Pages

Tuesday, June 8, 2010

Sentuh dan Pergi

Sebelum pindah KL, Ayah memang tak ambik pot pasal kad Touch 'n' Go (TnG) ni. Lagipun, masa di Penang, Ayah duk dalam pulau, bukannya commute dari seberang, so tak payah lalu jambatan pun nak datang kerja. Balik KL atau KB pun, selalu naik bas je.

Tapi, bila dah pindah KL ni, antara perkara pertama ialah dapatkan kad TnG. Ada beberapa kelebihan termasuklah yang Ayah baru dapat sedar semalam, masa tunggu Ummi di LRT Asia Jaya:

1. Jimat masa, berbanding lorong tunai - Masa tu la nak cari syiling, nak bukak tingkap, kalau tak cukup syiling, kena keluarkan dompet. Tambah- tambah pulak kalau drive sengsorang, takde sapa nak tolong.

2. Kurang beratur kat tol - Asal peak hours je, lane TnG pun panjang, tapi lane tunai apatah lagi la. Selalu panjang- panjang je. Terpikir gak, siapa- siapa yang memang selalu drive di KL ni, ngape la insist nak guna lorong tunai? Ummi kata, maybe orang tu business trip, so dia nak claim, kena la ada resit, jadi kena la lalu lane tunai. Betul jugak. Tapi, fear not, Ayah terpikir, kan sekarang ni kat Touch N Go pun dah ada website (http://e-services.touchngo.com.my) yang rekod semua transaction kita? Boleh jugak jadi proof nak buat claim, kan?


Yang ni boleh buat claim ke, bos?

3. Boleh guna kat banyak tempat, kadang- kadang berdiskaun pulak tu - Nak guna naik LRT, boleh. Nak bayar kat Burger King, boleh. Nak bayar kat Chicken Rice Shop, siap dapat 5% diskaun lagi. Jambatan Penang dulu ada diskaun tol, RM5.60 je instead of RM7, sekarang tak tau la still ada ke tak diskaun tu.

4. Cash boleh guna untuk benda lain - Kurang la sikit Ayah nak prepare duit cash dalam dompet. Bank Ayah tak banyak ATM, asyik kena caj je RM1 bila cucuk kat bank lain. Nak withdraw sekali banyak, Ayah jenis tak suka pegang duit banyak- banyak. Bila guna TnG, boleh la kurangkan guna duit tunai.

5. Boleh keluar masuk stesen LRT / Komuter suka ati - Ni yang Ayah baru sedar masa tunggu Ummi di LRT Asia Jaya semalam (orang lain dah lama perasan kot, hehe 'tertinggal bas'...). Nak gi surau ke tandas ke, surau dan tandas dua- dua kat dalam, lepas gate. Takkan nak beli tiket semata- mata nak masuk, then burn gitu je. So, guna la TnG. Keluar balik deduct RM0 jugak, sebab sama stesen. Lepas tu, dengan Komuter asyik- asyik kensel / delay lately, yang dah beli tiket, mesti kena burn kalau berubah fikiran macam nak naik teksi ke LRT ke. So, kalau guna TnG, ada la the luxury of changing decisions untuk kensel naik Komuter, ye dok?

6. Gomen bagi rebate kalau 80 kali lalu tol - Ni sebab utama dan yang paling best kot. Kata la, 1 bulan ada 20 hari kerja. Kalau Ayah make sure Ayah go thru 4 tol sehari je, dah free- free dah dapat rebate 20%. Federal pun kalau pergi balik, Sg. Rasau satu, Batu Tiga satu, dah 4 kali sehari. Tak banyak pun, tapi siapa nak bagi duit free kan?

Tapi, tak dinafikan la, ada gak kena consider some stuff bila nak guna TnG:

1. Kena rajin top-up - Selalu top-up kat stesen minyak je, alang- alang tengah isi minyak, tapi kena caj la 50 sen. Kalau nak free, top-up la kat kaunter tepi tol atau lane "Tambah Nilai".

2. TnG reader ada problem - Maka, terpaksa la reverse keta, menyebabkan keta- keta di belakang marah. Tetapi kadang- kadang bukan salah kad pun, memang reader tu tak betul. Ayah kalau dah kena sekali, memang cop la lane tu, tak lalu dah lepas ni. DUKE, tak silap, macam ada satu lane, Kesas Subang Jaya pun ada satu (even jurutol tu sendiri bagitau). Kad TnG kan ada macam- macam jenis, dengan PLUS Miles la, Zing la, etcetc.

3. Lane TnG dengan SmartTag selalunya kat kanan sekali - Padahal, lepas tol tu, kita nak rapat ke kiri. Nak pegi tandas ke, nak isi minyak ke. Toll operators dah admit dah ni memang issue, contoh macam kat Jalan Duta la, SmartTag nye lane kat kanan, habis block orang- orang yang nak pergi lane tunai dengan TnG belah kiri. Macam kat Duke, diorang dah tambah dah satu lane SmartTag kat tengah- tengah.

Baru- baru ni Ayah baca kat sokkaba pasal koc KTM Komuter ni, menyelamatkan pompuan dari kena raba. Tu pun, penulis tu istilahkan "Sentuh dan Pergi" jugak! :P

No comments: