Pages

Wednesday, January 4, 2012

Ummi dan birthday

Hari ni birthday Ummi. Dah masuk 30 tahun dah. Ayah belum lagi, hehe sebab bulan 9.

Everytime birthday Ummi datang je, Ayah tak tau nak beli apa. Nak makan kat mana. Hadiah apa nak bagi.

So, malam tadi gamble je lah. Cari makan kat mana eh. Apa tempat paling mahal nak makan? Kunun kununnya hotel la. Hotel paling dekat dengan rumah, dan paling confirm halal, mana lagi, De Palma le. Seksyen 19 dekat je. Tak sampai 10 min dah bole sampai haha.

Tahukah anda, De Palma Hotel adalah antara satu- satunya (ke memang satu- satunya?) hotel yang ada solat Jumaat? Dan setiap waktu Zuhur, ada kuliah dari ustaz jemputan?

Hehe sempat iklan kejap. So, kitorang pun pergi le, restoran di hotel tu. Noob jugak nih, sebab tak pernah makan di restoran hotel unless memang menginap di situ. Bangkok Restaurant, Thai Cuisine. Hahah pegi hotel pun, makan tomyam jugak last2. Itu la perkara pertama terfikir.

Mula- mula sampai tadi, eh macam takde orang je restoran ni. Tapi bagus jugak, boleh lepas je Adi lari merata. Kena pulak restoran tu bertutup, bukan open area (actually ada open area untuk smokers, tapi kat luar le), lagi la boleh biar je Adi lari- lari haha.

Bila tanya, manager tu cakap, weekdays memang lapang macam ni. Jumaat dengan weekend je yang selalu ramai. Ye lah, hotel dalam bandar kan, kedai makan merata keliling. Yang check-in hotel pun makan luar agaknya.

Emph lepas tu bila nak order, amekaw banyaknya menu sampai overwhelmed. Satu lagi, sebab dia tulis dengan bahasa Siam sekali. Banyak eh nak baca. Last- last order something yang nama grand tapi actually kari kambing (tapi sedap!), lepas tu Ayah pulak layan udang tempura. Untuk Adi, belikan appetizer apa tah yang combo semua, ada wantan, ada udang, ada ayam. Air order banana blended, dengan Nescafe panas.

Birthday mom. (dah 30, nak panggil birthday girl lagi ke hehe)

Sebab udang sampai dulu, kari tak sampai lagi, kering lah pulak nasi Ayah. Adi dok makan appetizer and he’s really enjoying it sampai terbaring- baring makan. Ayah pun order la tomyam. Haha makan restoran Thai, tapi tak order tomyam. Order paling kecik je, nak bagi ada kuah.

Abu Adi dan Adi

Anas pulak tido. Lepas tu, Adi pun tido kekenyangan. Tangan dok pegang wantan lagi tu haha. Senang Ayah dengan Ummi makan. Pastu tangkap- tangkap gambar sikit jadi alibi kat facebook (kalau kena tuduh pape ke pada malam 4 Januari, di mana kamu berada, haha!).

Tidoq kekenyangan, alhamdulillah.

So, in overall, lepas dah melantak- lantak, eh memang sedap la makanan sini. Boleh la masuk checklist tempat2 yang boleh bawak atuk nenek makan. Kari kambing sedap, udang pun breaded nicely, appetizer pun sedap dan approved by Adi. Tomyam, dah order paling kecik pun dapat banyak jugak, sedap. Banana blended pun manis, takde lah rasa gula sangat.

Berbaloilah makan walaupun mahal, tapi takde la mahal mana, sebab kat hotel kan. Semua- semua 120+, M*ybank kad dapat 20% off, tinggal tak sampai 100 je.

Balik lah kami sekeluarga. Hehe tapi dalam keta, ada surprise lagi. Erm taklah surprise mana kot. Ayah beli rak keringkan botol susu kat Modern Mum, Alamanda. Boleh la tolong Ummi keringkan botol susu untuk Anas cepat sikit hehe. Tu pun hadiah tak wrap. Tak sempat, sebab nak rush balik office.

Ok lah, panjang dah ni. Wassalam.


No comments: