Pages

Saturday, December 26, 2009

Adi is 4 month old today

Our dear Syed Adi Hatmi is 4 month old today!!

Alhamdulillah...thanks to Allah for such wonderful gift. May he grow up to be a great muslim.

We love you so much dear!!

Tuesday, December 22, 2009

Transportation

Soalan Mingguan Didik kali ini: Apakah pilihan pengangkutan Adi?

A) Dengan tangan (masa lahir 3 kg, sekarang nak dekat 6 kg dah...lenguh tangan Ayah dan Ummi...natural dumb bell xD..)

















B) Dengan sling (yang mana menarik perhatian ramai semasa di Jusco...macam artis pulak keh keh..Gugu gaga Adi..)
* Sedapnya tidur...















C) Dengan car seat (yang agak berat, tapi nama pun car seat)













D) Dengan stroller
*excited nya muka...












E) Dengan carrier (Kurang lenguh- lenguh tangan hehe...)


















F) Semua di atas.


















Adi - "Ummi, bila besar nanti nak jadi menteri, boleh?"
Ummi - "Boleh, tapi jadi la menteri yang hafal Quran...menteri yang hafiz..."
















Adi - "Ayah, bila besar nanti nak jadi hacker, boleh?"
Ayah - "Boleh, tapi jadi la hacker yang hafal Quran.. hacker yang hafiz..."
Ummi - "Hoh? Boleh pulak cenggitu?"

BM on BM (Breast Milk on Black Market)?

Do you know that in Australia, aside for blood bank, they also have bank for breast milk?
And the cost is about $50 a liter?
The awareness of breastfeeding has caused so much demand that breast milk costs $1000 a litre in the Internet?

(or maybe the mothers don't have enough milk or too lazy to pump, no?)

Ummi just can't stop smiling...

****Excerpt from The Daily Chilli****

A black market in breast milk is booming Down Under as parents Down Under are desperate to feed their babies the natural elixir.

They are being charged up to $1000 (RM3,433) a litre in sales done through the Internet.

One of the mothers contacted the Gold Coast-based Mother's Milk Bank to ask what the real "going rate" was for breast milk after online sellers sought an exorbitant amount when she placed a web advert seeking human milk.

Mother's Milk Bank director Marea Ryan told her that the not-for-profit bank sold milk for $50 (RM171.675) for 1.2 litres.



"I think that it is increasing more and more as people become a lot more aware of the benefits of breastfeeding," the Courier Mail quoted Ryan as saying.

Lactation expert Dr Jennifer James from the Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) said she was aware of the growing unregulated black market.

"It is very dangerous because in an unregulated fashion there are no checks and balances, the milk would not have been tested for viruses and bacteria," said Dr James.

Black marketing of breast milk has increased with the advent of the Internet where women advertise.

James said there should be breast milk banks in all major hospitals but blamed inconsistent legislation for making them difficult to set up.

****End of the excerpt****

Sunday, December 13, 2009

Say thanks to Allah...Alhamdulillah.

"Ya Allah, bagaimanakah dapat aku bersyukur kepadaMu, selayaknya yang Kau layak disyukuri? Perbuatan bersyukur itu sendiri memerlukan syukur terhadapMu." - Nabi Musa A.S.

1. Rumah sewa di Labuan, insya Allah dah dapat. Lega bila Ummi dapat sewa lagi murah dan tak duduk sorang- sorang pulak tu. Adi nanti boleh jumpa nenek baru dan abang- abang baru di rumah sewa tu nanti. Extra hands, I hope. Sementara tunggu Ummi dapat tukar ke Semenanjung.

2. Kereta Ummi di Labuan dah repair, which costs quite some grands, yet Ummi doesn't have to pay a single cent, and the insurance premium will decrease instead of increasing, yeay! In fact, boleh claim lagi duit travel for every day the car is sent to workshop. Memang semua insurans kereta nowadays macam ni ke? Ayah tak tau, hehe... Yang penting, when we be arriving in Labuan this January insya Allah the Altis is great like usual.

3. Future tenants untuk rumah baru kami, offer nak bayar lagi mahal dari current rate kat surrounding area, lebih 50% extra! Tapi, kesian gak tenant tu ada family, anak- anak nak ke sekolah semua, nak bayar lori pindah ke rumah baru dia lagi. So, win-win situation, ambik 25% je la extra. Dia happy, kami pun happy! Jimat banyak, monthly payment loan rumah ni nanti for awal- awal ni, considering Ayah seorang je yang nak masuk rumah masa ni.

4. So far, Ayah plan dapat jumpa Adi dengan Ummi once every 2 weeks, insya Allah. New Year, middle Jan (yang ni bukan public holiday, so, kena la amik cuti), Cuti Wilayah, Chinese New Year, Maulud, are conveniently placed 2 weeks apart. Yang harga tiket je, tak pasti conveniently priced ke tak, ahahaha! But that's another story. Now, either Ayah ke sana, atau Ummi balik sini dengan Adi. Tinggal Mac ke atas untuk plan.

Alhamdulillah, terima kasih Allah, sebab mudahkan banyak perkara untuk kami.

Tuesday, December 1, 2009

Adi's first trip to KB

Alhamdulillah, raya haji hari tu dapat balik KB.

Raya Jumaat, Khamis tu amik flight siang. Walaupun Adi is getting used to keluar rumah malam- malam, thinking that this is the first time Adi naik plane, so Ayah pun booking la plane siang. Khamis tu, Ayah kena la cuti. (Oh well, petang Rabu pun office Ayah dah start kosong. Either ramai orang Kelantan kerja sini, or diorang ni ngalahkan orang Kelantan, hahah!)

