Pages

Wednesday, May 26, 2010

Balik KB

Esok 27 Mei. 9 bulan dah Adi. Alhamdulillah, Adi sihat walafiat.

Adi masih lagi belum merangkak, tapi tang punggung tu dah terangkat tinggi- tinggi dah. Bab mengheret dada, memang pakar la. Dari depan TV sampai ke dapur, sampai ke ruang tamu pun boleh.

Mengikut pun dah makin pandai. Tengok Ayah lalu ke, Ummi lalu ke, Opah ke, Atuk ke, kalau tak diangkat, mesti meraung. Satu lagi, Adi suka tengok laptop Ummi. Kalau tak bagi, meraung- raung. Kena tunggu laptop off, baru Adi berhenti.

Makan bubur pun Adi dah selalu. Ummi rajin, masakkan bubur nasi, letak ikan bilis, letak sayur macam kentang ke, carrot ke. Boleh habis semangkuk sekali makan.

Anyway, hari tu balik KB. Ni kali kedua Adi balik. Kali terakhir, masa Raya Haji dulu. Ayah dan Ummi ambik cuti Jumaat dengan Isnin. Ingat nak balik Hari Buruh atau Hari Wesak, tapi tiket termahal sangat, public holiday la katakan. So, buat keputusan balik waktu orang2 lain tak cuti.

**Yeyey, balik kampung!**

Di KB, panas betul. Kemarau. Hujan jarang- jarang sekali. Bukak paip pun, air tersekat- sekat keluar dengan angin. Telaga banyak kering. KL pun panas jugak, tapi at least petang- petang hujan.

Sampainya Jumaat tu, petang tu jugak bawak pegi rumah Tok Su Fadhil kat belakang. Tok Su dengan Mok Soh tak pernah tengok Adi lagi. Raya Haji hari tu, diorang pegi haji. First time la jumpa. Pergi rumah tu pun ada hajat lain, nak botakkan kepala Adi hehe. Tok Su ada mesin gunting rambut tu, terkebil- kebil Adi tengok rambut dia kena potong. Bila dah botakkan, Adi nampak macam lagi 'big boy' dari biasa. Kurang la sikit harapnya kepanasan.

**Sebelum... (tu Abang Adam, dengan Kakak Ijah...pangkat pakcik makcik dengan Adi...)

**Selepas...

Masa di KB, Adi tak berapa nak didukung Mok. Kesian Mok, nak dukung, cucu jerit- jerit. Agaknya Adi tak biasa tengok. Alhamdulillah, hari nak balik tu, baru OK sikit Mok dukung. Dengan Tok Ayah pun lama je Adi tenung. Muka pun maintain serius je, penat Tok Ayah buat muka kelakar. Nde Aida OK sikit boleh dukung Adi, agaknya sebab doctor of family medicine kot, heheh... Abang Arif pulak tengah demam dan batuk- batuk. Tapi, bersungguh- sungguh dia nak main dengan Adi.

Then, 2nd day pegi rumah Opah Su Tupin di Langgar. Ingat nak pegi KB pagi tu, tapi hujan pulak. Bagus jugak, sejuk sikit bumi Kelantan ni. Before Zuhur, pegi rumah Opah Su. Siap dah masak semua tu. Semua ada di rumah, Pak Long Amirul pun cuti semester.

Petang nya tu, pegi seberang. Nak tengok sepupu Adi yang baru, anak Makcik Shawati, umur baru dalam 50 hari kot. Alang- alang boleh tunjuk- tunjuk Adi suasana kampung dengan saudara- saudara yang lain kat situ. Sampai sana, sepupu Adi dah balik ke Perak dah rupanya (mak ayah dua- dua kerja di Perak). Takpe la, jumpa la dengan sedara- mara yang lain.

Ahadnya, Adi pergi KB, temankan Ummi dengan Ayah beli barang- barang pesanan tempat kerja Ummi. Panas jugak, tapi syukur tak jem. Senang cari parking. Tapi, baliknya dari KB tu, Ummi pulak muntah- muntah. Belum waktunya lagi nak tambah adik- beradik Adi, jadi tak tau la sebab apa muntah- muntah. Angin dalam perut kot. Tapi Ma pun muntah- muntah jugak. Alhamdulillah by malam dah OK. Tapi, plan asal nak ke pantai, tunda le ke pagi esok.

Pagi Isninnya gi Pantai Irama. Heheh, sejak kawin, ni la pertama kali Ummi pergi. Padahal, selalu orang- orang kata, rumah KB dekat dengan pantai. Pergi pagi, kedai- kedai baru nak start bukak, orang pun tak ramai lagi di pantai. Duduk makan di gerai, dan tangkap gambar tepi pantai.



Lepas Zuhur, kami pun balik la flight ke KL semula. Kelakar bila tengok Adi tersengih besar tengok kawan seat belakang, baby perempuan lebih kurang baya Adi. Lepas tu, tidur sepanjang- panjang flight, sampai dah ambik beg pun sambung tidur lagi hehe. Sampai rumah, terkejut Opah, Ucu Miza, dengan Atuk tengok Adi dah botak. Ketawa diorang.

Ayah dengan Ummi ingat, lepas ni nak selalu tunjuk gambar Mok dengan Tok Ayah kat Adi, biar Adi biasa. Nak harapkan balik KB, tak selalu sangat. Next pun, maybe Julai. Tapi, Jun ni, Mok, Tok Ayah, dengan Abang Arif turun KL insya Allah. Ada kenduri di Shah Alam, sepupu Ayah kawin. Boleh la jumpa Mok dengan Tok Ayah lagi.

Ok, panjang dah Ayah tulis ni. Later.


**Kami sentiasa mendengar aduan anda haha!**

Monday, May 3, 2010

Adapting to the new surroundings...

Adi turned 8 months, last Tuesday, 27 April 2009. Kesian Ummi, tak sempat nak update blog. Kat ofis, sibuk sesangat dengan tugas baru. Kat rumah pulak, internet tak berapa nak ada.

Adi sekarang dah pandai mengesot ke depan. Selalu diumpan dengan barang mainan, letak jauh- jauh sikit, biar Adi berusaha untuk mengesot ke depan. Tak lama lagi dah nak merangkak dah. Nampak kaki dengan punggung terangkat- angkat macam bunga- bunga nak merangkak.

Berguling tak payah cerita la, Adi memang dah expert. Pantang lepa sikit je mata, dah jauh entah mana- mana. Kitorang sekarang pun tidur bentang tilam atas lantai, tak tidur atas katil dah. Risau sejak Adi dah pandai berguling- guling ni.

Adi pun dah macam banyak akal sekarang. For a boy his age, banyak ekspresi muka yang dia dah pandai buat. Mencebik, sengih, senyum, confuse, banyak lagi. Gigi tak tumbuh lagi, tapi asyik menggigit je apa yang boleh dicapai. Dah pandai mengikut, tengok ada orang berdiri ke, lalu ke, menangis nak ikut. Erm, bukan menangis actually, menjerit / meraung. Adi kurang menangis kan, kan, kan, hehehe...

Rutin seharian dah banyak berubah. Pukul 5.30 - 5.45, Ummi kena bangun mandi, solat, sambil Ayah (tidur dan) tengokkan Adi. Lepas Ummi abis solat, Ayah pulak bangun mandi dan solat. Adi selalu tidur sepanjang the process, tapi selalu elok- elok je Ayah dengan Ummi nak masuk kereta, Adi bangun. Kadang- kadang ada jugak Adi tidur sampai lepas Ummi dengan Ayah dah bertolak.

Dalam 6.30 - 6.40, dah kena ada atas kereta dah. Kena awal sebab Ummi masuk pejabat sebelum pukul 8. Selalu 7.30 - 7.45 sampai la di opis. Lepas drop Ummi, Ayah sambung la drive ke opis Ayah. Selalu sampai awal, dalam 8 - 8.15. Punya la awal, cleaner pun kadang- kadang tak sampai lagi.

Petang- petang lepas kerja, dalam 5.30 - 6, Ummi pun naik la LRT ke Wangsa Maju, Ayah pick-up dan balik lah ke Klang. Tengok jem ke tak, kadang- kadang, belum Maghrib lagi dah sampai, kadang- kadang dah Isyak baru sampai pun ada.

Keluar rumah Subuh pun tak habis lagi, balik dekat- dekat Maghrib. Memang hectic sikit. Tapi, on the bright side, dah jarang dah ke airport. Weekend dah boleh plan macam- macam, tak payah pikir nak berkemas balik ke Labuan / KL. Tak payah selalu tengok website Ai*asia untuk tiket murah ke Labuan. Tak payah tidur sorang- sorang dah. Balik kerja penat, moody dan tension, tapi tengok gelagat Adi, terus hilang penat dan tak jadi marah.

Kereta Ummi dari Labuan dah sampai. Barang- barang pun dah sampai. Terus letak kat rumah baru. First time, Adi pergi rumah baru. Ayah mula- mula risau jugak, takut Adi menangis ke apa kan, sebab rumah baru. Tapi, alhamdulillah, Adi biasa- biasa je. Meragam pun kalau nak tidur, nak minum, takde apa- apa yang lain.

Cuti hari Buruh hari tu, Adi first time jugak pergi Banting, rumah Tok Mat (sepupu Opah) dengan rumah Tok Som (adik Tok Ayah). Ada tahlil arwah. Ramai yang baru tahu yang Adi dengan Ummi dah pindah permanently ke KL. Tak sempat bagitau, sebab baru je lagi pun kan. Setel satu rumah, rumah Tok Mun kat Kerling je lagi yang 'hutang' dalam adik- beradik Tok Ayah ni.

Insya Allah, paling awal, Julai baru masuk rumah baru hehe.