Pages

Monday, August 6, 2012

puasa berempat

Bulan puasa. Anas dah bole berdiri berpaut kat meja dan duduk. Tapi masih lesen “L” untuk duduk lepas berdiri. Rajin panjat meja, lepas tu jerit2 tak dapat turun haha. Makan pun dah macam- macam. Sekarang ni makan kat dapur senang sikit, ada high chair. Tapi Anas pun kadang- kadang tak mau duduk. Kena cepat2 letak, lepas tu terus bagi makanan, baru senyap sikit. Masih lagi nak berdukung manjang.

Adi pulak dah 3 tahun kalau ikut tahun Hijrah. Dah pandai kira 1 2 3 dah dalam English, tapi pelat la hehe. Bismillah pun dah bole dalam pelat- pelat tu. Makin rajin baca Amin sekarang. Waktu berbuka kena baca doa kuat- kuat, so that dia boleh Amin.

Pasar Ramadhan Pinggiran makin banyak kedai bukak. Dekat warung sate pun makin ramai bukak. Choices tak banyak lah, tapi jadi la, dari bersesak kat stadium dengan Seksyen 20 tu. Untung Ayah Ummi, dua- dua tak cerewet bab makan, ala kadar sudehh. Beli kuih dalam 2-3 mata, lepas tu beli air, setel. Tu pun kadang- kadang masak sendiri, air pun buat sendiri.

Tahun ni raya insya Allah balik KB. Hajat di hati nak naik keretapi, sekali baru tahu yang KTM tiket raya pantai timur, 2 bulan sebelum sudah jual. Lepas tu diorang kata, bukak online kaunter 8.30, by 10.30 tu dah abis jual biasanya. Rezeki syarikat kapal terbang jugak ada orang naik balik raya. Nak bawak keta, takut jem teruk. Harap2 tahun depan, highway LPT dah siap sampai hujung, boleh la drive lancar sikit.

Ok la, wassalam.


Update: Anas dah makin pandai duduk. Alhamdulillah!


No comments: