Pages

Friday, June 4, 2010

It ain't over till the fat lady sings...

Ayah tengah dengar lagu Sabhi Saddi, Nadiku. Selalu dengar dalam radio, tapi tak teringat nak download. Sumber paling senang, cari kat 4shared le. Banyak je lagu Ayah ambik kat situ. Dapat free je, hehe.

Lantas, adakah ini dianggap sebagai cetak rompak? Teringat Ayah masa kat uni dulu, ada buat research pasal ni. Masa tu, tengah tip-top la file sharing ni. Napster, Kazaa, Limeskin (ke apa ntah..), dan banyak lagi. Tak lupa jugak, channel- channel download dalam IRC, sumber utama drama Jepun Ayah. Yang Ayah ingat, ada jumpa yang kata, selagi kita tak buat untung, macam burn dalam CD, lepas tu jual ke, tak dianggap cetak rompak, sebab kita guna untuk kegunaan peribadi.

Tapi kesian jugak kat artis- artis nanti tak dapat duit pulok, dok? Asyik download je kerjanyeh. Ok la, Ayah ingat lepas ni, Ayah nak beli CD Mirwana. Baru- baru ini layan balik lagu Permataku. Tak tau la ngape, dengar lagu tu, rasa macam teringat sangat nak balik ke zaman universiti dulu. Zaman- zaman takde serabut dengan opis (tapi serabut dengan lecturer dengan assignment), zaman elaun masuk tiap- tiap bulan, zaman boleh road trip, zaman kenal Ummi.

Heheh, kalau Adi nak tau, dari dulu lagi, Ummi dan Ayah simpan hajat, one day nak balik ke uni balik, tak kira la untuk saja melancong ke, sambung belajar ke. Erm, tengok la rezeki. Insya Allah, panjang umur sampai la sana balik. Banyak lagi benda nak setel sebelum tu. Niat nak pergi umrah lagi, haji lagi. Tu lagi penting. Ummi dah pernah tengok Kaabah dengan Atuk dan Opah, Ayah takat tengok dalam TV je. Nak ziarah kubur Nabi SAW lagi.

Teringat Habib Ali cakap, lebih kurang la maksudnya, siapa yang jauh- jauh datang Mekah, tak gi Madinah, ziarah kubur Nabi, rugi la sesangat. Walaupun dah tentu ziarah kubur Nabi tak termasuk dalam rukun umrah haji, orang bodoh je (bak kata Habib Ali) yang pertikai pasal ziarah kubur Nabi SAW, konon mengada- adakan benda dalam agama. Ayah pasang niat la, one day nak pergi sana.

Eh, ni dah panjang, pasal tajuk, tak masuk- masuk lagi. Adi, kalau nak tau, tu la pepatah mat Saleh, maknanya macam, jangan kira dulu anak ayam sebelum telur menetas. Insya Allah takde aral, suatu yang Ayah harap sangat, akan memudahkan family kita lepas ni. Tapi, tak boleh bagitau dulu, kena confirm, baru Ayah bagitau hehe.

By the way, weekend ni, sepupu Ayah, kira pangkat pakcik Adi la, kawin kat MBSA. Tok Ayah, Mok, Nde Aida, dengan Abang Arif insya Allah turun. Berkampung di rumah Ami Khairul. Weekend ni, boleh la bawak Adi gi jumpa, biar lagi biasa.

Ok la, Ayah nak sambung kerja. Ni tengah minum petang ni. Ingat nak balik awal ni sikit. Harap- harap tak jem teruk sangat la. Macam pagi tadi, 125 minit untuk Ayah sampai opis! Pecah rekod tu, selalu 90 - 105 minit je. Punya la banyak tempat jem. Kota Kemuning jem (macam LKSA tak membantu pun?), Subang Jaya Kesas jem, MRR2 la jem paling best - dari Jalan Cheras ke Keramat AU! Ye, diulang Keramat AU! Tobat la, lepas ni Ayah ambik Federal je la gi keje. Sama jem, tapi at least, tol lagi murah.

Macam ustaz kat surau pulak, cakap nak berenti, tak berenti- renti jugak. Ok deh. Later.

No comments: