Pages

Wednesday, October 28, 2015

April 2014 - Oktober 2015

Wahahaha dah setahun setengah tak bersentuh blog ni rupanya. Last update April tahun lepas. Yang Sky Tree tu tak kira sebab dah lama dalam draf tapi tak publish.

Apa jadi dalam April 2014 hingga sekarang?

- May 2014: Ummi ada company outings di Avillion Port Dickson. Ayah berkenan menjadi babysitter. Chalet rumah sebijik2 atas laut. Ada merak.

- June 2014: Setelah bertahun sakit datang sakit pergi dalam lubang di geraham (sejak di US lagi!), akhirnya tamatlah riwayat gigi geraham bongsu kanan. Ditamatkan di Klinik Dr. Wong, Cyberjaya. Kos mahal tapi dah company bayar, pe lagi.

- July 2014: Balik raya Aidilfitri di Kelantan. Tema tahun ni, biru. Gelombang biru ke kah kah kah.

- Oktober 2014 - Anas masuk PASTI. First day. Selepas berapa bulan merengek mintak nak pergi PASTI. Boring duduk di taska agaknya. Masuk awal sebab baru 3 tahun lebih. Ended up ramai orang kenal sebab masuk tengah2 tahun. Menjadi- jadi dia sejak masuk PASTI ni hahaha.

- Disember 2014 - Jan 2015: Crossing one of my to-do-list, pergi umrah. Ayah dengan Ummi pergi dengan Andalusia. Pergi berdua je. Adi Anas Aiman duduk rumah Atuk. Banyak pengalaman pahit manis. Maybe kalau ada masa, create blog entry baru khas untuk umrah ni je.

- Jan 2015: Ayah keluar 20 hari (more or less). Keluar Bangsar - Pantai Dalam, then Balakong.

- Jan 2015: Percutian keluarga di Port Dickson. PNB Ilham Resort. Dah nak masuk sempadan Melaka dah.

- March 2015: Selepas berfikir dan merenung beberapa lama, Ayah decided untuk angkat kereta MPV untuk kegunaan famili, agama, bangsa dan negara hahaha. Senang dah lepas ni nak angkat atuk2 nenek2 makcik pakcik sekali dengan keluarga. Tapi pergi pejabat still guna Dafi merah yang banyak berjasa. Weekend / balik kampung je guna MPV. Mengejar GST la kununnya. 

- July 2015: Ummi quit current job and ventured to the new working experience - working from home. Huge sacrifice for the family.

- September 2015: Birthday Adi di tadika. Hari sukaneka Pasti Anas. Birthday Ayah hahaha.

Macam2 jugak yang berlaku, ni pun maybe tak tulis habis sebab refer kat facebook timeline je. Adi tahun depan insya Allah masuk Darjah 1. Anas macam biasa, semakin menjadi- jadi di rumah hehe. Aiman boleh tahan manja dan dah macam2 tantrum, memang betul firasat Ayah Ummi yang Aiman akan jadi paling tantrum berbanding abang- abangnya hehe.

Ok tunggu sarang labah- labah banyak sikit, then bole post lagi.


Hari ke-5: Sky Tree, Toy Museum, dan Akihabara

Hari kelima. Hari ni hujan balik petang-petang. Pagi tu cerah mendung-mendung sikit. Takpe, semalam dah pegi Tokyo Tower, hari ni pergi bawak anak gi Sky Tree pulak.
Tokyo Skytree ni communication tower yang menggantikan Tokyo Tower, plus the latest attraction la bihkurang. Ayah dan Ummi dah pernah pegi masa berdua dulu, kali ni target tangkap gambar kat kaki tower je la. Nak bawak naik atas, queue panjang berjela. Budak2 pun kecik lagi, bukan bole appreciate sangat pun hahah. 

Timing plak, sekarang ni dah masuk musim halloween. Di kaki tower tu, diorang letak banyak palette pasu bunga petak. Yang mudah alih punya. Situ pun ada pokok permanent sakura yang tengah blooming, elok sangat lah. Bijak jugak idea ni, mobile dan cepat untuk hiaskan satu-satu kawasan. Bergambar la situ ramai2. Nak gambar satu famili, mintak la japanese tolong tangkapkan. Sporting diorang ni dalam pada tak fasih English pun.





Stop buang air kat dalam shopping mall kat kaki tower tu, ada local tegur Ummi, anak berapa orang, dua. Surprise dia, dia kata Ummi macam muda lagi huhuhu.

Pastu tengok langit dah mendung, macam nak hujan ni. Kena cari attraction indoor ni. Ayah dah ready dua attraction dah. Tokyo Dome City kat Bunkyo dengan Tokyo Toy Museum. Kids nye attraction ni, dalam bangunan. 

Elok naik tren nak sampai Tokyo Dome City tu, tuu diaa lautan manusia keluar dari shopping mall nak naik tren. Tak jadi turun la. Tukar stesen pergi ke Tokyo Toy Museum. Tempatnya kena berjalan sikit dari stesen, meredahlah hujan kami sampailah jumpa. Dalam bangunan sekolah lama. Tingkat 1 pusat komuniti, tingkat 2 - 4, Toy Museum. Pandai jugak diorang ni reuse bangunan lama.
Toy Museum ni muzium mainan kanak-kanak dalam Tokyo. Yang suggest datang sini, kawan Ummi yang Japanese. Target nak spend masa sini lama-lama, harapnya sampai hujan setel la, semayang zuhur asar siap-siap.


Tengok dah nak malam pun hujan x clear lagi, redah je la. Next stop, Akihabara. Ummi nak cari 1 kedai ni ada jual baju souvenir. Ayah pun tak pernah pergi Akihabara, dengar nama je selama ni yang gah pasal electronic town tersohor tu. Redah punya redah, kedai tutup pulak hehe takde rezeki. Bangunan banyak jual barang-barang elektronik, pastu penuh dengan pachinko parlour dengan game arcade. Bertingkat-tingkat. Nampak satu bangunan ni, Sega. Ingatkan theme park Sega dalam bangunan. Ayah masuk usha, arcade bertingkat-tingkat. Tengok je la, tak sampai hati nak spend duit. Macam ni rupanya Akihabara. 

Kat mana nak maghrib ni, dah pikir, stop by makan kat mana2 restoran halal la tumpang semayang masa makan. Ayah dah research siap2, kena cari restoran Siddiqui cawangan Akihabara. Chain restaurant ni, siap ada produce instant food sendiri. Tapi dah hujan camni, camna la nak cari. Pergi kat train station, tahan teksi, bagi alamat, sonang. Bayar la sikit. At least anak2 tak meredah hujan.

Restoran tingkat 2, hmm saiz standard la sempit macam restoran2 lain kat Jepun. Takpe la, yang penting bole makan dan harapnya tumpang semayang. Lepas order, tanya waiter, waiter suruh naik atas. Rupanya dah siap tempat semayang, tapi simple je la ada selai sejadah dalam stor, kiri kanan ada chest freezer, kotak2 makanan. Pastu nak tergelaknya ada kertas A4 tepek, "Arah Kiblat". Haha konpom budak Melayu nye keje ni. Bagusla. 

Habis dinner dan solat, balik la. Since awal lagi baru dalam pukul 8 lebih, sempat tangkap gambar sikit kat Tokyo Station. Dalam je la, kat luar gelap. Esok boleh datang balik. Memang selalu lalu kat Tokyo Station ni pun.

Tomorrow is another day. Lagi 2 hari je nak balik.