Pages

Monday, February 1, 2010

Kalau nak dilayan perasaan...

Pagi tadi, hantar Ummi dengan Adi pergi airport. Flight Labuan pukul 7.35 pagi. Kena keluar rumah pukul 4.30 - 4.45 pagi. Ayah bawak kereta tak laju, kena la keluar awal. Nak subuh, nak sarapan lagi.

Ada la beberapa kawan, yang kira 'respek' la "wife hang keja jauh- jauh, boleh bawak anak lagi", "hang dok 'bujang' sengsorang makan sendiri, basuh baju sendiri", "sanggup hang noo, tiap- tiap bulan pi Labuan naik flight" dan macam- macam lagi.

Tipu sangat la, kalau Ayah kata, Ayah tak terasa-hati/pilu/sedih bila membaca blog- blog keluarga yang lain. Weekend, boleh bawak anak isteri jalan- jalan kat taman bunga la, shopping complex la. Maknya pulak, ada yang buat projek masak ni la, projek jahit tu la, untuk anak masing- masing. Cuti umum, satu famili naik kereta, boleh pergi pantai la, balik kampung la, cuba kedai fast food yang baru bukak la. Dan seterusnya.

Balik dari opis, Ayah bukak TV. Pasang kuat- kuat nak bagi rumah bising, walhal pada hakikatnya tetap sunyi sebab takde gelak ketawa dan tangisan Adi. Malam- malam pulak, kalau disuruh pilih, sama ada tidur yang kadang- kala terganggu dengan tangisan Adi diselang-seli pujukan Ummi kepada Adi, dengan tidur yang senang tapi sunyi sepi diselangi bunyi kipas di bilik, Ayah tak perlu fikir dua kali. Ayah pilih tidur yang pertama.

Itulah dunia, adatnya kalau nak dilayan perasaan, sampai bila pun kita takkan belajar bersyukur dengan apa yang ada. Resamnya, tengoklah orang- orang yang lagi 'terkebawah' dari kita. Baru kita sedar dengan apa yang kita dah ada, instead of wishy- washy dengan apa yang kita belum ada.

Ada kawan seorang, cikgu sekolah. Kerja di Seri Kembangan. Isterinya cikgu jugak, di Sabah.
"Habis tu, anak demo dok mano?"
"Anok dok Kelate, mak mertua jago. Ana di KL, isteri di Sabah, anak di Kelate. Cinto Tigo Segi."

Sepupu Ayah, kawin dulu dari Ayah, dapat anak pun, awal dari Ayah. Kerja di Kelantan. Isteri, ustazah J-Qaf di Jerantut. Anak dibawa sekali dengan isteri ke Jerantut.
"Menantu dan cucu tak cuba pindah Kelantan?" Saja Ayah bertanya bapak saudara.
"Baru 3 tahun. Cikgu- cikgu J-Qaf ni kontrak 6 tahun. Kalau apply sekarang pun, tak guna. Memang confirm takkan dapat tukar selagi tak habis 6 tahun tu. Lepas 6 tahun, baru boleh mintak. Tu pun, tengok rezeki lah."

Tu, belum masuk cerita kawan- kawan yang belum ada rezeki mendapat anak lagi.

Dan banyak lagi kisah suami- isteri PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) di luar sana, yang Ayah rasa, jauh lagi mencabar dan bermacam- macam. Dunia globalisasi, orang Malaysia bekerja di mana- mana. Dari seorang jurutera di Siberia, ke jururawat di Dubai, hinggalah penyapu sampah di Perth.

Syukur la, walaupun sekarang ni Ummi dan Adi duduk jauh- jauh dari Ayah, Ayah ada rezeki yang insya Allah cukup nak pergi Labuan 2 kali sebulan. Bayangkan, cikgu- cikgu kita di pedalaman yang dah berkahwin, setahun entah berapa kali jumpa anak.

Sekurang- kurangnya syarikat Ummi kerja, biasa dengan pertukaran staff- staff, dan insya Allah tak perlu menunggu tempoh yang begitu lama, sekurang- kurangnya tidak di atas kertas.

Adi ada dengan Ummi, buat temankan Ummi di Labuan. Dan dengan teknologi sekarang, boleh temankan Ayah dengan telefon ke, dengan webcam ke.

Kalau kita berterima kasih dengan apa yang kita dah ada, insya Allah, Allah akan tambahkan apa yang kita belum ada.

Oh well, insya Allah lagi 10 hari, Ummi dan Adi balik Raya Cina pulak.

2 comments:

portobellamom said...

ayah & ummi adi..
byk2 sabar yer..insyaAllah, ade rezeki korang duduk bersama nanti...:)

Mommy Lyna said...

Kalo dh ada anak lagi terasa kan. Saya masa belum dapat anak je duk jauh2 KL-Miri. Pahtu Allah mudahkan semua senang di tangan Dia.