Pages

Thursday, November 1, 2012

Disneyland on weekend

**Backdated entry

Hehe sedangkan hari weekdays pun penuh, inikan pulak masa weekend. Tapi dah takde choice dah sebab ada 2 weekend je Ayah kat sini lagi. So, kena la pergi jugak.

Kawan Ummi suggest naik bas dari YCAT. 1200yen kot one way. Kitorang decide untuk naik train, 690yen one way. Jimat la dekat 1000yen pergi balik. Naik JR all the way, Yokohama ke Tokyo, kat Tokyo tukar ke Maihama. Kat Tokyo punya le sendat train, ngalahkan peak hours. Banyak famili dengan kanak-kanak. Haruslah nak pergi Disneyland tuh.

Betul- betul depan Disneyland.

Keluar je train station, Disneyland belah kanan, Disneysea belah kiri. Monorail khas untuk ke Disney resort hotel pun ada. Zaman Tok Ayah KB datang 80an dulu, maybe tak ada.

Tokyo Disney Resort Hotel dan Disney Monorail

Nih gamble jugak ni tak reserve tiket ke apa ke. Walk in je. Sampai around 10.30 kot. Tiket 1-day passport, 6200yen. Haha rm248. Mahal pun mahal lah, sebab ni dah sampai ke Jepun, at least wajib pegi. Ada berapa je kat dunia ni pun, lagi pulak Ayah tak pernah pergi yang kat Los Angeles tu pun. Cakap dengan Ummi, nih kena stay sampai malam nih, bagi berbaloi haha.

Harga tiket nak masuk Disneyland.


Sekarang dah Oktober, so Disneyland dah tambah2 sikit dekorasi sempena Halloween. Audience yang datang bersungguh pakai costums Disney macam Mickey, Minnie, Princess. Bukan setakat budak-budak, mak bapak pun sama. Sporting jugak la.

Bergambar sikit kat depan gate dengan castle yang terkenal tu, then masuk. Pehh punya ramai orang. Queue untuk setiap rides punya la panjang (ada papan tanda bagitau estimation waiting time), 30min, 45min, paling panjang 150min! Gila ah derang ni sanggup beratur lama2. Hari kami pegi tu, majoriti locals. Ada la tourist sikit2 mat saleh dgn Chinese. Dah nak tengahari sikit baru nampak ada pak arab dengan Indian families. Petang jumpa melayu haha.


Memandangkan takkan dapat cover semua attractions, Ayah dengan Ummi decide pegi each ride for each town. Toontown satu ride, Adventureland satu ride, Westernland satu ride, seterusnya. Tu pun tak dapat jugak, sebab bila malam, kaki dah jem dah.

Tengahari bukak bekal, makan megi sambil tengok parade. Pastu dah nak dekat2 asar, cari port solat zuhur dengan asar. Tak jamak pun, cuma lewatkan zuhur supaya boleh sekali stop dan sekali wudhuk. Belajar masa khuruj di Chicago hehe (sebab Indo-pak yang mazhab hanafi tak boleh jamak macam syafie). Baca dari blog2 budak2 Jepun, memang takde proper surau di Disneyland (ada orang kata kat Universal Studio Singapore ada proper space, baguslah tu), so cari spot belakang2 sikit, yang bukan laluan orang, dan tersorok, gilir2 solat, in case ada polis/security datang ke apa ke.



Parade - watak- watak Disney berarak.

Nak dekat2 maghrib, dah ngantuk dah. Dalam Western River Railroad tu, laki bini terlelap haha. Outdoor train, nyaman pulak tuh.

Lepas Maghrib, shopping souvenir. Dok pikir2 apa nak beli untuk Adi dengan Anas, pastu untuk sepupu2 Arissa, Arif, dengan Aidil. Belila bantal Mickey dengan Donald Duck untuk hero2 Ayah.

Agak tersorok. Sebelah kedai- kedai. Tandas pun sebelah je.
Macam smoking area tapi takde tong sampah, so tak bole jadi tempat hisap rokok. Setel.
Niat di hati nak main lagi, tapi kaki pun dah mintak ampun, pastu queue pun masih panjang seperti biasa (lepas 6pm, tiket 3300yen je), erm balik la. Jadi la, 1030 masuk, 7 lebih keluar. Tangkap gambar kat luar, dinner dengan onigiri, then balik lah kepenatan.

Maybe one day boleh datang lagi dengan Adi dan Anas insya Allah, cukup 3 generasi haha.

No comments: