Pages

Wednesday, May 23, 2012

global positioning system

It will be a long week starting today. The final of the final release. Tak bole anjak completion date, so kena la kerja ekstra jam sehari. Hari tu, iye iye la, cakap nak mitigation kalau kerja banyak. Last- last kena stay up jugak, cehhh…

Enough about work. Anas dah ada gaya- gaya nak merangkak. Sudah rajin angkat punggung dan bengkokkan lutut. Kalau dapat merangkak before pegi Jepun, best jugak ni. Makan pun dah start solid. Dan dah mula independent dah. Boleh tinggal kejap nak buang air ke nak masak ke. Ayah nak ambik awal2 pun dah tak risau dah.



Adi pulak manja kemain la sekarang, especially dengan ummi nya. Dengan opah, tak payah cerita lah. Tantrum pun boleh tahan. Kadang- kadang kesian bila tengok dia takut- takut kalau ayah nak pegi marah, tapi kalau tak marah, dia tak nak berhenti. Pandai pulak tu merajuk kalau lepas kena marah. Ayah sekarang dah kurangkan pukul badan dah, banyak pukul meja dengan benda- benda sekitar. Sakit tangan la, tapi kena buat sebagai tanda marah.

Bercakap baru sepatah dua, yang simple- simple. Nak, tu, adui, ni, etc. Tapi ada sekali tu naik kereta dengan ayah, Adi cakap, ana ita nak edi ni. Bila ayah dengar je, terus dapat tangkap, mana kita nak pegi ni. Insya Allah ok la tu.

Quite a while ayah tak beli gadget (erm tapi kalau mp3 cd player yang ummi beli tu dikira gajet, tak lama sangat la hehe), hari tu dapat duit lebih tax refund, terus angkat GPS satu. Sebenarnya dari dulu lagi, ayah tak berapa rasa penting sangat GPS ni. Sebab bole google maps je atau wikimapia. Bila dah manual macam tu, yang actually akan ajar kita jalan yang betul, yang akan buat kita mahir dengan kawasan tu. Kalau tak, dependent sangat kat GPS.

Tapi beli jugak, sebab pertama, boleh guna kat Jepun nanti. Bukan ada internet kat tangan selalu nak check peta. Ayah beli Garmin nuvi 1350, lepas tu bayar extra kat pekedai tu, suruh letak maps Jepun (bole download free je, tapi sebab tak sure berapa accurate yang free berbanding yang berbayar, alah berapa RM je pun). So far, berguna jugak la. Ayah check kat internet, ramai yang kata OK. Harga memang cepat turun eh, 2010 RM8xx, sekarang ni 2012 dah RM4xx dah. Nasib barang- barang gadget ni cepat turun harga.


"Turn left to Persiaran T.E.N.G.K.U Em Puen" haha.

One thing bagusnya, tak payah google kat mana bank terdekat atau station minyak terdekat dah lepas ni. Tak tau pun selama ni, Bank Islam yang paling dekat, ialah kat Seksyen 18. Kalau tak, asyik pergi Seksyen 14 je. Dah la parking tak banyak situ.

Hehe lepas tu sempena cutinya semalam, terus Ayah dengan Ummi test drive pegi IKEA. Buat kali pertamanya, berjaya balik tanpa sesat haha. Tapi, bukan selalu pergi pun, setahun sekali je kot. Kalau sesat, pernah sampai ke Sungai Buloh. Kadang- kadang terlajak tersilap masuk lorong. Ni ada GPS, boleh la tengok lane mana betul- betul.

Eh ok la, cerita pasal GPS pulak dah.

adi dan surau

First time dulu, beberapa bulan dulu, rasanya masa Anas belum lahir lagi, ayah try bawak Adi pegi surau. Solat maghrib, ummi tak balik lagi. Mula2 Adi dok diam je duduk setempat tepi ayah. Then masa ayah sujud, dia mula bergerak. Pegi main peti safebox kat 2 3 saf kat belakang. Ayah solat pun tak berapa nak khusyuk dah sebab dok curi- curi intai. Harap solat terima dengan sebab jemaah je lah. Lepas dah puas main tombol safebox tu, Adi datang balik tapi agaknya dia tak ingat kat mana satu tiang, dia jalan cari- cari tak jumpa, lepas tu mula nangis. Lepas tu, dia mula jalan ke arah keluar pintu surau. Ayah pulak masbuq, so tak habis lagi solat. Cuak masa tu.

Alhamdulillah la yang dah habis solat tu perasan ada budak nangis, lepas tu nak jalan keluar pintu surau. Dia sempat take hold Adi, pastu ayah pun ngam2 habis solat. Lepas tu, memang lama la tak bawak gi surau.

Until recently. Ayah saje test bawak sekali lagi. This time, duduk setempat jugak la kat tiang tu. Sampai ayah habih solat. Lega sikit. Then sempat la 3 4 kali jugak ayah bawak pegi solat. Sehinggalah last sekali, Adi dah start lari2 keliling saf dah. Masa tu memang ayah rasa bersalah la. Takut solat orang lain terganggu. Ye lah, tak semua orang tolerate budak datang surau. Ayah dulu, masa remaja pun, tak suka jugak budak2 lari2 dalam saf.

So, pikir-pikir balik, Ayah stops la dulu bawak Adi pergi surau. Mula-mula Ayah pikir, biarlah solat ayah tak  dapat jemaah, daripada rosakkan solat orang- orang lain. Then, terpikir balik, back then pun, ayah selalu je semayang dulu, then baru amik Adi. Cumanya, kena caj la overtime RM4 sejam. Takpe lah, setakat RM4 tu, apa lah sangat banding dengan solat. Ayah selalu bayan dan cakap masa keluar, macam mana kita selalu undervalue nilai akhirat berbanding nilai dunia. Takkan ayah sendiri tak bole praktis? Nak sampai tahap dua rakaat sebelum subuh lebih bernilai daripada dunia dan seisinya, ataupun dua rakaat selepas solat fardhu lebih baik daripada RM20000 (betul ke, lupa lak dalam Fadhail Amal, berapa RM bersamaan berapa uqiyyah perak).

Lagipun, so far, overtime Anas dgn Adi takde lah banyak sangat. Still manageable. Dan Adi pun dah nak masuk 3 tahun, masa tu nanti caj taska lagi turun.

Chak! Nama saya Anas.


Insya Allah, kalau kita betul2 nak, ada jalannya. Bunyi macam maher zain pulak. Ok wassalam.

Sunday, April 22, 2012

monday blues

Hari ni isnin yang agak slow. The last sub-project of the financial year baru habis, so sekarang ni tengah menunggu bermulanya testing activities terakhir untuk financial year nih. Monday blues, mood weekend masih ada. Ramai orang tak masuk opis, atau masuk lewat. MC, EL, dan sebagainya. Pace memang slow sikit untuk isnin. By esok, baru start pikap.

Huh last Monday mula2 ingat was just another mundane Monday la, tapi tidak seperti yang dijangkakan. Opis ayah ada manager telah dismissed, or in a popular term, fired. The company’s side of the story, dia tak perform after given 2nd and 3rd chance. The manager’s side of the story, dia disisihkan sebab warna kulit / bangsa. Wallahu a’lam siapa yang betul.

Cerita2 disisihkan sebab warna kulit ni, bukan cerita baru untuk ayah. Ayah spent more than 3 years working in Penang, selalu dengar cerita macam ni. Betul ke tidak, wallahu a’lam. It could be not because of the skin / race (maybe dia je yang feel gitu?), maybe upper heads tak sekepala dengan somebody, atau just tak suka the way a guy works. So, one of the often used strategies is giving him objectives that he can hardly met, therefore easier to boot him out.

Anyhoo, ayah tak risau sangat. Ayah just a small fry dalam organization pun. Bukannya decision-makers macam managers. nak kata impact besar pun, takdek la kalau setakat ikan bilis macam ayah ni. Kalau apa2 jadi, tukar company lain.

Apa susah, rezeki Allah yang bagi, bukan majikan. Majikan ni kepala paip je, air yang sebenar datang dari tangki. Kalau kepala paip rosak, tukar kepala paip, air masih datang. Kena jaga hubungan dengan tangki la, tu yang penting.

Ada orang kata, Allah bagi rezeki, tapi kita kena la pergi kerja. Bunyi tak salah, kan? Ulamak yang bahaskan pasal akidah kata, statement di atas amat- amat bahaya. Sebabnya? Sebab kita admit Allah bagi rezeki, then lepas tu kita letakkan “tapi”. Lingually speaking pun, “tapi” atau “but” ni,  fungsinya menafikan atau negates the sentence that comes before the “but”. Ulamak kata, “tapi” ni meragukan, atau lebih teruk lagi, menafikan kemampuan Allah untuk bagi rezeki, nauzubillah, seolah- olah Allah bergantung kepada usaha kita (kena cari kerja) untuk bagi rezeki. Walhal, Allah Maha Berkehendak dan Maha Bebas dari sebarang pergantungan.

So, ayat yang betul, ialah “Kita kena kerja, tapi Allah yang bagi kita rezeki.” Kita ada usaha, tapi kita yang bergantung kepada Allah, bukan sebaliknya.

Hehe cakap pandai, tapi belum kena, belum tau. takpa la, sekurang-kurangnya praktis cakap dulu, tapi doa agar kita tak lah kena uji sampai macam tu. And hopefully IF the time comes, bole buat macam apa yang kita cakap.

Harap anak2 dan Ummi, Allah bagi kefahaman tentang rezeki lebih dari ayah sendiri. Amin.

Friday, March 23, 2012

Adi makin manja, Anas asyik bergayut

Tiduq kroh kroh.
Wah dah 2 bulan x update. Nak buat camana, ayah makin busy lately. Projek due april. Ummi pun busy jugak, kadang2 kena balik lewat.
Anyway, sekarang tengah sibuk mempersiapkan untuk business trip Ummi. Nak pegi negara jauh, macam- macam nak consider. Good thing zaman sekarang semua di ujung jari, taip je kat pakcik google. Zaman dulu macam mana ya? Mesti lagi banyak nak tanya orang.
Adi lately macam makin manja. Malam2 sensitif betul, mudah je moody. Ayah selalu dah jadi garang, ummi pun jadi jugak. Agaknya Adi jealous tengok ummi asyik duduk menyusukan Anas. Anas pulak selalu nak bergayut je. Cabaran.
Takpe la, insya Allah Allah bagi pahala sabar. Tau dah yang x elok marah2 anak, tapi kadang2 tu je yang buat dia diam. Sejak baca Prof Muhaya ke siapa tah kata, yang everytime kita marah anak, satu urat saraf anak mengecut(?), Ayah berazam dari dulu lagi nak kurangkan jerkah anak, tapi selalu terpaksa. Sound sekali dua tak masuk, selalu kena angkat suara baru paham. Penat dari segi emotional lagi pun. Harap2 cepat la Adi boleh bercakap, dan boleh paham kata Ayah dengan Ummi ni.
Adi perform dengan Azizul Khamis di satu kenduri.
Ok la nak sambung kerja.

Sunday, January 15, 2012

Adi dan muntah

Isnin lepas, hari yang macam biasa. Pergi kerja, balik kerja, ambik Adi kat taska, then Ummi ambik Anas.

Ingatkan hari yang biasa. Sehinggalah dalam lepas Isyak macam tu, Adi mula- mula uwekk uwekk muntah. Ok, maybe one time je kot. Bagi minum, takut dehydrate.

Lepas tu, muntah lagi. Tidurkan la, harap- harap dah tak muntah lagi. Tengah- tengah tido tu boleh muntah.

Begitulah beberapa kali, sampai Ayah dan Ummi pun tak berani nak bagi air lagi. Tiap kali muntah nak kena berkejar ke tandas. Baju pun dah berapa kali tukar.

Malam tu, tidur, tak muntah dah. Ok lah ni. Angin je tu. Ingat macam tu la.

Esok pagi, bangun, bagi susu. Tak lama lepas tu, uwekk muntah lagi. Terus la pergi KPJ Seksyen 20 (hospital rasmi keluarga kami hehe sebab beranak, sakit, selalu gi situ). Ummi cuti, Ayah pulak half-day. Doktor bagi ubat, siap letak ubat tahan muntah ikut bontot, kalau by petang, tak recover lagi, kena datang balik.

Anas dah hantar taska siap- siap, so that Ummi boleh tengok Adi betul2. Petang tu, tak recover lagi. Adi pun tak berapa nak makan. Puas Ummi masak macam- macam. Siap bagi coklat, gula- gula, semua tak laku. Ayah balik awal petang tu, terus la ke hospital.

Admitted la 4 malam. Selasa malam masuk. Pagi Sabtu baru keluar. Pehh ni paling lama ni. Dulu, masa kuning pun 3 malam je. Ayah tukang tidur kat hospital, Ummi kena jaga Anas kat rumah. Ucu pun ada tolong datang tido temankan kat rumah.

Kata doktor, food poisoning le. Berak cirit berair, pastu takde selera makan sangat. Tapi alhamdulillah, cepat jugak Adi recover. By siang Rabu, dah start ada selera makan. Tapi, tu lah, Adi ni, sedangkan masa sihat pun, picky eater hehe. Ada hari, nak makan lauk je. Ada hari, nak makan nasi je.

Tapi yang stay sampai 4 malam tu, sebab jarang- jarang berak. Jadi, doktor nak make sure betul- betul dah tak cirit dah. Private lagi pun, kata orang, caj lebih. Doktor sentuh pun dah RM60 minimum. Duduk wad semalam dah berapa ratus. Tapi dah cover under insurance, bior je lah hehe. Bukannya kita bayor, ye dak? Syukur, alhamdulillah.

Tu pun untung duduk dapat bilik single. Senang Ayah nak berlari ke tandas masa cuci berak Adi yang berair, fuhhh... Senang nak tukar pakaian, tak perlu risau Adi menangis kacau orang sebelah.

Akhirnya, pagi Sabtu dah boleh keluar. Ayah pun dah muak dah duduk hospital. Tu sedangkan TV ada tu, buku ada, boleh jalan2 kat luar pun, bosan jugak. Imagine, orang yang kena jail 20- 30 tahun kan. Dengan boleh nampak dinding je. Tekanan emosi tu. Nak lagi jauh, imagine dalam kubur nanti, gelap gelemat, apa pun tak nampak. Bukan 20 30 tahun dah, beratus tahun.

Sempat tu, pergi celebrate (kunun la, padahal Ayah nak test makan satu restoran ni), lunch kat Restoran Layali Hadramaut, betul- betul belakang Summit USJ, kat Ground Floor, bangunan Impian Meridian USJ. Terbaca dalam internet, katanya nasi mandy sini sedap.

Overall, memang OK la makanannya. Nasi pun sedap, kambing pun lembut, lemak kambing tu just nice je ada rasa. Service pun cepat. Kedai nya biasa je, ada meja, ada kerusi, ada TV. Baru bukak ke, sebab ada banner je takde proper signboard kedai. Crowd pun takde, agaknya cater penghuni2 Impian Meridian tu je kot.

Cuma satu je kureng, parking. Parking dah le limited (sebab dalam condo kan), kedai2 makan ni (kedai makan lain) pergi block pulak untuk customer diorang. (Kedai Layali ni tak block pulak). Pastu jalan parkingnya one way pulak. Udah kalau terlajak, nak reverse macam mana? Autopay station pulak kat parking basement, uii kalau malam- malam risau jugak. Next time datang, parking tepi jalan kat luar kondo je lah.

Other than that, harga pun murah for an Arab restaurant. Mandi kambing, mandi ayam, air mineral, jus oren, kopi, total RM35. Tak tau la harga promo ka apa ka. Nasi pun banyak (eh tapi standard kedai Arab memang macam tu), makan 2 orang pun lepas. Boleh la datang lagi next time, tapi parking luar la hehe.

Eh jadi macam foodies nye blog pulak. Ok deh, wassalam.

Wednesday, January 4, 2012

Ummi dan birthday

Hari ni birthday Ummi. Dah masuk 30 tahun dah. Ayah belum lagi, hehe sebab bulan 9.

Everytime birthday Ummi datang je, Ayah tak tau nak beli apa. Nak makan kat mana. Hadiah apa nak bagi.

So, malam tadi gamble je lah. Cari makan kat mana eh. Apa tempat paling mahal nak makan? Kunun kununnya hotel la. Hotel paling dekat dengan rumah, dan paling confirm halal, mana lagi, De Palma le. Seksyen 19 dekat je. Tak sampai 10 min dah bole sampai haha.

Tahukah anda, De Palma Hotel adalah antara satu- satunya (ke memang satu- satunya?) hotel yang ada solat Jumaat? Dan setiap waktu Zuhur, ada kuliah dari ustaz jemputan?

Hehe sempat iklan kejap. So, kitorang pun pergi le, restoran di hotel tu. Noob jugak nih, sebab tak pernah makan di restoran hotel unless memang menginap di situ. Bangkok Restaurant, Thai Cuisine. Hahah pegi hotel pun, makan tomyam jugak last2. Itu la perkara pertama terfikir.

Mula- mula sampai tadi, eh macam takde orang je restoran ni. Tapi bagus jugak, boleh lepas je Adi lari merata. Kena pulak restoran tu bertutup, bukan open area (actually ada open area untuk smokers, tapi kat luar le), lagi la boleh biar je Adi lari- lari haha.

Bila tanya, manager tu cakap, weekdays memang lapang macam ni. Jumaat dengan weekend je yang selalu ramai. Ye lah, hotel dalam bandar kan, kedai makan merata keliling. Yang check-in hotel pun makan luar agaknya.

Emph lepas tu bila nak order, amekaw banyaknya menu sampai overwhelmed. Satu lagi, sebab dia tulis dengan bahasa Siam sekali. Banyak eh nak baca. Last- last order something yang nama grand tapi actually kari kambing (tapi sedap!), lepas tu Ayah pulak layan udang tempura. Untuk Adi, belikan appetizer apa tah yang combo semua, ada wantan, ada udang, ada ayam. Air order banana blended, dengan Nescafe panas.

Birthday mom. (dah 30, nak panggil birthday girl lagi ke hehe)

Sebab udang sampai dulu, kari tak sampai lagi, kering lah pulak nasi Ayah. Adi dok makan appetizer and he’s really enjoying it sampai terbaring- baring makan. Ayah pun order la tomyam. Haha makan restoran Thai, tapi tak order tomyam. Order paling kecik je, nak bagi ada kuah.

Abu Adi dan Adi

Anas pulak tido. Lepas tu, Adi pun tido kekenyangan. Tangan dok pegang wantan lagi tu haha. Senang Ayah dengan Ummi makan. Pastu tangkap- tangkap gambar sikit jadi alibi kat facebook (kalau kena tuduh pape ke pada malam 4 Januari, di mana kamu berada, haha!).

Tidoq kekenyangan, alhamdulillah.

So, in overall, lepas dah melantak- lantak, eh memang sedap la makanan sini. Boleh la masuk checklist tempat2 yang boleh bawak atuk nenek makan. Kari kambing sedap, udang pun breaded nicely, appetizer pun sedap dan approved by Adi. Tomyam, dah order paling kecik pun dapat banyak jugak, sedap. Banana blended pun manis, takde lah rasa gula sangat.

Berbaloilah makan walaupun mahal, tapi takde la mahal mana, sebab kat hotel kan. Semua- semua 120+, M*ybank kad dapat 20% off, tinggal tak sampai 100 je.

Balik lah kami sekeluarga. Hehe tapi dalam keta, ada surprise lagi. Erm taklah surprise mana kot. Ayah beli rak keringkan botol susu kat Modern Mum, Alamanda. Boleh la tolong Ummi keringkan botol susu untuk Anas cepat sikit hehe. Tu pun hadiah tak wrap. Tak sempat, sebab nak rush balik office.

Ok lah, panjang dah ni. Wassalam.


Tuesday, December 27, 2011

Anas dan kenduri akikah

Wah last update 10 november. Banyak benda berlaku sejak tu.

Paling major, ialah kenduri akikah Syed Anas Maliki le hehe. Alhamdulillah, all went well. Kambing 2 ekor sudah tumbang. Terbaik dari ladang Rantau Panjang. Seekor 750 siap dah sembelih lapah, tinggal nak masak je. Kerja masak telah dilakukan dengan jayanya oleh rakan baik Opah, sehingga mendapat pujian ramai yang mengatakan tidak terasa bau kambing dan rasa macam daging bila makan.


Mok dan Atuk KB pun ada turun. Adik- beradik Atuk KB pun ramai datang, almost semua la, termasuk yang dari Sabah, tak sangka. Saudara- mara belah Mok pun ada, yang mana duduk Shah Alam lah.


Adi pulak dah pakai lawa- lawa, elok- elok satu tema coklat dengan semua orang, tapi terbocor masa nak dekat- dekat marhaban pagi tu. Terpaksa la bertukar ke pakaian kurta. Hehe bole la, coklat jugak kan.


Marhaban siap panggil 2 team. Team surau, dengan team masjid. Mujur tak macam Showdown 2011 yang ada battle- battle hahaha!

Khemah bukak 2 je. Tapi ada addition lagi, tambah meja dkat rumah jiran sebelah dengan jiran depan. Dapatlah menampung orang- orang yang ramai. Pagi lagi dah ada makan- makan lepas marhaban. Lepas zuhur, panggil geng surau pulak. Jamu makan nasi, kuih- muih yang disumbangkan oleh jiran- jiran sampai tak cukup meja nak hidang, pastu ada pulak lori cendol stationed situ. Laris jangan tak laris haha. Motor aiskrim pun ada lalu tanpa dijemput, tapi takde orang layan haha.

Kawan- kawan Ayah Ummi ada la datang quite a few. Lewat pun takpe, buat kat rumah bukannya kat dewan. Tapi agaknya nak meredah hujan, dengan yang ada anak kecik2, KL pun dengar cerita jem teruk jugak hari tu. Tak apa lah, insya Allah next time ada akikah lagi untuk adik Anas pulak.

‘Ala kulli hal, sudah abis dan sudah lega. Ummi pun penat cari door gift. Jiran- jiran pun penat rewang. Lepas kenduri, ramai demam. Hujan pun ada turun jugak tengahari tu kejap.

Disember tak dapat dinafikan, bulan yang cuti banyak 3 hari. Dapat la merayap jauh- jauh sikit. Cheras, kenduri kawan Ummi. Ayah memang sangat tak reti area Cheras, dah la takde GPS dalam kereta. Tapi takpe, Google Maps membantu.

Hulu Langat, ada makan- makan sikit family belah Atuk KB. Pergi petang, balik lepas Isyak. Not bad jugak eh, duduk Hulu Langat. Suasana kampong, dusun- dusun pun ada, tapi tak jauh dari KL. Cuma jalan kecik lah sepanjang- panjang kampung. Tak boleh imagine jem macam mana kalau weekdays, unless jadi mat rempit naik moto.

Pastu ada pergi tengok Pakcik Johan dapat anak dah. Dekat je rumahnya kat Subang Jaya. Ni kira batch Anas la ni, sama tahun. Macam jugak si Syed Aidil Adrian, anak Ami Khairul. Hmm, kawan Ayah kat Ampang pun ada dapat anak jugak. Kawan Ummi pun ada. Rezeki- rezeki semuanya heh.

Adi pun dah macam kurang sikit jealousnya dengan Anas. Sekarang, kalau Anas nangis, Adi akan pergi tengok dekat- dekat sengih- sengih. Lepas tu, tak macam dulu, dah tak mintak Ayah/Ummi dukung bila tengok Anas didukung. Insya Allah, harap- harap Adi jadi abang yang baik.

Rutin harian sekarang, Ayah dan Ummi tengah membiasakan diri. Menggunakan prinsip Divide and Conquer haha, Ummi hantar/amik Anas gi taska, Ayah hantar/amik Adi. Pagi- pagi lagi, Ummi drop Anas, Ayah pulak drop Adi bila nak pergi opis. Ok kot. Baru 2 anak, training la ni untuk lagi ramai askar next time macam mana nak handle hehe.

Ok deh tu je, nak sambung kerja. Wassalam.