amat memenatkan - Disneyland!

Wednesday, May 15, 2013

Hari kedua - Epson Aqua Stadium dan bowling

Haha hari kedua pun masih ujan. Apa nak buat, redah saja lah. Alhamdulillah hotel Sotetsu Fresa ni tak jauh dari subway Toyocho-eki. So, plan hari ni mula2 nak try tengok possible ke tak untuk pergi Ueno Park. Objektif utama family trip ni actually dua. Satu, bawak anak gi Disneyland. Dua, gi tengok sakura. Yang lain tu, kalau sempat, sempat la, kalau tak dapat pun takpe.

Turun kat Ueno station, tengok kat luar hujan lebat gila. Dengan angin2 semua. Kensel, tukar plan tengok sakura ke hari yang forecasted cerah. Tapi ada hikmahnya jugak gi Ueno station tu, tengah2 pusing cari jalan, jumpa satu restoran Indian nama Sitaara. Tanya sini halal ke tak, mula2 reception tu kata semua halal (reception tu Hindu rasanya berdasarkan nama kat nametag). Somehow, dia check balik dengan chef, chef kata sume halal kecuali keema (daging kisar). Ok lah tu, order roti nan dengan kari sayur ke ayam ke, pun dah cukup. Haha chef tu tau je kitorang dari Malaysia, siap bagitau lagi yang dia pernah kerja kat Malaysia 3 tahun. 

Kedai kecik je, ada la seat dalam 10-20 orang je. Riuh rendah dengan suara Adi dengan Anas. Nasib la waktu lunch hours sesiapa yang nak relaks sambil makan tu, terpaksa tadah telinga dengan kerenah korang haha! Tengok poster, baru bukak kedai ni katanya, tak sampai pun sebulan. Mesti sewa mahal sebab dalam shopping complex yang dalam subway station besar.

Kena la limitkan destinasi kepada yang dalam bangunan. Jadi, next plan is Epson Aqua Stadium. Aquarium la actually, satu bangunan dengan Shinagawa Prince Hotel. Amik Yamanote line sampai Shinagawa, ujan dok lebat lagi kat luar. Dengan pikir nak redah hujannya, nak cari kat mana lagi hotel tu, amik teksi je la. Duit boleh cari, tapi nak redah hujan macam kat Ueno tadi, karang anak2 pulak demam, satu hal.



Bagitau hotel tu kat drebar teksi tu, dia kata something tapi tak paham sebab in Japanese. Ayah pun tunjuk address Epson Aqua Stadium tu, baru dia start drive. Sekali, seberang jalan je hahah. Tapi tak la exactly seberang jalan. Seberang jalan tapi ada lorong kecil belakang hotel. Seberang stesen tu hotel, belakang hotel tu dah tempat turun. Meter tak gerak pun hahah! Agaknya tu yang drebar tu cuba bagitau tadi. Last2 dia pasrah je bawak haha. Eh tapi ok la dari kena redah hujan dengan anak. Teksi Msia sanggup amik ke kalau seberang jalan je? Hmmm. 

First sampai sana, naik carousel dulu, bagi anak2 excited sikit haha. Untung bawak anak2 kecik ni, selalu FOC je tiket haha. Tapi kena accompany by adult, so kena jugakla beli tiket. 



Lepas carousel, masuk dalam aquarium. Entrance dia tunnel yang ikan lalu lalang. Haha tak habis tangan Anas nak tunjuk 'tuh tuh'... Adi pun hepi je. Ikan besar2 pulak tuh berenang. Sampai terundur ke belakang Anas sebab overwhelmed ikan besar sangat kat atas bumbung tunnel.

Then, gerak gi tengok penguins. Suka benar Adi, penat Ayah pujuk nak pegi tengok exhibit lain. Yang kelakar, bila Ummi tunjuk, 'Adi, ni fish, fish', bole lak Adi jawab 'nyam nyam'. Agaknya Opah biasa suap ikan goreng sambil sebut fish kot haha.

Stop solat kat panggung tempat tengok dolphin buat show. Bole anak2 tengok dolphin melompat sambil Ayah Ummi take turn solat. Orang lalu lalang ada tengok, ada buat dunno. Kalau anak diorang tanya diorang, pandai2 la explain. Musrimu ka apa ka. Abis solat, gi round balik sume exhibit, then singgah kedai souvenir. Haha kedai nama Mabul, punya la jauh, nama nak ambik pulau kat Malaysia jugak haha.

Balik tu, singgah bowling dalam kompleks yang sama. Dari dulu lagi plan nak bawak Adi gi bowling, bila tengok dia suka sangat main 3D Bowling apps tu, asyik strike manjang. Bowling lanes tu pun friendly, ada bumper lanes, ingat nak bagi Adi try. Sampai turn Adi, macam malu2 lak, pegang bola pun Ayah takut terlepas atas kaki. Tapi kalau turn Ayah baling, bersorak kuat dia time bola kena pin. Ended up Ayah sorang je main haha, Adi tukang sorak. Anas pulak penat Ummi kena restrain sebab excited tengok sumorang main.





Tapi walaupun Adi tak nak main, bila nak ajak balik, amat la susah. Last-last, Ayah nampak ada arcade kecik kat tepi bowling lanes tu, ajak dia main. Naik motor Harley Davidson kunun. Ambik la turn sorang satu. Melepas rindu naik motor atuk petang-petang keh keh keh.

Keluar je dari Shinagawa Prince Hotel tu, wah tengok ujan dah berenti! Alhamdulillah! Kalau ikut forecast, memang esok Khamis clear, tapi tak sangka seawal petang ni dah berenti ujan. Apa lagi, cepat2 keluar, elok pulak garden kat luar hotel tu ada sakura, bergambar dengan sakura lah kami buat pertama kalinya.