Pages

Sunday, May 19, 2013

Hari kedua - Ueno, As-Salam, Ameyokocho, Saizeriya


Jadinya, lepas keluar dari Shinagawa Prince Hotel tu, tengok hari dah cerah. Alang2 dah cerah, Ummi ajak gi Ueno Park, yang pagi tadi kensel tak jadi pegi asalnya. Berkejar la ke Ueno hehe sebab dah petang. Kalau lewat sangat, kamera kitorang ni malam tak berapa nampak. Rabun ayam keh keh keh. Naik Yamanote line balik sampai Ueno-eki. Jalan sikit dah sampai kat Ueno Park.

Sampai sana, angin kuat bertiup, dah nak Maghrib pun. Tangkap gambar belasah saja, ada la yang clear, ada yang tidak. Tapi orang ramai ada lagi, macam baru nak mula piknik, attire macam baru balik kerja. Team outing kot, dengan booze arak segala. Ummi kata Ueno Park ni free dan boleh bawak arak. Kalau Shinjuku Park, kena bayar dan arak tak bole masuk.


Malam makin gelap, Adi dengan Anas, muka telinga semua dah sejuk. So, Ummi ajak gi minum kat Starbucks Ueno Park. Boleh check internet direction ke masjid Ueno sekali. Lapik perut dengan potato chips sebab kek Starbucks tak tau mana yang bole makan, bila tanya waiter vegetarian ke, dia kata tak. Minum, tengok jam, macam tak sempat nak gerak ke masjid, nak kena cari lagi. Sekali lagi, berteksi- teksian la kami dari Ueno station tu.

Haha memang senang naik teksi kalau ada address. Betul2 depan masjid, teksi berenti. Tak jauh pun dari Ameyokocho dengan Okachimachi station. Ayah dari dulu lagi nak cari Masjid As-Salam ni, tapi masa first trip dulu, tak berkesempatan, walaupun tak jauh dari Ameyokocho. Adi follow Ayah, Anas follow Ummi. Solat maghrib, pastu waktu Isyak sekali. Lepas tu, baru tau yang Anas menangis dan meragam, takut kena tinggal sorang2 masa Ummi solat. Haha lepas tu, kalau berenti solat mana2, Anas dengan Adi dua2 ikut Ummi, so that Anas berteman. Hai macam2 kerenah.

Masjid ni sebelahnya pusat komuniti masyarakat Sri Lanka. Nampak kat plaq perasmian masjid, duta Sri Lanka datang rasmikan. Nama Ustaz Hussain Yee pun ada, tetamu agaknya. Masa solat Isyak tu, nampak la jemaah quite diverse, Sri Lankan, Arab, Japanese asal pun ada sorang dua. Nak detail, ada website http://www.as-salaam.org/


Selesai solat, kitorang jalan kaki melalui Ameyokocho. Ingat nak cari kedai pakaian, nak belikan sarung tangan untuk Adi dengan Anas ni, tapi kedai2 dah banyak tutup. Pasar ni bukak siang, dalam 8 malam tu dah mula tutup. Takpelah, pergi naik tren balik je lah. Senang Ameyokocho ni, sandwiched antara Ueno station dengan Okachimachi station dalam Yamanote line yang sama.

Direction dari Okachimachi station ke Masjid Ueno
Balik tu kepenatan, Ummi suggests makan kat Saizeriya kat basement hotel, supaya balik hotel bole terus rehat tak payah masak. Ok jugak tuh. Saizeriya ni chain restaurants yang ala2 Pizza Hut gitu, serves Italian food, memang banyak la kat Jepun. Ayah dapat tau boleh makan pun, check dari Internet. Tapi tak semua menu la. Menu macam pizza keju, pizza ikan, etc. Kagum jugak, kat sini, eating joints kat basement hotel pun boleh laku dan ramai orang. Kalau kat Malaysia, even kedai kat ground floor tepi jalan pun tak tentu, tingkat dua tingkat tiga dalam bangunan apatah lagi la. Agaknya culture masyarakat sini kot, lepas kerja, eating out dengan colleagues before balik rumah. Takpun, sebab memang tak cukup tanah, sewa ground floor mahal, kedai banyak bukak tingkat 2 tingkat 3 pun boleh tarik pelanggan.

Balik hotel, rehat betul- betul. Kena bersedia untuk esok. Esok adalah hari yang dijangkakan amat memenatkan - Disneyland!

No comments: