Pages

Wednesday, September 9, 2009

Parenting 101...learning tricks day by day

Ayah, bila jumpa member- member yang dah ada anak, antara soalan yang keluar ialah, "Macam mana pengalaman dapat anak? Ada apa- apa tips ke?" The usual answer will be, "Tak payah. Ko tau sendiri je bila masa datang."

Oh well, bila Adi datang, memang terserlah la ke'noob'an Ummi dan Ayah sebagai parents. First time, maa. Walaupun pergi parental class, baca buku parenting, tapi bila praktikal? Tak semua bayi diciptakan sama, ehehe... Nevertheless, as the days increase, Ayah dan Ummi mula belajar sendiri macam mana nak handle Adi.

Siap ada SOP tu. Standard Operating Procedure. Hahah, kata parents dua- dua engineer. Semua nak konkrit dan defined siap- siap. Ni pun, dengan adanya orang- orang lama (read: Opah and jiran- jiran ehe) yang bagitau. It goes, bila Adi menangis:

1) Letak satu jari kita kat mulut Adi. If Adi sucks up the finger, it means dia haus, nak minum susu.
     i. Ummi bagi susu badan. Atau,
     ii. Ayah bancuh susu botol.

Mention pasal susu botol, Ayah masa mula- mula bancuh susu botol, kelam- kabut gak. Macam nak masak guna resipi baru. Berapa air panas? Berapa sudu? Lepas dah biasa, kejap je, alhamdulillah! Takde la yang sesusah disangka. Air panas untuk larutkan tepung, tak nak bagi berketul. Air kosong, untuk kurangkan panas. Susu botol 2 oz, siappp!
 
2) Try burping Adi. Letak kat bahu, urut atau tepuk- tepuk belakang Adi. Bagi angin keluar.

Pasal burping Adi, ayah tak berapa pandai. Selalu Ummi yang burpkan, takpun Opah. Ummi letak kat riba, atau letak sandar kat bahu, dan urut- urut belakang Adi. Kalau tengok dalam video masa parenting class, lagi la! Baby tu perut atas bahu cenggitu je! Risau eh, Adi punya leher dah stabil ke, kalau nak buat macam tu.

3) Check bedungnya OK ke tak. Kalau tak, bedung balik.

Adi, kalau bedung ("kalau" pulak, memang selalu berbedung pun!), selalunya lepas beberapa ketika, sebelah tangan dah ada kat luar bedung. Tunggu tak lama lagi, dua- dua tangan ada kat luar, hahaha! Sihat dan kuat, tak payah tunggu Milo!

4) Last sekali, letakkan hidung di punggung Adi. Kalau ada bau, check poopie le.

Dulu- dulu, ni antara last resort. Sebab apa? Adi, once dah bukak barut dan lampin, siren bukan main lagi berbunyi! Tapi, tu dulu la, sekarang Ayah dan Ummi dah tau trick tak nak bagi siren berbunyi. Feed Adi banyak- banyak biar kenyang before bukak lampin. Hehehe...

So far, setakat rencana ini ditulis (ahaha!), prosedur di atas agak berkesan. Tapi, takde lah fixed 100%. As Adi grows up, Ayah dan Ummi pun makin banyak "sampling" untuk detect behavior and what happens to Adi actually. Ye lah, baby kan. Mana ada cara lain untuk bagitau kita, other than menangis.

Sleeping pattern pun kena belajar gak. Adi, lately, banyak tidur siang. Malam, tak berapa nak tidur. On off, on off. Nak sahur tu, baru la tidur. So, sekarang ni, apa procedures yang baru Ayah dan Ummi nak try? Ummi, lepas maghrib, tidur, curi masa tidur sebanyak mungkin, wake up either bila Adi dah bangun malam tu (kadang- kadang 9, kadang kadang 10. Take 1- 2 hour time untuk tidur balik.) atau dekat- dekat tengah malam (kena kejutkan Adi, nanti kosong pulak perut).

Kesian Ummi berjaga (tapi agaknya dah expected kot, sebab semua kawan- kawan yang dah jadi mak bapak, wishes yang paling popular ialah: Selamat Berjaga Malam!). Ayah bangun bancuh susu je. Nak tolong pun, Ayah esok paginya driving. Sejam lebih nak sampai opis. Hot FM AM crew la yang temankan tak bagi ngantuk.

Takpe, lepas ni insya Allah, things are getting better. Kan Adi kan?

Ummi: Sori la, tahun ni takde gift untuk birthday Ayah.
Ayah: Takpe, I got Adi for a birthday present. I can't wish for anything better than that.

p.s.: Malam ni, umur Adi masuk 2 minggu insya Allah. Lega, jaundice dah hilang.

No comments: