Pages

Tuesday, December 27, 2011

Anas dan kenduri akikah

Wah last update 10 november. Banyak benda berlaku sejak tu.

Paling major, ialah kenduri akikah Syed Anas Maliki le hehe. Alhamdulillah, all went well. Kambing 2 ekor sudah tumbang. Terbaik dari ladang Rantau Panjang. Seekor 750 siap dah sembelih lapah, tinggal nak masak je. Kerja masak telah dilakukan dengan jayanya oleh rakan baik Opah, sehingga mendapat pujian ramai yang mengatakan tidak terasa bau kambing dan rasa macam daging bila makan.


Mok dan Atuk KB pun ada turun. Adik- beradik Atuk KB pun ramai datang, almost semua la, termasuk yang dari Sabah, tak sangka. Saudara- mara belah Mok pun ada, yang mana duduk Shah Alam lah.


Adi pulak dah pakai lawa- lawa, elok- elok satu tema coklat dengan semua orang, tapi terbocor masa nak dekat- dekat marhaban pagi tu. Terpaksa la bertukar ke pakaian kurta. Hehe bole la, coklat jugak kan.


Marhaban siap panggil 2 team. Team surau, dengan team masjid. Mujur tak macam Showdown 2011 yang ada battle- battle hahaha!

Khemah bukak 2 je. Tapi ada addition lagi, tambah meja dkat rumah jiran sebelah dengan jiran depan. Dapatlah menampung orang- orang yang ramai. Pagi lagi dah ada makan- makan lepas marhaban. Lepas zuhur, panggil geng surau pulak. Jamu makan nasi, kuih- muih yang disumbangkan oleh jiran- jiran sampai tak cukup meja nak hidang, pastu ada pulak lori cendol stationed situ. Laris jangan tak laris haha. Motor aiskrim pun ada lalu tanpa dijemput, tapi takde orang layan haha.

Kawan- kawan Ayah Ummi ada la datang quite a few. Lewat pun takpe, buat kat rumah bukannya kat dewan. Tapi agaknya nak meredah hujan, dengan yang ada anak kecik2, KL pun dengar cerita jem teruk jugak hari tu. Tak apa lah, insya Allah next time ada akikah lagi untuk adik Anas pulak.

‘Ala kulli hal, sudah abis dan sudah lega. Ummi pun penat cari door gift. Jiran- jiran pun penat rewang. Lepas kenduri, ramai demam. Hujan pun ada turun jugak tengahari tu kejap.

Disember tak dapat dinafikan, bulan yang cuti banyak 3 hari. Dapat la merayap jauh- jauh sikit. Cheras, kenduri kawan Ummi. Ayah memang sangat tak reti area Cheras, dah la takde GPS dalam kereta. Tapi takpe, Google Maps membantu.

Hulu Langat, ada makan- makan sikit family belah Atuk KB. Pergi petang, balik lepas Isyak. Not bad jugak eh, duduk Hulu Langat. Suasana kampong, dusun- dusun pun ada, tapi tak jauh dari KL. Cuma jalan kecik lah sepanjang- panjang kampung. Tak boleh imagine jem macam mana kalau weekdays, unless jadi mat rempit naik moto.

Pastu ada pergi tengok Pakcik Johan dapat anak dah. Dekat je rumahnya kat Subang Jaya. Ni kira batch Anas la ni, sama tahun. Macam jugak si Syed Aidil Adrian, anak Ami Khairul. Hmm, kawan Ayah kat Ampang pun ada dapat anak jugak. Kawan Ummi pun ada. Rezeki- rezeki semuanya heh.

Adi pun dah macam kurang sikit jealousnya dengan Anas. Sekarang, kalau Anas nangis, Adi akan pergi tengok dekat- dekat sengih- sengih. Lepas tu, tak macam dulu, dah tak mintak Ayah/Ummi dukung bila tengok Anas didukung. Insya Allah, harap- harap Adi jadi abang yang baik.

Rutin harian sekarang, Ayah dan Ummi tengah membiasakan diri. Menggunakan prinsip Divide and Conquer haha, Ummi hantar/amik Anas gi taska, Ayah hantar/amik Adi. Pagi- pagi lagi, Ummi drop Anas, Ayah pulak drop Adi bila nak pergi opis. Ok kot. Baru 2 anak, training la ni untuk lagi ramai askar next time macam mana nak handle hehe.

Ok deh tu je, nak sambung kerja. Wassalam.


Thursday, November 10, 2011

Two stories

Story 1

Lately, Adi dah pandai nak main kat luar petang2. 2 days ago, he insisted Opah to take him out to play with other kids in front of Opah's house. Opah had to finish some chores before she can take Adi out to play (that is bathing Anas, help ummi to put oitment, etc).  When Opah is done with everything, Opah could not find her veil. Eager to go out, Adi took Ummi's veil from the kitchen (we do put spare veil in the kitchen in case we have any guest), and gave it to Opah. Adi's action really surprises Ummi. It makes Ummi happy as well seing Adi can understand that Opah needs to wear her veil when she is out of the house. This really shows that kids are very observant.

So, note to Ummi and Ayah, watch out your every move. The children are observing.

May Adi keep on observing and imitating the good things we do and teach it to Anas.

Story 2

Yesterday and today are tiring for both Ummi and Opah. Both heroes (Adi and Anas) doesn't want to take nap during the day which denies Ummi and Opah from taking afternoon nap as well.Yesterday, Adi was watching cartoon on Ummi's laptop and shouting happily non-stop. Maybe that resulted in Anas not wanting to take nap as well and he wants to be outside in the living room or in front of the TV watching his big brother play. I guess Anas can't wait to grow up to play with Adi.


Saturday, November 5, 2011

Adi acknowledged anas

alhamdulillah, at the night of eidul adha, adi has acknowledged anas! when ummi was nursing anas while watching tv, adi climbed on ummi's back to look at anas. he smiled,touched & kissed anas head. we're happy to see that. may they grow up to be bestfriends. amin.

Wednesday, November 2, 2011

Superkid Loves Water

Ni first time nak join blog contest ni. Biasanya contest2 kat blog ni kene buat karangan dan saya sgtlah tidak pandai mengarang. Alhamdulillah ada org yg baik hati organize contest letak gamba  je. Bole la cube, mana tau ada rezeki.


Dalam byk2 gamba adi main air (selalunye main air dlm toilet), ni gamba yg paling best skali masa adi first time mandi pool dgn cucu2 jiran sblh rumah opah.


Memula adi takut nak masuk air. Dia berdiri tegak je. Lps tu dia plk melebih2 xnak kluar sampai menggigil2. Haha.


||Entry ini ditulis untuk contest di My Super Kids yang ditaja oleh Vitamin Shoppe, My Super Vitamins, Sihat.Ceria.Bahagia, Dapur Aulad, Kedai Triple S, Vitamin Best Deal dan ||



Adi & Anas - 2 minggu

Semalam genap umo anas 2 minggu & dah 2 minggu jugak adi jadi abang. Before anas lahir,ummi ada la gak skali skala ckp dgn adi yg adik is coming out soon sambil2 tunjuk perut umi.tp adi still tak faham.adi's usual reaction would be either menanduk perut ummi or pegang2 perut ummi sambil tgelak2. so ummi always wonder how would adi react once anas is born.sblm2 ni,whenever ummi or ayah carries other babies,adi would be sad. alhamdulillah,when ummi has safely delivered anas,adi becomes considerate.x jeles langsung ummi & ayah dukung anas.tp nak kata dia acknowledge adik pun x gak. dia buat x tau je dgn adik. bila dekatkan anas dgn adi, adi ngelak. x paham lg kot.

adi pandai bawak diri.maybe sbb ms pantang ni kitorg dok kat rumah opah.like ayah mentioned before,ramai org nak manjakan adi. however,we can still see that adi misses ummi & ayah. whenever we are not holding anas,adi would come play with us,lie on our lap or sleep with ayah.pls be patient ye adi.once ummi has fully recover,i would carry you.

as for anas,we can say that he is very calm compose. dr ms nak deliver sampai confinement,ummi rs mudah sgt kali ni. alhamdulillah. ummi & ayah rs both our sons ni mesti ada personality yg totally opposite. adi jenis petah & lembut hati while anas jenis diam & tegas. tp itu dr pemerhatian skrg la. tak tahu la plak nanti besar jadi camne.

apa2 pun we hope that both our sons would grow up to be a pious muslim & hafiz. doakan ye.

ni gamba first adi dgn anas. 1st time letak anas sblh adi & adi x lari.


Wednesday, October 19, 2011

adi dapat adik!

18 oktober 2011. x dapat binary date pun takpe hehe.
7.36 pm.
2.8 kg.

sebenornye pagi tu ummi nak gi check up je. sampai sana, bila bgtau doc yg smlm asyik terkencing, doc check air ketuban dh tinggal sparuh dh. so kena le tahan x dpt balik. ayahpun menghalf day kan diri dan bergegas balik.

by asar tu dah masuk labor room, pastu dok asyik contractions. sampai la 7.36 pm tu, beranakla. tu pun mmg nk terberanak sgt dh, nurses suruh jgn teran dulu, biar doc smpat dtg.

masa keluar tu, biru jugak le baby. rupa2nya tali pusat terbelit kat leher. alhamdulillah, xde pape.

nurse bersih2kan baby, sambil doc jahit ummi. then bagi kat ayah utk azan.

ingatkan bole control le kali ni, last2 jadi mcm masa adi dulu jugak, ayah x leh control airmata masa azan.

so, hari ni dah 2nd day. adi so far either x paham atau ok je dgn ada adik baru ni. tapi, since kena berpantang di rumah opah, dgn ayah pun sekali duduk sini, ramai le nak manjakan adi. takde la terasa kurang kasih syg hehe.

ok lah, jap lagi nak gi register nama. ummi nak mandi air herba. adik tengah bergayut. lebih kurang adi jugak manjanya, suka didukung . tidur nak tepuk. cuma minum susu badan tu, mcm lg terer sikit dari adi hehe.

welkam Syed Anas Maliki. semoga jadi anak yang soleh utk ibubapa, daie yang berguna untuk ummat.

Tuesday, September 13, 2011

adi dengan 5 sen

Tak sangka one day ayah dgn ummi kena jugak berhadapan dengan situasi macam ni.

Alkisahnya, dah tertulis dah berpuluh ribu tahun dulu dalam takdir. Malam tu, lepas Isyak, Ayah dengan Ummi dok tengok tv la. Sambil Ayah dok prepare dokumen2 untuk bil IWK dengan MP*J. Adi pulak dok tengok Upin dan Ip*n kat Tab. Sambil tu dok ke sana sini.

Nampak dah ada syiling 5 sen kat tangan dia. Tapi selalu dia baling- baling je. Alih- alih nampak mulut dia tengah kemam benda. Cuba korek, memang susah la sebab Adi suka ketap gigi bila nak korek benda dari mulut.Ummi pernah sampai bengkak kena gigit. Ummi tak dapat keluarkan, Ayah pulak try. Ayah nampak la, macam syiling. Tengah dok suruh Adi kehek tu (eh ada ke perkataan kehek dalam BM? Loghat Kelate :P), sebab Ayah terdongakkan kepala Adi tu, sedar- sedar syiling tu dah takde.

Adi nampak macam ada benda tersangkut kat tekak. Ayah dah panic dah masa tu. Ummi pun. Ummi cuba suakan cereal (yang dah bancuh sebab Ummi nak makan), tapi Adi tak nak. Lepas tu Ummi cuba la tepuk- tepuk belakang, tak keluar jugak duit tu.

Masa tu memang panic abis la Ayah dengan Ummi. Bergegas bersiap nak gi hospital. Adi pulak yang tadi nangis- nangis, eh dah ok dah gelak- gelak dalam kereta dengan Ayah sambil tunggu Ummi.

Pergi wad emergency, jumpa doctor, doctor kata, kena x-ray la untuk confirmkan. Tunggu la radiographer tu datang dari on-call. Ayah balik rumah jap, amik pampers sebab Adi pulak dah berak, standard bila dah naik keta, mesti berak.

Sampai rumah, Ummi dah telepon, cakap radiographer dah sampai. Cepat jugak eh. Ummi kata, kalau sempat Ayah datang hospital balik, Ayah la masuk bilik x-ray tu. Kalau tak, Adi masuk sorang la dengan nurse- nurse tu. Ummi x bole masuk kan, sebab pregnant. Ingatkan Adi meronta, rupanya Adi dah tidur. Senang sikit kerja.

Sampai je depan hospital balik, Ummi dah sms. Dah x-ray pun. Confirm dah syiling. Tapi doctor kata 10 sen, bukan 5 sen. Pelik kejap, mana Adi dapat 10 sen? Sebab Ayah rasa memang 5 sen yang Ayah nampak.

Doctor decide, kena admit daa. Sebabnya, coin tu kat tekak, so kena monitor, masuk saluran pernafasan ke saluran makanan. Admit la malam tu. Ayah balik rumah sekali packing semua. Ummi sms all the grandparents bagitau, sebab dah tengah malam dah pun. Dekat pukul 2 lebih jugak la, baru kitorang selesai dan bole tido di wad sekeluarga.

Pagi esoknya tu, x-ray sekali lagi. Alhamdulillah dah masuk perut. Jadi, boleh la tunggu berak je. Ingatkan dah bole discharge la balik rumah kan, tapi belum dapat kata putus dari doktor lagi. Doktor kata, biasa 4-5 hari, takpun 10 hari, berak keluar la. Mungkin jugak kena monitor bila dah masuk usus besar usus kecil tu.

So,Ummi tunggu la dekat wad tu dengan Adi. Ayah tak jadi amik half-day sebab Ummi dapat cuti full day. Boleh la Ayah simpan cuti untuk adik Adi nak keluar hujung tahun ni. Kesian pulak eh lambat keluar wad. Bukan sebab sayang duit pun (P*tronas cover semua expenses), tapi penat, ya lah duduk wad bukan macam duduk rumah sendiri. Adi pulak lasak, lari sana lari sini.

By petang tu, dah berak dah. Alhamdulillah. Keluar la syilingnya. 5 sen, bukan 10 sen. Agaknya doktor kat emergency room tu, compare dengan x-ray yang enlarged kot. Bole la balik rumah. Dapat la 2 keping x-ray dengan 5 sen tu buat kenang-kenangan. Dah bertukar colour pun 5 sen tu. Hihi mengucap panjang Mok bila tengok gambar X-ray tu masa datang kenduri sedara hari tu.

Rupa- rupanya bukan pelik pun budak2 tertelan syiling ni. Berlambak- lambak artikel di Internet. Even doktor pakar pun kata, syiling ni ok lagi sebab bulat, ada budak pernah telan kuda mainan (agaknya kuda askar yang kecik- kecik tu kot). Tu lagi bahaya sebab bersegi- segi.

Apapun, Alhamdulillah, lega la satu episod dalam kehidupan kami. Memang pengalaman. Sekarang ni, dalam kereta ada tabung, dalam stor ada tabung, dalam bilik bawah ada tabung. Semua nak ngelak duit syiling merta- rata lagi.

Bole la cerita bila Adi dengan adik- adik Adi dah besar nanti :)=