Flight petang Khamis. Mak Su Miza dan Opah hantar gi airport. Ami Khairul plan nak amik di KB nanti. Ami Khairul siap sms lagi, bagitau suruh Ummi biar Adi sucks anything masa take off dengan landing, sebab masa tu pressure drop, so telinga berdesing.

Flight to KB, ramai betul babies! Siap ada seorang ayah dan baby-nya sebelah kitorang, kena pindah seat, sebab only 4 persons allowed to be in 1 row, so Ummi, Adi, dan Ayah dah 3 orang. Kalau include seorang lagi adult and baby, dah ada 5 orang 1 row. Reason being, ada 4 corong oksigen je in 1 row. Ayah, dalam hati, ni silap ground staff la ni x assigned betul- betul. Takpun, maybe ayah baby tu tak declare dalam tiket yang dia yang akan ribakan baby, not his wife. Ayah dah declare siap- siap yang Ummi yang akan ribakan Adi, so nama Adi diletak dalam bracket sebelah nama Ummi dalam boarding pass.

Flight tu take off je, banyak babies dok menangis. Yang ni senyap, yang tu menangis. Bimbang jugak kalau berjangkit kat Adi, sebab kadang- kadang crying ni contagious. Alhamdulillah, Adi senyap je the whole flight. Mulut dok kat puting Ummi, pastu tertido. The whole flight Adi tido, sampai la KB. Untung Ayah dengan Ummi hehe.

Di KB, Ami Khairul amik dengan Pok Loh. Derang baru balik dari KB, Ami Khairul beli barang- barang nak bawak balik KL. Pok Loh first time tengok Adi, Adi pun sama. Tak berkelip mata Adi tengok Pok Loh, hahaha.

Raya kali ni, for the first time, semua adik beradik Ayah balik, dan semua cucu Tok Ayah dan Mok balik. Ami Khairul, Auntie Mas, dengan Kak Isya dah balik Rabu malam. Abang Arif dengan Nde Aida memang di rumah KB. Nde Nina balik Khamis malam. Ditambah pulak 'anak- anak angkat' Mok dan Tok Ayah, Pok Loh dengan Pok Man (mak ayah diorang gi Mekah), memang bising la rumah KB masa tu. Banyak muka Adi kena scan, hehe.

Pagi raya tu, semua gi solat raya kat kampung Mok di seberang (Banggu). Memang lambat sikit pergi, sebab semua nak bersiap- siap takes time jugak, sampaikan Tok Ayah telipon orang sana supaya solat lambat sikit, bagi masa sikit sebab "cucu kawe semua balik tahun ni" heheh....

Elok- elok je kitorang sampai di surau kampung Mok, terus solat Raya. Ummi dan Adi tak join solat, stay kat rumah Tok Hassan. Arif dengan Isya naik ke surau, tapi dok diam- diam kat saf belakang.

Lepas solat raya, Ayah bergegas pergi kampung sebelah sebab bahagian korban Ayah tahun ni kat sana. Panjang ceritanya, tapi ringkas cerita, Ayah korban di kampung lain. Kampung Mok, Mok dengan Nde Aida korban. Kesudahannya, macam Ayah tak beraya di kampung sendiri, tapi di kampung lain. Tapi, takpe la. Esok lusanya tu, Ayah dengan Ummi bawak Adi round- round rumah saudara- mara. Ramai jugak dapat jumpa. Collection Adi pun bertambah kihkihkih.

Ramai orang puji Adi, sebab senyap je and very well-behaved. Tak menangis sangat, other than mintak susu atau mintak dukung. Senang sengih kat orang, dan senang orang lain amik. Harap- harap Adi maintain reputation ni ek sampai besar. Jadi macam Abang Arif yang senang orang jaga.

Masa balik kampung ni jugak, Adi pergi berubat dengan Tok Mat, abang Mok. Ada makcik di kampung yang cadangkan jumpa Tok Mat bila nampak pipi Adi ada ruam sikit- sikit. So, sambil beraya di rumah Tok Mat, Tok Mat jampi- jampi dan baca la sikit- sikit sambil raba muka dan leher Adi dan buat air penawar.

Ayah pulak, agaknya sibuk layan orang datang rumah, sampai makan lewat- lewat, dan banyak minum ais, sakit- sakit perut sampai muntah- muntah. Malam tu, Ayah muntah sampai takde bende nak muntahkan. Kesian Ummi sebab risaukan Ayah. Actually, it just angin je, sebab Ayah banyak kali dah muntah- muntah sebelum ni, tapi yang hari tu, agak banyak jugak la Ayah muntah. Sampai la sekarang ni, Ayah macam tak selera bila tengok daging. Anyway, alhamdulillah, Ayah dah ok, cuma sekarang ni tak boleh lewatkan makan sangat.

Speaking of which, sekarang dah masuk lunch hour pun, haha! Ok la, Ayah nak gi solat dan nak gi makan. Lepas tu, kena ke bandar jap pasal urusan rumah baru kita, heheh.

Maybe Ummi nak tambah lagi pasal raya ni, huhuhu. Pasal pengalaman Ummi beraya dengan Adi di kampung Mok. Wassalam.

