Pages

Sunday, September 15, 2013

Hari Keempat - Masjid Jamek Tokyo, Shinjuku Park, Tokyo Tower

Penat kicks in lepas dari semalam seharian di Disneyland, so hari ni bangun bermalas-malasan. Nak keluar jauh- jauh pun tak sesuai sangat, sebab hari ni hari Jumaat, nak kena pergi solat. Plannya solat Jumaat kat dalam Tokyo, so that lagi dekat bila nak pergi mana- mana lepas solat nanti.

Sebab Ummi tak pernah pergi Masjid Jamek Tokyo, dan masjid ni pun agak luas sikit untuk Anas Adi lari- lari, dan taklah jauh sangat dari train station, solat Jumaat kat sana la. Ayah pun dah pernah ke sana, so taklah tercari- cari. Naik train sampai Shinjuku, lepas tu naik Odakyu line sampai lah ke Yoyogi-Uehara station. Keluar station, jalan ke arah terowong dan naik bukit, tak jauh boleh nampak dah menara masjid.

Masjid Jamek Tokyo ni, agak famous sebagai landmark untuk komuniti Muslim di Tokyo, dan jugak sebagai tourist spot sebab senibina sebijik macam masjid kat Turki. Asalnya komuniti Turki yang buat masjid ni, 1930-an gitu kot. Kemudian, Turkish government bagi fund untuk renovate bagi lagi selesa. Served dual purpose, tingkat atas sebagai masjid, tingkat bawah (ground floor) sebagai Turkish Cultural Center. 

Masjidnya taklah luas sangat kalau banding dengan masjid- masjid kat Malaysia contohnya, tapi bila dibandingkan dengan masjid- masjid di sana, agak luas jugak.

Masa sampai sana, nak panjat tangga naik tingkat atas tu, tak sure boleh bawak stroller naik ke tak (kalau tinggal tepi jalan pun takpe, insya Allah selamat kat Jepun ni), tapi ada seorang abang ni tengah hisap rokok kat luar, tegur cakap Melayu, bawak naik atas pun takpe. Hahah. Malaysian jugak.

Masa Ayah solat, Ummi tunggu kat luar, ada beranda masjid, dengan anak- anak. Seorang satu tablet haha. Ramai jugak makmum solat Jumaat. Khatib orang Turki. Bukan pegang kertas, tapi pegang iPad baca khutbah hehe. Khutbah dalam 3 bahasa, English, Jepun, dan Turki. Taklah lama sangat walaupun 3 kali, teks tak panjang sangat.

Habis solat, Ayah keluar, then Ummi tanya dapat SMS tak. Ayah tak perasan sebab silent. Rupa-rupanya masa Adi main- main kat luar tu, ada orang Arab offer kat Ummi nak bawak Adi masuk solat. Mula- mula takut jugak sebab strangers kan, tapi thinking that this is Japan, pastu masjid tu pun pintu masuk depan beranda tu je, so Ummi bagi la. Just to be cautious, Ummi sms Ayah suruh tengok- tengokkan, tapi Ayah tak perasan SMS tu, pastu Adi pun semayang saf kanak- kanak kat belakang. Ummi ada tengok- tengokkan dari tingkap luar haha. 

Alhamdulillah takde apa- apa. Dan Adi first time solat Jumaat! Kat Jepun pulak tuh hohoho. Sebelum ni kat Msia, ada la bawak pegi surau masa 5 waktu, tapi Jumaat tak pernah pulak hehe.

Lepas solat Jumaat, tangkap gambar sikit kat laman masjid tu, ada sakura tengah blooming kat luar, then bergerak balik ke Shinjuku. Next stop, Shinjuku Gyoen Park.

Shinjuku Gyoen Park ni, satu taman awam yang sangat luas, dan berbeza dari Ueno Park: 1) berbayar, 2) tak boleh bawak minuman keras. Masa sakura tengah peak season, Ummi cakap, memang penuh gila  taman tu, orang bentang tikar untuk duduk dan minum (hanami viewing), sampai tak nampak rumput, tempat jalan kaki bukak satu je kat tengah- tengah. Tapi masa pergi ni, dah tak peak season la. Ada lagi sakura sikit- sikit, tapi orang dah tak ramai dah. Anas dengan Adi pun puas la lari sana- sini, Ayah dengan Ummi tengok dari jauh je. No wonder orang Jepun suka outdoor, luas dan lapang, bila dipikirkan rumah diorang banyak yang kecik- kecik, sempit huhu. 

Next stop, pergi makan. Ummi suggest pergi makan kat satu restoran ni yang satu blok dengan Masjid Shin-Okubo. Restoran Merah Putih, Indonesian lady owner. Sampai sana, takde orang, yeay dapat satu restoran. Ummi pernah makan sini, owner pun ingat lagi kat Ummi. Masa kitorang pergi, ada anak owner tu sekali, besar sikit dari Adi. Excited je tunjuk game dia hehe. Order makan, lepas tu beredar. Tak tau la bila Ummi dapat jumpa lagi lady owner, wallahu a'lam :)

Dah nak dekat malam, so, last stop before balik, pergi ke Tokyo Tower. Tak naik pun, plan tangkap gambar kat bawah je. Anas dengan Adi belum boleh appreciate lagi agaknya, tak perlulah. Cari port solat Maghrib, belasah je lah tepi tangga. Dekat dengan tandas, senang ambik wuduk. Tangga pun luas. Hehe berguna jugak Ummi beli tikar pantai ni, boleh buat sejadah.

Tangkap- tangkap gambar lebih kurang, then bertolak balik. Tak banyak sangat tempat pergi hari ni, tapi ok lah considering badan masih penat lagi dari semalam. Lagipun dah malam, attractions pun dah tutup, baik balik hotel dan rehat.