Pages

Monday, May 3, 2010

Adapting to the new surroundings...

Adi turned 8 months, last Tuesday, 27 April 2009. Kesian Ummi, tak sempat nak update blog. Kat ofis, sibuk sesangat dengan tugas baru. Kat rumah pulak, internet tak berapa nak ada.

Adi sekarang dah pandai mengesot ke depan. Selalu diumpan dengan barang mainan, letak jauh- jauh sikit, biar Adi berusaha untuk mengesot ke depan. Tak lama lagi dah nak merangkak dah. Nampak kaki dengan punggung terangkat- angkat macam bunga- bunga nak merangkak.

Berguling tak payah cerita la, Adi memang dah expert. Pantang lepa sikit je mata, dah jauh entah mana- mana. Kitorang sekarang pun tidur bentang tilam atas lantai, tak tidur atas katil dah. Risau sejak Adi dah pandai berguling- guling ni.

Adi pun dah macam banyak akal sekarang. For a boy his age, banyak ekspresi muka yang dia dah pandai buat. Mencebik, sengih, senyum, confuse, banyak lagi. Gigi tak tumbuh lagi, tapi asyik menggigit je apa yang boleh dicapai. Dah pandai mengikut, tengok ada orang berdiri ke, lalu ke, menangis nak ikut. Erm, bukan menangis actually, menjerit / meraung. Adi kurang menangis kan, kan, kan, hehehe...

Rutin seharian dah banyak berubah. Pukul 5.30 - 5.45, Ummi kena bangun mandi, solat, sambil Ayah (tidur dan) tengokkan Adi. Lepas Ummi abis solat, Ayah pulak bangun mandi dan solat. Adi selalu tidur sepanjang the process, tapi selalu elok- elok je Ayah dengan Ummi nak masuk kereta, Adi bangun. Kadang- kadang ada jugak Adi tidur sampai lepas Ummi dengan Ayah dah bertolak.

Dalam 6.30 - 6.40, dah kena ada atas kereta dah. Kena awal sebab Ummi masuk pejabat sebelum pukul 8. Selalu 7.30 - 7.45 sampai la di opis. Lepas drop Ummi, Ayah sambung la drive ke opis Ayah. Selalu sampai awal, dalam 8 - 8.15. Punya la awal, cleaner pun kadang- kadang tak sampai lagi.

Petang- petang lepas kerja, dalam 5.30 - 6, Ummi pun naik la LRT ke Wangsa Maju, Ayah pick-up dan balik lah ke Klang. Tengok jem ke tak, kadang- kadang, belum Maghrib lagi dah sampai, kadang- kadang dah Isyak baru sampai pun ada.

Keluar rumah Subuh pun tak habis lagi, balik dekat- dekat Maghrib. Memang hectic sikit. Tapi, on the bright side, dah jarang dah ke airport. Weekend dah boleh plan macam- macam, tak payah pikir nak berkemas balik ke Labuan / KL. Tak payah selalu tengok website Ai*asia untuk tiket murah ke Labuan. Tak payah tidur sorang- sorang dah. Balik kerja penat, moody dan tension, tapi tengok gelagat Adi, terus hilang penat dan tak jadi marah.

Kereta Ummi dari Labuan dah sampai. Barang- barang pun dah sampai. Terus letak kat rumah baru. First time, Adi pergi rumah baru. Ayah mula- mula risau jugak, takut Adi menangis ke apa kan, sebab rumah baru. Tapi, alhamdulillah, Adi biasa- biasa je. Meragam pun kalau nak tidur, nak minum, takde apa- apa yang lain.

Cuti hari Buruh hari tu, Adi first time jugak pergi Banting, rumah Tok Mat (sepupu Opah) dengan rumah Tok Som (adik Tok Ayah). Ada tahlil arwah. Ramai yang baru tahu yang Adi dengan Ummi dah pindah permanently ke KL. Tak sempat bagitau, sebab baru je lagi pun kan. Setel satu rumah, rumah Tok Mun kat Kerling je lagi yang 'hutang' dalam adik- beradik Tok Ayah ni.

Insya Allah, paling awal, Julai baru masuk rumah baru hehe.

No comments: