Pages

Friday, August 12, 2016

November 2015 - November 2016

Hahah update setahun sekali. Macam annual corporate report.

Nov 2015 - konvokesyen tadika Adi. Buat di AEON Big Bukit Rimau. Ok la open space, senang nak makan, solat, parking, etc. Grad dah Adi. Memori jugak duduk tadika ni. Dekat 2 tahun kena berkejar balik on time, sebab nak menghambat tadika yang tutup jam 6. Tu pun selalu Adi yang last pickup. Bila Ummi berhenti kerja baru lega. Banyak Adi improve sepanjang duduk sini. Alhamdulillah ala kulli hal.

PASTI Anas pun konvo bulan ni juga, di Masjid Ubudiah sek19. Kelakar tengok Anas malu2 buat performance padahal kat rumah gegak gempita hahaha...

Disember 2015 - yaaa cuti sekolah sudah tiba. Program tahun ni ialah bawak anak2 bercuti di Johor Bahru. Legoland ialah tarikan utama. M**bank card dapat diskaun 30%, kira ok lah tu.. Duduk homestay di Nusajaya. Hari pertama sampai, pergi Angry Bird Activity Park dulu kat JB Sentral. Ok la bagi anak2 hepi. Next day, baru full day kat Legoland.

Januari 2016 - Adi masuk sekolah hohoho.. tak jauh dari rumah, masuk PPKI, walaupun dinasihat berkali2 oleh cikgu2 tadika supaya masuk alira perdana. Lepas berbincang dengan guru2 PPKI, akhirnya ayah ummi putuskan ke PPKI. Harapnya ni keputusan terbaik. As we go on, we will review the status. Alhamdulillah, last evaluation Adi is no.1 in his class. Just need to watch out for his social skills and sensitive emotion.

And Ayah got 2 weeks cuti pree kah3. Terjatuh dalam parit depan surau, big open wound nampak tulang kat betis. Operate jahit dan rehat 2 minggu. Huhu macam2 la bila dah meningkat umur ni.

March 2016 - Pertama kalinya drive balik kelantan masa cuti sekolah. Adi dah sekolah ni, tak boleh dah suka2 cuti, kena la follow the mass - balik masa cuti. Ok la, takde la jem sangat. Macam biasa la balik ikut LPT. Memang jauh sedikit, extra 100km kot, tapi rilek je drive atas highway.

July 2016 - Cabaran lebih hebat dari di atas - drive balik kampung masa raya. Bukannya tak pernah drive balik raya, tapi kalau beraya Kelantan dulu, kitorang selalu naik flight je. Kalau beraya Klang dulu, baru balik dengan kereta ke Kelantan. Gitulah persetujuan masa awal2 kahwin hahaha. Anyway, tahun ni first time drive balik Kelantan sebelum raya - maklumlah keluarga dah 5. Aiman pun dah full price, sakit derr kalau flight ticket 5 keping.... Risau gak dengar kisah2 horror yang balik 14 jam la 26 jam la. Siap dah plan dah, kalau jem, kita berhenti tidur kat Kuantan huhu. Sekali ditakdirkan, sampai lebih awal dari biasa! Jem takde sangat pun. In fact sempat berbuka lagi (sampai dalam setengah jam sebelum maghrib). Alhamdulillah. Mungkin asbab raya jatuh pada pertengahan minggu. Lepas ni confident sikit nak drive balik musim2 puncak huhuhu....

Dan Julai juga menandakan first journey Ummi sebagai Teacher Yati hehehe. Jadi pengajar untuk public speaking untuk kanak-kanak. Been having monthly class (1.5 day) consistently now. Dan baru sahaja habis 10-weeks program just before the school holiday starts. Alhamdulillah, looks like the momentum is there for this new venture.

Tahun ni banyak lagi first time. First time sekolah Adi, first time sukaneka sekolah, first time penyampaian hadiah sekolah. Semua ni persiapan nanti 2018 Anas pulak insyallah giliran hehe.