Pages

Thursday, September 3, 2009

Ada apa dengan nama Adi?

Bila Ummi dan Ayah decide nama Adi, ramai orang tanya mana dapat atau apa maksud. Ada jugak yang dapat teka. Inilah riwayat hidup sahabat Nabi SAW, Adi bin Hatim RA. Harap- harap Adi dapat contohi sifat- sifat dan akhlak Adi RA:

-          Anak kepada Hatim Ta’i (pronounced To-e). Hatim Ta’i, ialah seorang pemimpin kaum Tai di Yaman, sebelum kedatangan Islam. Hatim Ta’i sangat terkenal kerana sifat pemurahnya sehinggakan wujud pepatah Arab, “Lebih pemurah dari Hatim”. Kaum Ta’i menganut Kristian sebelum kedatangan Islam.
-          Diangkat menjadi pemimpin kaumnya setelah ayahnya (Hatim) meninggal dunia, sebelum kedatangan Islam.
-          Melarikan diri dari kampungnya selepas Hijrah, apabila khabar tiba yang Nabi SAW bersabda bahawa satu hari nanti Adi RA akan masuk Islam di tangannya.
-          Membawa keluarganya bersama, tetapi terlupa dan tertinggal adik perempuannya, Safana RA (belum Islam ketika itu).
-          Safana RA dan baki kaum Ta’i ditangkap para sahabat RA dan dibawa ke Madinah bertemu Nabi SAW.
-          Nabi SAW membebaskan Safana RA selepas Safana RA memberitahunya tentang sifat- sifat mulia ayahnya Hatim Ta’i.
-          Nabi SAW membebaskan baki kaum Ta’i selepas dirayu oleh Safana RA.
-          Safana RA pergi bertemu Adi RA dan menceritakan layanan baik dari Nabi SAW dan para sahabat RA.
-          Adi RA pergi bertemu Nabi SAW, dan selepas beberapa ketika berbual dan tertarik dengan akklaq Nabi SAW, masuk Islam.
-          Terlibat dalam ekspedisi ketenteraan di Iraq dan Syria semasa pemerintahan Abu Bakar dan Umar RA.
-          Menjauhkan diri daripada politik semasa pemerintahan Usman RA.
-          Kembali untuk mempertahankan Ali RA semasa pemerintahannya.
-          Sebelah matanya buta dan tercedera dalam Perang Jamal.
-          Berpindah ke Kufa selepas Ali RA meninggal.
-          Meriwayatkan 66 hadis.
-          Turut bersikap pemurah seperti ayahnya, kepada manusia dan haiwan:
i.                     Satu hari, seorang datang untuk meminjam beberapa kawah memasak daripadanya. Adi RA telah menghantar semua kawah tersebut berisi dengan makanan. Adi RA berkata, “Aku tak biasa memberi kawah yang kosong kepada sesiapa.”
ii.                   Dikatakan pernah menabur serbuk gandum di lubang- lubang semut untuk memberi makan.
-          Meninggal pada tahun 67 Hijrah, pada umur 120 tahun.

Sumber: http://books.google.com.my/books?id=jV9SlVbz94wC&pg=PA93&lpg=PA93&dq=adi+bin+hatim&source=bl&ots=u7nBKQcuGY&sig=pXZjdtlAJlGXfA7qJLnvvZTBsQQ&hl=en&ei=_iafSqvBHsydkAX0m5XlDw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=5#v=onepage&q=adi%20bin%20hatim&f=false

No comments: