Pages

Friday, August 28, 2009

Adi: The Prequel

SHAH ALAM, 27 Ogos - Masa bersahur tu, Norhayati (memang nama sebenar), a.k.a Yat, 27, bagitau dah yang dia mula rasa sakit- sakit, datang dan pergi, every 5 min. Mak kata, tu maybe sakit nak bersalin le tu. Contractions le tu. Contractions occur at intervals, and the intervals become much shorter as it approaches the labour time.

Semalamnye pun, Yat ada jumpa lendir keluar (which is also a sign) masa dalam toilet. Still 2 weeks away dari scheduled due date, tapi Mak kata, Mak mengandungkan arwah Ayong (abang Yat) dulupun awal 2 minggu gak.

So, Aje dengan Yat pun plan la nak pegi SMC lepas subuh. Subuh di surau, lepas salam, Aje terus balik (x duduk pun regular daily taklim lepas Subuh).

Pakai baju uniform siap- siap nak gi keje, kot- kot la lambat lagi nak admit. Sampai SMC, main counter pun tak bukak lagi. Pukul 7 lebih kot masa tu. Kena gi emergency ward / poliklinik dalam SMC tu sendiri yang bukak 24 jam. Yat naik atas, nurse check kat labour room dah berapa banyak opening.

1 cm je. So, nak admit ke tak nih? Nurse call Dr. Bahiah (waktu keje SMC start 9 pagi), doktor suruh admit jugak dalam wad, untuk tunggu. Elok jugak, takkan nak balik rumah dulu, lepas tu datang balik. Klang Shah Alam ikut jalan Connaught bridge pun 20-30 min jugak. Dalam keta tadi pun, berkerut2- kerut dah Yat tahan contractions. Cakap pun, takde respon. Ada orang kata, macam senggugut, tapi berkali- kali ganda. Pompuan- pompuan je la yang tahu.

Admit dalam wad, nak mintak single bed (insurans cover, so mintak le kan hehe), tapi single bed semua dah penuh. Duduk la di double room. Tak kisah pasal 'perks' sangat pun, sebab the big difference is, single bed suami/relatives bole tunggu 24 jam, where as double room sampai 9 malam je bole tunggu.

Balik dulu rumah, amik Quran, air bunga Siti Fatimah (Mak dah ready rendam pagi tadi). Bawak Mak sekali.
Tunggu la di ward sampai 11 pagi, masuk labour room balik, dah 3 cm. Mak tunggu di waiting lounge di luar, sebab SMC bagi husband je masuk labour room. Ikutnya, 1 cm 1 jam la kan. Terpikir, kalau gitu, nak tunggu 10 cm, mau dekat- dekat Maghrib baru beranak. Yat dok tahan sakit, kesian tengok.

Nurse offer 3 things utk reduce pain: 1)Nitrous oxide, boleh amik bila2 masa sakit. 2) Pethadine (btui ke eja? Ntah..), injection utk kurangkan rasa sakit, tapi depends atas patient, ada yg berkesan ada yang tak. 3) Epidural, lebih kurang masukkan drug ke dalam cecair kat tulang belakang, patient takkan rasa sakit. Tapi tak sesuai amik dekat- dekat sangat, nanti tak sempat nak effect.

Ambil nitrous oxide masa contractions. Ada kesan tak? Yat cakap takde pun. Sama je sakitnya. Yat pilih, amik pethadine dulu. Ambil pethadine, tak ada kesan sangat. Masih lagi rasa sakit. Sampai dekat pukul 1, dah 5 cm. Yat nak try epidural, tapi doktor kata, nanti dulu sebab sesetengah patient bila inject pathedine, bukaan tu lagi cepat. Lagipun, bukaan dah makin cepat, bukan 1 cm 1 jam lagi.

Tunggu jap, lepas beberapa lama, masih lagi 5 cm. Mintak epidural, this time doktor kata ok, bole amik. Caj RM1k lebih, tapi then again, insurance cover dah. Datang la doktor anaestisia (doktor bius), explain- explain. Kena sign agreement dulu. Risau gak pasal risiko, ye lah tulang belakang kan. (Nurse cerita, labour room sebelah, isteri 2.5 cm dari pagi semalam, tak tahan sakit, nak amik epidural, tapi husband tak bagi pasal risiko- risiko ni la. Satu hari tu tahan sakit, camna la nasib. Last- last, hari tu doktor gi slow talk dengan husband, baru husband bagi. Kesian isteri dia.)

Doktor cucuk belakang. Husband kena tolong support belakang, pasal isteri kena bongkok, senang doktor nak cari gap antara tulang belakang tu. Masa tu, kalau contractions datang, tahan je la, sebab doktor nak cucuk kena aim betul- betul.

Waktu Zuhur gitu, Yat dah tak sakit- sakit lagi dah. Muka pun bahagia dah, hehe. Masih lagi di labour room. Lepas Zuhur, Abah dengan Miza datang. Kena tunggu di waiting lounge jugak.

By 3.45 petang, nurse datang check. (Dah nurse lain, shift tukar pukul 2 petang.) Nurse tanya dah kencing belum. Yat kata, belum. Tak terasa nak kencing ke? Tak. Tapi bila nurse tengok G-area, macam kembung. Jangan- jangan pundi kencing penuh, tapi tak terasa nak buang sebab dah bius?

Nurse suruh try kencing, tapi tak keluar. Nurse pun bantu, amik tiub, keluarkan manually. Penuh satu tupperware (standard tupperware tau fu fa)! Lepas tu, check opening, dah 10 cm dah.
Sikit- sikit, nurse suruh teran. Berlatih teran, sebab tak rasa apa pun pasal epidural. Sampai la nampak rambut. Rambut lebat. Nurse tanya Aje, nak tengok ke? Erm, takpe lah. Tengok bila baby dah keluar nanti.

Preparation untuk sambut baby di labour room pun mula. Doktor datang. Doktor suruh teran- teran, curi nafas, teran lagi. Lepas beberapa ketika, nampak doktor amik gunting. Bagi luas sikit saluran keluar.
Then, baby popped out. Aje toleh ke jam. 4.23. Terharu. Tak dapat tahan sebak, dan mata mula merah. Nurse ambil Adi dan bersih- bersihkan. Doktor pulak dok uruskan uri keluar.

 
I'm Adi and I approved this message.

Lepas nurse bersihkan, nurse tanya Aje, ni baby apa? Boy. Tengok tag Yat, sama tak dengan tag di baby? Sama. Verbal confirmation. Ada orang cakap, salah satu sebab supaya parents yakin dan takde kes tertukar anak macam zaman dolu- dolu yang kita selalu dengar tu. Timbang, 3.0 kilo. Ok, ayah boleh tengok. Ready untuk azan.

Aje amik baby, pegang dan dekatkan ke mulut. Baru je nak azan, azan Asar berkumandang. Mata Adi terkebil- kebil tengok ayahnya. Aje tak dapat  tahan sebak. Menangis. Malu ke doktor ada kat situ? Menangis, sampai tak dapat nak azan. Lepas lama sikit, baru azan dalam sedu- sedan.

Doktor keluarkan uri. Oh, macam tu ke uri. Nanti kena tanam. Lama jugak doktor jahit guntingan tadi. Lepas tu, latch- on, iaitu proses mak bertemu anak dan cuba menyusukan. Lama jugak tunggu dalam labour room, tak sabar nak keluar. Kesian orang- orang yang tunggu di luar je, dari pagi tadi. Sambil- sambil tu, call la untuk inform Tok Ma di Kelantan, sms mana- mana sedara yang sempat. Dalam 6 petang, dapat la keluar labour room, bertemu Atuk, Opah, dan Mak Su Miza.

Sunday, August 23, 2009

First!

Rak Besar: Eh, ni kat mana ni?

Rak Kecik: Assalamualaikum. Perabut baru nih?

Rak Besar: Mana datang suara tu?

Rak Kecik: Ni, sebelah kanan ko. Ce jenguk bawah sikit.

Rak Besar: Hoh, rak buku boleh bercakap! Serius?

Rak Kecik: Habis tu, ko tu apa?

Rak Besar: Aku kat mana ni? Ko sapa?

Rak Kecik: Aku Rak Kecik. Ko?

Rak Besar: Hahahah! Rak kecik. Cenggitu, aku Rak Besar la.

Rak Kecik: Ye lah. Takat 3 tingkat je tinggi dari aku.

Rak Besar: Ni bilik sapa ni?

Rak Kecik: Bilik Ayah dengan Ummi. Kat Klang.

Rak Besar: Ayah dengan mak ko ke? Hahahah! Rak jugak?

Rak Kecik: Isk, bukan la. Ayah dengan mak untuk baby yang nak datang nanti.

Rak Besar: Baby?

Rak Kecik: Haah, insya Allah September ni. Eh, ko perabut baru kan?

Rak Besar: Ye ah kot. Aku tak ingat pun pernah datang sini.

Rak Kecik: Ni mesti sebab Ayah dengan Ummi nak bagi bilik ni kemas sikit. Buku- buku diorang banyak. Bertindan- tindan atas aku. Ko datang ni, lega sikit aku. Kot idak, gemuk melimpah- limpah. Sekarang kurus je.

Rak Besar: Oo, patut la aku bukak- bukak je mata, terus rasa perut penuh. Dah banyak isi rupanya aku ni. Baby nama apa, weh?

Rak Kecik: Dengar- dengar, diorang nak letak nama Adi.

Rak Besar: Ooo. Adi je? Nama penuh?

Rak Kecik: Syed Adi Ha- eh, ada manusia datang. Senyap- senyap. Kita sambung jap lagi ok. Syy!

Rak Besar: Ok ok.