Pages

Tuesday, December 1, 2009

Adi's first trip to KB

Alhamdulillah, raya haji hari tu dapat balik KB.

Raya Jumaat, Khamis tu amik flight siang. Walaupun Adi is getting used to keluar rumah malam- malam, thinking that this is the first time Adi naik plane, so Ayah pun booking la plane siang. Khamis tu, Ayah kena la cuti. (Oh well, petang Rabu pun office Ayah dah start kosong. Either ramai orang Kelantan kerja sini, or diorang ni ngalahkan orang Kelantan, hahah!)

Flight petang Khamis. Mak Su Miza dan Opah hantar gi airport. Ami Khairul plan nak amik di KB nanti. Ami Khairul siap sms lagi, bagitau suruh Ummi biar Adi sucks anything masa take off dengan landing, sebab masa tu pressure drop, so telinga berdesing.

Flight to KB, ramai betul babies! Siap ada seorang ayah dan baby-nya sebelah kitorang, kena pindah seat, sebab only 4 persons allowed to be in 1 row, so Ummi, Adi, dan Ayah dah 3 orang. Kalau include seorang lagi adult and baby, dah ada 5 orang 1 row. Reason being, ada 4 corong oksigen je in 1 row. Ayah, dalam hati, ni silap ground staff la ni x assigned betul- betul. Takpun, maybe ayah baby tu tak declare dalam tiket yang dia yang akan ribakan baby, not his wife. Ayah dah declare siap- siap yang Ummi yang akan ribakan Adi, so nama Adi diletak dalam bracket sebelah nama Ummi dalam boarding pass.

Flight tu take off je, banyak babies dok menangis. Yang ni senyap, yang tu menangis. Bimbang jugak kalau berjangkit kat Adi, sebab kadang- kadang crying ni contagious. Alhamdulillah, Adi senyap je the whole flight. Mulut dok kat puting Ummi, pastu tertido. The whole flight Adi tido, sampai la KB. Untung Ayah dengan Ummi hehe.

Di KB, Ami Khairul amik dengan Pok Loh. Derang baru balik dari KB, Ami Khairul beli barang- barang nak bawak balik KL. Pok Loh first time tengok Adi, Adi pun sama. Tak berkelip mata Adi tengok Pok Loh, hahaha.

Raya kali ni, for the first time, semua adik beradik Ayah balik, dan semua cucu Tok Ayah dan Mok balik. Ami Khairul, Auntie Mas, dengan Kak Isya dah balik Rabu malam. Abang Arif dengan Nde Aida memang di rumah KB. Nde Nina balik Khamis malam. Ditambah pulak 'anak- anak angkat' Mok dan Tok Ayah, Pok Loh dengan Pok Man (mak ayah diorang gi Mekah), memang bising la rumah KB masa tu. Banyak muka Adi kena scan, hehe.

Pagi raya tu, semua gi solat raya kat kampung Mok di seberang (Banggu). Memang lambat sikit pergi, sebab semua nak bersiap- siap takes time jugak, sampaikan Tok Ayah telipon orang sana supaya solat lambat sikit, bagi masa sikit sebab "cucu kawe semua balik tahun ni" heheh....

Elok- elok je kitorang sampai di surau kampung Mok, terus solat Raya. Ummi dan Adi tak join solat, stay kat rumah Tok Hassan. Arif dengan Isya naik ke surau, tapi dok diam- diam kat saf belakang.

Lepas solat raya, Ayah bergegas pergi kampung sebelah sebab bahagian korban Ayah tahun ni kat sana. Panjang ceritanya, tapi ringkas cerita, Ayah korban di kampung lain. Kampung Mok, Mok dengan Nde Aida korban. Kesudahannya, macam Ayah tak beraya di kampung sendiri, tapi di kampung lain. Tapi, takpe la. Esok lusanya tu, Ayah dengan Ummi bawak Adi round- round rumah saudara- mara. Ramai jugak dapat jumpa. Collection Adi pun bertambah kihkihkih.

Ramai orang puji Adi, sebab senyap je and very well-behaved. Tak menangis sangat, other than mintak susu atau mintak dukung. Senang sengih kat orang, dan senang orang lain amik. Harap- harap Adi maintain reputation ni ek sampai besar. Jadi macam Abang Arif yang senang orang jaga.

Masa balik kampung ni jugak, Adi pergi berubat dengan Tok Mat, abang Mok. Ada makcik di kampung yang cadangkan jumpa Tok Mat bila nampak pipi Adi ada ruam sikit- sikit. So, sambil beraya di rumah Tok Mat, Tok Mat jampi- jampi dan baca la sikit- sikit sambil raba muka dan leher Adi dan buat air penawar.

Ayah pulak, agaknya sibuk layan orang datang rumah, sampai makan lewat- lewat, dan banyak minum ais, sakit- sakit perut sampai muntah- muntah. Malam tu, Ayah muntah sampai takde bende nak muntahkan. Kesian Ummi sebab risaukan Ayah. Actually, it just angin je, sebab Ayah banyak kali dah muntah- muntah sebelum ni, tapi yang hari tu, agak banyak jugak la Ayah muntah. Sampai la sekarang ni, Ayah macam tak selera bila tengok daging. Anyway, alhamdulillah, Ayah dah ok, cuma sekarang ni tak boleh lewatkan makan sangat.

Speaking of which, sekarang dah masuk lunch hour pun, haha! Ok la, Ayah nak gi solat dan nak gi makan. Lepas tu, kena ke bandar jap pasal urusan rumah baru kita, heheh.

Maybe Ummi nak tambah lagi pasal raya ni, huhuhu. Pasal pengalaman Ummi beraya dengan Adi di kampung Mok. Wassalam.

No comments: