Pages

Friday, July 19, 2013

Hari ketiga - D-day: Disneyland


 
Maka tibalah hari yang cerah setelah 2 hari berturut-turut cuaca hujan. Tak berani tangguhkan lagi, hari ni kena pergi Disneyland. Objektif utama datang bawak anak-anak ke Jepun. Kalau tak, tak pergi kot haha cukuplah sekali.

Pagi cerah, pukul 10 lebih jugak keluar kot. Tiket apa pun tak booking. Main walk-in je haha. Alhamdulillah Toyocho station ni lagi dekat, nak kena tukar satu train je gi Disneyland. Walaupun mudah, kalut jugak masa nak tukar train tu, sebab main follow je mak2 bawak anak, assume nak pergi Disneyland. Padahalnye tak, hahaha. Sesat sikit je, cuma sampai lagi lewat dari planned le. Takpe lah, satu hari plan nak abiskan suntuk kat situ je nanti.

Ingat nak guna Fast Pass, tapi pergi mana2 attraction pun, Fast Pass dah habis. Dah nak pukul 11 lagi pun haha. Line panjang berjela- jela. Splash Mountain sampai 4 jam waiting time. First day after several days asyik hujan lah katakan. So, lepas tengok sana-sini, decide untuk beratur untuk Philmagic. Mubi 3D ada air angin. Sejam lebih jugak beratur. Stroller tak boleh masuk masa beratur, tinggal je kat tepi. Tawakkal je lah. Kata orang, kat Jepun ni, tinggal barang tepi jalan, esok datang balik pun barang tu ada lagi hehe.

Dalam PhilMagic, Adi asyik nak bukak spek mata 3D. Boleh la, ada angin ada air sikit- sikit, lepas tu nampak watak Mickey Mouse, Donald Duck. Movie cakap Jepun, hapah pun tak paham hehe. Masa nak balik, Anas tak nak pulangkan spek 3D tu, kena la distract dengan benda lain.

Next stop, beratur kat Meet The Mickey. Ni pun sejam lebih jugak. Tapi dah plan, Ayah pegi beli air sementara Ummi beratur dengan anak- anak. Penting ni sebab nak bagi Adi jumpa Mickey Mouse, hero kesayangan dia. Beli air je, makanan lain bukan boleh makan pun. Tak silap, ada satu je restoran dalam ni yang veggie, tapi tak payah la, Ummi dah bawak snek dan bekal.

Sambil beratur tu, kitorang minum air pastu makan jajan. Ada seorang budak Jepun ni tengok je, Ayah bagi dia jajan tu, jajan keropok Jepun lagipun. Dia ambik pastu dia lari kat parents dia, Ayah senyum je angguk- angguk, agaknya society sini tak biasa strangers bagi makanan kot? Boring jugak beratur kat luar tu, tapi once dah masuk rumah Mickey, baru ada benda sikit nak snap. TV, piano, rak buku, reban ayam, suruh Adi berdiri kat tepi, lepas tu snap. Line panjang lagi, tapi takpe la, sebab anak- anak dah occupied dengan items dalam rumah Mickey.

Bila sampai finally turn kitorang untuk jumpa Mickey (pelakon yang pakai costum full) personally, diorang bagi masuk batch by batch. Alhamdulillah dalam batch kitorang tu, kitorang yang last sekali by turn. Sebab masa kitorang tu, macam- macam drama terjadi haha...Anas terpekik- pekik, tak sabar nak pergi jumpa Mickey. Ummi kena restrain pegang Anas, sebab Anas nak meluru lari kat Mickey tu. Adi pulak terkedu, macam jaw-dropped haha. Agaknya macam tak caya, selalu tengok dalam TV je. Ni depan mata, human size. Sempatlah snap gambar satu family, pastu snap gambar Adi sorang2. Photo service tu pakejnya 2 keping dengan camera diorang, lebih dari tu dengan kamera sendiri (tapi tak boleh lama2 la sebab ramai tunggu turn). Hahah kelakar bila ingat balik.


Lepas abis Mickey tu, dah nak gelap dah. Cari port solat, lepas tu lepak untuk tunggu night parade. Satu hari ada berapa kali parade akan lalu. Siang punya tak sempat sebab sibuk beratur. Malam ni tunggu siap2. Punya la ramai orang. Anas dengan Adi pun tertidur sambil tunggu. Elok je keluar kereta2 parade tu, Adi terbangun, boleh la tengok. Lama la jugak. Warna warni waktu malam.

Elok je parade habis, mulalah kitorang bergerak nak cari satu lagi ride, maybe last one before balik. Tengok It's The Small World pendek queue, 15 ke 20 minit, tak ingat. Apa lagi, cepat- cepat kitorang parking strollers dan pergi queue. Masa tu la baru perasan ramai parents berlari2 dari area parade tu datang ke ride tu. Agaknya semua terfikir benda sama kot. Sempat la naik ride dengan tak perlu tunggu lama2. Bole rest sikit kaki duduk dalam bot. Ayah kali kedua naik, sebab dulu first time naik ni jugak. Ummi kali ketiga kot haha sebab kat Disneyland US pun naik jugak.

Finally, before balik hotel, pergi round beberapa tempat untuk snap gambar, yang tak perlu beratur, especially yang ada patung Mickey, buat kenang-kenangan. Balik hotel, semua flat. Takpe, esok Jumaat. Satu pagi tu boleh rehat, maybe lepas solat Jumaat baru start berjalan balik. Setel objektif pertama, objektif kedua Sakura pulak :)=