Sunday, November 15, 2009

Adi's milestone

Ummi intended to Adi's milestone each month in this blog. However, Ummi has been delaying to write about Adi's 2 month old milestone and Adi will be 3 month in 2 weeks time. So, apa yg Ummi masih bole igt:

- In week 5, Adi dah nak start bercakap2 (in Adi's language of course) sikit2. Coming week 6, cooed even more. Now, lagi la bole tahan. Adi usually talk more at night (because he slept more during the day). Ayah kata, Adi kalo dengan Ummi je byk cakap, kalo dengan Ayah tak cakap sgt. Don't worry Ayah, nanti bila Adi dah cakap tak berenti2, Ummi kasi can Ayah sembang ngan Adi eh.
- Adi wants someone to be with him all the time and that person must be within his view. Initially, we usually placed him in front of the TV to make him feel that he is not alone. But we can't do that anymore. Adi is getting smarter now. Even if the TV is on, he'll keep on calling for attention until he sees someone in front of him.
- The last time we weigh him, Adi is already 5kg. Skrg of course dah lebih. Bole tahan lagi la nak pegang dia masa menyusu, kadang2 tu cabaran sket la bila Adi suka buat karate masa nyusu (kaki menendang2, tangan kesana ke mari).
- Adi dah pandai bermanja. Kalo dulu, dah ngantuk letak je tepuk2 bole tido. Skrg ni bila nak tido kene cradle dia, dah tido baru bole letak. Tu pun kadang2 bila dah letak, pandai jaga balik dan mintak angkat.

What else ya? The rest will be updated in his 3 month milestone entry nanti.

Monday, November 9, 2009

Sunday, November 8, 2009

Adi dah 2 bulan lebih...

haha dah berapa minggu ni tak update...ada la dekat 3 minggu hehe...nak buat camne, streamyx kat rumah memang slow to no connection at all...sudahnye ayah update di opis...

(Adi : Ayah takde keje ke kat opis?
Ayah: Ada...tapi tak dapat buat sebab tool rosak kena tunggu pomen datang repair..)

Last 27 Oct, Adi genap 2 bulan... nothing much except around that time, Adi kena selsema...

**Selsema ke selesema?**

tapi tak demam...cuma selesema je...hidung berair dan tersumbat... susah nak tidur malam...siang ok je... Ummi sedut guna mulut, tapi macam adult selsema le, it just reduce the clog je, tapi tak 100% ilangkan selsema tu...

By Ahad, Ayah dengan Ummi bawak gi SMC... doc advised sedut dengan paip kecik...keluar la sikit...tapi doktor dah bagi disclaimer... katanya selsema ni normal je... tak boleh buat apa- apa...nak sedut pun, sekadar relief sikit je la... then datang balik...just kena tenangkan Adi dan make him used to it... kurangkan mandi supaya badan tak sejuk sangat... bagi air sikit lepas menyusu...

Esoknya tu, Adi still selsema jugak... Tunggu Ayah balik dari opis, pastu ke klinik kanak- kanak di Andalas... doktor kata Adi ni hidung sensitif... which one of you yang hidung sensitif? Ayah la kot.. tiap- tiap pagi, bila bangun, hidung Ayah mesti tersumbat, tapi lepas mandi, clear la... dah terbiasa dah pun... doktor kata, ni maybe ikut Ayah la ni... tapi takpe, nothing abnormal...just that Adi x selesa je (anybody notice 'selesa' dengan 'selesema' are very similar words?)...lagipun cuaca ni bukan kita boleh control... Adi just have to be used to it...untuk antibiotik dia jugak...

Doktor kata, instead of sedut, try nasal drops...doktor bagi satu tin spray kecik...sterilized sea water... bila idung clog je, sembur dalam idung...tujuan untuk cairkan mucus...

So, dalam seminggu lebih jugak la, Adi susah nak tidur malam sebab hidung tersumbat...Siang ok je... agaknya malam- malam sejuk kot...FYI, malam- malam bilik tak pasang aircond dah, pasang kipas pun slow je...takpe la Ummi dan Ayah panas- panas, as long as Adi cepat sihat...lepas tu berperang dengan Ummi dengan Ayah bila nak spray dalam idung... Ummi la yang kesian, pukul 4 pagi, 5 pagi baru Adi nak tidur... Ayah tolong jaga kejap- kejap, tapi Ummi tak bagi kalau hari weekdays, sebab esoknya Ayah nak keje...

Alhamdulillah, sehari dua ni, Adi dah kurang selesema dah...malam pun dah tak tidur lewat sangat...Ummi dan Ayah figure out, jangan bagi Adi tidur awal- awal malam, nanti malam- malam Adi tak nak tido...so, keep Adi awake untuk awal- awal malam...

**Kereta baru Adi**

Adi sekarang dah ada kereta baru...stroller beli kat Jusco...boleh la Ummi dengan Opah bawak jalan- jalan tak payah dukung...kesian Ummi, Adi dah berat dah...dekat 5 kg... masa pergi beli stroller, Ummi pakai sling bawak Adi dalam Jusco...ramai orang tengok je Ummi pakai sling tu...Ayah can't help notice it haha...agaknya sebab striking color sling tu kot? Entah la...ada orang- orang yang kata, bila pakai sling ni nampak macam bibi/amah yang bawak anak majikan...macam- macam la persepsi orang ni... pergi tengok kat Youtube, ramai je omputeh pakai sling kan kan? Agaknya lepas ni, persepsi pasal naik basikal pulak, nampak macam pekerja asing, sebab ramai pekerja Bangla/Myanmar/Vietnam di Malaysia naik basikal...

**Jalan- jalan**

Weekend lepas, Adi gi rumah Tok Su Awa di Kg Melayu Ampang...kenduri nak pergi haji... bagus la Adi behave je (read: tidur) masa di rumah orang... bila naik kereta, baru menangis...hahaha...

Lepas tu, singgah rumah Ami Khairul di Kemensah...first time tu Adi gi rumah tu... jumpa Kak Isya... Kak Isya senyap je tengok Adi...Adi masa tu tengah mamai dalam car seat... Kak Isya asyik nak tarik je kain selimut Adi...Ami Khairul larang...katanya Kak Isya tak suka selimut sebab panas...jadinya, Kak Isya pun ingatkan Adi panas la, tu yang nak tolong buangkan kain selimut Adi dari car seat... Nde Nina pun ada di rumah...weekend dia balik Kemensah, weekdays je dia duduk rumah sewanya di Jelatek...

Ok la... tu je dulu update... entry untuk cukur jambul tak buat lagi...gambar- gambar pun tak abis copy...lagi pulak, internet di rumah Atuk selalu slow lately... nanti la Ayah copy, pastu letak sini, dan buat entry...nak kena print untuk letak dalam album untuk Tok Ayah dengan Tok Ma di KB sekali...ada masa lagi before balik Raya Haji ni....

Untuk selingan: Ni gambar dari Nde Nina (henset) masa cukur jambul Adi....

Pakcik Helmi, Nde Aida dan Abang Arif.













Tok Ayah dan Abang Arif













Wassalam.

p.s. Perasan tak, takde satu pun gambar Adi dengan Ummi dalam blog ni? Ehe...Ummi asyik kat rumah, so tak bertudung, tu yang gambarnya tak keluar...takpe, insya Allah next time ada...

Wednesday, October 21, 2009

Dah bole jalan-jalan

Alhamdulillah ummi dah abih pantang almost 2 minggu. So, Adi dan ummi dah bole keluar jalan-jalan. Our first destination after ummi's confinement was, the hospital!! Yela, dah lepas confinement, ummi kene pegi post natal check up and Adi has to get his Hepatitis B shot.  We were scheduled to see the doctors on October 10.

Ummi was all excited and nervous. She was excited in getting Adi ready to go to the hospital but at the same time nervous on how she has to handle Adi when we are out of the house. Nanti kalau Adi meragam nak susu camne? Tapi tak pe, kat hospital ada breastfeeding room. Tapi kalau lepas tu nak pegi jalan-jalan tempat lain camne plak? Ummi has tried using the nursing cover which she bought from Kedai Chomel , when she breastfed Adi at home. However, Adi is such a smart boy that he managed to menepis the nursing cover so that he can nurse freely.So, ummi pun kene la fikir nak buat camne kalo nak nyusu Adi.

At the hospital, alhamdulillah Adi tak meragam sangat. While waiting for our turn to see the doctors (Dr Bahiah and Dr Ho), Adi nak susu sekali je. Then Adi tido masa sampai turn Ummi jumpa doktor. Masa doktor tengah cek Ummi, Adi dok diam-diam je dengan Ayah. Elok je Ummi abis cek, Adi dah start nangis. Alhamdullilah doktor perempuan kan, so bole la nyusu Adi terus sambil cakap-cakap dengan doktor. Masa turn Adi jumpa doktor plak, doktor dah pesan that the shot which Adi is getting is the same dose for an adult. So, Adi may cry his lung out. Aiseh, Ummi dok berdoa la kalo Adi nak nangis pun, tunggu la lepas abis jumpe doktor. Alhamdulillah, memang Adi nangis lepas keluar bilik doktor. So, Ayah tunggu ubat, plak ngan Adi lepak kat breastfeeding room. Masa dlm bilik tu, Ummi took the opportunity to observe how other mommies breasftfeed their child. Dan sempat la tanya beberapa kemusykilan. Mula-mula tu mcm malu-malu gak, tapi kalau malu rugi la kan.

Since habis check up dah lambat, we went straight home to Nenek Patun's open house. But Ummi was asked to leave Adi with Ucu at home. So, Adi pun join la Ucu dia tido while Ummi and Ayah went to the open house. Ummi dengan sangat excitednye melihat juadah yang sangat banyak sehingga tidak segan silu utk menambah (Ayah rilek je makan sepinggan, Ummi plak yang lebih-lebih).

But the day didn't end there. Lepas Asar, sempat lagi Adi pegi beraya kat rumah sepupu Ayah kat Shah Alam. Ni kire rumah pertama la Adi beraya. Disebabkan Ummi lambat nak menyiapkan Adi petang tu, kami sampai kat Shah Alam lewat sket and balik pun lewat la. Apa-apa pun, Adi elok je masa jalan-jalan tu. Dari pegi sampai balik beraya tido.

Hehe, punyalah excited dapat keluar rumah first day, langsung tak teringat nak tangkap gamba.

Sebagai penutup, ni gamba Adi tgh sembang-sembang dengan Ayah lepas subuh sambil tunggu Ummi solat. 


Adi: Ayah, lama gak eh Ummi amik wudu'. Adi lapar dah ni. 
Ayah: Ntah la, Ummi sambung tido dalam bilik air tu kot.

 p/s: Adi's cukur jambul was held on October 18, 09. Tak byk amik gamba guna camera Ummi. Kwn Ucu yang amik gamba. Nanti dah dpt gamba dari kwn Ucu, kita cerita pasal cukur jambul Adi plak.

Sunday, September 27, 2009

Adi dah sebulan!

Semalam 27 Sept. Adi dah genap 1 bulan! Alhamdulillah. Yeay!
At the same time, Tok Wah menyambut besday nya yang ke- 58 tahun.



Tok Wah berpelikat je, tengah main Solitaire lepas balik surau.

Banyak orang datang tengok Adi, musim raya ni. Dari Raya 1 sampailah Raya 7. Dari Nde- nde dengan Ami-ami sebelah Tok Ayah, hinggalah ke saudara- mara Tok Wah dari Kuala Selangor. Tok Ayah dengan Tok Ma pulak nak datang dari KB, 2nd weekend of Raya ni, insya Allah.

Duit raya Adi pun dapat banyak. Berat tabung Adi, dengan duit kertas! Ayah ingat, 2 perkara kena buat untuk Adi, lepas Adi dapat MyKid 16 Oktober nih:
1 - Bukak Tabung Haji akaun Adi (untuk masukkan duit raya Adi)
2 - Bukak akaun SSPN untuk Adi (Ayah dengan Ummi boleh escape income tax sampai RM3000 tu, yeahh!!)

Cukur jambul + akikah dijadualkan 18 Oktober. 2 ekor kambing, insya Allah. Buat sebelah Klang, cucu sulung la katakan, heheh.

Adi, lately, selalu tidur siang, dan berjaga malam- malam. Bila terjaga malam- malam, nak puting Ummi dalam mulut. Tak minum sangat pun, just nak bagi tertidur. Kesian Ummi tak cukup tidur. Masa cuti raya seminggu, Ayah tolong la lepas Subuh, tidur dengan Adi. Bagi Ummi can qadha tidur pagi- pagi.


Gaya tidur yang sama. Like father, like son.

Sekarang Ayah dah kat opis dah, tak boleh nak tolong tidur dengan Adi. Tapi takpe, Ummi dah figure out a trick nak tidur malam. Bagi Adi minum sambil Ummi dalam posisi baring. So, boleh la tidur lebih- lebih sikit. Hahah, memang new parents yang kena selalu learn new tricks to adapt with Adi.

Lagi 2 minggu lagi, Ummi abis pantang. Dah schedule appointment dengan hospital untuk Adi dengan Ummi. Insya Allah, lepas tu kita pergi makan- makan, kasi Ummi lepas geram berpantang makan 44 hari, hahaha!

Monday, September 14, 2009

Sepupu sepapat...

Entry kali ni pasal sepupu- sepupu Adi:

2007 - Ni Abang Ariff. Wan Ariff. Anak Nde Aida dengan Pakcik Helmi. Cucu sulung kedua- dua belah pihak hehe. Called himself Ayih (A-yeh). Ni gambar lama nih. Sekarang Abang Ayih dah besar panjang dah.








2008 - Ni Kak Isya. Sharifah Arissa Adrianna. Anak Ami Khairul dengan Makcik Mastura.









2009 - Adi nye turn pulak datang ke dunia. Tiap- tiap tahun, Mok & Tok Ayah KB dapat cucu hehe.
2010 - Insya Allah more coming soon, adik beradik dan sepupu- sepapat Adi.

Wednesday, September 9, 2009

Parenting 101...learning tricks day by day

Ayah, bila jumpa member- member yang dah ada anak, antara soalan yang keluar ialah, "Macam mana pengalaman dapat anak? Ada apa- apa tips ke?" The usual answer will be, "Tak payah. Ko tau sendiri je bila masa datang."

Oh well, bila Adi datang, memang terserlah la ke'noob'an Ummi dan Ayah sebagai parents. First time, maa. Walaupun pergi parental class, baca buku parenting, tapi bila praktikal? Tak semua bayi diciptakan sama, ehehe... Nevertheless, as the days increase, Ayah dan Ummi mula belajar sendiri macam mana nak handle Adi.

Siap ada SOP tu. Standard Operating Procedure. Hahah, kata parents dua- dua engineer. Semua nak konkrit dan defined siap- siap. Ni pun, dengan adanya orang- orang lama (read: Opah and jiran- jiran ehe) yang bagitau. It goes, bila Adi menangis:

1) Letak satu jari kita kat mulut Adi. If Adi sucks up the finger, it means dia haus, nak minum susu.
     i. Ummi bagi susu badan. Atau,
     ii. Ayah bancuh susu botol.

Mention pasal susu botol, Ayah masa mula- mula bancuh susu botol, kelam- kabut gak. Macam nak masak guna resipi baru. Berapa air panas? Berapa sudu? Lepas dah biasa, kejap je, alhamdulillah! Takde la yang sesusah disangka. Air panas untuk larutkan tepung, tak nak bagi berketul. Air kosong, untuk kurangkan panas. Susu botol 2 oz, siappp!
 
2) Try burping Adi. Letak kat bahu, urut atau tepuk- tepuk belakang Adi. Bagi angin keluar.

Pasal burping Adi, ayah tak berapa pandai. Selalu Ummi yang burpkan, takpun Opah. Ummi letak kat riba, atau letak sandar kat bahu, dan urut- urut belakang Adi. Kalau tengok dalam video masa parenting class, lagi la! Baby tu perut atas bahu cenggitu je! Risau eh, Adi punya leher dah stabil ke, kalau nak buat macam tu.

3) Check bedungnya OK ke tak. Kalau tak, bedung balik.

Adi, kalau bedung ("kalau" pulak, memang selalu berbedung pun!), selalunya lepas beberapa ketika, sebelah tangan dah ada kat luar bedung. Tunggu tak lama lagi, dua- dua tangan ada kat luar, hahaha! Sihat dan kuat, tak payah tunggu Milo!

4) Last sekali, letakkan hidung di punggung Adi. Kalau ada bau, check poopie le.

Dulu- dulu, ni antara last resort. Sebab apa? Adi, once dah bukak barut dan lampin, siren bukan main lagi berbunyi! Tapi, tu dulu la, sekarang Ayah dan Ummi dah tau trick tak nak bagi siren berbunyi. Feed Adi banyak- banyak biar kenyang before bukak lampin. Hehehe...

So far, setakat rencana ini ditulis (ahaha!), prosedur di atas agak berkesan. Tapi, takde lah fixed 100%. As Adi grows up, Ayah dan Ummi pun makin banyak "sampling" untuk detect behavior and what happens to Adi actually. Ye lah, baby kan. Mana ada cara lain untuk bagitau kita, other than menangis.

Sleeping pattern pun kena belajar gak. Adi, lately, banyak tidur siang. Malam, tak berapa nak tidur. On off, on off. Nak sahur tu, baru la tidur. So, sekarang ni, apa procedures yang baru Ayah dan Ummi nak try? Ummi, lepas maghrib, tidur, curi masa tidur sebanyak mungkin, wake up either bila Adi dah bangun malam tu (kadang- kadang 9, kadang kadang 10. Take 1- 2 hour time untuk tidur balik.) atau dekat- dekat tengah malam (kena kejutkan Adi, nanti kosong pulak perut).

Kesian Ummi berjaga (tapi agaknya dah expected kot, sebab semua kawan- kawan yang dah jadi mak bapak, wishes yang paling popular ialah: Selamat Berjaga Malam!). Ayah bangun bancuh susu je. Nak tolong pun, Ayah esok paginya driving. Sejam lebih nak sampai opis. Hot FM AM crew la yang temankan tak bagi ngantuk.

Takpe, lepas ni insya Allah, things are getting better. Kan Adi kan?

Ummi: Sori la, tahun ni takde gift untuk birthday Ayah.
Ayah: Takpe, I got Adi for a birthday present. I can't wish for anything better than that.

p.s.: Malam ni, umur Adi masuk 2 minggu insya Allah. Lega, jaundice dah hilang.

Thursday, September 3, 2009

Ada apa dengan nama Adi?

Bila Ummi dan Ayah decide nama Adi, ramai orang tanya mana dapat atau apa maksud. Ada jugak yang dapat teka. Inilah riwayat hidup sahabat Nabi SAW, Adi bin Hatim RA. Harap- harap Adi dapat contohi sifat- sifat dan akhlak Adi RA:

-          Anak kepada Hatim Ta’i (pronounced To-e). Hatim Ta’i, ialah seorang pemimpin kaum Tai di Yaman, sebelum kedatangan Islam. Hatim Ta’i sangat terkenal kerana sifat pemurahnya sehinggakan wujud pepatah Arab, “Lebih pemurah dari Hatim”. Kaum Ta’i menganut Kristian sebelum kedatangan Islam.
-          Diangkat menjadi pemimpin kaumnya setelah ayahnya (Hatim) meninggal dunia, sebelum kedatangan Islam.
-          Melarikan diri dari kampungnya selepas Hijrah, apabila khabar tiba yang Nabi SAW bersabda bahawa satu hari nanti Adi RA akan masuk Islam di tangannya.
-          Membawa keluarganya bersama, tetapi terlupa dan tertinggal adik perempuannya, Safana RA (belum Islam ketika itu).
-          Safana RA dan baki kaum Ta’i ditangkap para sahabat RA dan dibawa ke Madinah bertemu Nabi SAW.
-          Nabi SAW membebaskan Safana RA selepas Safana RA memberitahunya tentang sifat- sifat mulia ayahnya Hatim Ta’i.
-          Nabi SAW membebaskan baki kaum Ta’i selepas dirayu oleh Safana RA.
-          Safana RA pergi bertemu Adi RA dan menceritakan layanan baik dari Nabi SAW dan para sahabat RA.
-          Adi RA pergi bertemu Nabi SAW, dan selepas beberapa ketika berbual dan tertarik dengan akklaq Nabi SAW, masuk Islam.
-          Terlibat dalam ekspedisi ketenteraan di Iraq dan Syria semasa pemerintahan Abu Bakar dan Umar RA.
-          Menjauhkan diri daripada politik semasa pemerintahan Usman RA.
-          Kembali untuk mempertahankan Ali RA semasa pemerintahannya.
-          Sebelah matanya buta dan tercedera dalam Perang Jamal.
-          Berpindah ke Kufa selepas Ali RA meninggal.
-          Meriwayatkan 66 hadis.
-          Turut bersikap pemurah seperti ayahnya, kepada manusia dan haiwan:
i.                     Satu hari, seorang datang untuk meminjam beberapa kawah memasak daripadanya. Adi RA telah menghantar semua kawah tersebut berisi dengan makanan. Adi RA berkata, “Aku tak biasa memberi kawah yang kosong kepada sesiapa.”
ii.                   Dikatakan pernah menabur serbuk gandum di lubang- lubang semut untuk memberi makan.
-          Meninggal pada tahun 67 Hijrah, pada umur 120 tahun.

Sumber: http://books.google.com.my/books?id=jV9SlVbz94wC&pg=PA93&lpg=PA93&dq=adi+bin+hatim&source=bl&ots=u7nBKQcuGY&sig=pXZjdtlAJlGXfA7qJLnvvZTBsQQ&hl=en&ei=_iafSqvBHsydkAX0m5XlDw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=5#v=onepage&q=adi%20bin%20hatim&f=false

Keluar wad, masuk wad, keluar balik...

Tengahari Jumaat, Adi dengan Ummi dah keluar wad.

Petang Sabtu, Adi mula menangis tak henti- henti. Menangis, bagi susu, check poopie, dodoi, tidur kejap. Pastu menangis balik. 2, 3 orang datang baca doa / jampi. Air zam-zam, air hajat, air yasin. Sampai malam pukul 2.30 pagi, Adi tidur lepas minum susu botol.

Esok pagi Ahad tu, Adi ok sikit. Orang datang tengok Adi pun ramai. Pakcik Helmi (suami Nde Aida), Auntie Mastura (isteri Ami Khairul), Nde Nina, dan sepupu Adi, Isya pun ada!

Lepas Asar tu, Adi mula menangis balik, macam semalam. Badan pun nampak kuning. Petang tu sebelum berbuka, Ummi dengan Adi, Ayah, dengan Ucu Miza pergi ke hospital. Hospital tak ramai orang, hari minggu dan sehari sebelum Merdeka. Doktor suruh masuk wad. Ayah dengan Ummi pun masuk wad, tunggu Adi. Malam tu, Adi dengan Ummi dan Ayah jerit "Merdeka!" kat wad, sambil tengok TV.

Pagi esok tu, amik darah Adi. Reading kekuningan 328. Tinggi dan kena letak bawah phototerapy. Adi pun mula berjemur. Ayah dengan Ummi duduk di wad. Ummi perah- perah susu nak bagi Adi minum. Ayah tolong Ummi apa- apa yang patut. Rasa macam duduk hotel pun ada hahaha!

Isnin, reading Adi jatuh ke 205. Alhamdulillah. Doktor tahan lagi 1 hari, bagi betul- betul turun. Range yang selamat, 17 hingga 180. Adi ada kawan dalam bilik berjemur. Chinese baby, masuk awal 1 malam dari Adi. Parents kawan Adi tak duduk di hospital macam parents Adi. Doktor bagitau kawan Adi dah turun reading ke 142, dah boleh balik esok (Selasa). Harap- harap Adi boleh balik Rabu.

Aktiviti Ummi dan Ayah di hospital, tidur, bangun, perah susu, tengok TV, bagi Adi minum, tenangkan Adi biar boleh tidur, hantar pergi tempat berjemur, pergi pasar Ramadan kat depan hospital, bukak puasa, tengok TV, tidur. Bunyi macam rileks, tapi hectic jugak. Selalu kena tenangkan Adi. Alhamdulillah, malam- malam nurse- nurse tolong tengok dan feed dengan susu botol dan susu perah. Tiap kali Ummi dan Ayah rehat di bilik, bila dengar ada baby menangis, Ayah pergi tengok Adi ke kawan Adi yang menangis.

Rabu, reading Adi dah turun 157. Alhamdulillah, doktor bagitau boleh balik.

Friday, August 28, 2009

Adi: The Prequel

SHAH ALAM, 27 Ogos - Masa bersahur tu, Norhayati (memang nama sebenar), a.k.a Yat, 27, bagitau dah yang dia mula rasa sakit- sakit, datang dan pergi, every 5 min. Mak kata, tu maybe sakit nak bersalin le tu. Contractions le tu. Contractions occur at intervals, and the intervals become much shorter as it approaches the labour time.

Semalamnye pun, Yat ada jumpa lendir keluar (which is also a sign) masa dalam toilet. Still 2 weeks away dari scheduled due date, tapi Mak kata, Mak mengandungkan arwah Ayong (abang Yat) dulupun awal 2 minggu gak.

So, Aje dengan Yat pun plan la nak pegi SMC lepas subuh. Subuh di surau, lepas salam, Aje terus balik (x duduk pun regular daily taklim lepas Subuh).

Pakai baju uniform siap- siap nak gi keje, kot- kot la lambat lagi nak admit. Sampai SMC, main counter pun tak bukak lagi. Pukul 7 lebih kot masa tu. Kena gi emergency ward / poliklinik dalam SMC tu sendiri yang bukak 24 jam. Yat naik atas, nurse check kat labour room dah berapa banyak opening.

1 cm je. So, nak admit ke tak nih? Nurse call Dr. Bahiah (waktu keje SMC start 9 pagi), doktor suruh admit jugak dalam wad, untuk tunggu. Elok jugak, takkan nak balik rumah dulu, lepas tu datang balik. Klang Shah Alam ikut jalan Connaught bridge pun 20-30 min jugak. Dalam keta tadi pun, berkerut2- kerut dah Yat tahan contractions. Cakap pun, takde respon. Ada orang kata, macam senggugut, tapi berkali- kali ganda. Pompuan- pompuan je la yang tahu.

Admit dalam wad, nak mintak single bed (insurans cover, so mintak le kan hehe), tapi single bed semua dah penuh. Duduk la di double room. Tak kisah pasal 'perks' sangat pun, sebab the big difference is, single bed suami/relatives bole tunggu 24 jam, where as double room sampai 9 malam je bole tunggu.

Balik dulu rumah, amik Quran, air bunga Siti Fatimah (Mak dah ready rendam pagi tadi). Bawak Mak sekali.
Tunggu la di ward sampai 11 pagi, masuk labour room balik, dah 3 cm. Mak tunggu di waiting lounge di luar, sebab SMC bagi husband je masuk labour room. Ikutnya, 1 cm 1 jam la kan. Terpikir, kalau gitu, nak tunggu 10 cm, mau dekat- dekat Maghrib baru beranak. Yat dok tahan sakit, kesian tengok.

Nurse offer 3 things utk reduce pain: 1)Nitrous oxide, boleh amik bila2 masa sakit. 2) Pethadine (btui ke eja? Ntah..), injection utk kurangkan rasa sakit, tapi depends atas patient, ada yg berkesan ada yang tak. 3) Epidural, lebih kurang masukkan drug ke dalam cecair kat tulang belakang, patient takkan rasa sakit. Tapi tak sesuai amik dekat- dekat sangat, nanti tak sempat nak effect.

Ambil nitrous oxide masa contractions. Ada kesan tak? Yat cakap takde pun. Sama je sakitnya. Yat pilih, amik pethadine dulu. Ambil pethadine, tak ada kesan sangat. Masih lagi rasa sakit. Sampai dekat pukul 1, dah 5 cm. Yat nak try epidural, tapi doktor kata, nanti dulu sebab sesetengah patient bila inject pathedine, bukaan tu lagi cepat. Lagipun, bukaan dah makin cepat, bukan 1 cm 1 jam lagi.

Tunggu jap, lepas beberapa lama, masih lagi 5 cm. Mintak epidural, this time doktor kata ok, bole amik. Caj RM1k lebih, tapi then again, insurance cover dah. Datang la doktor anaestisia (doktor bius), explain- explain. Kena sign agreement dulu. Risau gak pasal risiko, ye lah tulang belakang kan. (Nurse cerita, labour room sebelah, isteri 2.5 cm dari pagi semalam, tak tahan sakit, nak amik epidural, tapi husband tak bagi pasal risiko- risiko ni la. Satu hari tu tahan sakit, camna la nasib. Last- last, hari tu doktor gi slow talk dengan husband, baru husband bagi. Kesian isteri dia.)

Doktor cucuk belakang. Husband kena tolong support belakang, pasal isteri kena bongkok, senang doktor nak cari gap antara tulang belakang tu. Masa tu, kalau contractions datang, tahan je la, sebab doktor nak cucuk kena aim betul- betul.

Waktu Zuhur gitu, Yat dah tak sakit- sakit lagi dah. Muka pun bahagia dah, hehe. Masih lagi di labour room. Lepas Zuhur, Abah dengan Miza datang. Kena tunggu di waiting lounge jugak.

By 3.45 petang, nurse datang check. (Dah nurse lain, shift tukar pukul 2 petang.) Nurse tanya dah kencing belum. Yat kata, belum. Tak terasa nak kencing ke? Tak. Tapi bila nurse tengok G-area, macam kembung. Jangan- jangan pundi kencing penuh, tapi tak terasa nak buang sebab dah bius?

Nurse suruh try kencing, tapi tak keluar. Nurse pun bantu, amik tiub, keluarkan manually. Penuh satu tupperware (standard tupperware tau fu fa)! Lepas tu, check opening, dah 10 cm dah.
Sikit- sikit, nurse suruh teran. Berlatih teran, sebab tak rasa apa pun pasal epidural. Sampai la nampak rambut. Rambut lebat. Nurse tanya Aje, nak tengok ke? Erm, takpe lah. Tengok bila baby dah keluar nanti.

Preparation untuk sambut baby di labour room pun mula. Doktor datang. Doktor suruh teran- teran, curi nafas, teran lagi. Lepas beberapa ketika, nampak doktor amik gunting. Bagi luas sikit saluran keluar.
Then, baby popped out. Aje toleh ke jam. 4.23. Terharu. Tak dapat tahan sebak, dan mata mula merah. Nurse ambil Adi dan bersih- bersihkan. Doktor pulak dok uruskan uri keluar.

 
I'm Adi and I approved this message.

Lepas nurse bersihkan, nurse tanya Aje, ni baby apa? Boy. Tengok tag Yat, sama tak dengan tag di baby? Sama. Verbal confirmation. Ada orang cakap, salah satu sebab supaya parents yakin dan takde kes tertukar anak macam zaman dolu- dolu yang kita selalu dengar tu. Timbang, 3.0 kilo. Ok, ayah boleh tengok. Ready untuk azan.

Aje amik baby, pegang dan dekatkan ke mulut. Baru je nak azan, azan Asar berkumandang. Mata Adi terkebil- kebil tengok ayahnya. Aje tak dapat  tahan sebak. Menangis. Malu ke doktor ada kat situ? Menangis, sampai tak dapat nak azan. Lepas lama sikit, baru azan dalam sedu- sedan.

Doktor keluarkan uri. Oh, macam tu ke uri. Nanti kena tanam. Lama jugak doktor jahit guntingan tadi. Lepas tu, latch- on, iaitu proses mak bertemu anak dan cuba menyusukan. Lama jugak tunggu dalam labour room, tak sabar nak keluar. Kesian orang- orang yang tunggu di luar je, dari pagi tadi. Sambil- sambil tu, call la untuk inform Tok Ma di Kelantan, sms mana- mana sedara yang sempat. Dalam 6 petang, dapat la keluar labour room, bertemu Atuk, Opah, dan Mak Su Miza.

Sunday, August 23, 2009

First!

Rak Besar: Eh, ni kat mana ni?

Rak Kecik: Assalamualaikum. Perabut baru nih?

Rak Besar: Mana datang suara tu?

Rak Kecik: Ni, sebelah kanan ko. Ce jenguk bawah sikit.

Rak Besar: Hoh, rak buku boleh bercakap! Serius?

Rak Kecik: Habis tu, ko tu apa?

Rak Besar: Aku kat mana ni? Ko sapa?

Rak Kecik: Aku Rak Kecik. Ko?

Rak Besar: Hahahah! Rak kecik. Cenggitu, aku Rak Besar la.

Rak Kecik: Ye lah. Takat 3 tingkat je tinggi dari aku.

Rak Besar: Ni bilik sapa ni?

Rak Kecik: Bilik Ayah dengan Ummi. Kat Klang.

Rak Besar: Ayah dengan mak ko ke? Hahahah! Rak jugak?

Rak Kecik: Isk, bukan la. Ayah dengan mak untuk baby yang nak datang nanti.

Rak Besar: Baby?

Rak Kecik: Haah, insya Allah September ni. Eh, ko perabut baru kan?

Rak Besar: Ye ah kot. Aku tak ingat pun pernah datang sini.

Rak Kecik: Ni mesti sebab Ayah dengan Ummi nak bagi bilik ni kemas sikit. Buku- buku diorang banyak. Bertindan- tindan atas aku. Ko datang ni, lega sikit aku. Kot idak, gemuk melimpah- limpah. Sekarang kurus je.

Rak Besar: Oo, patut la aku bukak- bukak je mata, terus rasa perut penuh. Dah banyak isi rupanya aku ni. Baby nama apa, weh?

Rak Kecik: Dengar- dengar, diorang nak letak nama Adi.

Rak Besar: Ooo. Adi je? Nama penuh?

Rak Kecik: Syed Adi Ha- eh, ada manusia datang. Senyap- senyap. Kita sambung jap lagi ok. Syy!

Rak Besar: Ok ok.