Pages

Monday, March 1, 2010

6 months old Adi

27 Feb 2010. Sehari sebelum tamatnya bulan Februari. Sehari selepas Maulidur Rasul. Sehari sebelum Menteri Wilayah Persekutuan datang ke Labuan. Ayah went to Labuan. Adi is 6 months old!

Adi dah pandai bergambar. Bila hala kamera, kadang- kadang confuse, tapi lepas tu akan senyum. Gambar pasport pun OK.


Senyuman Adi memang priceless, terutamanya untuk orang- orang yang berjauhan.

Lepas tu, selalu sibuk nak berdiri. Merangkak pun belum boleh lagi.


Dr. Ho dah cadang boleh bagi Adi belajar- belajar makan bubur ke, buah- buah lecek ke. Untuk membiasakan diri, sebab selalunya bayi- bayi akan luahkan balik. Tapi, tidak untuk Adi. Bubur yang disuap selalu perfect score. Takde satu pun luah balik. Tapi, baru bubur je la, kepak ayam Labuan tak boleh. Tu untuk perut Ayah.

Badan Adi pulak panas- panas. Sapa- sapa yang pegang, mesti terasa. Tapi Adi nampak happy je, kita pulak yang risau takut- takut demam. Bila check termometer, 36++, tak pernah lebih 37. Nak sejukkan sikit, tampal la Kool Fever tu.


Mac ni, insya Allah Adi nak pergi tengok - tengok Brunei, dengan Mok dan Tok Ayah sekali. Tu yang kena buat pasport tu. Ayah dengan Ummi, penat cari jadual feri Labuan ni, tak pernah- pernah jumpa yang latest dalam Internet. Yang ada, website yang entah zaman bila 'updated' entah. Ni Ayah upload kat sini, jadual latest. Ferry schedules from Brunei to Labuan. Ferry schedules from Labuan to Brunei. Ferry schedules from Labuan to Kota Kinabalu, Limbang, dan Lawas. Ambik ko Google, biar senang sikit web-crawler Google jumpa jadual ni.


Hopefully, the next 10 days will pass quickly. Look forward for Adi and Ummi.

No comments: