Pages

Wednesday, January 4, 2012

Ummi dan birthday

Hari ni birthday Ummi. Dah masuk 30 tahun dah. Ayah belum lagi, hehe sebab bulan 9.

Everytime birthday Ummi datang je, Ayah tak tau nak beli apa. Nak makan kat mana. Hadiah apa nak bagi.

So, malam tadi gamble je lah. Cari makan kat mana eh. Apa tempat paling mahal nak makan? Kunun kununnya hotel la. Hotel paling dekat dengan rumah, dan paling confirm halal, mana lagi, De Palma le. Seksyen 19 dekat je. Tak sampai 10 min dah bole sampai haha.

Tahukah anda, De Palma Hotel adalah antara satu- satunya (ke memang satu- satunya?) hotel yang ada solat Jumaat? Dan setiap waktu Zuhur, ada kuliah dari ustaz jemputan?

Hehe sempat iklan kejap. So, kitorang pun pergi le, restoran di hotel tu. Noob jugak nih, sebab tak pernah makan di restoran hotel unless memang menginap di situ. Bangkok Restaurant, Thai Cuisine. Hahah pegi hotel pun, makan tomyam jugak last2. Itu la perkara pertama terfikir.

Mula- mula sampai tadi, eh macam takde orang je restoran ni. Tapi bagus jugak, boleh lepas je Adi lari merata. Kena pulak restoran tu bertutup, bukan open area (actually ada open area untuk smokers, tapi kat luar le), lagi la boleh biar je Adi lari- lari haha.

Bila tanya, manager tu cakap, weekdays memang lapang macam ni. Jumaat dengan weekend je yang selalu ramai. Ye lah, hotel dalam bandar kan, kedai makan merata keliling. Yang check-in hotel pun makan luar agaknya.

Emph lepas tu bila nak order, amekaw banyaknya menu sampai overwhelmed. Satu lagi, sebab dia tulis dengan bahasa Siam sekali. Banyak eh nak baca. Last- last order something yang nama grand tapi actually kari kambing (tapi sedap!), lepas tu Ayah pulak layan udang tempura. Untuk Adi, belikan appetizer apa tah yang combo semua, ada wantan, ada udang, ada ayam. Air order banana blended, dengan Nescafe panas.

Birthday mom. (dah 30, nak panggil birthday girl lagi ke hehe)

Sebab udang sampai dulu, kari tak sampai lagi, kering lah pulak nasi Ayah. Adi dok makan appetizer and he’s really enjoying it sampai terbaring- baring makan. Ayah pun order la tomyam. Haha makan restoran Thai, tapi tak order tomyam. Order paling kecik je, nak bagi ada kuah.

Abu Adi dan Adi

Anas pulak tido. Lepas tu, Adi pun tido kekenyangan. Tangan dok pegang wantan lagi tu haha. Senang Ayah dengan Ummi makan. Pastu tangkap- tangkap gambar sikit jadi alibi kat facebook (kalau kena tuduh pape ke pada malam 4 Januari, di mana kamu berada, haha!).

Tidoq kekenyangan, alhamdulillah.

So, in overall, lepas dah melantak- lantak, eh memang sedap la makanan sini. Boleh la masuk checklist tempat2 yang boleh bawak atuk nenek makan. Kari kambing sedap, udang pun breaded nicely, appetizer pun sedap dan approved by Adi. Tomyam, dah order paling kecik pun dapat banyak jugak, sedap. Banana blended pun manis, takde lah rasa gula sangat.

Berbaloilah makan walaupun mahal, tapi takde la mahal mana, sebab kat hotel kan. Semua- semua 120+, M*ybank kad dapat 20% off, tinggal tak sampai 100 je.

Balik lah kami sekeluarga. Hehe tapi dalam keta, ada surprise lagi. Erm taklah surprise mana kot. Ayah beli rak keringkan botol susu kat Modern Mum, Alamanda. Boleh la tolong Ummi keringkan botol susu untuk Anas cepat sikit hehe. Tu pun hadiah tak wrap. Tak sempat, sebab nak rush balik office.

Ok lah, panjang dah ni. Wassalam.


Tuesday, December 27, 2011

Anas dan kenduri akikah

Wah last update 10 november. Banyak benda berlaku sejak tu.

Paling major, ialah kenduri akikah Syed Anas Maliki le hehe. Alhamdulillah, all went well. Kambing 2 ekor sudah tumbang. Terbaik dari ladang Rantau Panjang. Seekor 750 siap dah sembelih lapah, tinggal nak masak je. Kerja masak telah dilakukan dengan jayanya oleh rakan baik Opah, sehingga mendapat pujian ramai yang mengatakan tidak terasa bau kambing dan rasa macam daging bila makan.


Mok dan Atuk KB pun ada turun. Adik- beradik Atuk KB pun ramai datang, almost semua la, termasuk yang dari Sabah, tak sangka. Saudara- mara belah Mok pun ada, yang mana duduk Shah Alam lah.


Adi pulak dah pakai lawa- lawa, elok- elok satu tema coklat dengan semua orang, tapi terbocor masa nak dekat- dekat marhaban pagi tu. Terpaksa la bertukar ke pakaian kurta. Hehe bole la, coklat jugak kan.


Marhaban siap panggil 2 team. Team surau, dengan team masjid. Mujur tak macam Showdown 2011 yang ada battle- battle hahaha!

Khemah bukak 2 je. Tapi ada addition lagi, tambah meja dkat rumah jiran sebelah dengan jiran depan. Dapatlah menampung orang- orang yang ramai. Pagi lagi dah ada makan- makan lepas marhaban. Lepas zuhur, panggil geng surau pulak. Jamu makan nasi, kuih- muih yang disumbangkan oleh jiran- jiran sampai tak cukup meja nak hidang, pastu ada pulak lori cendol stationed situ. Laris jangan tak laris haha. Motor aiskrim pun ada lalu tanpa dijemput, tapi takde orang layan haha.

Kawan- kawan Ayah Ummi ada la datang quite a few. Lewat pun takpe, buat kat rumah bukannya kat dewan. Tapi agaknya nak meredah hujan, dengan yang ada anak kecik2, KL pun dengar cerita jem teruk jugak hari tu. Tak apa lah, insya Allah next time ada akikah lagi untuk adik Anas pulak.

‘Ala kulli hal, sudah abis dan sudah lega. Ummi pun penat cari door gift. Jiran- jiran pun penat rewang. Lepas kenduri, ramai demam. Hujan pun ada turun jugak tengahari tu kejap.

Disember tak dapat dinafikan, bulan yang cuti banyak 3 hari. Dapat la merayap jauh- jauh sikit. Cheras, kenduri kawan Ummi. Ayah memang sangat tak reti area Cheras, dah la takde GPS dalam kereta. Tapi takpe, Google Maps membantu.

Hulu Langat, ada makan- makan sikit family belah Atuk KB. Pergi petang, balik lepas Isyak. Not bad jugak eh, duduk Hulu Langat. Suasana kampong, dusun- dusun pun ada, tapi tak jauh dari KL. Cuma jalan kecik lah sepanjang- panjang kampung. Tak boleh imagine jem macam mana kalau weekdays, unless jadi mat rempit naik moto.

Pastu ada pergi tengok Pakcik Johan dapat anak dah. Dekat je rumahnya kat Subang Jaya. Ni kira batch Anas la ni, sama tahun. Macam jugak si Syed Aidil Adrian, anak Ami Khairul. Hmm, kawan Ayah kat Ampang pun ada dapat anak jugak. Kawan Ummi pun ada. Rezeki- rezeki semuanya heh.

Adi pun dah macam kurang sikit jealousnya dengan Anas. Sekarang, kalau Anas nangis, Adi akan pergi tengok dekat- dekat sengih- sengih. Lepas tu, tak macam dulu, dah tak mintak Ayah/Ummi dukung bila tengok Anas didukung. Insya Allah, harap- harap Adi jadi abang yang baik.

Rutin harian sekarang, Ayah dan Ummi tengah membiasakan diri. Menggunakan prinsip Divide and Conquer haha, Ummi hantar/amik Anas gi taska, Ayah hantar/amik Adi. Pagi- pagi lagi, Ummi drop Anas, Ayah pulak drop Adi bila nak pergi opis. Ok kot. Baru 2 anak, training la ni untuk lagi ramai askar next time macam mana nak handle hehe.

Ok deh tu je, nak sambung kerja. Wassalam.


Thursday, November 10, 2011

Two stories

Story 1

Lately, Adi dah pandai nak main kat luar petang2. 2 days ago, he insisted Opah to take him out to play with other kids in front of Opah's house. Opah had to finish some chores before she can take Adi out to play (that is bathing Anas, help ummi to put oitment, etc).  When Opah is done with everything, Opah could not find her veil. Eager to go out, Adi took Ummi's veil from the kitchen (we do put spare veil in the kitchen in case we have any guest), and gave it to Opah. Adi's action really surprises Ummi. It makes Ummi happy as well seing Adi can understand that Opah needs to wear her veil when she is out of the house. This really shows that kids are very observant.

So, note to Ummi and Ayah, watch out your every move. The children are observing.

May Adi keep on observing and imitating the good things we do and teach it to Anas.

Story 2

Yesterday and today are tiring for both Ummi and Opah. Both heroes (Adi and Anas) doesn't want to take nap during the day which denies Ummi and Opah from taking afternoon nap as well.Yesterday, Adi was watching cartoon on Ummi's laptop and shouting happily non-stop. Maybe that resulted in Anas not wanting to take nap as well and he wants to be outside in the living room or in front of the TV watching his big brother play. I guess Anas can't wait to grow up to play with Adi.


Saturday, November 5, 2011

Adi acknowledged anas

alhamdulillah, at the night of eidul adha, adi has acknowledged anas! when ummi was nursing anas while watching tv, adi climbed on ummi's back to look at anas. he smiled,touched & kissed anas head. we're happy to see that. may they grow up to be bestfriends. amin.

Wednesday, November 2, 2011

Superkid Loves Water

Ni first time nak join blog contest ni. Biasanya contest2 kat blog ni kene buat karangan dan saya sgtlah tidak pandai mengarang. Alhamdulillah ada org yg baik hati organize contest letak gamba  je. Bole la cube, mana tau ada rezeki.


Dalam byk2 gamba adi main air (selalunye main air dlm toilet), ni gamba yg paling best skali masa adi first time mandi pool dgn cucu2 jiran sblh rumah opah.


Memula adi takut nak masuk air. Dia berdiri tegak je. Lps tu dia plk melebih2 xnak kluar sampai menggigil2. Haha.


||Entry ini ditulis untuk contest di My Super Kids yang ditaja oleh Vitamin Shoppe, My Super Vitamins, Sihat.Ceria.Bahagia, Dapur Aulad, Kedai Triple S, Vitamin Best Deal dan ||



Adi & Anas - 2 minggu

Semalam genap umo anas 2 minggu & dah 2 minggu jugak adi jadi abang. Before anas lahir,ummi ada la gak skali skala ckp dgn adi yg adik is coming out soon sambil2 tunjuk perut umi.tp adi still tak faham.adi's usual reaction would be either menanduk perut ummi or pegang2 perut ummi sambil tgelak2. so ummi always wonder how would adi react once anas is born.sblm2 ni,whenever ummi or ayah carries other babies,adi would be sad. alhamdulillah,when ummi has safely delivered anas,adi becomes considerate.x jeles langsung ummi & ayah dukung anas.tp nak kata dia acknowledge adik pun x gak. dia buat x tau je dgn adik. bila dekatkan anas dgn adi, adi ngelak. x paham lg kot.

adi pandai bawak diri.maybe sbb ms pantang ni kitorg dok kat rumah opah.like ayah mentioned before,ramai org nak manjakan adi. however,we can still see that adi misses ummi & ayah. whenever we are not holding anas,adi would come play with us,lie on our lap or sleep with ayah.pls be patient ye adi.once ummi has fully recover,i would carry you.

as for anas,we can say that he is very calm compose. dr ms nak deliver sampai confinement,ummi rs mudah sgt kali ni. alhamdulillah. ummi & ayah rs both our sons ni mesti ada personality yg totally opposite. adi jenis petah & lembut hati while anas jenis diam & tegas. tp itu dr pemerhatian skrg la. tak tahu la plak nanti besar jadi camne.

apa2 pun we hope that both our sons would grow up to be a pious muslim & hafiz. doakan ye.

ni gamba first adi dgn anas. 1st time letak anas sblh adi & adi x lari.


Wednesday, October 19, 2011

adi dapat adik!

18 oktober 2011. x dapat binary date pun takpe hehe.
7.36 pm.
2.8 kg.

sebenornye pagi tu ummi nak gi check up je. sampai sana, bila bgtau doc yg smlm asyik terkencing, doc check air ketuban dh tinggal sparuh dh. so kena le tahan x dpt balik. ayahpun menghalf day kan diri dan bergegas balik.

by asar tu dah masuk labor room, pastu dok asyik contractions. sampai la 7.36 pm tu, beranakla. tu pun mmg nk terberanak sgt dh, nurses suruh jgn teran dulu, biar doc smpat dtg.

masa keluar tu, biru jugak le baby. rupa2nya tali pusat terbelit kat leher. alhamdulillah, xde pape.

nurse bersih2kan baby, sambil doc jahit ummi. then bagi kat ayah utk azan.

ingatkan bole control le kali ni, last2 jadi mcm masa adi dulu jugak, ayah x leh control airmata masa azan.

so, hari ni dah 2nd day. adi so far either x paham atau ok je dgn ada adik baru ni. tapi, since kena berpantang di rumah opah, dgn ayah pun sekali duduk sini, ramai le nak manjakan adi. takde la terasa kurang kasih syg hehe.

ok lah, jap lagi nak gi register nama. ummi nak mandi air herba. adik tengah bergayut. lebih kurang adi jugak manjanya, suka didukung . tidur nak tepuk. cuma minum susu badan tu, mcm lg terer sikit dari adi hehe.

welkam Syed Anas Maliki. semoga jadi anak yang soleh utk ibubapa, daie yang berguna untuk ummat.