Pages

Sunday, October 7, 2012

Isyak di Malaysia, Subuh di Jepun

Setelah delay beberapa bulan, akhirnya konpem jugak Ummi kena pegi Jepun. Bagitau udoh le lewat, tak sampai 2 minggu nak prepare haha. Khamis buat pasport, Selasa apply visa, Jumaat ambik visa dengan runner, Sabtu sudah terbang. Alhamdulillah dah kumpul maklumat siap- siap. Risau nak pergi negara orang satu, tapi sebab tulisan dia kita tak faham. Visa alhamdulillah dapat multiple entries, senang tak payah fikir nak balik tengah- tengah projek ke. Ayah yang tourist visa pun dapat multiple.

Flight dari MAS ke Narita, 11.30 malam. Lepas maghrib dah bertolak. Masuk boarding hall dalam pukul 10.30. Lama dah tak naik international flight, Ayah sejak balik dari US kot. Huhu 7 tahun tu. Bercucuran jugak air mata sedikit nak tinggal 2 hero kesayangan, tapi takpe la, Allah sebaik- baik penjaga.
Dalam flight, jakun sekejap haha maklum la lama tak naik international flight. Flight pulak tak penuh, cantik la, siap ada tidur baring lagi atas seat. Ayah try, tapi tak lena sangat. Kesudahannya, Ayah dengan Ummi susah nak tidur, habiskan masa dengan tengok movie. Sehinggalah nak dekat- dekat 3 - 4 pagi, baru tertidur. Seat pun tak berapa selesa nak tidur. Economy class, apa nak buat. Ummi boleh je naik Business Class sebab company bayar, tapi tak mampu Ayah nak naik, takkan nak duduk separate hehe.

Lepas tu, dok bajet bila nak solat Subuh. Kiblat direction dah ada dalam in-flight entertainment. Tengok tingkap kat luar, agak-agak nampak oren dah langit tu, boleh la solat. Tapi tak perasan pulak mana ruang solatnya. Masa naik MAS pergi US dulu, ada satu space macam designated untuk solat, tapi tak nampak pulak. Tanya steward, steward kata ada kat Business Class rupanya. Timing pulak "cantik", tengah serving breakfast. Mula- mula steward tu keberatan, tapi Ayah buat- buat tanya lagi, dia call steward yang serve Business Class, steward yang Business Class tu OK je actually. Dapatlah solat. Space tu siap ada sejadah lagi tergantung. Nak tak nak je hehe.

Ruang solat dalam Boeing 777-200 Malaysia Airlines. Tepi dapur Business Class.

Sampai kat Narita, dilemma pertama ialah Customs declaration. Dalam form kata kena declare meat products, so Brahim's 1 beg penuh ni apa cerita? Tick je lah yes, karang kantoi lagi susah. Paling teruk pun, kena confiscate dan buang je. Sekali dekat custom officer tu, dia tak bukak pun, dia just tanya ada apa dalam beg ni yang tanda tick kat meat products? Ummi jawab packaged fast food. Ooo fast food, dia pun lepas. Alhamdulillah.

Lepas tu, ambik rental phone yang Ayah dah siap booking. Phone rental booth banyak je kaunter kat Narita ni, tapi tak sure rate macam mana. Ada tu free rental, tapi minit mahal. Ada pulak yang rental charge per day, tapi minit murah. Last2 Ayah decide masa kat Msia lagi, sewa JAL ABC. Sebab phone ni mainly untuk orang call in je dari luar, dan means of communication bila Ayah berjalan kat luar, masa Ummi pergi opis.

 
Rental per day Y250 = RM10. Minit call domestic je, international tak bole, dekat2 RM3 kot seminit. Ditakdirkan, kredit kad Ayah tak recognized pulak bila swipe, grrr. Mula- mula nak salahkan Bank Rimau tu dah (tapi bila test masa nak beli tiket train, boleh pulak haha), so terpaksa la tenyeh kad Ummi.

Days before coming, Ayah terpikir maybe kitorang patut hantar baggage delivery ke hotel, bila tengok beg2 besar dan berat2. Nanti risau nak bersesak dalam train (which turns out to be true later on masa dari Yokohama station ke Sakuragicho station). So, lepas settle rental phone, terus guna syarikat yang sama (rezeki ko la JAL ABC dua2 dapat), deliver 2 beg, rabak lah Y33++ yen. Jadilah, same day delivery, dia kata around 4 - 8 pm akan sampai di hotel. Kat Malaysia ada ke khidmat hantar baggage ke hotel ni ye? Agaknya sebab kita pakai teksi, so tak payah kan? Sementara itu, dapatlah guna Wi-fi airport untuk update pada family yang kitorang dah selamat sampai.

Lepas ni, cerita dari Narita nak ke Yokohama pulok.

No comments: