Pages

Thursday, November 1, 2012

Mega Web dan Odaiba

**Lagi satu backdated entry

Bila Ummi pergi kerja, Ayah akan plan untuk explore sorang2. Biasa kalau nak pergi tokyo, kena target pergi sejam dan balik sejam. Kena keluar seawal mungkin (haha paling awal pun 10 lebih, selalu terlajak tido balik lepas Ummi pergi kerja), then kena balik by maghrib/isyak kalau ada plan nak gi mana2 lepas kerja.

Kali ni, plan ialah ke Mega Web. Tak plan pun masa kat Msia, dapat tau masa baca forum LowYat. Check distance, macam sejam lebih je, boleh la.

Amik Keihin Tohoku line je Oimachi, tukar je Rinkai line, 3 station dah sampai kat Tokyo Teleport. Mega Web is just walk away. Ni kira area Odaiba la ni.


Mega Web ni kira macam galeri untuk Toyota la, dia kata touch and feel nya showcase. Lagi besar dan lagi banyak games dari Nissan gallery hari tu. Admission is free, tapi kena bayar untuk games tertentu.

Other than car models yang bersusun2, ada electric  car, pastu game simulators, test ride pun ada. Test ride kereta kena ada Japanese license, kalau international, kena ada translation. Pastu ada test ride iReal, mesin mobility yang futuristik tu, duduk je, jalan ke mana2. Tapi untuk English speaking, kena tunggu pukul 5 ptg, by then dah malam dah pun. Tu pun dia tulih cabut undi 3org je bertuah. Ayah tangkap gambar je lah orang lain naik.

Ni baru first floor.
Takdo kojo den nak nunggu sampai pukul 5. Dah nak malam dah pun masa tu.
Ini antara pengunjung bertuah. Bawak ngalahkan dewasa, haii budak zaman sekarang :P

Untuk kids pulak ada aktiviti mcm bawak go kart, test ride a hybrid, gran turismo. Hm kna tunggu Adi besar sikit ni, baru bole kot haha. Tapi ada sorang budak ni bawak iReal konpiden je, ngalahkan dewasa. Kita yang tengok ni seriau takut terbabas. Bagi dia, macam main game je kot.

Before balik tu, try naik free shuttle bus. Mana la tau ada can bole nampak Rainbow Bridge tu. Rainbow Bridge ni kira Japan's version of Golden Gate bridge la macam kat San Francisco. Memang nampak, tapi x clear sbb di sebalik pokok2 tepi tasik. Kalau nak clear, kena turun bas pastu macam ada taman tepi satu shopping complex ni, nama Aqua City. Hm takpelah, next time.

Sayup di kejauhan. Dari dalam bas ni. Zoom max abis dah.
Futuristic sceneries of Odaiba

Aomi station. Line lain ni (Waterfront line). Macam lagi mahal je dari Rinkai line.
Anyway, dapatlah view area Odaiba ni. Macam bandar futuristik, bangunan pelik2, macam Fuji TV Headquarters, dan bangunan2 lain lagi. Tiba2 nampak Statue of Liberty, tapi version kecik je la, ada la tinggi bangunan 2 3 tingkat kot.

Cukup satu round bas tu, turun balik kat tempat naik tadi, balik ke Yokohama balik. Gerak dari pejabat Ummi cepat sikit, saves time balik rumah, maghrib di surau opis Ummi, dan terus ke Sky Tree.

No comments: