Pages

Thursday, December 20, 2012

PJJ Labuan, PJJ Jepun

Sekembalinya Ayah ke tanah air, bermulalah era kedua Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ). Ayah dah biasa dah dulu, masa baru kahwin, Ayah di Penang, Ummi di Labuan. Sempat jugak la, dekat 2 tahun kot. Adi pun sempat ke sana 3 – 4 bulan haha.

Tapi, kali ni, lain sikit. Anas pun sudah ada. Adi pun sudah besar. Arrangement yang dibuat ialah, Anas duduk di Klang dengan Atuk dan Opah. Adi duduk la dengan Ayah di rumah Pinggiran. Siang pegi taska, balik kerja, Ayah ambik. Malam, makan la apa yang ada. Kadang- kadang keluar makan, kadang- kadang panaskan lauk Opah bagi, kalau rajin Ayah masak apa-apa yang ringkas. Adi pun dah besar, makin independent, Ayah memang takde masalah setakat ni.


Sabtu pagi, balik Klang, jumpa Anas. November Disember ni cuti sekolah, Atuk dengan Opah memang jadual penuh la, Ayah la tolong tengokkan Adi dan Anas kat rumah kalau tak ikut pegi kenduri. Anas pun dah pandai berjalan sekarang. Selalu menyakat Adi. Geram kot abang dia tak kasi mainan. Ahad malam, balik Pinggiran balik.

Malam- malam Skype-ing dengan Ummi. Webcam zaman Labuan dulu pun dah rosak, Ayah beli baru. Canggih webcam sekarang ye, siap boleh ikut muka kita ke mana kita gerak. Motion detector pun ada kalau nak pakai sebagai CCTV. Sambung kat TV, tu dia muka Ummi sebesar TV.


Ummi pun nama duduk jauh, tapi Alhamdulillah boleh balik at least sekali sebulan. Elaun simpan seminggu, dah bole beli tiket.  Airasia la selalunya, senang, dekat dan murah sebab landing di Haneda, 30 minit je dari Yokohama. MAS landing Narita, 1.5 jam dari Yokohama, pastu train dengan bas pun lagi mahal.

Siang hari pun Ummi dengan Ayah selalu keep in contact guna Skype / email / gTalk. Rasa macam tak duduk jauh sangat la. Bak kata Mok, Tok Ayah pegi Jepun masa Ayah kecik- kecik dulu, nak call pun susah nak buat, sekarang senang Internet ada, phone pun boleh.

Phone pun takde la mahal sangat. Digi IDD baru 50sen seminit kot. SMS pun 50 sen satu. Patut lah di Malaysia tak ramai pakai phonecard, IDD telco murah sangat. Kalau kat US / Jepun, memang kena pakai phonecard sebab landline mahal.

Ummi, asalnya sampai hujung tahun je, pastu extend sampai Februari. Latest, extend sampai Mac. Lama jugak la PJJ ni nampaknya. Nak buat camna, kerja kan., bukan boleh resign. Boleh jugak Ummi kumpul duit. Ada rezeki lebih, satu family boleh pergi tengok bunga sakura before Ummi balik. Ada lebih lagi, boleh pergi umrah tahun depan. 


Ok la, nak sambung kerja.