Pages

Wednesday, May 23, 2012

adi dan surau

First time dulu, beberapa bulan dulu, rasanya masa Anas belum lahir lagi, ayah try bawak Adi pegi surau. Solat maghrib, ummi tak balik lagi. Mula2 Adi dok diam je duduk setempat tepi ayah. Then masa ayah sujud, dia mula bergerak. Pegi main peti safebox kat 2 3 saf kat belakang. Ayah solat pun tak berapa nak khusyuk dah sebab dok curi- curi intai. Harap solat terima dengan sebab jemaah je lah. Lepas dah puas main tombol safebox tu, Adi datang balik tapi agaknya dia tak ingat kat mana satu tiang, dia jalan cari- cari tak jumpa, lepas tu mula nangis. Lepas tu, dia mula jalan ke arah keluar pintu surau. Ayah pulak masbuq, so tak habis lagi solat. Cuak masa tu.

Alhamdulillah la yang dah habis solat tu perasan ada budak nangis, lepas tu nak jalan keluar pintu surau. Dia sempat take hold Adi, pastu ayah pun ngam2 habis solat. Lepas tu, memang lama la tak bawak gi surau.

Until recently. Ayah saje test bawak sekali lagi. This time, duduk setempat jugak la kat tiang tu. Sampai ayah habih solat. Lega sikit. Then sempat la 3 4 kali jugak ayah bawak pegi solat. Sehinggalah last sekali, Adi dah start lari2 keliling saf dah. Masa tu memang ayah rasa bersalah la. Takut solat orang lain terganggu. Ye lah, tak semua orang tolerate budak datang surau. Ayah dulu, masa remaja pun, tak suka jugak budak2 lari2 dalam saf.

So, pikir-pikir balik, Ayah stops la dulu bawak Adi pergi surau. Mula-mula Ayah pikir, biarlah solat ayah tak  dapat jemaah, daripada rosakkan solat orang- orang lain. Then, terpikir balik, back then pun, ayah selalu je semayang dulu, then baru amik Adi. Cumanya, kena caj la overtime RM4 sejam. Takpe lah, setakat RM4 tu, apa lah sangat banding dengan solat. Ayah selalu bayan dan cakap masa keluar, macam mana kita selalu undervalue nilai akhirat berbanding nilai dunia. Takkan ayah sendiri tak bole praktis? Nak sampai tahap dua rakaat sebelum subuh lebih bernilai daripada dunia dan seisinya, ataupun dua rakaat selepas solat fardhu lebih baik daripada RM20000 (betul ke, lupa lak dalam Fadhail Amal, berapa RM bersamaan berapa uqiyyah perak).

Lagipun, so far, overtime Anas dgn Adi takde lah banyak sangat. Still manageable. Dan Adi pun dah nak masuk 3 tahun, masa tu nanti caj taska lagi turun.

Chak! Nama saya Anas.


Insya Allah, kalau kita betul2 nak, ada jalannya. Bunyi macam maher zain pulak. Ok wassalam.

No comments: