Pages

Wednesday, February 13, 2013

Adi ke Pasti

Hari ni dah hari ketiga Adi kat Pasti. Plan Ayah dan Ummi ialah untuk biasakan Adi kat Pasti, supaya satu hari nanti boleh hantar full day kat Pasti.

Hihi kena tutup- tutup pulak.
Lega jugak Pasti dah bukak kat taman kita. Sesi pagi, Pasti. Sesi petang, pra-tahfiz. Lepas berfikir panjang, decided untuk hantar Adi kat taska pagi, petang baru pegi Pasti. Setakat ni, ni arrangement yang paling senang. Tu pun Alhamdulillah Ustazah tu sanggup pegi ambik kat taska. Taska dah tak sediakan dah khidmat transport ni.

Pagi- pagi before gi kerja, Ayah drop Adi kat taska. Dalam 2.30, Ustazah tu datang ambik la. Sesi petang, 2.30 hingga 5.30 je. Cadangnya lepas 5.30 nak suruh Ustazah tu hantar balik taska, sebab takde beza pun dari segi bayaran kat taska, walaupun Adi kat taska sampai 2.30 je (dah la masuk pukul 9). Tapi bila pikir balik, memudahkan ustazah tu, dan nak bagi Adi lama sikit kat Pasti, biar je la Adi kat Pasti sampai Ayah balik ambik lepas kerja. Harap Adi dapat cepat biasakan diri kat Pasti dengan cara ni, lepas ni boleh hantar full day dah.

Bayar la lebih sikit over time, instead of overtime dari pukul 7 kat taska, so sekarang overtime kira dari 5.30 la kat Pasti. Takpe lah. Pra-tahfiz sebulan RM200, jadi sekarang ni total untuk Adi sahaja, RM400 + overtime Pasti. Dulu, RM200 + overtime taska.

Pra-tahfiz kat Pasti, ajar mengaji, hapal doa harian, yang penting sekali, Adi dapat kawan baru dan suasana baru. Penting untuk expose kan Adi dan bagi dia selesa berkawan. Kat Pasti ni lagi satu, umur 4 tahun semua kat tingkat bawah, 5 dengan 6 tahun yang kat tingkat atas, terbalik dari taska, taska 3 tahun ke bawah, semua kat tingkat atas.

Adi before masuk Pasti lagi, dah pick up Alif Ba Ta. Agaknya selalu dengar Ustazah kat taska tu ajar petang- petang. Tapi, still jugak Ayah nak hantar Pasti. Ummi pun sanggup chip in, so takde masalah la. Lain la kalau nak hantar Brainy Bunch ke 6-700 haha.

No comments: