Pages

Wednesday, October 10, 2012

Jamek Masjid Yokohama

Akibat lama sangat mencari Galeri Nissan tu, kaki dah agak lenguh ni. Larat ke nak teruskan misi seterusnya, iaitu mencari Masjid Jamek Yokohama. Tengok dalam Google Maps, dari station nak berjalan ke masjid tu sekilo lebih ada. Unless naik bas, which tak sure pulak nak brrhenti kat mana. Tengok jam, baru 230. Hm silap2 sempat Asar jemaah ni kat sana, sebab Asar Hanafi lagi lewat dari Asar Syafii (bayang 2 galah instead of bayang 1 galah). Pergi jugak la.


Nakamachidai station tu, 10 stops dari Sakuragicho station. Train announcement pun bilingual, ada English. Peta elektronik pun ada indicate kita kat station mana. Turun Nakamachidai, cari landmark2 yg telah di-observe dlm google map. McDonald, Lawson, belok kiri, Honda Cars, belok kiri, 3 traffic light, kedai tayar belok kanan, masjid kat kiri.



Lega nampak masjid. Pastu bole pulak silap masuk pintu pompuan. Takde label pun kat luar, or maybe ada tapi dalam Jepun. Perasan bila tengok ruang solat tulis "Ladies Room", pastu tandas semua label pompuan. Haha mujur takde orang. Cepat2 keluar, keliling masjid, baru jumpa main door haha. Sempat la solat Asar berjemaah. Nak stay lama- lama, tapi bila pikir, nanti nak berebut dengan peak hours train, tak pernah ada experience.


Balik nak try naik bas tapi sebab bas lagi 8 minit, jalan je lah nikmati suburb. Budak2 baru balik sekolah, pastu ada sekolah buat latihan besbol, latihan bola. Hahhah macam drama Jepun.

Was expecting subway to be packed. Adakah macam dalam TV tu, yang kena ada orang padatkan dengan tolak2dari luar? Turns out tak pun. Siap bole duduk lagi. Agaknya kat Tokyo je gitu kot? Then baru teringat semalam yang staff yang Ummi nak ganti bagitau, peak hours sini lebih kepada pagi, bukan petang, sebab pergi serentak, balik berbeza2 waktu.

Sampai rumah dah Maghrib. Rehat dan solat, tunggu Ummi balik, then bole pegi makan dan jalan2 (tapi tak banyak choice sbb banyak attraction petang dah tutup).

Lepas ni cerita gi kedai makan pulak. Dan "Akihabara" untuk Yokohama.

Cari Yodobashi dengan Galeri Nissan

Yokohama yang tak abis2 shopping complex. Lepas satu, satu. Haha. Cari kedai 100 yen jugak bagus. Ummi pergi kerja 830, ayah qadho tidur sampai 10 lebih. Plan Ayah ialah sementara Ummi kerja, jalan-jalan sorang2 untuk cari arah ke attractions yang berdekatan. Pastu kalau sempat, malam tu datang balik la betul-betul dengan Ummi. Tapi mostly attractions by pukul 5 6 dah tutup dah. Tunggu la weekend nak pergi Tokyo dengan Ummi. Takpelah, banyak jugak dah berjalan so far.

Bangun tidur, bancuh Nescafe, lepas tu misi mencari kedai 100 yen terdekat. Googled dah malam sebelum tu. Bersambung dgn Sakuragicho nye subway, hoh kira dekat le tu. Daiso dalam Pio City. Daiso ni kira besar jugak chain dia. Kat Ipoh pun ada. Beli gunting, senang makan megi, dgn span untuk basuh pinggan. Kedai 100 yen ni sesuai nak beli barang2 souvenir ke barang2 dapur, sebab mostly harga 100+ yen. Kat Malaysia pun dah start ada, macam SS15 Subang Jaya.
Ni Daiso kat Malaysia ni. Banyak dah bukak. RM5. Untung tu, 100yen = RM3.5 sekarang haha!
Pastu balik rumah dulu la, solat zuhur. Naik atas, ummi call guna henset kawan dia. Ummi balik hotel jap lunch.

Lepas Ummi keluar balik, misi seterusnya, pegi usha Yodobashi. Dalam internet kata, ni macam Akihabara la kalau untuk Yokohama. Cari landmark nya, depan sheraton. Sheraton pulak bersambung dengan Yokohama station, oh memang senang la. Tak perasan pun dah masuk Yodobashi, by then noticed sekeliling semua kedai elektronik. Tutup pukul 10, ok malam ni datang balik, bole explore dgn ummi.
Bangunan Yodobashi dari luar. Iklan dia semua macam tu, padat tak hengat. Penuh huruf.
Misi kedua. Cari galeri Nissan. Katanya senang je, dekat2 Sogo. Berpusing2 cari Sogo, sampai termasuk Bay Quarters, yet another shopping complex mana  tah (lagi2 shopping complex. Ugh.) siap jumpa pak Arab jual kacang, asal Itali/Morocco. Bole cakap Jepun tapi English tak. Ayah pun praktis Arab la walaupun broken. Katanya duduk Tokyo. Kacang halal. Bole la bawak Ummi kalau dia nak jajan haha.
Last2 berpandukan katalog guide dlm Bay Quarter tu, jumpa jugak. Punya la senang. Ayah silap amik lorong je. Galeri Nissan ni takde le besar mana, terletak dalam laluan dari Yokohama station ke Minatomirai station. Kecik je, 2 tingkat, tapi free, so ok la. Ada keta2 Nissan yg lama, Sunny, Pulsar hinggalah yang baru, macam Leaf. Actually satu building ni Nissan punya Global Headquarters for R&D. Tingkat bawah yang laluan ke subway station, diorang buat jadi galeri. Bijak jugak, orang lalu lalang akan nampak kereta banyak2. Baru balik kerja, terasa nak tengok kereta, boleh singgah. Macam showroom jugak, cuma lebih informative la sikit. Haha benda dah free, apa lagi.


 
Pusing kejap je. Next stop, Masjid Jamek Yokohama.

Sunday, October 7, 2012

Narita ke Yokohama

Dari Narita ke Yokohama, kami ambik Suica + NEX pakej. Sebab Y3500 total, dia bagi Y2000 untuk naik train ekspress ke Yokohama station (macam KLIA Transit ah), sekali dengan Suica kad (ala2 Touch N Go gitu) yang dah preloaded Y1500. Jimat jugak eh boleh guna naik train. Excited kredit kad Ayah actually acceptable bila tenyeh sini, main angguk je tiket tu beli 9.48, dalam 2 3 minit lepas tu. Keluar kaunter baru kelam kabut dengan Ummi bila tengok jam dah dekat waktu, sebab tak sure mana platform, dan sama ada tiket tu boleh guna ke tak untuk tunggu next train kalau terlepas 9.48 punya. Lari punya lari (masa ni lah rasa amat bernilai hantar baggage tu siap-siap, imagine nak kena ngangkut lari naik eskalator), dapat naik Narita Express tu. Legaaaaa.


Dari Yokohama station tu, bermula la cabaran seterusnya, nak cari train mana ke Sakuragicho. Dengan berapa banyak line nya, walaupun color coded, pastu 1 line pulak at least ada 2 arah, nak make sure arah mana satu kita nak pergi. Cari kaler yang betul, biru Negishi Line, pastu cari yang platform yang arah ke Sakuragicho. Masa ni konpius kejap, eh bila nye yang kita swipe keluar Narita Express, lepas tu nak swipe masuk train Blue Line ni? Last2 gamble je, kat station sana baru nak figure out. Sekali naik, pehh memang bersesak sardin lah. (kali ke-dua rasa berbaloi hantar baggage siap- siap).
Turun je kat Sakuragicho, tak sure boleh keluar ke tak. Kalau masukkan tiket Narita Express tu, takut jem pulak autogate, orang punya la ramai ni. Tapi kalau swipe Suica, tadi masuk tak swipe pun, camne nak swipe keluar? Dok cari kaunter yang ada manned personnel so that boleh tanya a human (haih, banyak benor machine negara ni haha), jumpa ada seorang kat kaunter OKU (OKU lalu free kot?), Ayah tanya je dia sambil hulur tiket Narita Express "Narita Express, daijobu ka?" Tangan dok tunjuk nak keluar autogate, dia kata "Ok ok". Ambik tiket, cop, dan boleh lalu. Setel.

Dalam underground station, ikut je direction ke Landmark Tower, keluar ke jalan besar, tersergam besar Landmark Tower, mercu tanda Yokohama yang terkini. Naik je travellator yang begitu panjang dan pergi ke hotel lobby untuk tanya pukul berapa check-in? Katanya pukul 1.30 hari ni, then dia tanya nak simpan beg tak, memang kitorang nak sangat la. Tengah- tengah dia check reservations tu, tiba- tiba dia kata, takpe lah, boleh check in sekarang, fuhh lega. Nak memerut, nak makan, nak solat, nak qadha tidur, segalanya.
Landmark Tower. Mercu tanda Yokohama.
Lepas tidur/solat/rehat, pergi lah kami misi mencari kat mana public phone dan kedai yang jual calling card terdekat. Target nak tanya kat restoran Khazana dekat2 Minatomirai tu, berpusing- pusing la cari restoran tu, rupanya dekat je seberang jalan ke arah Minatomirai station, dalam bangunan Queen East. Restoran ada certificate halal kat luar kedai, though still serves alcohol. Tanya pekedai kat mana nak beli calling card, dia tak tau nak explain direction kat mana.

Jalan punya jalan, last2 decide nak balik hotel je, guna phone dalam bilik. Sekali nampak kat lobby ada international phone booth dan mesin jual prepaid card. Try je lah, tengok sekeping Y1000 berapa lama boleh cakap. Dia bagitau total duration boleh call berdasarkan nombor yang kita nak dail tu. Dapat 36 min haha then tak payah la penat- penat cari calling card (maybe dapat lagi murah rate kot, tapi Y1000 = RM40 for 36 min, RM1.11 seminit is quite acceptable to us. iTalk pun RM1.40 kot dari Japan to Malaysia. (Update: Lepas 2-3 hari, baru tau yang Skype credit jauh lagi murah, ahaha.)

Dapat la cakap dengan Adi, tapi Anas tengah tidur. dan call Ma Abah di KB kejap. Alhamdulillah so far Allah mudahkan, everything went easier than we expected.
 
*Lepas ni, nak jalan2 sekitar Sakuragicho station pulak. Mana la tau rezeki terjumpa kedai halal kat situ. Dah gelap dah pun, sekarang ni 5.20 dah Maghrib.

Isyak di Malaysia, Subuh di Jepun

Setelah delay beberapa bulan, akhirnya konpem jugak Ummi kena pegi Jepun. Bagitau udoh le lewat, tak sampai 2 minggu nak prepare haha. Khamis buat pasport, Selasa apply visa, Jumaat ambik visa dengan runner, Sabtu sudah terbang. Alhamdulillah dah kumpul maklumat siap- siap. Risau nak pergi negara orang satu, tapi sebab tulisan dia kita tak faham. Visa alhamdulillah dapat multiple entries, senang tak payah fikir nak balik tengah- tengah projek ke. Ayah yang tourist visa pun dapat multiple.

Flight dari MAS ke Narita, 11.30 malam. Lepas maghrib dah bertolak. Masuk boarding hall dalam pukul 10.30. Lama dah tak naik international flight, Ayah sejak balik dari US kot. Huhu 7 tahun tu. Bercucuran jugak air mata sedikit nak tinggal 2 hero kesayangan, tapi takpe la, Allah sebaik- baik penjaga.
Dalam flight, jakun sekejap haha maklum la lama tak naik international flight. Flight pulak tak penuh, cantik la, siap ada tidur baring lagi atas seat. Ayah try, tapi tak lena sangat. Kesudahannya, Ayah dengan Ummi susah nak tidur, habiskan masa dengan tengok movie. Sehinggalah nak dekat- dekat 3 - 4 pagi, baru tertidur. Seat pun tak berapa selesa nak tidur. Economy class, apa nak buat. Ummi boleh je naik Business Class sebab company bayar, tapi tak mampu Ayah nak naik, takkan nak duduk separate hehe.

Lepas tu, dok bajet bila nak solat Subuh. Kiblat direction dah ada dalam in-flight entertainment. Tengok tingkap kat luar, agak-agak nampak oren dah langit tu, boleh la solat. Tapi tak perasan pulak mana ruang solatnya. Masa naik MAS pergi US dulu, ada satu space macam designated untuk solat, tapi tak nampak pulak. Tanya steward, steward kata ada kat Business Class rupanya. Timing pulak "cantik", tengah serving breakfast. Mula- mula steward tu keberatan, tapi Ayah buat- buat tanya lagi, dia call steward yang serve Business Class, steward yang Business Class tu OK je actually. Dapatlah solat. Space tu siap ada sejadah lagi tergantung. Nak tak nak je hehe.

Ruang solat dalam Boeing 777-200 Malaysia Airlines. Tepi dapur Business Class.

Sampai kat Narita, dilemma pertama ialah Customs declaration. Dalam form kata kena declare meat products, so Brahim's 1 beg penuh ni apa cerita? Tick je lah yes, karang kantoi lagi susah. Paling teruk pun, kena confiscate dan buang je. Sekali dekat custom officer tu, dia tak bukak pun, dia just tanya ada apa dalam beg ni yang tanda tick kat meat products? Ummi jawab packaged fast food. Ooo fast food, dia pun lepas. Alhamdulillah.

Lepas tu, ambik rental phone yang Ayah dah siap booking. Phone rental booth banyak je kaunter kat Narita ni, tapi tak sure rate macam mana. Ada tu free rental, tapi minit mahal. Ada pulak yang rental charge per day, tapi minit murah. Last2 Ayah decide masa kat Msia lagi, sewa JAL ABC. Sebab phone ni mainly untuk orang call in je dari luar, dan means of communication bila Ayah berjalan kat luar, masa Ummi pergi opis.

 
Rental per day Y250 = RM10. Minit call domestic je, international tak bole, dekat2 RM3 kot seminit. Ditakdirkan, kredit kad Ayah tak recognized pulak bila swipe, grrr. Mula- mula nak salahkan Bank Rimau tu dah (tapi bila test masa nak beli tiket train, boleh pulak haha), so terpaksa la tenyeh kad Ummi.

Days before coming, Ayah terpikir maybe kitorang patut hantar baggage delivery ke hotel, bila tengok beg2 besar dan berat2. Nanti risau nak bersesak dalam train (which turns out to be true later on masa dari Yokohama station ke Sakuragicho station). So, lepas settle rental phone, terus guna syarikat yang sama (rezeki ko la JAL ABC dua2 dapat), deliver 2 beg, rabak lah Y33++ yen. Jadilah, same day delivery, dia kata around 4 - 8 pm akan sampai di hotel. Kat Malaysia ada ke khidmat hantar baggage ke hotel ni ye? Agaknya sebab kita pakai teksi, so tak payah kan? Sementara itu, dapatlah guna Wi-fi airport untuk update pada family yang kitorang dah selamat sampai.

Lepas ni, cerita dari Narita nak ke Yokohama pulok.

Tuesday, September 11, 2012

in and out of Cyberjaya with public transport


Rarely, when the car breaks down, Ayah had no choice but to take public transport to office.

To Cyberjaya:

  1. Either take the Komuter , or bus to the Kuala Lumpur station, after KL Sentral. *Ayah accidentally bought the ticket to KL Sentral, thinking that Kuala Lumpur station is before KL Sentral (lama tak naik komuter dah), but the fare is actually the same, i.e. RM2.10. Plus, at the Kuala Lumpur station pun, nobody was there to check the ticket. The machine was faulty that day, the attendant left a big dustbin written “Buang Tiket Di Sini” (Throw The Ticket Here).
  2. When you alighted from the Komuter, find a signage that points you towards Pasar Seni. Walk towards Pasar Seni, across the bridge. *Be careful, if you use the wrong exit, you will take more time to walk around the big station to get to the other side. Years ago, there was no signage, Ayah and friends were walking around and around to find the correct exit haha.  
  3. Walk about 800m along the Jalan Tun Tan Cheng Lock, (towards the Maybank building), all the way till you can see the big Mydin supermarket. You’ll see buses in front of Mydin. *The waiting place used to be beside the river, but after the renovation, they move it further away. No choice I guess, since there are lots of buses going by in the city center. 
  4. Don’t wait there, walk around to the other side of Mydin. *Lucky Ayah asked a bus driver instead of waiting there. Saved my time. RapidKL should do something about this, no proper signage indicating that there are still another bus stops BEHIND of Mydin. 
  5. Take E1 bus to Putrajaya Sentral. *The ride may take between 30min- 1 hour, depends on the traffic.  
  6. Take U429 to Cyberjaya.

*Or if you’re in a rush or wants to spend more money, you can always skip Step 2 to 5 by taking KLIA Transit to Putrajaya Sentral. Damage? RM9.50.
**Another alternative is, take LRT from KL Sentral towards Bandar Tasik Selatan and take KLIA Transit to Putrajaya Sentral. Damage? RM3 + 5.30 = RM8.30

From Cyberjaya:

  1. Take U429 to Putrajaya Sentral. RM1.90. *Or ask any kind soul from your office to drop you off, this may saves you up to 30 minutes of waiting time! 
  2. Take U43 to Bandar Utama, mention to the driver that you’ll stop at Western Digital.  
  3. When you notice that the bus is going over the huge famous LDP flyover, which KL-ites are fond of calling “Penang bridge”, press the button to alight. 
  4. After alighting, just walk along the road back towards the huge flyover. *Ayah noticed that now there are metal fences built on the road side. Excellent effort to protect the pedestrians from snatch thieves or the speeding cars! If you are at the right time, you will have hundreds of factories worker, mostly females, walking with you along the road after they finished their shifts. 
  5. Cross carefully the weird crooked intersection under the “Penang bridge”, and voila! The Setia Jaya Komuter station awaits you!
*Step 2 is much faster, than taking the E1 bus all the way towards KL.

If you are regular, there’s always DTS for you. The Dedicated Transportation System, designed especially for Cyberjaya. It costs around RM200-250 for monthly passes. There are weekly passes too. *Ayah did contemplate taking this before, but the pick-up points being Plaza Masalam or Summit USJ are quite inconvenience though (need to pay parking, oil to get there, jams, etc.) Sorry nature, I’m still driving to work :)=

Sunday, September 9, 2012

adi dan anas

Adi – Payah nak makan. Hulur la apa, payah nak masuk.
Anas – Senang makan. Hulur je, semua masuk.

Adi – Senang makan ubat. Pernah sampai nangis sebab nak makan lagi.
Anas – Payah makan ubat. Selalu berperang bila nak paksa makan.

Adi – Suka pakai kopiah. Pantang nampak kopiah, nak pakai.
Anas – Payah nak lekat topi atas kepala. Panas kot sebab cepat berpeluh.

Adi – Senang senyum. Senyum simpul pulak tu. Memang cair nenek2 tengok.
Anas – Muka saya sangat serius dan macho. Senyum pun lepas kena agah lama2.

Adi – Pandai pilih baju. Nak pakai baju biasa hari- hari je. Baju melayu dan baju kemeja kena ugut.
Anas – Boleh je pakai baju apa2. Eh tapi maybe sebab tak pandai pilih lagi kot hahaha.

Adi – Suka berkepit dengan Opah. Dengan Atuk payah sikit (tapi lately dah ok dah)
Anas – Suka benor kat Atuk. Dari jauh lagi melambai.

Adi – Lasak tu lasak jugak, tapi hati sensitif, kaler pink, ada taman bunga.
Anas – Nampak gaya macam lasak banyak ni. Jangan besar esok- esok buli abang awak, udah le haha.

Hmm lagi apa eh. Ummi, kalau ada tertinggal lagi, sambung la ye.

Disclaimer: Hehe tak elok banding- bandingkan anak, macam drama Melayu adegan mak membebel kau-tengok-abang-kau-berjaya-ko-duduk-rumah-apa-buat, tapi sebab anak2 tak faham lagi, pastu bukan pandai bukak site ni pungg, so takpe kot hahaha…


Sunday, August 26, 2012

Happy Birthday Adi

On 27th August 2009, i gave birth to a boy and we named him Syed Adi Hatmi.

3 years has passed, Adi has grown up & has became a big brother.

Happy 3rd Birthday my beloved Adi. Ayah, Ummi & Anas love you so much.

May Allah bless you & may you grow up to be a pious muslim.