Pages

Monday, November 15, 2010

saje menerai orang Jepun makan

Entah teringin lepas baca papers Berita Harian pasal ada restoran Jepun yang orang Melayu kendalikan, Ayah pun teringin la nak mencuba...Ayah memang genetik bab- bab mencuba tempat baru nih...dapat dari Tuk Ayah hehe... restoran Oshima ni kat Seksyen 26, tengah2 kawasan kilang...ingat nak bawak Ma Abah pergi makan, masa kenduri Rawang itu hari, tapi dok sesat cari tak jumpa...2nd time dah tengok Google Maps, tutup pulak sebab hari Ahad…agaknya sebab kawasan kilang, bukak Ahad pun entah ada orang datang makan ke tak…tapi kenapa bukak kat kawasan kilang? Jangan- jangan dia target yang customers dia management2 kilang- kilang sekeliling tu kot, nak- nak pulak kalau ada orang Jepun…

Pergi kali ke-3, baru bukak…pagi tu, dah pergi tengok taska nak hantar Adi sebenarnya…Taska Sinar Harliza…Sabtu pun bukak sampai pukul 2 petang…Isnin- Jumaat boleh hantar 6 pagi – 7 petang…satu lorong je beza dengan rumah kita…owner rumah asal tu rekemen kata OK..harap2 OK la…takkan nak harapkan Opah jaga je…kalau sempat, ingat Disember ni nak hantar la sekali sekala… nak biasakan diri once dah pindah hujung Disember tu nanti insya Allah..Adi pun senyum je tengok kawan- kawan dia kat nurseri tu…

Anyway, berbalik kepada topik kita hari ini, standard harga memang macam restoran Jepun la…kena bajet sorang makan at least RM30 – 50 memang tak lari…Ummi tak tau nak order, Ayah pun takde la reti sangat…tapi tau jugak sikit2 berkat menonton drama- drama Jepun macam Shota no Sushi…tu yang dapat tau tu, yang dalam Japanese food ni, selalu include mirin wine dengan sake (arak beras)…restoran Oshima ni tak include, sebab owner dia nak usahakan restoran Jepun yang halal…belum ada logo halal Jakim, tapi I read somewhere they’re working on it…owner Melayu, nak dipikirkan, makcik jual kuih kat belakang rumah Opah ni pun takde logo halal Jakim…

So, Ummi order bende ni…gapo nama dia eh, jap nak bukak website…haa jangan, ada website restoran ni…google Restoran Oshima...

Ummi: Gekikara Ramen (macam mee masak tomyam je)
Ayah: Unagi Don, served with miso soup (alah, keli masak kicap…senang cerita..)
Adi: Chicken Katsu…fillet ayam potong- potong..Katsu tu ‘cuts’ kot?
Air: Order air kosong dengan lemon tea je...laki bini tengah batuk...
Extra: California roll dengan Inari.

Tunggu la order kitorang sampai…tak ramai pun, ada la 3- 4 family masa tu, campur kitorang… Ummi kata, kereta2 kat luar restoran tu semua gempak2...BMW, Mers...haha tu baru bawak Altis Ummi tu...belum bawak Iswara Dafy Ayah lagi hehe... Adi pulak dah suka nak merangkak sana, merangkak sini... Tengok- tengok bila order Ummi sampai, eh macam lain...lain dari gambar kot..that’s what we thought...Ummi pun balun dulu, biar Ayah layan Adi...lepas tu order- order lain sampai...

tengah makan tu, datang la order Ummi yang sebenar...rupanya waiter tu tertukar (waiter tu Japanese rasanya)...tapi Malay manager tu (manager kot?) baik je tanya elok2...ye encik, ada masalah ke...then dia kata, takpe, kalau encik tak nak ni, kita charge utk yang Ummi dah makan tu...so, kitorang amik yang Ummi makan tu je la..Gyu Niku Ramen...haha layanan kena elok la kan, bayar mahal...kalau mamak, lain la...kita order A dia bagi C...

Ended up, tak habis makan pun...california roll tinggal la ada 4 ketul, dengan fillet ayam Adi tu...dia sibuk dok main je, pastu Ummi pun ada suap2 ayam yang dalam ramen Ummi... Ayah kenyang la makan nasi lauk keli masak kicap...lepas tu makan sushi lagi...bungkus la tapau yang tak habis tu, bawak balik rumah...

Overall, ok la...since Ayah dengan Ummi pun tak reti makan, saja nak menerai je...asyik beli sushi kat Tesco je, yang RM5 – 6 tu...harga memang mahal la, bunuh diri nak makan selalu sini, especially untuk Ayah yang jenis agak cheapskate nih haha.. takde keje nak spend banyak macam tu untuk makan selalu..kalau pergi warung, dah boleh makan 2- 3 hari tu silap2...tapi kalau betul- betul special occasion, boleh la....yang penting sekali, insya Allah halal... bila pikir tu yang penting...boleh jugak support usahawan bumiputera kan...

Ok la, dah nak Maghrib...Ayah nak solat, and then balik...kena redah la hujan ni nampaknya...wassalam.

No comments: