Pages

Thursday, September 3, 2009

Keluar wad, masuk wad, keluar balik...

Tengahari Jumaat, Adi dengan Ummi dah keluar wad.

Petang Sabtu, Adi mula menangis tak henti- henti. Menangis, bagi susu, check poopie, dodoi, tidur kejap. Pastu menangis balik. 2, 3 orang datang baca doa / jampi. Air zam-zam, air hajat, air yasin. Sampai malam pukul 2.30 pagi, Adi tidur lepas minum susu botol.

Esok pagi Ahad tu, Adi ok sikit. Orang datang tengok Adi pun ramai. Pakcik Helmi (suami Nde Aida), Auntie Mastura (isteri Ami Khairul), Nde Nina, dan sepupu Adi, Isya pun ada!

Lepas Asar tu, Adi mula menangis balik, macam semalam. Badan pun nampak kuning. Petang tu sebelum berbuka, Ummi dengan Adi, Ayah, dengan Ucu Miza pergi ke hospital. Hospital tak ramai orang, hari minggu dan sehari sebelum Merdeka. Doktor suruh masuk wad. Ayah dengan Ummi pun masuk wad, tunggu Adi. Malam tu, Adi dengan Ummi dan Ayah jerit "Merdeka!" kat wad, sambil tengok TV.

Pagi esok tu, amik darah Adi. Reading kekuningan 328. Tinggi dan kena letak bawah phototerapy. Adi pun mula berjemur. Ayah dengan Ummi duduk di wad. Ummi perah- perah susu nak bagi Adi minum. Ayah tolong Ummi apa- apa yang patut. Rasa macam duduk hotel pun ada hahaha!

Isnin, reading Adi jatuh ke 205. Alhamdulillah. Doktor tahan lagi 1 hari, bagi betul- betul turun. Range yang selamat, 17 hingga 180. Adi ada kawan dalam bilik berjemur. Chinese baby, masuk awal 1 malam dari Adi. Parents kawan Adi tak duduk di hospital macam parents Adi. Doktor bagitau kawan Adi dah turun reading ke 142, dah boleh balik esok (Selasa). Harap- harap Adi boleh balik Rabu.

Aktiviti Ummi dan Ayah di hospital, tidur, bangun, perah susu, tengok TV, bagi Adi minum, tenangkan Adi biar boleh tidur, hantar pergi tempat berjemur, pergi pasar Ramadan kat depan hospital, bukak puasa, tengok TV, tidur. Bunyi macam rileks, tapi hectic jugak. Selalu kena tenangkan Adi. Alhamdulillah, malam- malam nurse- nurse tolong tengok dan feed dengan susu botol dan susu perah. Tiap kali Ummi dan Ayah rehat di bilik, bila dengar ada baby menangis, Ayah pergi tengok Adi ke kawan Adi yang menangis.

Rabu, reading Adi dah turun 157. Alhamdulillah, doktor bagitau boleh balik.

No comments: