Pages

Friday, February 4, 2011

Adi dengan LCD TV

hehe tengah cuti panjang ni...Chinese New Year Khamis Jumaat sampai Ahad... opismet Ayah ada yang travel pegi Cambodia... tapi kitorang tak pergi mana- mana...plan nak abiskan kemas rumah betul- betul... stor nak kena susun, baju nak kena gosok, parquet nak kena gam, sapu2 rumah, dan macam2 lagi...

anyway, sambil Ayah menaip ni, Adi tengah tengok Upin & Ipin... selalu tengok kat laptop je...tapi semenjak dah beli LCD TV baru ni, Adi tengok kat TV je...Ayah sambungkan laptop ke TV, pastu play...tu dia...kepala pun sama besar dengan kepala Adi haha..Adi pulak suka tengok dekat- dekat...Ayah Ummi dah angkat Adi suruh duduk jauh- jauh sikit pun, dia nak jugak duduk depan- depan TV tu..agaknya suka tengok sama besar dengan dia hahah...life size la kununnya..

so, takde la Ayah kena play screen kecik dengan bukak browser kecik2...sambung laptop ke TV pastu buat dual monitor settings...bole surfing sambil Adi tengok kartun...

LCD TV pun baru je angkat...dulu, plan nak angkat monitor je...tapi komputer Ayah asyik buat hal, tak habis- habis troubleshoot apa yang salah... pastu Mok, Nde Aida, dengan Abang Ariff datang pulak minggu lepas...ada kenduri adik Auntie Mastura kawin... Khamis lagi dah datang, Ahad balik...kesian pulak Ayah hari Jumaat tu kita kerja, apa diorang nak buat kat rumah...maka, bergegas la Ayah pergi cari LCD TV...sempat compare kejap- kejap je price...dapat la Mok tengok TV hari Jumaat tu duduk rumah seharian....

Tuk Ayah tak datang hari tu...ada minor surgery...ada kematu (Tok Cu Sapura cakap "kon"?) kat kaki, pastu kena buang...jalan bertongkat la sebulan ni...tu yang Mok datang dengan Nde Aida... Nde Aida pun datang bawak laptop segala, kena prepare presentation etc...balik KB terus pergi kelas dari airport...



dapat la Mok tengok rumah kita ni...rumah pun berterabur sana sini...balik dari Gambang Selasa, pergi keje dari Klang Rabu tu, Khamis baru balik rumah...Ummi ada event kat Gambang...Adi pergi dengan Ayah Ummi, Opah dengan Ucu pun ikut...



ok jugak la Bukit Gamb*ng R*sort City tu... Ummi pegi meeting, kita duduk je di hotel...sambil- sambil tu bawak Adi pergi arcade main game, swimming pool...waterpark yang main attraction tu tak sempat pulak pegi...pukul 6 dah tutup...snap gambar je la depan pintu pagar...takpe lah, next time insya Allah...





di Gambang, Adi sempat jugak demam sekejap...demam travel kot...ye lah 3 jam kan...masa pergi Gua Musang hari tu pun, yang 2.5 jam pun demam jugak...sempat sembuh di Gambang before balik sini...plus Adi pun baru lepas dari food poisoning...muntah2 dan cirit- birit...risau Ummi Ayah sebab Adi tak pernah lagi muntah- muntah macam tu...suspek fast food la agaknya, tu yang last sekali Adi makan...tapi, dah kena, takdir kan...alhamdulillah dah sembuh...harap- harap its good for antibodi...

jadi, hari ni Adi duduk dengan Ayah, bagi can Ummi menggosok untuk seminggu siap- siap...pastu petang nanti nak balik Andalas...kena make sure hari ni semua siap...esok tak sure lagi pukul berapa balik sini balik...

ok deh, wassalam.

Thursday, January 13, 2011

new year, new age, new house!

Fuhh…penat betul pindah rumah. Ayah rasa macam nak tulis buku, How to move to new house in 5 days. Tapi Ummi la yang paling penat sekali. Unpack sana, unpack sini, kemas sana, kemas sini. Jumaat kitorang dah dapat kunci, then Selasa dah nak buat doa selamat. Cadangnya tak nak buat pun awal- awal, sebab rumah pun baru masuk, tak semenggah sana- sini. Tapi Opah nak jugak buat, lagipun sebab birthday Ummi Rabu tu. So, buat la jugak ‘kecil- kecilan’.

Bayangkan, ada 4 hari je antara Jumaat ke Selasa, nak prepare rumah. Memang rushing betul la. Kena pulak Sabtu tu public holiday, new Year, banyak kedai tutup. Ahad pun, kedai tutup lagi.

- Jumaat malam, dapat kunci, unload barang sikit. Di waktu orang- orang tengah berkumpul untuk sambut New Year. Tapi sempat la Ayah balik before midnight. Lepas unload barang, baca- baca sikit apa patut kat rumah tu.

- Sabtu, pergi K*mdar dengan GM, usha langsir dengan tikar. Satu hari jugak la.

- Ahad, basuh rumah. Mula- mula nak upah Pakcik Nabil nye kontraktor, tapi kakak- kakak Indo masih cuti lagi hari Ahad. Ayah pun mengecall le khidmat cleaning services yang jumpa di Internet. Not bad, bersih la jugak. Rasa berbaloi jugak bayar RM250. 3 orang, akak cleaner tu dengan suami, dengan maid diorang. Mula pukul 11 lebih, habis dekat pukul 5. Memang disental la satu rumah, terutamanya dapur la yang sangat- sangat la tak sesuai. Baru best sikit masuk rumah, dan boleh start unpack barang- barang sebab dah bersih. Kalau tak, masuk pun, pakai selipar.

- Isnin, segala orang datang. Bedroom set, barang- barang letrik dengan langsir. Pagi tu, bedroom set datang dulu. C*venzi. Amik yang medium price je, lepas tu katil frame tak pasang pun, sebab Adi golek- golek tidur takut jatuh pulak. Simpan je frame dalam stor. Bedroom set dengan dresser untuk master bedroom. Bedroom set yang kat rumah Opah tu, nanti boleh upah lori, letak kat bilik lain, tapi tu lambat lagi. Letrik ambik dengan Onk*ng, sebab macam boleh tawar- tawar sikit, plus dapat Bonuslink points dan boleh buat 0% installment. Tapi, takde la murah sangat, kira market price lah. Pagi tu, pasang aircond. 2 HP terus. Bukan selalu pakai pun, tapi saja dah alang- alang kat living room.

Lepas tu, Pakistan seller dari GM tu datang pasang langsir. Sambil tu, wireman datang pasang lampu. Kelam kabut betul masa tu dengan bunyi drill nya, dengan caj mahal wiremannya (nak cepat pasang lampu, amik je nombor yang ada dalam mailbox. Silap la, kena ketuk.) Langsir asalnya nak pasang living room dengan master, tapi tak jadi pasang kat master. Pasang kat living room je. Ayah yang pilih langsir kat GM hari tu, Alhamdulillah Opah kata ok. Ayah tak reti sangat kaler- kaler ni. Wireman tu pulak, takde plan pun nak panggil, sebab ingatkan boleh upah orang aircond tu, tapi orang tu kata dia banyak client nak attend, so kesuntukan masa. Nak pasang lampu kalimantang sebab lampu sedia ada tak cukup terang, tergagau pulak pakcik- makcik baca Yasin malam esok.

- Selasa, Ummi bertungkus lumus meng’unpack’ barang dan menyiapkan pinggan mangkuk di dapur. Ayah pulak berkejar dari pagi ke tengahari pergi Syabas dengan TNB. Transfer nama. Buatnya kena potong, tak ke haru. Masa ni la, terasa nya duduk di sempadan daerah. Pinggiran ni, tersepit antara Shah Alam dengan Subang Jaya. Jurisdiction under MPSJ, padahal seberang jalan ada Sekolah Teknik Shah Alam. So, Ayah pun pergi la TNB Subang Jaya kat SS 15. “Eh, Encik salah daerah ni. TNB taman encik ni bawah Shah Alam.” Berkejar la pergi TNB Shah Alam. Setel TNB Shah Alam, pergi Syabas. Ayah telefon PUSP*L nak confirmkan betul ke Pinggiran ni bawah Syabas Klang/Shah Alam, operator tu kata ye. Ayah pun pergi la Syabas Klang kat depan MPK, yang cover Shah Alam sekali. “Encik call operator tu, kenapa Encik tak bagi nombor akaun bil air tu? Ni Syabas PJ.” Adui, Ayah dah malas dah nak berkejar. PJ tu, kat Jalan Templer. Sikit punya jauh dari Klang. Esok la Ayah pergi. Balik rumah dulu.

Tengah drive, Ummi call. Orang tilam dah datang. Tapi Ummi takde cash. Silap la Ayah pulak tak tinggal cash kat Ummi. Tilam beli cash kat Plaza Perabot Shah Alam. King K*il. King size, biar luas nak golek- golek dengan Adi. Alhamdulillah kedai tu tengah diskaun 30%. Dapat la murah dari harga biasa. Sempat la jugak orang tilam tu menunggu dalam 15 minit kot. Balik- balik tengok rumah dah kemas. Ummi memang rajin. Kesian kepenatan.

So, malam tu doa selamat. Solat Isyak berjemaah sekali. Pastu baca Yasin. Then, makan- makan dan potong kek. “Kecil- kecilan” sebab yang datang ada dekat 40-50 orang jugak rasanya. Ramainya jiran Atuk Opah kat Andalas, jiran sini ada la 4 rumah. Ayah memang tak ajak banyak pun, 6 rumah je, sebab dah tau yang Andalas ramai hahah. Orang- orang surau sini pun tak panggil. Takpe la, insya Allah dah renovate betul- betul boleh buat sekali lagi panggil orang- orang sini sekali.

Apapun, rutin kehidupan dah berubah sedikit. Dalam kerangka kacang (in a nutshell), we like it! Pagi- pagi Adi pergi nurseri, either Ummi hantar (kalau Adi dah bangun) atau Ayah (kalau Adi tak bangun lagi masa Ummi nak pergi opis). Ummi boleh la pergi keje lewat sikit dari di Andalas. Ayah, lagi la lewat. 8.30 ke atas, baru nak keluar rumah. Setengah jam je dah sampai opis.

Then, petang- petang Ummi amik Adi. Malam, makan dinner lepas Maghrib or lepas Isyak, then tidur. Weekend, pergi rumah Opah, nak bagi Opah Atuk qadha’ rindu kat cucu, sambil Ummi dengan Ayah pack barang- barang lagi dalam kereta.

Ok la, panjang ni. Sambung cerita kemudian la pulak insya Allah.

*Happy Birthday Ummi! I'm glad I'm married to you!*


Tuesday, December 28, 2010

long weekend huh...

Last weekend was a long weekend for Adi. Friday, Ummi was on leave (P*tr*n*s takes day off on Friday if a public holiday falls on weekend). So, what happened on Friday was, first test of Adi’s going to nursery!

Since Opah was quite occupied with Nyang Tapa’s wedding that Friday, Ummi decided to send Adi to the nursery as a test drive, considering that we are planning to move to Pinggiran after New Year. Time for Adi to stay at the nursery was planned to be until lunchtime, after Ummi finished some errands in Shah Alam, turned out to be only 3 hours. Sent at 8.30, picked up at 11.30. Reason being, Adi was persistent in crying and crying (only to stop during TV commercials, mind you :P) at the nursery. Maybe with unfamiliar people and surroundings. Plus, Ummi is not there. Manja betul anak omak nih. Takpe la, hopefully Adi’s next try this Friday will yield a better result.

Then, Saturday and Sunday were the usual kenduri days. Nyang Tapa’s son reception at Pejabat Daerah Klang. New complex. New hall. Adi’s appetite that day is quite good. Ate a lot and drank a lot too. Funny to see Adi having brain freeze over iced orange drinks hahah! And then another kenduri at SMA Hishamuddin, of Ucu’s friend.

In a sense, they were not the usual days. After the makan- makan finished, Adi’ll follow Ummi and Ayah to go shopping for stuff to bring into our new house. So far, we already booked electric appliances, bedroom set, and mattress. Quite lots of moolah involved, apa kan daya. Bersyukur la at least we bought a finished renovated and extended house. Think of those whose first house is basic, they need to fork lots of money to have it ready for living. Anyway, pray Allah make it easier for us to move this coming New Year.

Then, on Sunday night, Adi turned out to be having fever. 38.9. Adi even vomitted once during the night. Ummi cancelled going to work the next day (Ayah is already on leave on Monday because Exp*rian replaces public holiday on Mondays). When morning arrives, the temperature went down, but we still decided to take Adi to the clinic, since this is the first time he vomitted while in fever. Just to be safe, although it's not that alarming at all. Adi even playing peekaboo before vomitting, so it seems that the fever and the vomitting do not bother him at all. Hero la katakan.

After seeing the doc, to cheer up our hero a bit, we decided to go to SACC to see Upin and Ipin. Yeay! There was a carnival over the weekend, so, like all the characters (and the merchandises of course) were there. Bought some plush toys (which Adi doesn't really appreciate yet), tumbler, and Jom Bersolat book (have to buy since Adi doesn't want to let go). Planning to take a picture with the characters, but the coupons for the pictures were already sold out. Well, even the queue was so long.

Anyhow, although we didn't manage to take a shot with Upin dan Ipin, we have even a better picture. Adi with Opah! Not puppet, this is a real person, the voiceover of Opah. Ummi was so shy to ask, but Hajah Ainon was really 'sporting'. We didn't even ask, she already knew right away when we approached her that we want to take a picture with her. Dah biasa kot.

So, it's a long weekend indeed. From Friday to Monday. Come Tuesday, it's the usual weekdays routine again. But, not next week. Next week, Insya Allah, we'll be in our own house! New surroundings, new neighbours, and new friends for Adi!

Ok la, let's stop for now. Pix later.


Monday, December 6, 2010

awal muharram 1432 H

Hari ni awal muharram 1432H. Public holiday. Takde buat apa sangat pagi ni. Lepas subuh tadi, Ayah layan cerita Lelaki Seterika 2, sambil Ummi dengan Adi kroh kroh. Lepas tu tengahari ni, Adi keluar jenjalan gi Tesco dengan Ummi, Ucu, dan Opah. Atuk pulak kena duty hari ni, makan tinggal la Ayah sensorang di rumah.

Tapi kejap lagi Ayah nak keluar pun, gi cari measuring tape jap. Nak ukur rumah, nanti nak beli perabut semua tu. Insya Allah kita dah nak masuk rumah dah hujung bulan ni. Barang letrik pun dah booking. Ambik 0% installment yang credit card tu senang. Boleh guna duit cash untuk beli barang- barang kecik yang lain. Tinggal tilam dengan bedroom set je tak beli lagi.

Ami Khairul sekeluarga, Tuk Ayah, Mok, dan Nde Nina tengah kat Bandung ni. Hari Ahad pegi, Rabu esok insya Allah balik. Saja Ami Khairul sponsor semua jenjalan cuti- cuti sementara dia tengah tak kerja. Ada ajak Ayah Ummi dengan Adi, tapi takpe lah, sebab cuti dengan cash yang ada nak kena habiskan untuk pindah rumah nanti. Lagipun, baru je awal tahun ni, kita gi Brunei. Setahun dua tahun sekali, pergi obersea cukup la hehe. Next stop, umrah pulak ke.

Nde Nina first time keluar Malaysia. Patutnya tahun lepas dah plan nak gi Indonesia, tapi Tuk Ayah eksiden motor di hospital, so tak jadi le. Nanti dia balik, kita tanya dia apa perasaan keluar negara.

Adi semalam discover satu benda baru - berpusing- pusing boleh buat seseorang tu jadi pening. Tengah tengok katun dengan Ayah kat dalam bilik camne tah, sambil berjalan- jalan dalam bilik tu, agaknya Adi baru perasan boleh pening bila circle jalan tu makin kecik. Pastu suka pulak dok pusing banyak- banyak kali. Tak berenti selagi badan tak hilang balance dan terjatuh. Sampai Ayah pulak jadi risau. Tapi Adik dok gelak je.

Ok la eh, sambung kemudian. Wassalam.

Monday, November 15, 2010

saje menerai orang Jepun makan

Entah teringin lepas baca papers Berita Harian pasal ada restoran Jepun yang orang Melayu kendalikan, Ayah pun teringin la nak mencuba...Ayah memang genetik bab- bab mencuba tempat baru nih...dapat dari Tuk Ayah hehe... restoran Oshima ni kat Seksyen 26, tengah2 kawasan kilang...ingat nak bawak Ma Abah pergi makan, masa kenduri Rawang itu hari, tapi dok sesat cari tak jumpa...2nd time dah tengok Google Maps, tutup pulak sebab hari Ahad…agaknya sebab kawasan kilang, bukak Ahad pun entah ada orang datang makan ke tak…tapi kenapa bukak kat kawasan kilang? Jangan- jangan dia target yang customers dia management2 kilang- kilang sekeliling tu kot, nak- nak pulak kalau ada orang Jepun…

Pergi kali ke-3, baru bukak…pagi tu, dah pergi tengok taska nak hantar Adi sebenarnya…Taska Sinar Harliza…Sabtu pun bukak sampai pukul 2 petang…Isnin- Jumaat boleh hantar 6 pagi – 7 petang…satu lorong je beza dengan rumah kita…owner rumah asal tu rekemen kata OK..harap2 OK la…takkan nak harapkan Opah jaga je…kalau sempat, ingat Disember ni nak hantar la sekali sekala… nak biasakan diri once dah pindah hujung Disember tu nanti insya Allah..Adi pun senyum je tengok kawan- kawan dia kat nurseri tu…

Anyway, berbalik kepada topik kita hari ini, standard harga memang macam restoran Jepun la…kena bajet sorang makan at least RM30 – 50 memang tak lari…Ummi tak tau nak order, Ayah pun takde la reti sangat…tapi tau jugak sikit2 berkat menonton drama- drama Jepun macam Shota no Sushi…tu yang dapat tau tu, yang dalam Japanese food ni, selalu include mirin wine dengan sake (arak beras)…restoran Oshima ni tak include, sebab owner dia nak usahakan restoran Jepun yang halal…belum ada logo halal Jakim, tapi I read somewhere they’re working on it…owner Melayu, nak dipikirkan, makcik jual kuih kat belakang rumah Opah ni pun takde logo halal Jakim…

So, Ummi order bende ni…gapo nama dia eh, jap nak bukak website…haa jangan, ada website restoran ni…google Restoran Oshima...

Ummi: Gekikara Ramen (macam mee masak tomyam je)
Ayah: Unagi Don, served with miso soup (alah, keli masak kicap…senang cerita..)
Adi: Chicken Katsu…fillet ayam potong- potong..Katsu tu ‘cuts’ kot?
Air: Order air kosong dengan lemon tea je...laki bini tengah batuk...
Extra: California roll dengan Inari.

Tunggu la order kitorang sampai…tak ramai pun, ada la 3- 4 family masa tu, campur kitorang… Ummi kata, kereta2 kat luar restoran tu semua gempak2...BMW, Mers...haha tu baru bawak Altis Ummi tu...belum bawak Iswara Dafy Ayah lagi hehe... Adi pulak dah suka nak merangkak sana, merangkak sini... Tengok- tengok bila order Ummi sampai, eh macam lain...lain dari gambar kot..that’s what we thought...Ummi pun balun dulu, biar Ayah layan Adi...lepas tu order- order lain sampai...

tengah makan tu, datang la order Ummi yang sebenar...rupanya waiter tu tertukar (waiter tu Japanese rasanya)...tapi Malay manager tu (manager kot?) baik je tanya elok2...ye encik, ada masalah ke...then dia kata, takpe, kalau encik tak nak ni, kita charge utk yang Ummi dah makan tu...so, kitorang amik yang Ummi makan tu je la..Gyu Niku Ramen...haha layanan kena elok la kan, bayar mahal...kalau mamak, lain la...kita order A dia bagi C...

Ended up, tak habis makan pun...california roll tinggal la ada 4 ketul, dengan fillet ayam Adi tu...dia sibuk dok main je, pastu Ummi pun ada suap2 ayam yang dalam ramen Ummi... Ayah kenyang la makan nasi lauk keli masak kicap...lepas tu makan sushi lagi...bungkus la tapau yang tak habis tu, bawak balik rumah...

Overall, ok la...since Ayah dengan Ummi pun tak reti makan, saja nak menerai je...asyik beli sushi kat Tesco je, yang RM5 – 6 tu...harga memang mahal la, bunuh diri nak makan selalu sini, especially untuk Ayah yang jenis agak cheapskate nih haha.. takde keje nak spend banyak macam tu untuk makan selalu..kalau pergi warung, dah boleh makan 2- 3 hari tu silap2...tapi kalau betul- betul special occasion, boleh la....yang penting sekali, insya Allah halal... bila pikir tu yang penting...boleh jugak support usahawan bumiputera kan...

Ok la, dah nak Maghrib...Ayah nak solat, and then balik...kena redah la hujan ni nampaknya...wassalam.

Gomen!

haha ni lagi lama tak update…dah 1 bulan setengah! hahah! entah la, semenjak 2 menjak ni, Ayah dengan Ummi nak kata sibuk pun tak sangat...tapi tak ter-update pun...rutin harian pergi keje balik keje macam biasa...malam2 melayan Adi dengan bukak video songs yang Ayah download dari Youtube, pastu Ummi tidurkan Adi sambil layan TV streaming dengan Ayah...agaknya sebab tu kot!

recently Astro nye remote rosak, thanks to our hero, Adi (bukan nama sebenar), seisi rumah kena tekan manually kat decoder untuk tukar channel...103 TV3 nak pergi 411 HBO, jauh tuuuu hehe...so Ayah pun teringat zaman muda2 dulu , tengok mubi kat internet tv je…download winamp, pergi kat Shoutcast TV, yeah boleh tengok cerita SpongeBob dengan Family Guy!

Hmm..sebab lama dah x update, lets recap what happened recently...yang paling major ialah, hero kita terkena penyakit HFMD (sama sekali tidak ada kaitan dengan magazine FHM)...hands foot mouth and disease...kalau mat saleh kata, penyakit tangan kaki dan mulut... pelik jugak, tak hantar nurseri, opah jaga, pun boleh kena...tu la takdir Allah, agaknya berjangkit kat public places kot... it all started with Adi demam dan lembik untuk 2 hari, then tangan dan kaki starts naik blister...bila check kat klinik, doktor kata HFMD...tapi so far alhamdulillah, tak naik kat mulut...naik kat mulut yang babies tak nak makan minum tu... lepas tu ni dah masuk seminggu, nampak mcm blister2 tu pun dah makin surut...Adi macam biasa la, takde rupa macam orang sakit pun...aktif je manjang...

Cuma sehari dua ni, banyak tahi mata dari biasa...Nde Aida kata maybe conjunctivitis, atau kata orang Jawa, sakit mata..tapi mata Adi tak merah pun...Nde Aida nasihatkan selalu cuci mata (Ayah pikir benda lain kalau cuci mata ni..hehe)...Opah pun ada letak bedak sejuk keliling mata, ikhtiar nak bagi sejuk sikit...harap2 Allah sembuhkan la hero kita ni...

Eh hujan dah serik sikit rupanya...tadi langit gelap betul...ok la Ayah nak balik...wassalam.

p.s. Entri sama sekali tidak berkaitan dengan kerja gomen (walaupun Ayah would really like to write about that), tapi maksudnya maaf dalam bahasa Jepang...


Thursday, September 30, 2010

Imam Muda Adi mengucapkan Selamat Hari Raya!

woh lama dah x update blog inih...dekat2 sebulan dah…nak buat camne, sibuk beraya hahaha!

Raya kali ni balik KB…rabu 7 haribulan dah naik flight balik KB…naik airasia…penuh dengan family2 yg ada anak2 bihkurang umur adi… awal jugak balik tu, sebab jumaat baru nak raya…tapi sebab raya ke-3 dah amik flight balik klang balik….

Flight balik KB dapat hot seat pulak tuh…tak payah bayar pun bole dapat hot seat hehe...ruang kaki pun luas sikit, adi boleh turun naik, pastu dok tengok je orang- orang beratur naik kapal…rezeki…

Tahun ni, di KB semua ada kecuali keluarga Ami Khairul…keluarga Ami Khairul beraya di Segamat…Ami Khairul sendiri beraya dalam kapal terbang…raya ke-2 baru touchdown di Malaysia…nasib la dah keje jauh- jauh, gaji tinggi- tinggi kan…redho je lah..

Di KB, tak banyak gi rumah saudara- mara…sebab rumah Mok dan Tok Ayah tu, raya pertama dengan raya ke-2 memang tak gi mana- mana…tunggu orang- orang datang… ye lah dah pangkat atuk nenek kan…raya ke-3 baru start nak berjalan, tapi by then, kitorang pun dah balik klang…

First experience untuk Ummi beraya aidilfitri di KB…kata orang, raya puasa di KB tak meriah macam raya Haji…maybe kot…dah culture agaknya…sebab Kelantan ni adatnya lain sikit…malam raya, ramai masjid surau buat qiamullail sampai ke pagi...kalau sebetulnya, memang ada hadis pun pasal hidupkan malam raya dengan ibadat…malam Lailatul Ijazah…malam penerimaan segala ibadat masa bulan puasa itu hari…

pastu, takbir rumah- ke rumah pun takde…tak tau la kalau ada tempat kat Kelantan yang ada…takbir biasanya kat masjid- masjid je…sampai ke lewat- lewat malam…Ayah pun ada ikut kecik- kecik dulu, sampai tertidur kat surau haha…so malam raya tu bole dengar la takbir raya berselang- seli dengan meriam buluh…

Ayah (baru balik dari surau, solat Isyak, malam raya): Rasa macam kat Palestin.
Ummi: Ngapa nye?
Ayah: Pong pang, pom sana, pom sini budak- budak main meriam buluh…macam berperang…
Ummi: Mana ayah tau macam kat Palestin?
Ayah: Hehe….

Petang raya tu, pergi rumah Opah Su di Langgar…Adi first encounter with kucing…kemain lagi suka…siap pegang- pegang, tarik ekor..kucing baik takpe le…buatnya kucing yang garang- garang haha…kita pulak yang risau…

Kat rumah KB, satu lagi skill acquired by Adi is, skill memanjat…tempat latihannya tangga dapur la…kat rumah Klang takde tangga, so rumah KB memang sedap la Adi manjat…turun naik turun naik…balik je rumah Klang, terus terer bab memanjat- manjat nih…

Masa di KB, Adi ada dapat kopiah dari Mekah…Pak saudara Ayah baru balik dari umrah…suka pulak Adi pakai kopiah tu…kadang- kadang ada la rimas, Adi campak..tapi selalu jugak Adi biar melekat elok… pernah sekali Ayah nak cabut pun Adi marah…takpe lah, biasa- biasakan Adi pakai…Lepas tu, sebut “Imam Muda Adi”…Adi pun angkat tangan…dan dah pandai tepuk- tepuk tangan pulak…


Nde Aida sekeluarga takde dalam gambar. Dah pergi beraya.


Adi dengan (Pakcik) Adam. Pangkat pakcik hehe... Tentera Mok Soh belakang rumah.



(Pakcik) Adam dan (Makcik) Aishah. Adi meronta nak lari.

Bila sambung beraya di Klang, memang ramai la orang datang rumah. Satu masa, kadang- kadang sampai 5- 6 keluarga datang sekaligus. Adi kalau orang tak ramai sangat, dia ok lagi. Tapi once dah terlalu ramai, mula la cranky. Tambah lagi kalau ramai budak- budak. Kalau sorang duorang takpe. Kena la Ayah bawak masuk bilik keluar bilik, tunjuk kartun biar tenang sikit.



Dengan dua pupu- dua pupu Adi, cucu- cucu Tok Uda Majid.




Open house Dato' Amzah. Tu Atuk Sarip.




Abang Arif dengan Luqman sebelah rumah.

Lepas raya, memang agak sibuk di tempat kerja masing- masing. Nak kena catch-up masa ambik cuti sebelum raya kan. Ayah pun dah selalu kena balik lewat. Datang awal, balik lewat, baik datang lewat je. Semenjak 2 menjak nih, Ayah tak keluar rumah 7.30 dah. Pukul 8, 8.30 baru nak keluar. Dulu takut gak nak datang lewat, takut parking takde, malas nak berjalan jauh (15 min woo..). Tapi tengok 2- 3 hari ni, ada je parking. Boleh la lepas Subuh, Ayah tidur balik, tengokkan Adi, kurang sikit beban Opah.

Selamat Hari Raya!