Pages

Wednesday, October 28, 2015

Hari ke-5: Sky Tree, Toy Museum, dan Akihabara

Hari kelima. Hari ni hujan balik petang-petang. Pagi tu cerah mendung-mendung sikit. Takpe, semalam dah pegi Tokyo Tower, hari ni pergi bawak anak gi Sky Tree pulak.
Tokyo Skytree ni communication tower yang menggantikan Tokyo Tower, plus the latest attraction la bihkurang. Ayah dan Ummi dah pernah pegi masa berdua dulu, kali ni target tangkap gambar kat kaki tower je la. Nak bawak naik atas, queue panjang berjela. Budak2 pun kecik lagi, bukan bole appreciate sangat pun hahah. 

Timing plak, sekarang ni dah masuk musim halloween. Di kaki tower tu, diorang letak banyak palette pasu bunga petak. Yang mudah alih punya. Situ pun ada pokok permanent sakura yang tengah blooming, elok sangat lah. Bijak jugak idea ni, mobile dan cepat untuk hiaskan satu-satu kawasan. Bergambar la situ ramai2. Nak gambar satu famili, mintak la japanese tolong tangkapkan. Sporting diorang ni dalam pada tak fasih English pun.





Stop buang air kat dalam shopping mall kat kaki tower tu, ada local tegur Ummi, anak berapa orang, dua. Surprise dia, dia kata Ummi macam muda lagi huhuhu.

Pastu tengok langit dah mendung, macam nak hujan ni. Kena cari attraction indoor ni. Ayah dah ready dua attraction dah. Tokyo Dome City kat Bunkyo dengan Tokyo Toy Museum. Kids nye attraction ni, dalam bangunan. 

Elok naik tren nak sampai Tokyo Dome City tu, tuu diaa lautan manusia keluar dari shopping mall nak naik tren. Tak jadi turun la. Tukar stesen pergi ke Tokyo Toy Museum. Tempatnya kena berjalan sikit dari stesen, meredahlah hujan kami sampailah jumpa. Dalam bangunan sekolah lama. Tingkat 1 pusat komuniti, tingkat 2 - 4, Toy Museum. Pandai jugak diorang ni reuse bangunan lama.
Toy Museum ni muzium mainan kanak-kanak dalam Tokyo. Yang suggest datang sini, kawan Ummi yang Japanese. Target nak spend masa sini lama-lama, harapnya sampai hujan setel la, semayang zuhur asar siap-siap.


Tengok dah nak malam pun hujan x clear lagi, redah je la. Next stop, Akihabara. Ummi nak cari 1 kedai ni ada jual baju souvenir. Ayah pun tak pernah pergi Akihabara, dengar nama je selama ni yang gah pasal electronic town tersohor tu. Redah punya redah, kedai tutup pulak hehe takde rezeki. Bangunan banyak jual barang-barang elektronik, pastu penuh dengan pachinko parlour dengan game arcade. Bertingkat-tingkat. Nampak satu bangunan ni, Sega. Ingatkan theme park Sega dalam bangunan. Ayah masuk usha, arcade bertingkat-tingkat. Tengok je la, tak sampai hati nak spend duit. Macam ni rupanya Akihabara. 

Kat mana nak maghrib ni, dah pikir, stop by makan kat mana2 restoran halal la tumpang semayang masa makan. Ayah dah research siap2, kena cari restoran Siddiqui cawangan Akihabara. Chain restaurant ni, siap ada produce instant food sendiri. Tapi dah hujan camni, camna la nak cari. Pergi kat train station, tahan teksi, bagi alamat, sonang. Bayar la sikit. At least anak2 tak meredah hujan.

Restoran tingkat 2, hmm saiz standard la sempit macam restoran2 lain kat Jepun. Takpe la, yang penting bole makan dan harapnya tumpang semayang. Lepas order, tanya waiter, waiter suruh naik atas. Rupanya dah siap tempat semayang, tapi simple je la ada selai sejadah dalam stor, kiri kanan ada chest freezer, kotak2 makanan. Pastu nak tergelaknya ada kertas A4 tepek, "Arah Kiblat". Haha konpom budak Melayu nye keje ni. Bagusla. 

Habis dinner dan solat, balik la. Since awal lagi baru dalam pukul 8 lebih, sempat tangkap gambar sikit kat Tokyo Station. Dalam je la, kat luar gelap. Esok boleh datang balik. Memang selalu lalu kat Tokyo Station ni pun.

Tomorrow is another day. Lagi 2 hari je nak balik.

No comments: