Pages

Sunday, May 19, 2013

Hari kedua - Ueno, As-Salam, Ameyokocho, Saizeriya


Jadinya, lepas keluar dari Shinagawa Prince Hotel tu, tengok hari dah cerah. Alang2 dah cerah, Ummi ajak gi Ueno Park, yang pagi tadi kensel tak jadi pegi asalnya. Berkejar la ke Ueno hehe sebab dah petang. Kalau lewat sangat, kamera kitorang ni malam tak berapa nampak. Rabun ayam keh keh keh. Naik Yamanote line balik sampai Ueno-eki. Jalan sikit dah sampai kat Ueno Park.

Sampai sana, angin kuat bertiup, dah nak Maghrib pun. Tangkap gambar belasah saja, ada la yang clear, ada yang tidak. Tapi orang ramai ada lagi, macam baru nak mula piknik, attire macam baru balik kerja. Team outing kot, dengan booze arak segala. Ummi kata Ueno Park ni free dan boleh bawak arak. Kalau Shinjuku Park, kena bayar dan arak tak bole masuk.


Malam makin gelap, Adi dengan Anas, muka telinga semua dah sejuk. So, Ummi ajak gi minum kat Starbucks Ueno Park. Boleh check internet direction ke masjid Ueno sekali. Lapik perut dengan potato chips sebab kek Starbucks tak tau mana yang bole makan, bila tanya waiter vegetarian ke, dia kata tak. Minum, tengok jam, macam tak sempat nak gerak ke masjid, nak kena cari lagi. Sekali lagi, berteksi- teksian la kami dari Ueno station tu.

Haha memang senang naik teksi kalau ada address. Betul2 depan masjid, teksi berenti. Tak jauh pun dari Ameyokocho dengan Okachimachi station. Ayah dari dulu lagi nak cari Masjid As-Salam ni, tapi masa first trip dulu, tak berkesempatan, walaupun tak jauh dari Ameyokocho. Adi follow Ayah, Anas follow Ummi. Solat maghrib, pastu waktu Isyak sekali. Lepas tu, baru tau yang Anas menangis dan meragam, takut kena tinggal sorang2 masa Ummi solat. Haha lepas tu, kalau berenti solat mana2, Anas dengan Adi dua2 ikut Ummi, so that Anas berteman. Hai macam2 kerenah.

Masjid ni sebelahnya pusat komuniti masyarakat Sri Lanka. Nampak kat plaq perasmian masjid, duta Sri Lanka datang rasmikan. Nama Ustaz Hussain Yee pun ada, tetamu agaknya. Masa solat Isyak tu, nampak la jemaah quite diverse, Sri Lankan, Arab, Japanese asal pun ada sorang dua. Nak detail, ada website http://www.as-salaam.org/


Selesai solat, kitorang jalan kaki melalui Ameyokocho. Ingat nak cari kedai pakaian, nak belikan sarung tangan untuk Adi dengan Anas ni, tapi kedai2 dah banyak tutup. Pasar ni bukak siang, dalam 8 malam tu dah mula tutup. Takpelah, pergi naik tren balik je lah. Senang Ameyokocho ni, sandwiched antara Ueno station dengan Okachimachi station dalam Yamanote line yang sama.

Direction dari Okachimachi station ke Masjid Ueno
Balik tu kepenatan, Ummi suggests makan kat Saizeriya kat basement hotel, supaya balik hotel bole terus rehat tak payah masak. Ok jugak tuh. Saizeriya ni chain restaurants yang ala2 Pizza Hut gitu, serves Italian food, memang banyak la kat Jepun. Ayah dapat tau boleh makan pun, check dari Internet. Tapi tak semua menu la. Menu macam pizza keju, pizza ikan, etc. Kagum jugak, kat sini, eating joints kat basement hotel pun boleh laku dan ramai orang. Kalau kat Malaysia, even kedai kat ground floor tepi jalan pun tak tentu, tingkat dua tingkat tiga dalam bangunan apatah lagi la. Agaknya culture masyarakat sini kot, lepas kerja, eating out dengan colleagues before balik rumah. Takpun, sebab memang tak cukup tanah, sewa ground floor mahal, kedai banyak bukak tingkat 2 tingkat 3 pun boleh tarik pelanggan.

Balik hotel, rehat betul- betul. Kena bersedia untuk esok. Esok adalah hari yang dijangkakan amat memenatkan - Disneyland!

Wednesday, May 15, 2013

Hari kedua - Epson Aqua Stadium dan bowling

Haha hari kedua pun masih ujan. Apa nak buat, redah saja lah. Alhamdulillah hotel Sotetsu Fresa ni tak jauh dari subway Toyocho-eki. So, plan hari ni mula2 nak try tengok possible ke tak untuk pergi Ueno Park. Objektif utama family trip ni actually dua. Satu, bawak anak gi Disneyland. Dua, gi tengok sakura. Yang lain tu, kalau sempat, sempat la, kalau tak dapat pun takpe.

Turun kat Ueno station, tengok kat luar hujan lebat gila. Dengan angin2 semua. Kensel, tukar plan tengok sakura ke hari yang forecasted cerah. Tapi ada hikmahnya jugak gi Ueno station tu, tengah2 pusing cari jalan, jumpa satu restoran Indian nama Sitaara. Tanya sini halal ke tak, mula2 reception tu kata semua halal (reception tu Hindu rasanya berdasarkan nama kat nametag). Somehow, dia check balik dengan chef, chef kata sume halal kecuali keema (daging kisar). Ok lah tu, order roti nan dengan kari sayur ke ayam ke, pun dah cukup. Haha chef tu tau je kitorang dari Malaysia, siap bagitau lagi yang dia pernah kerja kat Malaysia 3 tahun. 

Kedai kecik je, ada la seat dalam 10-20 orang je. Riuh rendah dengan suara Adi dengan Anas. Nasib la waktu lunch hours sesiapa yang nak relaks sambil makan tu, terpaksa tadah telinga dengan kerenah korang haha! Tengok poster, baru bukak kedai ni katanya, tak sampai pun sebulan. Mesti sewa mahal sebab dalam shopping complex yang dalam subway station besar.

Kena la limitkan destinasi kepada yang dalam bangunan. Jadi, next plan is Epson Aqua Stadium. Aquarium la actually, satu bangunan dengan Shinagawa Prince Hotel. Amik Yamanote line sampai Shinagawa, ujan dok lebat lagi kat luar. Dengan pikir nak redah hujannya, nak cari kat mana lagi hotel tu, amik teksi je la. Duit boleh cari, tapi nak redah hujan macam kat Ueno tadi, karang anak2 pulak demam, satu hal.



Bagitau hotel tu kat drebar teksi tu, dia kata something tapi tak paham sebab in Japanese. Ayah pun tunjuk address Epson Aqua Stadium tu, baru dia start drive. Sekali, seberang jalan je hahah. Tapi tak la exactly seberang jalan. Seberang jalan tapi ada lorong kecil belakang hotel. Seberang stesen tu hotel, belakang hotel tu dah tempat turun. Meter tak gerak pun hahah! Agaknya tu yang drebar tu cuba bagitau tadi. Last2 dia pasrah je bawak haha. Eh tapi ok la dari kena redah hujan dengan anak. Teksi Msia sanggup amik ke kalau seberang jalan je? Hmmm. 

First sampai sana, naik carousel dulu, bagi anak2 excited sikit haha. Untung bawak anak2 kecik ni, selalu FOC je tiket haha. Tapi kena accompany by adult, so kena jugakla beli tiket. 



Lepas carousel, masuk dalam aquarium. Entrance dia tunnel yang ikan lalu lalang. Haha tak habis tangan Anas nak tunjuk 'tuh tuh'... Adi pun hepi je. Ikan besar2 pulak tuh berenang. Sampai terundur ke belakang Anas sebab overwhelmed ikan besar sangat kat atas bumbung tunnel.

Then, gerak gi tengok penguins. Suka benar Adi, penat Ayah pujuk nak pegi tengok exhibit lain. Yang kelakar, bila Ummi tunjuk, 'Adi, ni fish, fish', bole lak Adi jawab 'nyam nyam'. Agaknya Opah biasa suap ikan goreng sambil sebut fish kot haha.

Stop solat kat panggung tempat tengok dolphin buat show. Bole anak2 tengok dolphin melompat sambil Ayah Ummi take turn solat. Orang lalu lalang ada tengok, ada buat dunno. Kalau anak diorang tanya diorang, pandai2 la explain. Musrimu ka apa ka. Abis solat, gi round balik sume exhibit, then singgah kedai souvenir. Haha kedai nama Mabul, punya la jauh, nama nak ambik pulau kat Malaysia jugak haha.

Balik tu, singgah bowling dalam kompleks yang sama. Dari dulu lagi plan nak bawak Adi gi bowling, bila tengok dia suka sangat main 3D Bowling apps tu, asyik strike manjang. Bowling lanes tu pun friendly, ada bumper lanes, ingat nak bagi Adi try. Sampai turn Adi, macam malu2 lak, pegang bola pun Ayah takut terlepas atas kaki. Tapi kalau turn Ayah baling, bersorak kuat dia time bola kena pin. Ended up Ayah sorang je main haha, Adi tukang sorak. Anas pulak penat Ummi kena restrain sebab excited tengok sumorang main.





Tapi walaupun Adi tak nak main, bila nak ajak balik, amat la susah. Last-last, Ayah nampak ada arcade kecik kat tepi bowling lanes tu, ajak dia main. Naik motor Harley Davidson kunun. Ambik la turn sorang satu. Melepas rindu naik motor atuk petang-petang keh keh keh.

Keluar je dari Shinagawa Prince Hotel tu, wah tengok ujan dah berenti! Alhamdulillah! Kalau ikut forecast, memang esok Khamis clear, tapi tak sangka seawal petang ni dah berenti ujan. Apa lagi, cepat2 keluar, elok pulak garden kat luar hotel tu ada sakura, bergambar dengan sakura lah kami buat pertama kalinya.

Tuesday, April 30, 2013

Hari pertama - Odaiba dan hujan

Rainbow Bridge di Odaiba. Dari Yurikamome line. Dalam hujan.

Hari pertama di Jepun, hujan. Weather forecast kata, hujan 2 hari tak berenti. Nak buat camne, dah plan dari dulu, takkan nak duduk rumah je. Masa berjalan. Redah la hujan dengan anak2. Haha kalau kat Msia, takdenya nak buat macam ni.

Alhamdulillah Ummi pun dah beli sarung stroller, Ayah tak taupun mende ni wujud haha. Cover plastic untuk cover stroller dari hujan. 

Oleh sebab hari pun hujan, nak pergi tengok sakura pun tak boleh, Ayah and Ummi decided to go for indoor attractions for these 2 days. Hari ni cadang nak pergi Sony Explorascience dalam Aqua City Odaiba. 


Tengah dok cari, nampak satu restoran Indonesia ni, Surabaya. Tanya halal ke tak, akak waiter tu jujur kata sini tak halal kalau daging, selain tu boleh. Lunch la kami di situ tanpa dirancang haha. Order lauk udang masak lemak, ikan masak apa tah merah kot, dengan nasi goreng telur mata. Anas dok takut2 tengok patung2 dalam restoran tu haha. Good food, harga not bad for usual lunch menu set, view pun cerah je bole tengok ke luar bangunan.


Setel makan, gerak la kami. Anas dok cranky masa ujung2 lunch, selamat tidur dalam stroller.
So Ayah masuk dulu dengan Adi, Ummi lepak luar dengan Anas kat bangku. Macam muzium sains la lebih kurang, banyak touch 'n' feel, sesuai untuk kanak- kanak. Hepi jugak Adi dalam tu, sampaikan sesetengah exhibit tu, puas pujuk tarik untuk pergi ke next exhibit. 


Dalam 30 min before Asar, keluar gi jumpa Ummi untuk solat zuhur dan asar. Target sesuai ialah breastfeeding room. Muat la untuk anak2 main sambil sorang semayang dan sorang tengokkan anak. 
Pastu masuk balik dengan Ummi dan Anas, reentry Ayah dengan Adi pakai tiket asal je. Janji dengan Adi tadi nak masuk balik lepas solat hehe.

Balik tu singgah Capcom store. Nampak dalam shop directory kat Aqua City Odaiba tu, interested nak tengok kedai apa. Kedai kecik je, jual official merchandise Capcom. Takde mende sangat. Angkat la selai baju Street Fighter alang- alang dah sampai. Sebelah kedai Capcom tu, kedai jual official merchandise Coca Cola. Kelakar tengok Anas takut tengok mannequin dalam kedai tu.






Dah nak malam, tengok kat luar ujan lebat lagi. Ingat bole singgah Mega Web kot before balik hotel. Tanya information counter kat mana nak naik bas free shuttle kat sini, sebab Ayah ingat masa Ayah datang Odaiba dulu, ada bas. Dia tunjuk kat mana naik, tapi dibagitau siap2, bas tak sekerap biasa. Biasanya 15 minit satu, sekarang setengah jam satu. Kira ok la, dari kena redah hujan lebat kat luar.

Sampai kat Mega Web, pusing-pusing sikit atas bawah, tangkap gambar, then balik. Showroom Toyota je, game2 semua tak boleh main sebab Adi Anas kecik lagi. Alhamdulillah jugak ada Yurikamome line nye stesen sebelah Mega Web tu je, takde la nak menempuh hujan ke stesen Tokyo Teleport kat Rinkai line. Cuma mahal sikit line ni, tapi takpela, janji anak-anak kurang kena hujan.



Sampai hotel, semua kepenatan. Tapi Anas dengan Adi seronok pulak lompat- lompat. Esok hujan lagi satu hari. Takpe, bole plan lagi, cari attractions yang dalam bangunan je haha.

Tuesday, April 2, 2013

First family holiday with Anas. To Japan!

First time ni Anas ke luar negara. Ummi balik je dari attachment sana, 3 4 hari lepas tu, satu famili pergi Jepun balik.

Adi dah biasa dalam kapal terbang, bagi majalah ke, tablet ke, senyap la. Ni dok risau Anas, 7 jam tu. Balik KB pun sejam je flight.

Turns out anak2 Ayah behave better than expected. Ada la sejam dua before landing tu, yang lasak sikit. Dah boring kot haha. Lain pada tu, tidur, baca majalah, main game. Tablet pun sorang satu, kira ok la. Flight airasia ke Jepun pulak siang, ada je orang bersembang, gelak, tak macam trip overnight yang penumpang biasa tidur.

Landing2 kat Haneda tu, hepi je muka Adi. Jaw dropped. Line punya panjang imigresen, tapi kena single out. Ingatkan kena profiling, kot2 la Ayah pakai janggut ke haha. Rupanya sebab ada anak kecik, dapat priority. Cantik la tu, target nak sampai hotel pukul 12.

Lepas imigresen setel, pergi tanya bas, bas ke Toyocho dah tak ada. Naik la teksi, dah check estimate kat taxifinder, dalam 9k yen. Bukan ada pilihan pun, dengan anak kecik, tengah2 malam, luggage bagai, telan je la. Teksi sini pun pakai meter.

Driver teksi pulak peramah, tapi tak reti English, kitorang pulak tak reti Jepun, main teka2 je la bersembang haha. Bonet teksi muat2 je dua luggage besar dengan dua backpack. Stroller letak kat co-driver seat. Tu pun stroller kurus tu, kalau stroller asal yang gabak tu, tak tau la camne.

Sekali sesat masa dah dekat gila dengan hotel. Tak nampak mana signboard, kata dekat dengan stesen Toyocho. Telipon hotel, driver pulak silap paham, drive 1 km dari situ. Telipon sekali lagi, rupanya tempat asal tadi, miss hotel tu depan sikit je haha. Tak pasal2 kena 11k yen, tu pun driver tu bagi diskaun sebab dia silap. Teksi sini, memang tak bole expect diorang tahu pun, banyak pakai GPS (diorang panggil Navi).

Masuk hotel dah 12 lebih. Check in masuk, haha tu dia saiz bilik. Ayah tau la kecik, tapi tak sangka sekecik ni, kalah apartmen Ummi kat Maita. Tak boleh blame hotel sebab diorang dah suggest dalam email suruh upgrade bilik, tapi Ayah degil. Tapi so far, so good hehe.

Anas dengan Adi pulak tak nak tidur, sampai pukul 2. Ayah dengan Ummi esok kena bangun sebelum pukul 6 syuruk. Last2 anak2 Ayah pulun tidur sampai pukul 9. Tu pun kena kejut.

Ok, coming next, first day of the trip - cabaran bercuti dengan anak hehe.

Friday, March 8, 2013

Kampung Rantau Selamat

Tengah tunggu komuter kat Batu Tiga station, perasan ada peta kat tempat duduk menunggu. Frame macam baru, tapi peta lama agaknya. Kampung Rantau Selamat, dah takde rasanya sekarang. Yang ada, Taman Bukit Pelangi, tempat ayah pernah ziarah, asrama pelajar persediaan Jepun. Ada pakcik ni cerita, katanya kampung tu setinggan, atas bukit. Lepas tu dirobohkan. Bukan lama sangat pun, 90-an dulu.

Kita tak tau kan, lagi 10 tahun ke, 20 tahun ke, tanah hutan mana nak naik jadi rumah, atau kampung mana nak jadi kondo.

Haha dah masuk 2 orang tanya nak pergi tempat sekian naik platform mana. Sesetengah stesen ada papan tanda yang ada semua destinasi tu. Stesen ni takde pulak. Stesen kecik kot. Tapi ramai je orang naik sini.

Area Batu Tiga ni makin ramai orang. Alam Prima dah bukak, Alam Idaman baru je. Subang Andaman tengah buat. Pastu ada ura-ura terminal bas tetap nak pacak sebelah Petronas yang menghadap Glenmarie tu, integrated dengan komuter ni. Yang kat Seksyen 17 tu sementara je. Huh kalau jadi tu, lagi padat la stesen ni. Tandas ada 2 je haha. Tempat solat kocik yo.

Sesapa lelaki yang nak solat kat surau komuter tu, Ayah suggest solat kat luar surau la pakai alas kain ke, paper ke, kalau perempuan tengah tunggu. Perempuan ni nak kena tukar kain nya, aksesori nya, bagi can kat diorang la. Haha Ummi pengguna komuter tegar, mesti setuju.

Wednesday, March 6, 2013

Testing first time blog from phone

Hehe baru dload. Try test jap post something.

Thursday, February 28, 2013

Tulip at Nakamachidai

Ummi has been staying in Yokohama for about 5 months now. However, last Sunday was the first time Ummi visited the Yokohama Jame' Mosque. It really reminds Ummi of the Masjid in Purdue.

That morning, Ummi met up with old friends from high school and went to flea market at Nissan Stadium in Shin-Yokohama. There were lots of cheap stuff (new and used). Ummi managed to get 2 used children story book and Thomas & Friends coloring plastic which kids and color and wipe off. All for JPY1000 only (but you need to have someone who can speak Japanese to help you bargain). This flea market is not open regularly. You'll have to check the website to know the schedule for the month (the website is in Japanese though).


World Cup 2002 was held here


There were some stalls selling food at the market. Thank God there is a stall selling halal food (the owner is Pakistani I guess). After eating, Ummi went to visit a friend's house in Shin-Yokohama for Zuhur prayer. Just like in TV, the house in very simple. After Zuhur, Ummi went to Nakamachidai (Blue Line, Yokohama Municipal Subway) to visit Yokohama Jame' Mosque.

Since Ummi doesn't know how to take the bus to the Mosque, Ummi decided to walk. It was a 20 minute walk from the Subway station to the Mosque. How to get to the Mosque? Ayah wrote about it here.

On the way, Ummi saw these...







 Ada macam gamba Windows desktop tak?



Someone told Ummi that before Spring start, we can see the tulip growing. Seems that Spring is coming.Weehoo.....can't wait to enjoy Cherry Blossom with love ones soon....

p/s: For Ucu Miza who loves Tulip, sorry dear, can't find blue tulip here.