Pages

Wednesday, June 23, 2010

Adi tak nak minum apa- apa?

Tengahari tadi, masa Ummi di opis, Opah call. Katanya, Adi tak nak minum apa- apa. Susu tak nak, air kosong tak nak. Lepas tu, asyik nangis, dan tak boleh diletak. Ummi forward SMS tu kat Ayah. Tak keruan Ayah dan Ummi. Ummi tak dapat konsentret dalam meeting. Ayah pulak tak boleh konsentret nak surfing (takde keje sangat pun sejak dah tender notis resign :P).

Terus decide nak balik awal hari tu. Lepas meeting, Ummi terus balik. Ayah suggest Ummi solat Asar tepi jalan. [Solat tengah jalan karang, bahaya sebab kereta banyak :P] Turun kat LRT Setiawangsa, instead of Wangsa Maju. Dekat sikit dengan opis Ayah. Erm, lepas ni boleh buat macam ni le, lagi dekat dari LRT Wangsa Maju. [Tapi dah nak pindah Cyberjaya pun. BTW, Ayah dapat tau yang ada lagi 6 orang nak resign Jun Julai ni dari S*pura. Harap- harap sedar la sikit lepas ni.]

Berhenti solat kat plaza tol Duke. Pastu, sambung driving. Alhamdulillah, jalan pun tak jem sangat. Sampai rumah pukul 7 gitu. Opah ada kat luar, kat depan rumah jiran, bersembang. Huh, mana Adi? Masuk dalam rumah, Adi ada dengan Ucu. Dok main- main riang ria Ribena macam biasa. Hoh, dok ingat demam ke, apa ke. Takde apa- apa pun, alhamdulillah. Agaknya Adi saja- saja tak nak minum sebab dia kenyang makan bubur kot. Opah selalu bagi memang semangkuk rabun. Adi pulak macam eating machine yang pakai Energizer tuh, asyik masuk, masuk, masuk dan terus masuk! Tu yang agaknya tak nak minum tu.

Haihh, lega Ayah dengan Ummi.

Lagi 3 hari lagi, Adi insya Allah genap 10 bulan. Cepat masa berlalu. Sekarang dah pandai hi-5. Kita angkat tunjuk telapak tangan kat dia, dia pun hi-5 kat kita pelan- pelan. Lepas tu, dah pandai main jelir- jelir lidah. Ni agaknya kesan selalu tengok Ayah gulung- gulung lidah depan dia. Vocab pun macam makin banyak. Ateh- ateh- ateh, Ayah, Ada, Tak Ada, Adi. Clingy pun bertambah kot, Ayah rasa la.

Ok deh, takat ni dulu. Wassalam.

No comments: