Pages

Wednesday, May 23, 2012

global positioning system

It will be a long week starting today. The final of the final release. Tak bole anjak completion date, so kena la kerja ekstra jam sehari. Hari tu, iye iye la, cakap nak mitigation kalau kerja banyak. Last- last kena stay up jugak, cehhh…

Enough about work. Anas dah ada gaya- gaya nak merangkak. Sudah rajin angkat punggung dan bengkokkan lutut. Kalau dapat merangkak before pegi Jepun, best jugak ni. Makan pun dah start solid. Dan dah mula independent dah. Boleh tinggal kejap nak buang air ke nak masak ke. Ayah nak ambik awal2 pun dah tak risau dah.



Adi pulak manja kemain la sekarang, especially dengan ummi nya. Dengan opah, tak payah cerita lah. Tantrum pun boleh tahan. Kadang- kadang kesian bila tengok dia takut- takut kalau ayah nak pegi marah, tapi kalau tak marah, dia tak nak berhenti. Pandai pulak tu merajuk kalau lepas kena marah. Ayah sekarang dah kurangkan pukul badan dah, banyak pukul meja dengan benda- benda sekitar. Sakit tangan la, tapi kena buat sebagai tanda marah.

Bercakap baru sepatah dua, yang simple- simple. Nak, tu, adui, ni, etc. Tapi ada sekali tu naik kereta dengan ayah, Adi cakap, ana ita nak edi ni. Bila ayah dengar je, terus dapat tangkap, mana kita nak pegi ni. Insya Allah ok la tu.

Quite a while ayah tak beli gadget (erm tapi kalau mp3 cd player yang ummi beli tu dikira gajet, tak lama sangat la hehe), hari tu dapat duit lebih tax refund, terus angkat GPS satu. Sebenarnya dari dulu lagi, ayah tak berapa rasa penting sangat GPS ni. Sebab bole google maps je atau wikimapia. Bila dah manual macam tu, yang actually akan ajar kita jalan yang betul, yang akan buat kita mahir dengan kawasan tu. Kalau tak, dependent sangat kat GPS.

Tapi beli jugak, sebab pertama, boleh guna kat Jepun nanti. Bukan ada internet kat tangan selalu nak check peta. Ayah beli Garmin nuvi 1350, lepas tu bayar extra kat pekedai tu, suruh letak maps Jepun (bole download free je, tapi sebab tak sure berapa accurate yang free berbanding yang berbayar, alah berapa RM je pun). So far, berguna jugak la. Ayah check kat internet, ramai yang kata OK. Harga memang cepat turun eh, 2010 RM8xx, sekarang ni 2012 dah RM4xx dah. Nasib barang- barang gadget ni cepat turun harga.


"Turn left to Persiaran T.E.N.G.K.U Em Puen" haha.

One thing bagusnya, tak payah google kat mana bank terdekat atau station minyak terdekat dah lepas ni. Tak tau pun selama ni, Bank Islam yang paling dekat, ialah kat Seksyen 18. Kalau tak, asyik pergi Seksyen 14 je. Dah la parking tak banyak situ.

Hehe lepas tu sempena cutinya semalam, terus Ayah dengan Ummi test drive pegi IKEA. Buat kali pertamanya, berjaya balik tanpa sesat haha. Tapi, bukan selalu pergi pun, setahun sekali je kot. Kalau sesat, pernah sampai ke Sungai Buloh. Kadang- kadang terlajak tersilap masuk lorong. Ni ada GPS, boleh la tengok lane mana betul- betul.

Eh ok la, cerita pasal GPS pulak dah.

No comments: