Pages

Thursday, February 28, 2013

Tulip at Nakamachidai

Ummi has been staying in Yokohama for about 5 months now. However, last Sunday was the first time Ummi visited the Yokohama Jame' Mosque. It really reminds Ummi of the Masjid in Purdue.

That morning, Ummi met up with old friends from high school and went to flea market at Nissan Stadium in Shin-Yokohama. There were lots of cheap stuff (new and used). Ummi managed to get 2 used children story book and Thomas & Friends coloring plastic which kids and color and wipe off. All for JPY1000 only (but you need to have someone who can speak Japanese to help you bargain). This flea market is not open regularly. You'll have to check the website to know the schedule for the month (the website is in Japanese though).


World Cup 2002 was held here


There were some stalls selling food at the market. Thank God there is a stall selling halal food (the owner is Pakistani I guess). After eating, Ummi went to visit a friend's house in Shin-Yokohama for Zuhur prayer. Just like in TV, the house in very simple. After Zuhur, Ummi went to Nakamachidai (Blue Line, Yokohama Municipal Subway) to visit Yokohama Jame' Mosque.

Since Ummi doesn't know how to take the bus to the Mosque, Ummi decided to walk. It was a 20 minute walk from the Subway station to the Mosque. How to get to the Mosque? Ayah wrote about it here.

On the way, Ummi saw these...







 Ada macam gamba Windows desktop tak?



Someone told Ummi that before Spring start, we can see the tulip growing. Seems that Spring is coming.Weehoo.....can't wait to enjoy Cherry Blossom with love ones soon....

p/s: For Ucu Miza who loves Tulip, sorry dear, can't find blue tulip here.

Wednesday, February 13, 2013

Adi ke Pasti

Hari ni dah hari ketiga Adi kat Pasti. Plan Ayah dan Ummi ialah untuk biasakan Adi kat Pasti, supaya satu hari nanti boleh hantar full day kat Pasti.

Hihi kena tutup- tutup pulak.
Lega jugak Pasti dah bukak kat taman kita. Sesi pagi, Pasti. Sesi petang, pra-tahfiz. Lepas berfikir panjang, decided untuk hantar Adi kat taska pagi, petang baru pegi Pasti. Setakat ni, ni arrangement yang paling senang. Tu pun Alhamdulillah Ustazah tu sanggup pegi ambik kat taska. Taska dah tak sediakan dah khidmat transport ni.

Pagi- pagi before gi kerja, Ayah drop Adi kat taska. Dalam 2.30, Ustazah tu datang ambik la. Sesi petang, 2.30 hingga 5.30 je. Cadangnya lepas 5.30 nak suruh Ustazah tu hantar balik taska, sebab takde beza pun dari segi bayaran kat taska, walaupun Adi kat taska sampai 2.30 je (dah la masuk pukul 9). Tapi bila pikir balik, memudahkan ustazah tu, dan nak bagi Adi lama sikit kat Pasti, biar je la Adi kat Pasti sampai Ayah balik ambik lepas kerja. Harap Adi dapat cepat biasakan diri kat Pasti dengan cara ni, lepas ni boleh hantar full day dah.

Bayar la lebih sikit over time, instead of overtime dari pukul 7 kat taska, so sekarang overtime kira dari 5.30 la kat Pasti. Takpe lah. Pra-tahfiz sebulan RM200, jadi sekarang ni total untuk Adi sahaja, RM400 + overtime Pasti. Dulu, RM200 + overtime taska.

Pra-tahfiz kat Pasti, ajar mengaji, hapal doa harian, yang penting sekali, Adi dapat kawan baru dan suasana baru. Penting untuk expose kan Adi dan bagi dia selesa berkawan. Kat Pasti ni lagi satu, umur 4 tahun semua kat tingkat bawah, 5 dengan 6 tahun yang kat tingkat atas, terbalik dari taska, taska 3 tahun ke bawah, semua kat tingkat atas.

Adi before masuk Pasti lagi, dah pick up Alif Ba Ta. Agaknya selalu dengar Ustazah kat taska tu ajar petang- petang. Tapi, still jugak Ayah nak hantar Pasti. Ummi pun sanggup chip in, so takde masalah la. Lain la kalau nak hantar Brainy Bunch ke 6-700 haha.

Thursday, December 20, 2012

PJJ Labuan, PJJ Jepun

Sekembalinya Ayah ke tanah air, bermulalah era kedua Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ). Ayah dah biasa dah dulu, masa baru kahwin, Ayah di Penang, Ummi di Labuan. Sempat jugak la, dekat 2 tahun kot. Adi pun sempat ke sana 3 – 4 bulan haha.

Tapi, kali ni, lain sikit. Anas pun sudah ada. Adi pun sudah besar. Arrangement yang dibuat ialah, Anas duduk di Klang dengan Atuk dan Opah. Adi duduk la dengan Ayah di rumah Pinggiran. Siang pegi taska, balik kerja, Ayah ambik. Malam, makan la apa yang ada. Kadang- kadang keluar makan, kadang- kadang panaskan lauk Opah bagi, kalau rajin Ayah masak apa-apa yang ringkas. Adi pun dah besar, makin independent, Ayah memang takde masalah setakat ni.


Sabtu pagi, balik Klang, jumpa Anas. November Disember ni cuti sekolah, Atuk dengan Opah memang jadual penuh la, Ayah la tolong tengokkan Adi dan Anas kat rumah kalau tak ikut pegi kenduri. Anas pun dah pandai berjalan sekarang. Selalu menyakat Adi. Geram kot abang dia tak kasi mainan. Ahad malam, balik Pinggiran balik.

Malam- malam Skype-ing dengan Ummi. Webcam zaman Labuan dulu pun dah rosak, Ayah beli baru. Canggih webcam sekarang ye, siap boleh ikut muka kita ke mana kita gerak. Motion detector pun ada kalau nak pakai sebagai CCTV. Sambung kat TV, tu dia muka Ummi sebesar TV.


Ummi pun nama duduk jauh, tapi Alhamdulillah boleh balik at least sekali sebulan. Elaun simpan seminggu, dah bole beli tiket.  Airasia la selalunya, senang, dekat dan murah sebab landing di Haneda, 30 minit je dari Yokohama. MAS landing Narita, 1.5 jam dari Yokohama, pastu train dengan bas pun lagi mahal.

Siang hari pun Ummi dengan Ayah selalu keep in contact guna Skype / email / gTalk. Rasa macam tak duduk jauh sangat la. Bak kata Mok, Tok Ayah pegi Jepun masa Ayah kecik- kecik dulu, nak call pun susah nak buat, sekarang senang Internet ada, phone pun boleh.

Phone pun takde la mahal sangat. Digi IDD baru 50sen seminit kot. SMS pun 50 sen satu. Patut lah di Malaysia tak ramai pakai phonecard, IDD telco murah sangat. Kalau kat US / Jepun, memang kena pakai phonecard sebab landline mahal.

Ummi, asalnya sampai hujung tahun je, pastu extend sampai Februari. Latest, extend sampai Mac. Lama jugak la PJJ ni nampaknya. Nak buat camna, kerja kan., bukan boleh resign. Boleh jugak Ummi kumpul duit. Ada rezeki lebih, satu family boleh pergi tengok bunga sakura before Ummi balik. Ada lebih lagi, boleh pergi umrah tahun depan. 


Ok la, nak sambung kerja.

Thursday, November 1, 2012

Sky Tree dan cabaran naik Keikyu line

**Backdated entry

Lepas Maghrib di surau opis Ummi, bergeraklah kami ke SkyTree. Nampak direction macam mudah je, naik Keikyu line ke arah Aoto, 20 stations, turun Oshiage, tu je. Wah senang ni, that's what we thought. 

Sekali kat Yokohama station, Keikyu line yang pergi ke arah Aoto tak datang2. Yang ada train ke destinasi lain. Masuk dua tiga train, dah risau, tanya shopkeeper, shopkeeper kata betul dah train tu. Tunggu punya tunggu, train lain asyik sampai. 

Last2 tanya train officer kat platform tu, dia kata tunggu kejap. Then bila next train sampai, dia suruh naik. Pelik gak sebab train arah lain. Bila dah naik dan baca map dalam train, baru paham. Kena amik train ni sampai hujung, then turun untuk naik train yang lain pulak, atas platfotm yang sama. Same lines cuma shuttle between points to points. Patut la tak keluar2 nama train yg ditunggu.

Keikyu line. Boleh je naik asalkan arah sama, tapi kena turun then naik train lain.

Sampai di SkyTree dekat pukul 8 kot. Pun ramai orang jugak. Haih ingat malam2 weekdays, kurang la orang. Ramai jugak, warga emas, budak2 sekolah, Malaysian lain pun ada haha.

SkyTree ni latest landmark la di Tokyo, baru bukak Mei lepas kot. Tinggi 634m, tallest tower in the world, untuk gantikan Tokyo Tower yang makin sukar nak broadcast sebab makin banyak bangunan high rise naik sekeliling. 



Boleh nampak dari jauh actually kalau naik Narita Express nye train. Harga untuk naik main deck 350m je 2000yen. Nak naik lagi ke level 450m, kena tambah tiket asing, macam Tokyo Tower jugak. Tokyo Tower baru 820yen, takpe la, sekali ni je kot haha.

Dalam tu more or less bihkurang je macam Tokyo Tower. Ada kedai cenderamata, cafe, lookdown window. Cuma lookdown window lagi besar dari Tokyo Tower. Oh satu lagi, lif dia antara paling laju kot kat dunia, boleh cecah 600m per minit! Jadi lif dia tak nampak luar la macam Tokyo Tower, kalau nampak mau muntah kot haha.
Ihsan Google.

Pastu sebab Halloween, habis kena decor dengan labu dengan kelawar. By 9 lebih, turun, tangkap gambar kat ground, pastu balik rumah. Sampai la rumah dalam 1130 malam.

Disneyland on weekend

**Backdated entry

Hehe sedangkan hari weekdays pun penuh, inikan pulak masa weekend. Tapi dah takde choice dah sebab ada 2 weekend je Ayah kat sini lagi. So, kena la pergi jugak.

Kawan Ummi suggest naik bas dari YCAT. 1200yen kot one way. Kitorang decide untuk naik train, 690yen one way. Jimat la dekat 1000yen pergi balik. Naik JR all the way, Yokohama ke Tokyo, kat Tokyo tukar ke Maihama. Kat Tokyo punya le sendat train, ngalahkan peak hours. Banyak famili dengan kanak-kanak. Haruslah nak pergi Disneyland tuh.

Betul- betul depan Disneyland.

Keluar je train station, Disneyland belah kanan, Disneysea belah kiri. Monorail khas untuk ke Disney resort hotel pun ada. Zaman Tok Ayah KB datang 80an dulu, maybe tak ada.

Tokyo Disney Resort Hotel dan Disney Monorail

Nih gamble jugak ni tak reserve tiket ke apa ke. Walk in je. Sampai around 10.30 kot. Tiket 1-day passport, 6200yen. Haha rm248. Mahal pun mahal lah, sebab ni dah sampai ke Jepun, at least wajib pegi. Ada berapa je kat dunia ni pun, lagi pulak Ayah tak pernah pergi yang kat Los Angeles tu pun. Cakap dengan Ummi, nih kena stay sampai malam nih, bagi berbaloi haha.

Harga tiket nak masuk Disneyland.


Sekarang dah Oktober, so Disneyland dah tambah2 sikit dekorasi sempena Halloween. Audience yang datang bersungguh pakai costums Disney macam Mickey, Minnie, Princess. Bukan setakat budak-budak, mak bapak pun sama. Sporting jugak la.

Bergambar sikit kat depan gate dengan castle yang terkenal tu, then masuk. Pehh punya ramai orang. Queue untuk setiap rides punya la panjang (ada papan tanda bagitau estimation waiting time), 30min, 45min, paling panjang 150min! Gila ah derang ni sanggup beratur lama2. Hari kami pegi tu, majoriti locals. Ada la tourist sikit2 mat saleh dgn Chinese. Dah nak tengahari sikit baru nampak ada pak arab dengan Indian families. Petang jumpa melayu haha.


Memandangkan takkan dapat cover semua attractions, Ayah dengan Ummi decide pegi each ride for each town. Toontown satu ride, Adventureland satu ride, Westernland satu ride, seterusnya. Tu pun tak dapat jugak, sebab bila malam, kaki dah jem dah.

Tengahari bukak bekal, makan megi sambil tengok parade. Pastu dah nak dekat2 asar, cari port solat zuhur dengan asar. Tak jamak pun, cuma lewatkan zuhur supaya boleh sekali stop dan sekali wudhuk. Belajar masa khuruj di Chicago hehe (sebab Indo-pak yang mazhab hanafi tak boleh jamak macam syafie). Baca dari blog2 budak2 Jepun, memang takde proper surau di Disneyland (ada orang kata kat Universal Studio Singapore ada proper space, baguslah tu), so cari spot belakang2 sikit, yang bukan laluan orang, dan tersorok, gilir2 solat, in case ada polis/security datang ke apa ke.



Parade - watak- watak Disney berarak.

Nak dekat2 maghrib, dah ngantuk dah. Dalam Western River Railroad tu, laki bini terlelap haha. Outdoor train, nyaman pulak tuh.

Lepas Maghrib, shopping souvenir. Dok pikir2 apa nak beli untuk Adi dengan Anas, pastu untuk sepupu2 Arissa, Arif, dengan Aidil. Belila bantal Mickey dengan Donald Duck untuk hero2 Ayah.

Agak tersorok. Sebelah kedai- kedai. Tandas pun sebelah je.
Macam smoking area tapi takde tong sampah, so tak bole jadi tempat hisap rokok. Setel.
Niat di hati nak main lagi, tapi kaki pun dah mintak ampun, pastu queue pun masih panjang seperti biasa (lepas 6pm, tiket 3300yen je), erm balik la. Jadi la, 1030 masuk, 7 lebih keluar. Tangkap gambar kat luar, dinner dengan onigiri, then balik lah kepenatan.

Maybe one day boleh datang lagi dengan Adi dan Anas insya Allah, cukup 3 generasi haha.

Mega Web dan Odaiba

**Lagi satu backdated entry

Bila Ummi pergi kerja, Ayah akan plan untuk explore sorang2. Biasa kalau nak pergi tokyo, kena target pergi sejam dan balik sejam. Kena keluar seawal mungkin (haha paling awal pun 10 lebih, selalu terlajak tido balik lepas Ummi pergi kerja), then kena balik by maghrib/isyak kalau ada plan nak gi mana2 lepas kerja.

Kali ni, plan ialah ke Mega Web. Tak plan pun masa kat Msia, dapat tau masa baca forum LowYat. Check distance, macam sejam lebih je, boleh la.

Amik Keihin Tohoku line je Oimachi, tukar je Rinkai line, 3 station dah sampai kat Tokyo Teleport. Mega Web is just walk away. Ni kira area Odaiba la ni.


Mega Web ni kira macam galeri untuk Toyota la, dia kata touch and feel nya showcase. Lagi besar dan lagi banyak games dari Nissan gallery hari tu. Admission is free, tapi kena bayar untuk games tertentu.

Other than car models yang bersusun2, ada electric  car, pastu game simulators, test ride pun ada. Test ride kereta kena ada Japanese license, kalau international, kena ada translation. Pastu ada test ride iReal, mesin mobility yang futuristik tu, duduk je, jalan ke mana2. Tapi untuk English speaking, kena tunggu pukul 5 ptg, by then dah malam dah pun. Tu pun dia tulih cabut undi 3org je bertuah. Ayah tangkap gambar je lah orang lain naik.

Ni baru first floor.
Takdo kojo den nak nunggu sampai pukul 5. Dah nak malam dah pun masa tu.
Ini antara pengunjung bertuah. Bawak ngalahkan dewasa, haii budak zaman sekarang :P

Untuk kids pulak ada aktiviti mcm bawak go kart, test ride a hybrid, gran turismo. Hm kna tunggu Adi besar sikit ni, baru bole kot haha. Tapi ada sorang budak ni bawak iReal konpiden je, ngalahkan dewasa. Kita yang tengok ni seriau takut terbabas. Bagi dia, macam main game je kot.

Before balik tu, try naik free shuttle bus. Mana la tau ada can bole nampak Rainbow Bridge tu. Rainbow Bridge ni kira Japan's version of Golden Gate bridge la macam kat San Francisco. Memang nampak, tapi x clear sbb di sebalik pokok2 tepi tasik. Kalau nak clear, kena turun bas pastu macam ada taman tepi satu shopping complex ni, nama Aqua City. Hm takpelah, next time.

Sayup di kejauhan. Dari dalam bas ni. Zoom max abis dah.
Futuristic sceneries of Odaiba

Aomi station. Line lain ni (Waterfront line). Macam lagi mahal je dari Rinkai line.
Anyway, dapatlah view area Odaiba ni. Macam bandar futuristik, bangunan pelik2, macam Fuji TV Headquarters, dan bangunan2 lain lagi. Tiba2 nampak Statue of Liberty, tapi version kecik je la, ada la tinggi bangunan 2 3 tingkat kot.

Cukup satu round bas tu, turun balik kat tempat naik tadi, balik ke Yokohama balik. Gerak dari pejabat Ummi cepat sikit, saves time balik rumah, maghrib di surau opis Ummi, dan terus ke Sky Tree.

Burnout, rumah sewa, dan teksi

**Backdated entry nih haha

Ahad lepas Disneyland, burn out. Kaki pun sudah jem. Tak ke mana2. Lagipun, pagi tu Ummi ada appointment dengan owner apartmen rental.

Yokohama Weekly Rentals, company ni ada quite a few buildings disewakan kepada short term atau long term visitors. Kebanyakan apartmen atau rumah sewa di Jepun perlukan kontrak 1 tahun atau lebih, kadang- kadang nak Alien card, owner tak cakap English, etc. Nak duduk hotel, mahal, amenities x cukup, macam nak masak dan basuh baju.

Jadi company ni provide apartments, fully furnished, untuk disewakan daily boleh, monthly pun boleh. Locations pun banyak dekat dengan subway stations. Macam Ummi dapat dekat dengan Maita station.

Tengahari tu tunggu Ummi setelkan paperwork, Ayah jalan2 kat pasar. Alhamdulillah hari tu terus dapat kunci. Yang handle foreigners di company tu, fluent English, pernah belajar di US. Dia biasa cuti weekdays dan kerja weekend, sebab foreignerd selalu free weekends.

Balik hotel, ngemas, by Isyak dah keluar hotel. Sebab luggage banyak dan berat, kitorang decide untuk ambik teksi. Teksi di Jepun ni starting 600-700 yen untuk first 2 km, pastu 100yen untuk setiap 500m. Kira2, compare dengan 2 orang naik train, 2 kali trip, baik amik teksi.

First time ni naik teksi sini. Pintu sini driver bukakkan pakai butang dari tempat duduk dia. Pastu, antara driver dengan tempat duduk belakang pun ada dinding plastik. Dan tak noleh assume driver tau semua jalan. Driver ni pun berapa kali tengok brochure apartmen tu untuk make sure jalan betul. Turns out lagi murah dari dijangka haha.

Malam dan esoknya tu tak ke mana sangat. Selasa baru mula pegi Mega Web dan Sky Tree.