Pages

Tuesday, September 13, 2011

adi dengan 5 sen

Tak sangka one day ayah dgn ummi kena jugak berhadapan dengan situasi macam ni.

Alkisahnya, dah tertulis dah berpuluh ribu tahun dulu dalam takdir. Malam tu, lepas Isyak, Ayah dengan Ummi dok tengok tv la. Sambil Ayah dok prepare dokumen2 untuk bil IWK dengan MP*J. Adi pulak dok tengok Upin dan Ip*n kat Tab. Sambil tu dok ke sana sini.

Nampak dah ada syiling 5 sen kat tangan dia. Tapi selalu dia baling- baling je. Alih- alih nampak mulut dia tengah kemam benda. Cuba korek, memang susah la sebab Adi suka ketap gigi bila nak korek benda dari mulut.Ummi pernah sampai bengkak kena gigit. Ummi tak dapat keluarkan, Ayah pulak try. Ayah nampak la, macam syiling. Tengah dok suruh Adi kehek tu (eh ada ke perkataan kehek dalam BM? Loghat Kelate :P), sebab Ayah terdongakkan kepala Adi tu, sedar- sedar syiling tu dah takde.

Adi nampak macam ada benda tersangkut kat tekak. Ayah dah panic dah masa tu. Ummi pun. Ummi cuba suakan cereal (yang dah bancuh sebab Ummi nak makan), tapi Adi tak nak. Lepas tu Ummi cuba la tepuk- tepuk belakang, tak keluar jugak duit tu.

Masa tu memang panic abis la Ayah dengan Ummi. Bergegas bersiap nak gi hospital. Adi pulak yang tadi nangis- nangis, eh dah ok dah gelak- gelak dalam kereta dengan Ayah sambil tunggu Ummi.

Pergi wad emergency, jumpa doctor, doctor kata, kena x-ray la untuk confirmkan. Tunggu la radiographer tu datang dari on-call. Ayah balik rumah jap, amik pampers sebab Adi pulak dah berak, standard bila dah naik keta, mesti berak.

Sampai rumah, Ummi dah telepon, cakap radiographer dah sampai. Cepat jugak eh. Ummi kata, kalau sempat Ayah datang hospital balik, Ayah la masuk bilik x-ray tu. Kalau tak, Adi masuk sorang la dengan nurse- nurse tu. Ummi x bole masuk kan, sebab pregnant. Ingatkan Adi meronta, rupanya Adi dah tidur. Senang sikit kerja.

Sampai je depan hospital balik, Ummi dah sms. Dah x-ray pun. Confirm dah syiling. Tapi doctor kata 10 sen, bukan 5 sen. Pelik kejap, mana Adi dapat 10 sen? Sebab Ayah rasa memang 5 sen yang Ayah nampak.

Doctor decide, kena admit daa. Sebabnya, coin tu kat tekak, so kena monitor, masuk saluran pernafasan ke saluran makanan. Admit la malam tu. Ayah balik rumah sekali packing semua. Ummi sms all the grandparents bagitau, sebab dah tengah malam dah pun. Dekat pukul 2 lebih jugak la, baru kitorang selesai dan bole tido di wad sekeluarga.

Pagi esoknya tu, x-ray sekali lagi. Alhamdulillah dah masuk perut. Jadi, boleh la tunggu berak je. Ingatkan dah bole discharge la balik rumah kan, tapi belum dapat kata putus dari doktor lagi. Doktor kata, biasa 4-5 hari, takpun 10 hari, berak keluar la. Mungkin jugak kena monitor bila dah masuk usus besar usus kecil tu.

So,Ummi tunggu la dekat wad tu dengan Adi. Ayah tak jadi amik half-day sebab Ummi dapat cuti full day. Boleh la Ayah simpan cuti untuk adik Adi nak keluar hujung tahun ni. Kesian pulak eh lambat keluar wad. Bukan sebab sayang duit pun (P*tronas cover semua expenses), tapi penat, ya lah duduk wad bukan macam duduk rumah sendiri. Adi pulak lasak, lari sana lari sini.

By petang tu, dah berak dah. Alhamdulillah. Keluar la syilingnya. 5 sen, bukan 10 sen. Agaknya doktor kat emergency room tu, compare dengan x-ray yang enlarged kot. Bole la balik rumah. Dapat la 2 keping x-ray dengan 5 sen tu buat kenang-kenangan. Dah bertukar colour pun 5 sen tu. Hihi mengucap panjang Mok bila tengok gambar X-ray tu masa datang kenduri sedara hari tu.

Rupa- rupanya bukan pelik pun budak2 tertelan syiling ni. Berlambak- lambak artikel di Internet. Even doktor pakar pun kata, syiling ni ok lagi sebab bulat, ada budak pernah telan kuda mainan (agaknya kuda askar yang kecik- kecik tu kot). Tu lagi bahaya sebab bersegi- segi.

Apapun, Alhamdulillah, lega la satu episod dalam kehidupan kami. Memang pengalaman. Sekarang ni, dalam kereta ada tabung, dalam stor ada tabung, dalam bilik bawah ada tabung. Semua nak ngelak duit syiling merta- rata lagi.

Bole la cerita bila Adi dengan adik- adik Adi dah besar nanti :)=

Sunday, August 7, 2011

adi dan spageti 2 tahun

2 hari lepas 6 ramadhan. Genap la Adi 2 tahun ikut bulan Islam. Kalau bulan omputeh, 27 Ogos ni.

So, bercadang la ummi ayah nak menghantar makanan ke surau, bersedekah sempena Adi genap 2 tahun ni. Plan asal, nak masak, tapi x bole nak kecap lak, karang termasin ke termasam, susah jugak. So, plan B, beli je.

Tapi, nak beli apa? Asalnya nak beli Nasi Ayam Kota Dam*nsara restoran yang baru bukak tu kat simpang. Tapi bila ayah gi usha bilangan orang bukak puasa, waiceh macam ramai sangat la pulak, takut tak cukup. Ayah assume je bilangan peserta acara solat Maghrib tu, semua bukak puasa di surau, so ada la 20 – 30 orang. Pehh…

Tukar plan, tak jadi la nasi ayam. Beli something yang banyak and boleh kongsi pakat- pakat rasa. Beli kuih la, kuih talam ke. Dah ambik pun nombor akak yang jual agar- agar kat pasar Ramadan tu, tapi bila hello, tak angkat pulak.

Tak bole jadi ni. Esok dah Sabtu.

Last- last balik ke plan asal, iaitu memasak. Memikirkan tak boleh nak mengecap sebab ayah dan ummi dua- dua puasa, ayah decided nak masak benda yang paling kurang kebarangkalian tak jadi. Memperkenalkan Chef Rizal (eh ke apa nama anak Chef Wan tu?). Masak spageti je sonang, macam dalam iklan tu, rebus spageti, panaskan kuah, setel.

Sabtu tu, lepas Zuhur ayah gi T*sco beli, lepas Asar dah bole masak. Ingat nak masak 3 bungkus spageti, tapi bila tengok dah rebus 1 bungkus, ni pun dah penuh satu tupperware, erm cukup la.

Ummi tolong potong- potong semua, pastu ayah goreng ground beef dengan bawang sikit, pastu masuk sos spageti 2 botol, pastu masuk tomato biji. Setel.

Dekat- dekat maghrib, letak dalam tupperware (apsal la auto typing ni sibuk nak capital kan T tupperware ni, ish..), bawak gi surau.

Di surau, tengok macam tak ramai orang je hari ni. Sorang abang ni dengan anak dia 2 orang. Katanya, weekend ni ramai balik kampung kot. Abang tak balik kampung? Mak ayah dua- dua dah takde dah. Ooo… Kampung orang rumah? Kg. Melayu Subang. Oh, dekat sangat pulak ye.

Then, sorang- sorang datang hantar makanan. Ah sudah, makanan punya banyak ni, orangnya tak sampai 10 pun. Tapi, elok- elok je nak azan, datang lagi ramai. Total, ada la 10+ orang bukak puasa di surau.

Laku ke tak spageti ayah? Laku jugak, ada la 2 3 orang makan bukak puasa. Siap ada yang komen, wah siapa bawak spageti ni, cita rasa itali ni. Ayah senyap je tak ngaku. Hehe.

Ingatkan yang mana tak laku, bawak balik rumah la kan. Rupa- rupanya masa terawih, masa ayah nak pegi amik bekas, tengok- tengok budak- budak tengah melantak spageti ramai- ramai. Menu- menu lain macam mee goreng, meehun, tak habis lagi, Tupperware spageti dah licin dah.

Alhamdulillah, lega ramai orang bole makan. Jadi la, buat niat nak raikan hari lahir Adi kan. Insya Allah 27hb ni, besar- besaran sikit la, opah atuk nye nak buat kat rumah sana. Ayah ummi ok je hehe.

Wednesday, July 13, 2011

Ayah Adi dengan fire drill

Pagi tadi Ucu Adi pegi keje pukul 8. Ayah sambung tido dgn Adi, sampai pukul 8.30, Adi yang kejutkan Ayah. Bangun, tukar pampers Adi, dah bocor pun! Alhamdulillah kencing je, tapi memang berat la pampers tu dgn air.

Pastu biar dia main henset Ayah jap sambil Ayah mandi, then bagi dia abiskan kentang smalam dgn nugget, pastu hantar gi nursery, terus pegi keje.

Sampai opis dlm 9.40, pegi breakfast dulu kat old town. Meal biasa la, nasi lemak + teh ais + roti bakar = RM5.40. Not bad la kan? Sekali sekala. Naik ke opis, dah pukul 10, baru je nak masuk building, dah ada bunyi loceng kebakaran. Eh, la hari ni fire drill rupanya.

Masuk opis dulu, tag dulu, biar ada rekod pegi keje (alibi kalau ada apa2 jenayah ke, bukan bole kata Malaysia ni), pastu tak duduk pun, terus turun.

Haha ok tu je.

p.s. Adi sekarang dah dapat kosa kata baru, selain "Ya Allah". "La ilaha illallah." Alhamdulillah. Agaknya sebab 2 kali dah tertidur dalam tahlil kot hehe.

Monday, June 20, 2011

Adi tak suka dipaksa agaknya

Adi’s new habit is definitely soothing to our hearts (and make him look more adorable too), that is wearing kopiah. Kalau kita nak cabut ataupun terjatuh dari kepala, marah tu. Unless kalau dia sendiri yang cabut. Tapi, memang sejuk hati la (sejuk perut Ummi ke? Ntah la sebab ada adik Adi dalam perut, kesian pulak kalau sejuk) tengok anak suka pakai kopiah tanpa dipaksa. Macam dulu, kena paksa pakai, tak mahu pulak. Tapi bila tak dipaksa, sendiri nak pakai.

Which leads us to next conclusion: Adi tak suka dipaksa. Contoh kedua ialah, sekarang Adi dah pandai dah cium pipi Ummi dengan Ayah. Bila tunjuk jari kat pipi, pastu cakap, “Adi, kiss Adi, kiss?” Maka, Adi pun melekapkan la dahi, pipi, atau mulut dia ke pipi yang ditunjukkan tu. Tapi, bila Ummi nak demo kat Opah Atuk, tak menjadi pulak.

Sekarang pulak, sejak Ummi dah pulangkan laptop satu lagi, dah kurang dah tengok Upin Ipin sebelum tidur. Bagus jugak, sebab nak suruh Adi cepat tidur sikit. So, apa Ayah buat ialah main ‘game’ kat phone dengan Adi, sampai either one of us tertidur dulu. Idea ni, dapat masa pegi Penang hari tu, senang je Adi tertidur masa tengok Ayah main ‘game’. Tapi, tengok lah, kadang- kadang Ayah yang tidur dulu, sedar- sedar pukul berapa pagi, tergagau cari phone kat mana.

Adi pun dah pandai takbir dan berdiri qiam. Selalunya dia mula bentang sejadah, berpuluh- puluh kali sampai la dia puas hati sejadah tu terbentang perfect (anak aku ni perfectionist ke? Hmm…) Pastu dia pun angkat la takbir dan letak tangan kat pinggang. Tak tau la sama ada dia belajar dari tengok Ayah dengan Ummi semayang, ataupun tengok Upin Ipin semayang ‘tawareh’, yang penting dah berjinak- jinak dengan tikar sejadah.

Sekarang ni dah makin independent. Makan, nak suap sendiri, nak pegang sendiri lauk tu. Nak mintak air pun dah pandai pergi dapur kat tempat botol air tu, lepas tu jerit- jerit. Dah pandai makan cereal (tanpa susu) sendiri depan TV (taktik mudah untuk Ummi dengan Ayah masak kat dapur). V*tagen dah lama dah pegang sendiri. Gelas air pun nak pegang sendiri, tapi jangan harap la, sebab Ayah Ummi tak bagi takut tumpah hehe. Agaknya, penyesuaian untuk dapat adik November ni kot?

Sedar tak sedar, dah nak masuk 2 tahun anak Ayah ni. Lajunya masa berlalu.

Thursday, May 12, 2011

Adi dan doodle board

Alkisahnya, Adi pernah le ada doodle board..beli yg cap ayam je…tapi sebab asyik baling sana baling sini (Adi’s new habit…lagi demotivated le Ayah nak tukar henset mahal sikit), doodle board cap ayam tu pecah retak… risau jugak takut magnet dengan serbuk besi dia terkeluar, karang Adi gigit pulak…alhamdulillah masa pecah tu, Ayah ada sekali…cepat- cepat buang sambil diiringi tangisan Adi hehe…

So, hari tu sambil beli barang dapur, cari jugak le doodle board baru…tak berani dah ni beli cap ayam…biar le mahal sikit, asal selamat…tengok2 ada 2 brand…satu T*sc* nye brand, satu lagi F*sh*r Pr*ce… harga bihkurang je, RM20+, tapi T*sc* nye tu lagi besor, ada la bihkurang saiz A4… dok belek2, last2 amik F*sh* Pr*c* le…

*Bukan gambar sebenar*

Pastu, pegi le membayornye… bila tengok resit, eh ni lagi mahal ni…dalam hati ada gak terpikir, alah beza berapa RM je, tu pun nak berkira…tapi bila pikir balik, ntah berapa ramai lagi mak bapak akan terbeli harga yang sama, Ayah pegi jugak komplen kat customer service…

Kat customer service, kena tunggu turn plak, pastu bila dah dapat turn, sales rep tu kena ambik barang tu dengan resit pastu gi tengok kat aisle tu, betul ke tak harga lagi murah… kena tunggu lagi…

Bila datang balik, sales rep tu kata, memang terlebih caj… terlebih RM9… pastu dia dok godek2 taip kat cash register, dengan calculator lagi, then dia suruh sign resit refund…dapat la balik RM17! .. Ohh baru Ayah tau, kalau ter-overcharge customer, dia akan refund balik 2x ganda perbezaan harga… Wah untung nih! Kena selalu check resit la lepas ni…

Tapi, bila pikir balik, entah berapa banyak dah customer2 yg x check harga, main bayor je… mungkin lagi sikit dari yang sanggup amik masa pegi komplen kat customer service kot…

Murah rezki, dapat doodle board, lepas tu extra RM18… Adi pun dapat la menyonteng2…belum pandai tulis apa2 significant lagi, cuma conteng2 je, lepas tu padam…pandai tu tarik pemadam untuk padam board… jadi la…

Apapun, doodle pro ni nampak tahan lama sikit…banyak kali dah kena baling… untung2 boleh tahan sampai adik Adi pulak, lagi bagus… Wassalam.

Monday, May 2, 2011

Adi dengan harness

Hehe ni latest accessory untuk Adi…yang sebenornye, lately, since Ummi kadang- kadang balik lepas Maghrib, Ayah ambik Adi di taska and selalu tak dapat gi semayang kat surau… so, sambil- sambil saja nak expose Adi kat environment surau, Ayah teringin le nak bawak Adi semayang sekali kan…

So, one fine night, Ayah pun amik Adi di taska dan pergi la semayang di surau…Letak Adi kat tepi, Adi nampak macam ok je berdiri tepi Ayah…mata Adi dok ralit tengok budak- budak main di surau masa orang2 lain tengah semayang… Masuk rakaat kedua, dah makin jauh dari Ayah…Pastu masuk rakaat last, tak tau pegi mana dah… Nampak macam ada budak lain kat tengah- tengah saf mencari orang…masuk tahiyat, dah dengar Adi menangis…tak jumpa Ayah kat mana la tu…

Pastu, mula jalan keluar surau, gi ke beranda surau…depan tu dah le jalan raya… Alhamdulillah la, ada orang tu pergi halang Adi dari pergi lagi jauh ke jalan… Ayah abis semayang, terus gi amik Adi…Adi, Adi…Ayah kat tiang lain, cari kat tiang lain…memang tak jumpa le…

Kalau pergi kenduri pun, macam tu jugak…konfiden je dia jalan..once in a while, dia cari la kita, nak make sure kita ada dekat- dekat…bila tak jumpa, baru gelabah… Kat shopping mall hari tu, ada pulak budak hilang, menangis kat information counter… pastu nampak ada pompuan menjerit nama anak kat information counter tu..ingat mak menjerit happy la jumpa anak..rupanya bukan anak dia… tak pasal ada 2 kes, lain- lain pulak…sorang anak hilang mak…sorang mak hilang anak… drama jap kat information counter tu… hei macam- macam… tak tau la nak kata apa, kita tak kena lagi, kan..harap- harapnya tak kena langsung lah..

Jadi, ni yang beli harness tu…dia actually backpack kecik, pastu ada tali… so, nanti budak pakai backpack tu, kita pegang le tali dia…kat Malaysia rasanya belum meluas lagi kot penggunaan dia (ke Ayah je jarang nampak?)… memang ada orang2 yg against pun (konon nampak macam haiwan peliharaan la, tak bebas untuk anak la, etcetc)… tapi Ayah pun beli ni untuk solat je kot… selain dari tu, agaknya tak pakai la… lantok la apa oghang nak kata…sling tu pun orang kata macam bibik, tapi ramai je yang pakai sekarang…

Ni pun, tak tau jadi ke tak… buatnya Adi rebel tak nak pakai harness ni…maka, termasuk la dalam accessory Adi yang tak terpakai…contoh terbaik, katil baby tu le, hahaha… alhamdulillah tak beli mahal2 macam IK*A yg beratus- ratus tu ke, last2 tidur bergayut dengan Ummi jugak… berlipat je kat rumah Opah…

Tapi, in a way, takpe pun, kalau tak terpakai, sebab boleh simpan untuk adik Adi… Takpe, kita try dulu tengok Adi nak pakai ke tak harness ni…

Sunday, April 17, 2011

Adi nak dapat adik baru!

*Hmm nampaknya kadar kemas kini blog ini sudah bertukar menjadi hampir- hampir sebulan sekali khakha…

Anyway, it’s pretty much the same life for 3 of us…or is it? The great news is that we will have an addition to the house insya Allah!

Dalam takde plan pun, dapat lagi sorang. Ummi dah risau period tak datang agak beberapa hari. Bila check dengan pregnancy kit, negative. Bila pergi jumpa doktor, doktor kata mengandung 8 minggu daa… (Hmm, pregnancy kit tu bukan 99% betul ke? Nampaknya tidak lagi..)

Jantina belum diketahui lagi. Baru berapa minggu je pun. Tak kisah la laki ke, pompuan ke, janji sihat dan selamat. Kalau ikut calendar Cina purba tu, pompuan. Ok gak sepasang. Kalau laki pun takpe.

Alhamdulillah. So, Adi kena behave la ye, nak dapat adik ni. Tak boleh sukati landing2 atas perut Ummi lagi dah, guna je perut Ayah, bouncy jugak kihkih…

Other than that, our morning routine changed a bit now. Selepas trial period oleh Ayah menaiki komuter di pagi hari ke KL semasa kursus di KL, Ummi memilih untuk tidak lagi menempuh jem di pagi hari. Kini, Ummi start naik komuter balik pegi opis, macam masa kat Klang dulu. Tapi, ni lagi dekat. B*tu Tiga je. 50 min dah sampai opis. Lagi cepat dari naik keta, jimat tol, jimat minyak, ngantuk pun takpe.

Jadi, rutin di pagi hari, ialah, Ayah dengan Ummi bersiap pegi hantar Adi, then drop Ummi kat komuter, then Ayah balik rumah bersiap balik. Petang- petang pun sama, Ayah ambik Adi, then pergi amik Ummi kat komuter.

So far, so good. Naik lepas rush hour, jadi tak la seteruk masa naik di Klang dulu. Kalau ada occasions where Ayah balik lewat ke, Ummi boleh je amik teksi, ataupun kalau dah tau awal2, parking je kereta kat stesen tu. Kunci2, lepas tu tawakkal le, baca apa2 yang patut kan.

Dah le tahun depan, Ummi maybe transfer ke KLCC. By that time, harap- harapnya Komuter dah improve. Gomen kata, 2012 ada 30+ train nak sampai. Untung2 lagi, LRT ext*nsion yang sampai ke P*tra Heights dah siap, bole la ada pilihan nak naik yang tu kan.

Adi pulak, dah mula banyak minum botol dah. Jadi la, setahun setengah jugak susu badan. Sekarang pun susu badan lagi, cuma lagi banyak susu botol dah. Ayah beli D*gro yang perisa madu tu je, sebab Adi pernah minum kat rumah jiran yang tu. Sekali Ayah tukar flavor coklat, macam cirit pulak Adi. Wallahu a’lam.

Lepas tu, malam- malam susah nak tidur, asyik nak main je. Ayah dengan Ummi yang ended up tidur dulu. Adi tengok kartun Upin Ipin, then baru tidur. Which reminds me, Ayah kena download lagi Upin Ipin tu kat Y*utube. Takpe, tak sempat kat opis, download kat rumah je. D*GI broadband tu, tak abis- abis pun kuota, bayar sesaja je tiap- tiap bulan.

Ok lah, tu je dulu.