Pages

Monday, April 14, 2014

Nasi Arab Taif Seksyen 13

Lately macam rutin lak keluar makan kat luar kalau hari Jumaat. Saja join the bandwagon of other families yang keluar makan Jumaat malam. Boleh rilek sikit.
Ambil kesempatan sebenarnya nak try tempat baru. Hari tu pergi restoran Arab kat seksyen 13, Nasi Arab Taif. Pergi lepas isyak, make sure kedai tutup lewat, baru boleh panggil semua dalam kereta masuk ahahah. 

Macam janji janji pulak, selalunya time kitorang nak makan kat satu-satu restoran, time tu mesti tak ramai orang. Masa ni, ada 1 meja je yang ada orang. Tu pun nak habih makan dah. Shah Alam ni, kalau Jumaat malam, kedai makan selalu penuh. Kalau nasib, sampai 3 kedai pergi, baru ada tempat duduk. Ye lah, kalau seorang dua, boleh la makan tepi- tepi. Tapi ni famili, kena ada meja kerusi proper, mana bole duduk sipi- sipi -_-

Nampak ada tempat duduk yang tinggi sikit macam beranda yang kena bukak selipar tu. Duduk situ ah. Senang sikit anak ramai ni hahah. Bole letak Aiman atas lantai. Dan bole bersandar oww yeahh.

Makanan standard la kedai arab. Tak mandi, kabsah. Tak kabsah, hanith. Order la dua pinggan. Restoran arab ni portion selalunya banyak. Budak2 ni tak makan sangat pun selalunya, boleh icip icip je. Tapi air harus la sorang satu, kadang2 sampai kena order lagi, banyak nau minum air especially Adi.

Air mula-mula tak order, ingatkan included dengan meal. Rupa-rupanya asing. Takpelah, order air baru.

Pastu main turun naik platform. Anas la mastermind, like usual. Restoran dah kosong boleh la jerit-jerit sound anak hahhah. 

Ended up kenyang, portion banyak. Takpe, bole tapau buat bekal. Aiman pun tak banyak kerenah, duduk sebelah je. Sekali sekala agah, ok la. Abis makan, balik, perut dah kenyang, anak penat main, tidur dalam kereta. Alhamdulillah.